Hai semua kawan-kawan.
Adakah hari anda berjalan dengan baik? Kepada yang muslim, bagaimanakah hari
pertama anda berpuasa? Apakah jenis juadah sahur dan berbuka pada kali ini?
Jika membeli juadah berbuka puasa di bazaar Ramadhan tu, berjimat cermatlah ya.
Jangan membazir. Yalah, makanan yang dijual di sana tu semuanya sangat memikat selera.
Hari ini bagi saya berjalan agak kurang baik. Bukanlah hari yang teruk. Cuma
beberapa perkara yang membuatkan saya ingin menjerit kerana tekanan yang
membuak-buak di dalam dada ini.
Berbalik kepada tajuk
di atas. Ya, ada beberapa situasi yang boleh membuatkan saya ingin menggugurkan
air mata. Banyak sebenarnya tapi buat entri ini saya akan pendekkan
kepada tiga situasi. Baca sajalah ya. Mungkin sedikit sebanyak kita ada
persamaan. Mungkin.
Situasi 1
Ketika ibubapa saya
mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada saya, saya tidak dapat memenuhi apa
yang mereka harapkan itu. Situasi ini yang benar-benar membuatkan saya ingin
menangis kerana saya merasakan diri ini sebagai anak yang tidak berguna. Anak
yang telah menghampakan harapan ibubapa. Anak yang tidak berusaha sebaiknya
untuk mereka. Ada satu peristiwa yang membuatkan saya rasa sangat bersalah
kepada mereka terutamanya emak saya. Tahun lalu, saya telah mendapat jawatan
dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai Jurupulih Perubatan Anggota.
Kursus selama 3 tahun yang ditawarkan itu bertempat di Johor. Emak berharap
untuk saya pergi. Beliau sangat gembira dan bersyukur kerana saya bakal
mendapat jawatan yang dikira bagus dan mempunyai masa depan yang cerah. Namun,
saya telah menolak jawatan tersebut. Saya memberitahu emak bahawa saya tidak
berminat dengan jawatan tersebut dan seribu satu alasan lain. Sebenarnya, saya
membuat keputusan tersebut atas sebab yang lain. Saya minta maaf emak. Saya
tahu emak marah dan kecewa.
Situasi 2
Semasa menghadapi
masalah dalam perhubungan dengan pasangan. Kami kadang-kadang bergaduh dan
berlarutan sehingga keesokan harinya. Kadang-kadang, pergaduhan itu menjadi
semakin teruk. Sehingga bertegur sapa sesama sendiri pun susah. Ayat-ayat yang
dikeluarkan dan tingkah laku agresif semasa pergaduhan itu benar-benar
membuatkan saya ingin menangis dan terluka. Tetapi, bagi saya pergaduhan antara
pasangan itu adalah lumrah dan kita kena menerimanya. Paling penting, perlu ada
kesabaran, kesetiaan, kasih sayang dan rasa cinta supaya perhubungan akan kekal
selamanya.
Situasi 3
Situasi terakhir yang
boleh membuatkan saya ingin menangis ialah ketika banyak dugaan, halangan dan
pancaroba datang bertalu-talu menimpa diri ini. Kadang-kadang, semua itu
membuatkan saya lemah dan rasa tidak tertanggung beban itu. Walaupun saya
mencuba sedaya-upaya untuk kuat, ada satu ketika saya rasa betul-betul tidak
mampu sudah untuk menghadapi semuanya. Ketika ini saya telah diberi satu ujian
dari-Nya, namun saya berusaha untuk kekal kuat dan menghadapinya dengan tenang.
Satu sahaja cara untuk menongkah arus dugaan ini ialah berdoa.
Berdoa, berdoa dan terus berdoa. Jika ingin melepaskan apa yang terbuku di
hati, saya akan menangis pada waktu tengah malam. Itulah cara untuk membuatkan
saya lega.
Ingat, orang yang menangis ialah orang yang kuat kerana menangis bukan bererti lemah.
Terima kasih kerana
membaca
Hai semua. Apa khabar?
Semoga sihat sejahteralah hendaknya. Hari ini saya bersantai-santai sahaja di
rumah kerana kelas tiada pada setiap hari jumaat. I really love this
semester's time table! Oh yeah.
Kali ini saya ingin
kongsikan tips bagaimana untuk membezakan perfume original dan yang tiruan
dengan pantas. Mungkin hari ini kamu bercadang untuk membeli perfume kerana
stok sudah habis di rumah. Sebelum membeli, bacalah tips ini. Mungkin sedikit sebanyak
akan membantu kamu membuat keputusan.
Baiklah, pertama sekali
kamu goncangkan botol perfume yang kamu berkenan di hati itu. Jika muncul
buih-buih kecil dan hilang dalam masa yang lama, memang sah perfume itu
original. Tetapi, jika sebaliknya, I mean jika langsung tiada buih ataupun buih
hilang dengan cepat, itu tandanya perfume tersebut ialah produk tiruan. Lagi
satu, perfume original ni kelihatan seperti water oily ataupun berminyak
berbanding dengan perfume tiruan.
