VANDER GOOD
  • Home
  • Social
  • Contact Us
Hai guys! Apa kamu buat hari ni sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan? Harap semuanya baik-baik saja. Paling penting STAY AT HOME. Kalau bosan, install Tik Tok.

Baiklah, hari ni saya mau share tentang cara untuk menghilangkan kelemumur based on my own experience ya. I am very sure yang ramai diantara kamu pernah mengalami benda ni. Benda yang paling ditakuti.


Sepanjang hidup, saya tidak pernah ada kelemumur. TAPI, kisah seram ini bermula selepas saya curl rambut di suatu pagi sabtu yang hening. Ladies di salon tu cakap jangan cuci rambut selama tiga hari kalau tidak rambut tidak akan keriting dengan jayanya. Lagipun procedure curling rambut memang macam tu kan. So, saya pun patuhlah dengan arahan itu.

Saya ni dari kecil lagi memang biasa cuci rambut setiap hari. SETIAP HARI. Jadi, sepanjang tiga hari tidak cuci rambut memang feeling like in hell. Gatal, bau busuk kepala, kulit kepala berminyak etc. Fuhhh, memang loya. Tapi, apa boleh buat. Orang kata, 'Beauty is pain'. Pain in my heart. Auchhh!

Okey, lepas tiga hari, saya pun cucilah rambut. Waw, rasa segar bak ais di Antartika. Eh, macam pernah ke sana pula. Setiap malam selepas tu, after cuci rambut, saya akan pakai styling liquid supaya shape curl rambut tu lebih nampak. Styling liquid tu dia macam gel rambut tapi dalam cecair. Sesuai untuk dipakai for those yang baru saja keritingkan rambut supaya lebih cantik tu hair curl dan shining.

Setelah buat rutin ni kira-kira dalam seminggu, keesokan harinya, time lunch (waktu kerja ya), saya pun pergilah ke tandas melepaskan hajat dan juga membuat sedikit pelaburan emas dan timah. Selepas siap, macam biasa, check rambut, wajah dan penampilan sebelum keluar tandas supaya orang impress *nak muntah*.

Tiba-tiba, oh my God, benda yang paling saya takuti muncul. Saya notice di atas rambut ada serpihan-serpihan putih. I thought itu styling gel yang sudah keras. Bila saya belek dan perhatikan betul-betul di akar-akar rambut, meremang segala bulu roma bila nampak benda-benda putih bertebaran di seantero rambut. I GOT DANDRUFF!

OH MY GOD! OH MY LORD! HELP ME MERCY!

Automatik my confidence level drop dari level 1 juta ke level 0. Sudahlah time kerja dan hari kejadian tu jatuh pada hari selasa. Can you imagine what i have to face untuk tunggu weekend?

Selepas saja dari tandas, saya terus buat research;

'How to remove dandruff?'

'What is the best shampoo to get rid the dandruff?'

'Petua orang tua untuk hilangkan ketombe'

etc.

Oleh kerana saya tidak mahu orang tahu yang saya ada kelemumur (dan ini pertama kali saya ada kelemumur sepanjang hidup!, and I want to get rid this dandruff quickly!), so saya pun buat more research pasal syampu yang berkesan untuk hilangkan kelemumur yang sh*t itu sebab saya rasa ini saja langkah yang mudah. Petua orang tua guna garam, bawang putih, minyak kelapa? NO THANKS.

After searching dengan tekun dengan bantuan pak cik Google, kebanyakan result suggesting syampu dari jenama Pantene.

Okey cool, dengan pantas seperti lipas kudung or cicak putus ekor? Saya pun turun dari ofis ke Guardian sebab di bawah ofis saya ni ada shopping mall. Lalu saya pun beli syampu-syampu seperti di bawah ini.

Baiklah, dengar baik-baik sebab saya mahu bercerita bagaimana saya menggunakan produk di bawah ini sehinggalah kelemumur saya hilang 100% dalam masa seminggu. BY THE WAY, this entry is not sponsored okey? (but I would love too. Hiks).


First of all, saya beli syampu yang ada tulis ANTI DANDRUFF. Yes, of course la kan? Duhhh~. Syampu anti dandruff ni dia mengandungi zink yang merupakan salah satu ejen menghilangkan kelemumur. So, pastikan kalau kamu beli syampu anti dandruff, periksa dahulu kandungan ya. Make sure zink (i don't remember the full zinc name) ada dalam descriptions ingredients. Ini saya pakai setiap kali cuci rambut. Biasanya saya cuci rambut sekali sehari.


Ini pula saya guna lepas syampu anti dandruff tu tadi. Ini fungsi dia untuk kasi halus rambut yang kasar. Pada pendapat sayalah kan, rambut yang halus dan moistured well ni, susah untuk kelemumur membiak. The reason? Sila Google sendiri.


This one pula fungsi dia ialah untuk bersihkan kulit kepala which is very important untuk orang yang ada masalah kulit kepala yang teruk seperti minyak berlebihan. Minyak itulah punca utama munculnya kelemumur. Ingatkah yang saya bagitau selepas saya curled rambut, then hanya boleh basuh selepas tiga hari? Rasanya itulah reason kenapa saya ada kelemumur sebab kemungkinan sepanjang tiga hari tu, minyak di scalp saya merembes memancut mencurah dengan pekat dan jayanya. Eh, macam lain pula description saya ni.

Ini saya pakai sekali seminggu. Kenapa saya tidak guna setiap hari? Sebab Scalp Shampoo ni walaupun dia buat kulit kepala jadi segar dan bersih, tapi rambut akan jadi kasar. Jadi, sila stand by conditioner siap-siap. But ya, it does it job.


Lastly, ini pula saya guna selepas kelemumur saya hilang. Ertinya, this is became my daily shampoo until now. Saya pilih perisa Total Damage Care because i believed my hair is damaged due to dying and curling hair. Sedih.

Sekarang, my confidence level naik ke level 1 juta lemon lemon lemon and I am happy with my hair now. Thank you God!



To those who concern (ewahhh, macam ayat2 cliche email office pula yer), harap entri ni dapat membantu. Good luck guys!

By the way, keriting atau kerinting? It's KERITING guys! You are welcome.

Thank you for reading!
Hi guys!

Saya baru sampai di Labuan actually dari Kota Kinabalu (KK). Saya pigi tengok tu Mr Kaamatan di sana auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah. Support event local hokey! By the way, big congratulations to the winner, wakil dari daerah Penampang. You deserve it.

Anyway, entri kali ni saya bukan mahu cerita pasal tu Mr Kaamatan (Nantilah di entri lain kalau saya rajin). Tapi, saya mahu share kamu satu tempat makan yang bagi saya sedap untuk dicuba, try dan test di sini area KK.

Tempat yang saya maksudkan itu ialah Restoran Keng Wan Hing yang terletak betul-betul di Gaya Street. Tempat ni buka seawal jam 5.00 pagi dan tutup pada jam 5.00 petang (weekdays) & 1.00 petang (weekend).

Kami pergi makan di tempat ni pada hari ahad yang ngam-ngam ada Sunday Market. Ramai betul manusia. Kena tunggu dulu seminit dua untuk tempat duduk kosong. Kalau ada orang berdiri, nah cepat-cepat pigi booking tempat duduk.

Then, kami pun orderlah makanan untuk mengisi perut yang bergendang berirama meminta untuk diisi. Banyak pilihan makanan di sini tapi saya selalu order Sang Nyuk Mee dan Kolo Mee.




Inilah dia Sang Nyuk Mee, my favourite kalau makan di sini. Mee yang digaul dengan kicap dan dihidangkan bersama dengan sup yang mengandungi pork, sayur dan sebagainya di mangkuk yang berlainan. Mee dia actually so so saja tapi that bowl of soup tu bah yang asadappppp!