Selain tu, sila cuba
tester yang disediakan di atas rak tu. Perfume original ni kalau sembur di
pergelangan tangan, dia akan rasa nyaman saja dan boleh mempengaruhi suhu badan. Tetapi, berbeza dengan yang tiruan punya. Kamu akan rasa seram sejuk
ataupun sedikit rengsa di bahagian yang kamu sembur tu. Pernahkah kamu sembur
perfume tiruan di bahagian leher, lain rasanya kan. Terasa seperti pedas dan
berdenyut-denyut kulit. Ini kerana perfume tiruan ini terdapat banyak campuran
spirit iaitu sejenis alkohol.
Seterusnya, telitilah
cara pembungkusan perfume itu. Perfume original pembungkusannya sangat
menarik, kemas dan sempurna. Kita boleh rasa aura keasliannya itu. Berbeza
dengan tiruan, pembungkusannya kurang kemas. Kadang-kadang, boleh nampak
bubble-bubble kecil di bungkusan itu. Lepas tu, warnanya kurang menarik. Aura
yang kita rasa pun macam suram-suram.
Dapat bezakan? |
So, selepas ini
senanglah sudah kamu untuk membezakan mana yang asli dan mana yang tiruan
ketika membeli perfume baru. Semoga bermanfaat.
One day, it will be mine |
Terima kasih kerana
membaca
Hai semua. Apa khabar?
Saya baru sahaja siap makan malam. Nasi ayam disusuli dengan kuih pisang. Lepas tu, minum air putih saja. Sejak akhir-akhir ini, saya kerap minum air putih kerana ianya baik untuk kesihatan. Minggu ini juga adalah minggu pertama peperiksaan untuk abang-abang dan kakak-kakak degree. Semoga berjaya untuk mereka semua!
Saya baru sahaja siap makan malam. Nasi ayam disusuli dengan kuih pisang. Lepas tu, minum air putih saja. Sejak akhir-akhir ini, saya kerap minum air putih kerana ianya baik untuk kesihatan. Minggu ini juga adalah minggu pertama peperiksaan untuk abang-abang dan kakak-kakak degree. Semoga berjaya untuk mereka semua!
Kali ini, saya ingin
kongsikan sesuatu yang saya kira penting untuk para pelajar terutamanya yang
sedang menduduki peperiksaan. Ianya sangat berguna. Berikut ialah beberapa
perkara yang kamu perlu elakkan kerana jika kamu tetap melakukannya, kamu
mungkin akan 'GAGAL'.
1. Tidak ada jadual
belajar. Jadual belajar amat penting kerana itulah yang akan menjadikan masa
belajar kamu lebih sistematik. Kamu akan lebih tahu bila waktu sepatutnya kamu
mengulang kaji pelajaran dan tidak akan berasa kelam kabut.
2. Belajar mengikut
mood. Ini yang selalu terjadi kepada pelajar. Kadang-kadang, kita
akan pastikan mood kita okey barulah konon kita belajar. Padahal, ketika kita
sedang menanti mood itu datang, masa sedang berjalan dan terbuang begitu saja.
Lebih baik masa itu dimanfaatkan dengan mengulang kaji pelajaran. Push yourself
walaupun time tu langsung tiada mood hendak menghadap buku. Ingat,
bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
3. Ulang kaji last
minute. Hahh, ini yang bahaya. Paper esok pagi tapi malamnya baru khatam buku
Business Management setebal ensiklopedia. Tidakkah menjadi seekor panda esok.
Mata lebam dan otak tidak mampu berfungsi dengan betul. Otak pun boleh
mengalami kejutan tau jika disumbat secara terus menerus dalam satu masa.
Kesian si otak. Bayangkan jika kita berlari 100 meter tanpa melakukan
pemanasan, tentu otot akan terasa kejang. Begitu juga dengan otak kita.
4. Belajar di hadapan
radio dan television. Ini pun perlu dielakkan. Jika kita belajar dalam suasana
bising, minda kita tidak akan pernah fokus kerana ada gangguan. Mungkin
ketika itu kamu sedang belajar sambil menonton Maharaja Lawak Mega, bolehkah
kamu fokus? Sangat tidak boleh. Apatah lagi jika ada Jozan. Perghhh...hahaha...
Tetapi, ada sesetengah pelajar cemerlang yang saya temui berkata mereka tiada
masalah untuk belajar di hadapan television asalkan fokus dengan apa yang
sedang dipelajari. Urmmm? Namun, ianya tidak digalakkan ya.
5. Niat yang tidak
betul. Salah satu punca mengapa pelajar sukar untuk berjaya ialah kerana niat
yang tidak tepat. Mereka belajar semata-mata untuk lulus peperiksaan sahaja.
Selepas sahaja peperiksaan, mereka akan melupakan apa yang telah mereka pelajari.
Ingat ya kawan-kawan, kita belajar perlu ikhlas. Ini kerana ilmu yang kita
tuntut itu akan dibawa seumur hidup. Dan ilmu itulah yang menentukan siapa kita
pada masa hadapan.
Paling penting, dapatkan
keredhaan ibubapa sepanjang peperiksaan. Jika terasa ada salah dan silap,
mohonlah kemaafan daripada mereka. Minta nasihat dan doa restu daripada mereka.
Ini kerana doa daripada orang tualah yang paling mujarab.
Semoga berjaya kepada
semua pelajar. Sekian.
Terima kasih kerana
membaca
Helo semua!
Apa khabar kamu pada hari ini? Semoga sihat sejahtera dan gembira selalu. Pada yang sedang memandu pulang ke rumah tu, pandulah dengan cermat. Ingat orang yang tersayang. Pada yang sedang menyediakan juadah minum petang, selamat memasak. Dan kepada orang yang baru saja bangun petang ini, selamat petang!
Apa khabar kamu pada hari ini? Semoga sihat sejahtera dan gembira selalu. Pada yang sedang memandu pulang ke rumah tu, pandulah dengan cermat. Ingat orang yang tersayang. Pada yang sedang menyediakan juadah minum petang, selamat memasak. Dan kepada orang yang baru saja bangun petang ini, selamat petang!
Saya baru sahaja sampai
di rumah sewa setelah menunggu bas dari jam 1 petang. Bas akan ambil kami pada pukul 4.30 petang setiap hari. Alangkah bagusnya
jika saya mempunyai kereta sendiri. Bila-bila masa sahaja boleh pulang balik ke
rumah. *sigh* Nasib baiklah tadi ada kawan-kawan sekelas yang turut
bersama-sama menunggu bas. Tidak juga bosan menunggu seorang diri.
Hari jumaat malam ini
ada Perjumpaan Pelajar Lama dengan Pengurusan Kolej. Terpaksa pergi kerana
setiap pelajar yang hadir akan diberikan kupon. Kupon tu penting kerana ia akan
digunakan sebagai tiket untuk pendaftaran hostel pada keesokan harinya.
Terbayang-bayang sudah betapa selesanya nanti saya di hostel. Tidak lagi
terpaksa menahan hati tinggal di rumah sewa ini.
Bukan saya tidak ingin
bersyukur, tetapi keadaan yang memaksa saya untuk tidak menyukai tempat ini.
Pertama, bilik saya tidak mempunyai tingkap kecuali lubang yang kecil. Kipas
yang di sediakan cuma kipas kecil. Panas di dalam bilik apatah lagi pada waktu
tengahari. Haba dia tu...fuhhhhhh... Terbakar jiwa raga. Lepas tu, keadaan tetap
sama sebelum dan sesudah mandi. Masih berpeluh-peluh.
Kedua, persekitarannya
yang agak busuk. Banyak betul kucing peliharaan berkeliaran menyelonggar
sampah-sarap mencari makanan. Terpaksa tuan rumah mengemas tong sampah itu
setiap masa. Hairan bagaimana kucing boleh ada di tempat ini sedangkan sudah
tertulis "NO PETS ALLOWED" T.T
Ketiga, segelintir
penghuni rumah ini no manners. Suka hati datuk nenek dia pasang television
kuat-kuat. Kalau TV plasma tidak apalah, ini TV zaman batu. Tolonglah ya. Jaga
sikit perangai tu. Hormatilah kami sebagai penghuni rumah ini. Kami pun
membayar sewa juga.
Baiklah, saya ingin
tidur sebentar. Letih sangat pada hari ini. Penat dari segi minda dan fizikal.
Selamat minum petang semua. *rindu untuk minum petang bersama keluarga dan
orang tersayang*
Sedapnya... |
Terima kasih kerana membaca
Sekarang
jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. Suasana sunyi sepi dan saya
sedang mematikan suis lampu untuk mendapatkan feel seram. Okey, saya
mengalah *sambil menghidupkan suis kembali kerana takut*. Sebenarnya, saya
ingin bercerita tentang pengalaman yang saya kira menakutkan namun pada masa
yang sama berharga. Pengalaman tersebut ialah menyaksikan penampakan UFO. Tentu
kamu semua tidak percaya kan.
Kisah
ini sudah lama saya pendamkan. Hanya orang terdekat dan tersayang saja yang
pernah saya ceritakan. Syukurlah mereka percaya. Kalau tidak kesian saya
seorang dituduh menipu. Kalau saya menipu pun, bukannya saya mendapat anugerah
Oscar dalam kategori Penipu Terbaik. Betul kan?. Okey, lets start the story.
Kejadian
masa tu berlaku pada waktu subuh kira-kira jam 3 pagi. Ketika itu saya masih
lagi kecil berumur lebih kurang 11 tahun. Sebenarnya, malam tu kami iaitu bapa,
emak dan saya melawat bapa saudara sebelah bapa saya di Kota Kinabalu.