Ini pula ialah sepinggan Kolo Mee Sabahan Style yang dihidangkan dengan sup kosong. Ini pun sedap juga. Tapi, kalau kena suruh pilih antara Sang Nyuk Mee vs Kolo Mee, saya akan recommend Sang Nyuk Mee.

 
Minuman pula saya order Neslo Kaw Panas. The taste? Bolehlah kampung-kampung

Oh ya, saya kenal tempat ni sebenarnya disebabkan oleh bun, roti dan pau yang dijual di sini. This is the place yang saya akan bagi 5 bintang in term of bun dan pau kalau di sini KK. Sangat lazat dan cemerlang lagi terbilang. Teksture dan rasa dia oh maigad! Sedapppp! *sambil menjerit*

Ini adalah antara bun dan roti yang dijual di restoran ni.




 
Eh eh, cik habam sempat lagi berpose dikala kesibukan


 Nampak kan betapa lakunya ini tempat?

All the food here is almost sedap dan berbaloi untuk pergi. Tapi satu saja yang buat saya turn off untuk makan di sini iaitu PELAYAN dia. Baca di bawah kenapa:

  • Hampir semua pelayan di sini kurang ajar dan gaya macam @/#^%. Saya tidak mahu memaki sebab saya tidak pandai. Tapi, seriously, gaya durang langsung tiada kesopanan. Muka marung @ asam all the time. Senyuman lagilah tiada.
  • Lepas tu, ambil order tanya dengan kasar (I mean yang KASAR berabis) especially bila durang ambil order sama orang yang tua. Seriously, they are very rude!
  • Part order atau membayar makanan lagi, hari raya tahun depan baru pelayan tu datang meja. Actually, durang dengar dan perasan kena panggil tapi buat-buat pekak.

I have to mentioned all these supaya kamu dapat expect sedia layanan durang. Takut nanti kamu terkejut. Yalah, mana boleh review yang bagus-bagus saja kan. Perlu juga lontarkan the pro and cons at the same time. Barulah blogger yang sejati *sambil membetulkan spek mata*.

Kesimpulannya, tempat makan di sini henak henak dan helok-helok. Tapi pelayan di sini kebanyakannya urgkhhh!. Saya selalu juga makan di sini kalau turun KK but layanan durang tetap sama. So, ertinya saya bukan buat cerita sembararangan. Oh ya, restoran ni serve NON-HALAL food. Tapi, untuk bun dan roti di sini, saya confused sikit sama ada halal atau tidak sebab saya nampak ramai juga para muslim dan muslimin berbaris beli bun dan roti di tempat ini. I don’t know.

Di bawah ialah lokasi untuk ke restoran ini. In case kamu mau cuba try test kan!


Terima kasih kerana membaca!
Hai semua!

Apa khabar? Semoga sihat. Kalau tidak sihat tu, cepat-cepatlah pergi klinik jumpa doktor. Ingat, kesihatan tu penting!

Entri kali ni saya mahu share satu tempat makan yang best. Kalau orang dusun bilang, poingkaaa *sambil letak emoji thumbs up*. Speciality tempat ini kalau bagi saya lah kan ialah makanan India. Seriously, first time saya makan di sini terus saya jatuh cinta dengan keenakan makanan India yang terdapat di sini especially nasi biryani dan karinya. Tempat yang saya maksudkan ini ialah THE LIVING ROOM yang terletak di Grand Dorsett Labuan.

Saya sebenarnya bukanlah peminat makanan India. Mungkin sebab jarang makan kali ar ataupun lidah ni memang susah untuk mentafsir keenakan Indian Cuisine. Ataupun mungkin sebab talampau makan tuhau sama bosou…haha… Namun, tempat ini telah merubah segalanya. Dari tidak suka pigi teramat suka. Cewah!

Baru-baru ini, kami ada buat farewell lunch untuk salah seorang kawan kami di tempat ini. Sob sob *menangis kesedihan*. Dalam kesedihan, adalah juga kegembiraan sebab dapat lunch makanan India yang digemari. Saya order; Mutton Masala, Vegetables Biryani dan minuman pula ialah Banana Lassi macam yang di bawah ni;



Di sebelah kiri ialah Mutton Masala iaitu marinated daging kambing lepas tu kena slow cook bersama dengan selected Indian spices. Saya pujilah siapa yang masak ni sebab tiada langsung bau kambing. Sadap lagi tu. Sangat ulalaaaa. Bravo chef! Manakala, di sebelah kanan pula ialah Vegetables Biryani. Ini memang sah sah biryani masak campur sayur

Then, ini pula ialah Banana Lassi sebagai penyegar tekak yang mendambakan kelazatan cecair manis. Lassi tu kira macam blend yogurt. Selalunya kena campur sama buah-buahan. Macam yang ini kena combine sama pishanggg

Dalam pada masa yang sama, saya mahu kasi tunjuk juga makanan yang kawan-kawan saya order supaya kamu kecur air liur lepas tu menitis di laptop atau skrin handphone kamu. Oh ya, di sini ada hidangan Western, Chinese dan Nusantara juga hokey?


Pan Fried Salmon Steak. Next time saya mahu order ini. Sudahlah besar, sadap lagi. Eh, macam lain pula bunyi dia ni. Aummm

Kepak Ayam Goreng Kunyit. Ini mesti rasa dia macam ayam kan?

Batter Fried Prawn. Sadap udang dia. Fresh!

Okey cukup dengan makanan, jom kita tengok pula ambience or environment what ever you called it di bawah ni;






Hausss *sambil urut leher*


Suasana di sini sangat cosy dan ada class lah I should say. Macam kalau kau makan di sini kan, terus kau rasa macam orang kaya…haha… Di sini ngam untuk romantic dinner, business lunch, lepak-lepak kasi habis duit, minum-minum fefeling orang kaya *gitchewww* etc. Oh, lepas tu di sini ada bilik karaoke ya tuan-tuan dan puan puan. Boleh juga order makanan then makan dalam bilik karaoke tu. Nah, makan sambil nyanyi. Ada kah yang lagi heaven dari tu?

Kesimpulannya, ini tempat sangat siok untuk makan. Bukan saja presentation dia bersih, tapi suasana dia sangat nyaman. Staff di sini pun friendly dan kemas. Harap di dapur pun bersih juga *finger cross*.

Satu saja saya mahu pesan, harga makanan di sini agak kaw-kaw. Kalau makan sebulan sekali okeylah. Kalau hari-hari biasa bisa membunuh bank akaun mu. By the way, ini bukan review berbayar tapi kalau ada yang mahu bayar, saya on saja ni.

Kalau sesiapa yang first time datang Labuan, The Living Room terletak di bawah ini. Kalau sesat jangan salahkan saya. Salahkan pak cik Google;


Terima kasih kerana membaca!
Hai guys!

Di Sabah ni sebenarnya sangat banyak air terjun yang cantik dan unik yang belum ‘disentuh’ oleh pelancong luar. Kira macam virgin lah begitu. Cuma penduduk kampung sekitar saja yang tahu kewujudan dan keberadaan air terjun tu. Saya ni sebenarnya sangat excited untuk exposed tempat-tempat yang orang tidak berapa tahu supaya mereka akan realized betapa indahnya bumi di bawah bayu kita ni.

Jadi, kali ni saya mau share sama kamu pengalaman kami hiking ke salah sebuah air terjun indah yang terletak di Kota Belud, Sabah iaitu Air Terjun Kimorugi.