Lokasinya saya lupa sudah. Yalah, time tu masih kecil lagi. Belum pakar
mengingati selok-belok jalan. Adalah juga mini aramaiti sebentar di rumah uncle
saya tu bagi menyambut kedatangan kami. Namun, jam 3 pagi kami terpaksa
berangkat kerana kami perlu ke SAFMA iaitu tempat pemunggahan ikan di Kota Kinabalu. Uncle dan keluarganya hanya mengiringi kami sehingga di halaman rumah bagi mengucapkan selamat jalan.
Bulatan lampu itu kelihatan seperti ini |
Setibanya di SAFMA, bapa dan emak menguruskan urusan mereka dengan pemunggah ikan. Saya pula menunggu mereka di luar kereta melihat keadaan sekeliling. Tiba-tiba, mata saya terarah ke atas langit. Sekali lagi saya melihat objek tersebut merentasi ruang udara SAFMA. Kali ini lampunya cuma tiga dan dengan jelasnya saya dapat melihat bentuk objek itu. Ianya seperti UFO yang selalu kita lihat di media massa. Bayangkan perasaan saya ketika itu!
Bentuk objek tersebut kelihatan seperti ini |
Saya kira kami adalah orang yang bertuah kerana dapat melihat benda tersebut. Saya tidak tipu kerana ini berdasarkan apa yang saya lihat di depan mata. Perlu diingatkan yang saya tidak berilusi dan sangat waras ketika itu. Apapun, ianya satu pengalaman yang sangat berharga dan menakutkan.
Beginikah rupa alien? |
Terima kasih kerana
membaca
Selamat hari ahad
semua. Hari ini saya bersenang-lenang saja di rumah sewa. Lokasinya dirahsiakan...hehehe... Okey, saya nak cerita tentang apa yang
berlaku pada hari kelmarin.
Pagi tu saya pergi ke bank atas urusan tertentu di Alam Mesra. Selepas sahaja siap segala
urusan, saya blur tidak tahu nak pergi ke mana. Tiba-tiba, saya teringat. Hari
sabtu ada ujibakat Akademi Fantasia 2014 bertempat di Novotel, 1Borneo, Kota
Kinabalu, Sabah. Hanya bersebelahan sahaja dari Alam Mesra. Naahh, alang-alang
pulang, bagus pergi mencuba nasib. Bukan rugi pun.
Sesampai saja di
Novotel, saya sudah melihat barisan panjang peserta-peserta yang ingin mencuba
nasib. Ramai betul orang yang bercita-cita untuk menjadi penyanyi ini. Setelah
mengambil borang dan mengisi apa yang patut, kami pun menunggu giliran di
sebuah bilik. Bayangkan giliran saya sampai jam 8.00 malam setelah menunggu
dari jam 10.00 pagi. Sanggupkan? Mengantuk betul. Tabah sajalah wahai hati.
Tapi, best juga sambil menunggu, dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru.
Angka giliran saya |
Kemudian, setelah
giliran yang ditunggu-tunggu menjelma, kami pun masuk ke sebuah bilik
untuk saringan stage 1. Sangat nervous yang tidak terkata. Yalah, saya
langsung tidak membuat sebarang persediaan. Just datang macam begitu saja tanpa
dirancang. Saya memilih lagu wajib iaitu Tetap Menantimu
daripada Nomad. Nyanyi dengan penuh perasaan. Twist sedikit range dan susunan
lagu. Then, the result is i am going through to the 2nd stage.
Yeaahhhh...hahaha... Kepada anda, tips untuk stage 1 ialah nyanyilah dengan
penuh penghayatan dan jangan terlalu ikut bulat-bulat nyanyian penyanyi asal
kerana ramai yang bagus suara kena out macam tu saja sebab terlalu sama. Lagi
satu, be confident dan tunjukkan personaliti anda.
Seperti yang diketahui
ramai, 2nd stage ialah pusingan yang paling susah mahu lepas. Stage ini kita
perlu menyanyi dengan minus one. Saya memang tidak prepare lagu Tetap Menantimu
dan tidak pernah langsung nyanyi karaoke lagu ini. Key lagu ini tinggi manakala
suara saya bass tone. Tetapi, saya berjaya juga nyanyi lagu ini. Puan Siti
Hajar juri 2nd round request lagu daripada saya. Saya pun
nyanyilah lagu Fly Me to the Moon by Frank Sinatra. Suka betul puan tu. Lepas
tu, dia siap test vokal saya lagi menggunakan keyboard. Tetapi, saya tidak
berjaya lepas stage ini.
Katanya :
"Saya hampir-hampir ingin say yes. Kamu ada suara yang bagus dan unik. Saya sangat berharap kamu akan datang ujibakat lagi nanti. Terima kasih kerana mencuba. By the way, saya suka kamu nyanyi lagu Fly Me To the Moon tadi"
Tidak mengapalah. Saya
target asalkan lepas stage 1, itu sudah memadai. I am very grateful for the
experience.
Selepas ujibakat, saya
pergi ke UK Funfair di Sulaman. Pening naik tu Space Gun. Erkkkk!!!
Terima kasih kerana
membaca
Teringat cerita yang
pernah saya baca di internet. Kisah yang mana seorang anak gadis lupa diri
setelah melanjutkan pelajaran di sebuah institusi terkemuka. Di sanalah dia
berpeleseran dengan pemuda kota, bercumbu dan keluar malam balik pagi. Walhal,
dia berasal dari keluarga yang miskin. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Sepatutnya, dia bersyukur dan menggunakan peluang belajar di
universiti untuk mengubah kehidupan keluarganya. Kasihan sungguh ibubapanya
yang mengharapkan anaknya pulang dengan segenggam sijil namun sebaliknya yang
berlaku.
Berbalik kepada tajuk
di atas, kita sebagai anak haruslah mengutamakan ibubapa dari segenap segi.
Tidak kiralah dari segi kewangan, kasih sayang, kebahagiaan dan sebagainya.
Contohnya, apabila kita sudah berjaya, kita haruslah memberikan sedikit wang
pendapatan kepada ibubapa kita di kampung walaupun mereka tidak pernah meminta.
Tidak kiralah RM100 ataupun kurang daripada itu. Ibubapa kita akan tetap
bersyukur kerana itu menandakan yang kita masih ingat kepada mereka.
Apa yang dapat saya
lihat ialah anak-anak muda sekarang lebih mengutamakan pasangan mereka daripada
ibubapa masing-masing. Mereka lebih patuh kepada arahan pasangan daripada
ibubapa. Mereka berbelanja lebih untuk pasangan daripada ibubapa. Mereka cinta
kepada pasangan lebih daripada ibubapa. Saya faham perasaan bercinta ini. Dunia
akan terasa indah, hidup lebih bersemangat dan perasaan lebih ceria. Tetapi,
ingatlah yang cinta kita terhadap pasangan baru bermula beberapa tahun
sedangkan cinta kita terhadap ibubapa sudah bermula sejak kita masih dalam
kandungan. Secara logiknya, tentulah cinta yang yang sudah lama berbunga harus
diutamakan berbanding yang baru berputik.
Kadang-kadang,
segelintir anak yang telah berjaya tanpa mereka sedari mula menunjukkan sikap
yang kurang adab kepada ibubapa. Mungkin mereka merasakan yang mereka berkuasa
setelah mempunyai kerja, wang dan hidup sendiri. Misalnya, apabila ibubapa
bertanya, mereka menjawab acuh tidak acuh sahaja. Malah, mereka akan menjawab
dengan kasar apabila disoal berulang kali oleh ibubapa. Jika mereka marah,
mereka akan keluar dari rumah dan tidak akan pulang bertahun-tahun. Wujudkah
anak seperti itu? Mungkin ada. Mungkin tiada.
Saya teringin benar
menjadi anak yang berbakti dan berguna kepada kedua ibubapa apabila saya
bekerja kelak. Saya ingin membahagiakan kedua orang tua saya dengan memberikan
kesenangan hidup kepada mereka. Amin.
Sebenarnya, idea untuk
menulis entri ini tercetus apabila saya melihat seekor anak ayam duduk diatas
ibunya meminta perlindungan. Situasi itu membuatkan perasaan saya tersentuh.
Secara automatik saya teringat kepada mummy dan daddy saya.
Kesimpulannya, ingatlah
bahawa ibubapa adalah segala-galanya bagi kita sebagai seorang anak. Utamakan
mereka selagi kita masih mempunyai mereka di dunia ini.
Terima kasih kerana
membaca
15hb June 2014 ialah Hari Bapa. It is never too late to wish my beloved father a Happy Father’s Day.
Sempena Hari Bapa, saya ingin mendedikasikan entri ini untuk beliau, seorang
insan yang banyak mengajar saya tentang erti kehidupan.
Bapa sangat tegas dalam
mendidik kami. Ketika kecil kami sudah dibiasakan dengan hukuman seperti
dirotan dan sebagainya untuk mengajar kami menjadi anak yang baik. Syukurlah
atas semua itu, kami sekarang membesar menjadi anak yang berjaya dalam bidang
yang kami masing-masing ceburi. Saya ingat lagi ketika bapa bertanya kepada
saya, saya hanya menjawab “Hmmm”. Bapa marah dan mengatakan biadap untuk
menjawab seperti itu. Dari situlah, saya mula menjawab “Ya”, bukan sahaja
kepada bapa, tetapi kepada semua orang. Kami adik-beradik segan dan hormat
sangat-sangat dengan bapa dan kerana itu, setiap masalah akan kami luahkan
kepada emak. Kemudian, barulah emak akan menyampaikan masalah kami itu ke bapa.
Selain itu, oleh kerana
bapa sangat tegas. Kami adik-beradik sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkan
keputusan yang terbaik dalam pelajaran kerana takut dimarahi oleh bapa. Setiap
hujung tahun bapa akan melihat kad prestasi kami. Syukurlah ketika itu saya
sentiasa mendapat kedudukan yang baik. Selalu mendapat top 3 di dalam kelas.
Ada satu ketika saya mendapat anugerah Pelajar Terbaik keseluruhan mengalahkan
ratusan pelajar yang lain. Bapa sangat bangga dengan saya. Momentum itu
berterusan sehinggalah saya menjejakkan kaki di menara gading. Sesiapa
yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan akan dicuci telinga cukup-cukup
oleh bapa. Pernah sekali saya kena. Memang kaw-kaw jugalah.
Seperti yang saya
ceritakan sebelum ini, keluarga saya sangat susah. Bapa sanggup mengambil upah
bekerja di pasar ikan pada setiap subuh dan balik pada lewat petang. Bapa cuma
menggunakan basikal untuk pergi bekerja. Setiap petang, bapa akan membawa
makanan ringan untuk kami adik-beradik. Jadi, setiap kali bapa balik, kami akan
berebut-rebut berjumpa dengannya. Siapa yang cepat akan mendapat makanan
yang sedap. Bapa juga pernah mengerjakan sawah padi untuk menampung keperluan
makan kami. Hasil beras yang diperolehi digunakan oleh kami seisi
keluarga. Kami selalu membantu bapa di sawah menanam padi, membuat sistem
pengairan, menghalau burung pipit, menuai padi dan banyak lagi. Jika diimbas
kembali, beruntung sungguh diri ini kerana dapat merasai pengalaman seperti
itu. Sekarang, syukurlah kehidupan keluarga kami mula berubah. Bapa pun sudah
mempunyai bisnes sendiri dan dibantu oleh emak. Abang-abang pula sudah
mempunyai kerjaya masing-masing. Syukur kepada Tuhan.
Bapa saya pandai
bermain gitar dan menyanyi. Suaranya sedap betul. Tidak hairanlah
kerana bapa dulu merupakan pemain bass dalam bandnya yang terkenal suatu ketika
dulu. Mungkin saya mewarisi bakat daripada bapa kerana saya pun boleh juga
menyanyi *pernah membuat persembahan dan juga mendapat tempat dalam beberapa
pertandingan nyanyian* dan juga bermain gitar. Ya, bapa. Give me five!...hehe…
Pendek kata, saya amat
berterima kasih kepada bapa kerana mengajar saya menjadi insan yang baik
walaupun saya pernah juga menghampakannya. Bapa merupakan insan yang saya
sangat kagumi dan sanjungi. Saya sangat bertuah mendapat bapa sepertinya. I
love you dad!
Happy Father’s Day daddy!
Terima kasih kerana
membaca
Hai, semua!
Minggu ini ligat benar saya update blog. Boleh dikatakan setiap hari paling kurang dua entri. Yalah, cuti semester hampir tamat. So, inilah masanya untuk berhabis-habisan berjuang menjadi blogger berjaya. Takut nanti time kuliah, secubit masa terluang sahaja yang tinggal.
Minggu ini ligat benar saya update blog. Boleh dikatakan setiap hari paling kurang dua entri. Yalah, cuti semester hampir tamat. So, inilah masanya untuk berhabis-habisan berjuang menjadi blogger berjaya. Takut nanti time kuliah, secubit masa terluang sahaja yang tinggal.
Baiklah para penonton
Apa Kata Lelaki sekalian (feeling menjadi pengacara sekejap). Hari ini saya
hendak berkongsi tips tentang bagaimana untuk membasuh rambut buat abang-abang sekalian. Sebelum itu, biar saya teka.
Lelaki kalau cuci
rambut kasar benar apabila mengosok kepala, betul?
Penonton : Betul!
Lelaki jarang
bersyampu ketika mandi sebab malas, betul?
Penonton : Betul!
Dan lelaki beranggapan tidak cuci rambut seminggu pun tidak mengapa, betul?
Penonton : Betul!
Terima kasih kerana
menjawab
Sebenarnya, bukan
wanita sahaja yang perlu menitikberatkan penjagaan rambut, malah lelaki pun
sama. Buang jauh-jauh fikiran yang lelaki tidak perlu menjaga rambut kerana
rambut lelaki ini pendeklah, mencalar kejantananlah dan sewaktu dengannya.
Okey, cara mencuci
rambut yang betul ialah pertama sekali kita perlu menggunakan syampu yang betul
dan khas untuk lelaki. Saya selesa
menggunakan syampu Clear Men-Cooling Itch Control. Ini kerana rambut lelaki dengan wanita sangat berbeda.
Best guna syampu Clear Men ini |
1. Tuangkan syampu di tapak tangan dalam
kuantiti yang sesuai dengan kepanjangan rambut kita. Kemudian, urut
perlahan-lahan di seluruh rambut sehingga berbuih. Jika syampu terasa pekat,
tambahkan sedikit air.
2. Gunakan hujung jari. Tekankan dengan
perlahan-lahan sambil mengurut kulit kepala. Ini adalah untuk memastikan akar
rambut bersih dari segala kekotoran. Selepas itu, ramas rambut sehingga ke
hujungnya dengan perlahan menggunakan celah jari.
3. Seterusnya, biarkan selama seminit
untuk syampu meresap di dalam rambut. Kemudian, basuh rambut dengan menggunakan
air bersuhu suam.
4. Langkah yang terakhir ialah keringkan
rambut menggunakan tuala. Sebaiknya, gunakan tuala yang diperbuat daripada
kapas. Ini supaya rambut senang untuk dikeringkan. Satu lagi peringatan ialah
jangan mengeringkan rambut dengan menggosoknya terlalu kuat. Saya pasti
kebanyakan lelaki buat macam begitu.Kasihanilah mahkota kita.
Nampak sihat rambut orang ini kan? |
Itu sahaja yang dapat
saya kongsikan. Ingat, zaman sekarang rambut merupakan salah satu elemen yang
penting dalam penampilan seorang lelaki. Semoga bermanfaat.
Terima kasih kerana
membaca
Hari ini saya ingin membuat review tentang tat
telur yang paling sedap pernah saya makan. Kelmarin, saya telah membeli
beberapa biji tat telur di sebelah Bataras Supermarket, Labuan. Sesampai
sahaja di rumah, saya pun rasa tat telur itu. Fuhhhhhh!!!!! Sedaapppppp….
Bayangkan gigitan pertama lagi saya sudah teruja *dengan background tat telur
dan lampu kelip-kelip*. Inti telurnya lembut seperti jeli. Rasanya sangat
perfect. Tat nya pula bukan seperti yang biasa saya makan yang mudah pecah.
Ianya sangat lembut. Tidak perlu pun menggunakan gigi untuk mengunyah. Rasanya
susah untuk saya gambarkan. Rasa nestum pun ada, rasa biskut pun ada.
Waduhhhhh…enak sekali.
Inilah dia tat telur |
Nampak inti telurnya yang berkilat? |
Lihatlah kelembutan inti telurnya |
Penyegar tekak |
Tidak cukup dengan tat telur, makan lagi mini cupcake |
Saya tidak mahu bercakap panjang lebar. Saya ingin kamu merasai
sendiri kelazatan tat telur ini jika kamu berkunjung ke Labuan. Kamu akan
berterima kasih kepada saya kerana kamu akan merasai tat telur paling sedap
dalam hidup!
Terima kasih
kerana membaca
Sudah lama saya dengar
tentang ais krim Magnum Gold. Tidak kiralah sama ada melalui kaca television, radio,
majalah dan sebagainya. Teringin betul saya nak makan ais krim itu. Tapi, belum ada kesempatan.
Kelmarin berjaya
juga saya menunaikan hasrat jiwa dan raga ini untuk merasai Magnum Gold yang
diuar-uarkan itu. Harganya mahal daripada ais krim lain iaitu RM 4.50 di Pick n
Pay, Likas Plaza, Kota Kinabalu. Boleh top up RM 5 sudah. Tidak mengapalah.
Mahu rasa punya pasal, itu semua belakang kira.
Pada pendapat saya, ais
krim ini sangat sangat sangat sedap. Sesuai dengan tunas rasa saya sebagai
penggemar ais krim no.1 di dunia. Lazat sungguh
coating warna gold ais krim ini. Magnum Gold ada 2 lapisan. Lapisan luar pertama
ialah warna gold dan yang kedua ialah coklat. Perisa yang paling dalam sekali
ialah vanilla. Sedap betul. I swear. *sambil angkat kedua-dua belah tangan*
Magnum Gold Ice Cream. Slurpppp... |
Nampak lapisan-lapisan tu? |
Sekelip mata sahaja terus jadi begini. Sedap! |
Tapi...ada tapinya,
kawan saya komen ais krim ini terlalu manis. Katanya, hanya sesuai untuk
budak-budak sahaja. But for me, this Magnum Gold is just nice and perfecto!
Cuba lihat di sini. Kamu pasti akan terpikat dengan keanggunan ais krim ini.
Terima kasih kerana
membaca
Pada 31.05.2014, saya
dan Denny pergi ke Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA),
di Penampang untuk melihat sambutan Pesta Kaamatan. Bagi yang tidak tahu, KDCA
merupakan tempat wajib di mana sambutan Pesta Kaamatan diadakan setiap tahun. Jika
sesiapa yang ingin merasai suasana sebenar Kaamatan, silalah datang ke Sabah
pada 31 haribulan Mei setiap tahun. Anda pasti akan rasa seronok.
Kami tiba di KDCA pada
jam 11 pagi. Memang sesak di dalam mahupun luar perkarangan KDCA. Cari parking pun
susah. Untunglah kereta besar dapat park di tepi jalan walaupun benteng jalan
tinggi. Ditambah lagi dengan cuaca panas mengigit kulit, fuhhhh… Tetapi, oleh
kerana teruja, semua itu tidak dihiraukan. Setelah mendapat parking kira-kira
800 meter dari pintu masuk, kami pun masuk ke dalam.
Pintu Gerbang KDCA |
Selepas
bergambar di gerbang sambil diperhatikan oleh orang yang lalu-lalang
*malunya*, kami pun menuju ke bahagian rumah-rumah tradisional suku kaum
Kadazan Dusun yang terdapat di Sabah. Setiap daerah ada keunikannya yang
tersendiri dari segi bahasa, pakaian, makanan dan juga alat muzik. Kaum Kadazan
Dusun ni banyak pecahannya. Contoh, Dusun Ranau, Kadazan Penampang, Dusun Kota
Belud, Dusun Keningau, Dusun Tambunan dan banyak lagi. Kamu harus datang ke
sini untuk melihat sendiri warna-warni kepelbagaian yang ada di setiap rumah.
Lihat betapa ramainya orang |
Rumah kaum Bisaya |
Pakaian kaum Bisaya |
Alat muzik kaum Bisaya |
Rumah Kadazan Dusun Penampang |
Oh, di sini rupanya Tan Sri Bernard menari |
Pakaian Dusun Kota Belud. Cantik kan? |
Pakaian Dusun Ranau. Sporting betul mereka |
Persembahan alat muzik yang diperbuat daripada bambu |
Pakaian Kadazan Dusun Papar |
Di sini, ada juga
demonstrasi masakan sejenis pencuci mulut iaitu Pinompoh. Cara memasaknya serta
bahan-bahannya mudah sahaja. Goreng isi kelapa yang di parut sehingga kering
tanpa menggunakan minyak, Kemudian, tambahkan sagu serta gula. Dan…..siap.
Rasanya tidak berapa manis dan sedap. Cubalah nanti ya.
Demonstrasi masakan |
Kelapa parut digoreng sehingga kering |
Sedia untuk perut-perut yang lapar |
Denny sedang mencuba |
Selesai menjelajah
setiap rumah, kami pun pergi ke bahagian yang menjual pelbagai jenis hasil
kraftangan. Sangat berwarna-warni. Di sini ada dijual gelang, rantai, pasu, beg
dan sebagainya. Banyak benda yang jarang kita lihat ada dijual di sini.
Bakul warna-warni buatan sendiri |
Hasil kraftangan |
Bergambar dengan skaf berwarna-warni |
Aksesori mutiara |
Pasu unik yang diperbuat daripada daun terup |
Saya pun mau bergambar jugalah |
Semoga laris jualan pasu auntie |
Ramai pengunjung |
Buah tangan yang sesuai untuk dibeli |
Kemudian, kami ke dewan
besar KDCA namun pertandingan Unduk Ngadau atau Ratu Cantik belum bermula. Jam
2 petang baru start. Lamanya. Untuk pengetahuan, pertandingan Unduk Ngadau ini
merupakan acara kemuncak yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang. Setiap
daerah akan menghantar seorang wakil untuk bertanding, Ini kira seperti
pertandingan Miss World dalam versi Sabah. Semua orang Sabah suka tengok
pertandingan Unduk Ngadau. Siapa yang kata tidak, itu bukan Sabahan.
Pemenang Unduk Ngadau 2014 dimenangi oleh peserta dari Kota Kinabalu |
Ini dia dua orang peserta Unduk Ngadau dari Keningau. My hometown |
Di perkarangan dewan
ada pameran padi. Dari fasa benih sehingga yang boleh dituai. Sangat menarik.
Once again, bergambarlah kami. Pedulilah dengan mata-mata yang melihat.
Ini padi real ya tuan-tuan dan puan-puan |
Padi yang sudah masak |
Padi yang sudah siap dituai |
Alat untuk menuai padi |
Posing jangan tak posing |
Penat bergambar dengan
cuaca gurun Gobi, kami pun menuju ke gerai-gerai yang menjual beraneka jenis
makanan. Semuanya ada di sini. Sebelum itu, jom minum yogurt Bliss. Murah saja.
Sebotol RM6.00, 3 botol RM 12. Kami pun belilah 3 botol dan dapat 1 free bag.
Kenal ini apa? |
Sesak di sini |
Ayam golek |
Ada Durian Cake |
Serta beraneka jenis kek |
Demikianlah apa yang
berlaku di KDCA pada hari itu. Apa yang saya boleh katakan ialah menarik,
menarik dan sangat menarik. Sekali lagi, silalah datang ke sini
pada tahun depan. Bawalah auntie, uncle, anak, bapa, emak, abang, kakak,
isteri, suami, boyfriend dan girlfriend ke sini. Pasti tidak akan rugi!
“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”
Terima kasih kerana
membaca
TOTAL PAGEVIEWS
Powered by Blogger.