Air terjun ni lebih specific terletak di Kampung Melangkap Kappa. Actually, kami pun tidak tahu pasal air terjun ni. Tapi, owner homestay yang kami menginap iaitu Melangkap Homestay suggest untuk kami hiking ke sana. Durang bilang cantik tu tempat sama jarang orang pergi sana. Kira kami ni macam antara yang terawal lah. Jadi, kami pun terus bersetuju. Bak kata pepatah,’Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan’. Lagipun kami semua satu team yang suka akan nature dan hiking.

Kira-kira jam 1 petang macam tu, kami pun bertolak dari Melangkap Homestay. By the way, kalau mahu tahu pasal ini homestay, sila klik di sini. Kenderaan yang akan bawa kami ke Melangkap Kappa (sebuah perkampungan yang terletak di atas bukit yang tinggi) ialah double cabin 4 wheel drive. Kami perlu bayar tambang untuk ke sana dalam kira-kira RM5 seorang. Lepas tu, untuk hiking ke air terjun tu, kami perlu bayar entrance fees dan juga guide fees. Tapiii, saya lupa sudah berapa exactly jumlah keseluruhan sebab kejadian ni berlaku pada bulan September 2018 dan saya baru update kisah ini sekarang. Jadi jeruk sudah ini entri. Tapi apa yang pasti, kos keseluruhan tidak sampai RM50. Tidak pastilah sekarang sebab dulu kami hiking time zaman Najib…haha

Di sini ialah tempat berkumpul dan briefing sebelum memulakan perjalanan. Dalam masa yang sama, saya berfikir hebat betul orang-orang di sini dapat buat rumah batu sedangkan tempat ni terletak di atas bukit yang sangat tinggi. Akses dan kondisi jalan pun ya ampun. Belum berturap dan berlubang-lubang ya tuan-tuan dan puan-puan.

Di sini pula ialah point sebelum kami masuk ke dalam hutan. Cantik betul view dari sini. Seriously. Guide tu cakap actually boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas tapi time tu cuaca mendung. So, bertapuk lah si aki nabalu di sebalik awan sendu


Kami pun memulakan hiking melalui hutan. Well, actually bukan hutan pun tapi kawasan kebun getah penduduk kampung

Selepas beberapa ketika, barulah kami masuk di kawasan hutan yang sebenar. Memang tebal hutan di sini. Bolehlah juga nampak serangga yang jarang kami nampak macam big caterpillar, rerama, semut dan sebagainya. Tidak sempat ambil gambar keadaan hutan sebab time tu sibuk record video.

Nah, menyempat lagi kami. Boleh parking kapal terbang ya di dahi saya


Di sini ialah kawasan selepas merentasi hutan belantara. Ertinya, kami mahu sampai sudah di air terjun tu. Lighting time ni ermmmm…

Lebih kurang 5 minit macam tu, TADAAAAA!!! Inilah dia Air terjun Kimorugi, the virgin waterfall. Jom layan gambar-gambar indah air terjun di bawah ni.






Saya takut betul bila para guide ni jadi spiderman panjat tu air terjun. Takut nanti  durang terlicin terus terjatuh terhempas. Eiii, palis-palis *ketuk meja 10 kali*


Inilah team kami hiking. 5 orang guide kasi kawan kami termasuk tukang gambar. Semua masih lagi study di UMS. Well, thank you kamurang sebab jadi guide yang baik. By the way, study smart and hard okey!

Kesimpulannya, tempat ini perlukan exposure supaya ramai orang tahu tentang air terjun ini. Tapi, please also make sure supaya mereka tidak rosakkan keindahan tempat ni. Tahu lah kan some visitors ni teda tamadun buang sampah merata-rata atau pun kasi kotor kawasan sekitar.

Kalau kamu mahu tengok video pasal tempat ini, please visit my youtube channel here.

Terima kasih kerana membaca!
Older Posts Home

TOTAL PAGEVIEWS

Powered by Blogger.

About Me


Malaysian blogger that love writing stories about food, travel and fashion. Do reach him at vandergood11@gmail.com

Followers

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates