Nuffnang ads

Thursday, 31 July 2014

Penjual makanan yang tidak beretika kantoi depan mata

Hai, selamat hari khamis. Masih beraya sakankah kamu? Of course lah kan. Tapi, tiada pun orang jemput saya ke rumah *nangis*. Tidak apa sebab hari ini pun saya ada aktiviti yang tersendiri. Lagi best.
                         
Kelmarin, kawan saya datang melawat dari Kota Kinabalu. Dia tidur semalaman di rumah saya.  Then, hari ini dia pulang. Sebelum dia pulang, saya bawa dia ke satu tempat yang dia paling suka pergi iaitu di Tamu Keningau. Bagi yang tidak tahu apa itu tamu. Tamu ialah Pasar Pagi di mana segala hasil hutan, pertanian, penternakan, makanan dan sebagainya dijual di sana. Teruja betul kawan saya tu sebab banyak hidupan air tawar yang dijual di sana. Sebab dia tu peminat nombor satu benda-benda macam tu.

Tamu Keningau, Sabah

Banyak yang kami beli di sana. Kami beli pelbagai jenis sayur-sayuran seperti sayur bunga manis, rebung, sayur sawi dan banyak lagi. Puas kami round tamu tu dari hujung sebelah kiri hinggalah ke sebelah kanan. Memang terbaiklah suasana di Tamu Keningau ni. Kemudian, perut  tiba-tiba terasa lapar. Kami pun pergi ke bahagian yang menjual makanan dan minuman.

Sesampai sahaja di bahagian tu, tiba-tiba saya ternampak seorang penjual di satu gerai makanan ni dia pergi ke bahagian yang menjual sayur-sayuran. Dia beli satu ikat sayur sawi. Kemudian, dia balik semula ke gerai dia dan cuba teka…apa yang dia buat selepas itu sungguh menjijikan. Dia ambil pisau then potong sayur tu kecil-kecil begitu sahaja tanpa dicuci. Then, sayur yang sudah dipotong tu dimasukkan ke dalam bekas yang berisi air yang saya kira kotor, direndam beberapa saat dan dicampakkan terus ke dalam periuk. Dicampakkan tu maksud saya seperti membaling memandangkan kedudukan kuali tu jauh dari si penjual tu. Lepas tu, mi dan segala rempah dimasukkan dan…siap. Kemudian, datanglah orang berduyun-duyun membeli mi goreng itu. Kesian mereka.

Live depan mata okey!. Sampai sekarang saya masih teringat-ingat peristiwa itu. Mengapakah penjual tu begitu pengotor? Kalau iya pun, kenapa perlu buat benda tu secara terbuka? Apa yang saya tahu, kalau nak jadi penjual makanan dan minuman ni, perlu ambil suntikan serta menjaga kebersihan dalam proses menyediakan makanan. Kesian penjual yang lain kerana perlu bersaing dengan penjual yang tidak beretika ini.

Lepas ni, saya perlu lebih berhati-hati ketika membeli makanan di luar. Atau lebih baik masak sendiri di rumah kerana kebersihan lebih terjamin dan lebih sedap!

Terima kasih kerana membaca

Sunday, 27 July 2014

Setiap orang ada sisi malaikat




Hai kawan-kawan. Apa khabar? Hari ni saya gembira sangat kerana saya sekarang berada di... di mana? Saya sekarang berada di kampung halaman saya iaitu di Keningau, Sabah. Yeay!!! Bestnya dapat balik ke rumah. Dapat menghirup udara yang sejak dari kecil lagi saya hirup dan hembus, dapat menghidu bau bantal dan selimut yang eh eh, dapat mandi di kamar mandi sendiri, dapat itu, dapat ini. Semualah saya dapat buat. Bahagianya.

View bandar Keningau dari Banjaran Crocker

Tadi, sepanjang perjalanan pulang ke sini, banyak benda yang saya fikirkan. Antaranya ialah benda baik yang jarang orang buat yang orang lain tidak buat. Errr, faham? Berbelit ya ayat saya di situ. Apa yang saya ingin katakan ialah setiap orang ada sisi malaikatnya sendiri atau sisi baik dalam diri masing-masing tanpa mengira siapa pun orang tu. Even perompak pun mungkin ada sisi baiknya bukan?

Ambil contoh si perompak tu. Mungkinkah dia merompak untuk memperolehi wang bagi mengubati ibunya yang sakit di kampung? Ataupun mungkinkah dia merompak untuk menolong rakannya yang dalam kesusahan? ataupun mungkinkah dia merompak untuk mengisi beberapa perut anak-anaknya yang kelaparan di rumah? I don't know the answer. Tapi, saya pasti yang kita akan fikir perompak tu merompak kerana dia tiada duit ataupun memang itu adalah habitnya. Dan kita fikir perompak itu sangat jahat. Apapun, setiap benda yang berlaku ada sebabnya.

Saya pernah melihat satu situasi di dalam bas. Ketika itu, bas berhenti untuk mengambil penumpang di tepi jalan. Masuklah seorang ibu dan anaknya yang masih kecil. Mereka terpaksa berdiri kerana tempat duduk di dalam bas itu telah penuh. Sepanjang perjalanan si ibu terpaksa menahan dirinya daripada terjatuh disebabkan goyangan dalam bas dan dalam pada masa yang sama memegang anaknya. Siapa pernah naik bas dalam keadaan berdiri semasa bas bergerak, kamu mesti tahu bagaimana rasanya. Goyang sana. Goyang sini. Tiba-tiba, seorang gadis berdiri dan memperlawa ibu dan anak itu duduk di tempat duduknya. Manakala, gadis itu berdiri. I am very respect with her. Sedikit kebaikan dapat memberikan seribu makna.


Tangan yang memberi lebih besar daripada yang menerima

Hari tu, ketika awal semester lepas, saya terpaksa mencari bilik sewa kerana saya tidak mendapat kemudahan hostel. Saya sangat buntu dan keliru kerana esok kelas bakal bermula. Segala perasaan bercampur baur. Terus-terang, ketika itu saya ingin menangis. Bagaimana untuk saya ke kelas jika tempat tinggal pun belum ada? Namun, disaat-saat akhir, datang Denny membantu saya mencari bilik sewa. Syukurlah, jumpa juga bilik sewa yang sesuai walaupun ketika itu hari sudah lewat petang. Dia juga membantu saya membeli barang-barang keperluan dan juga mengangkat semua barang ke bilik sewa saya. Dia tetap lakukan semua itu dengan ikhlas walaupun time tu dia ada urusan lain yang perlu dibuat. Itulah salah satu sisi malaikat dalam dirinya yang saya akan ingat selama-lamanya.

Saya kadang-kadang terfikir ada tak benda kecil yang saya buat orang lain akan ingat, hargai dan kenang selama-lamanya tanpa saya sedari? Atau ada tak sisi malaikat dalam diri saya yang memberikan seribu makna kepada orang lain? Selalu saya terfikir tentang itu. Hmmm, jika ada, syukurlah.
                                              
Terima kasih kerana membaca

Monday, 21 July 2014

Luahan blogger baru



Hai, selamat tengahari semua. Saya baru sahaja menyiapkan assignment yang sangat panjang berjela-jela. Tulis dengan tangan okey. Not bertaip. Fuhhh… lenguh jari-jemari saya sekarang. Pen pun terpaksa beli baru tadi. Tidak cukup dakwat. Nampak tak betapa panjangnya assignment tu?

Baiklah. Saya sebenarnya ingin meluahkan perasaan saya sekejap. Bolehkah? Eh, kenapa saya nak minta kebenaran lagi. My blog, my sukalah...hehehe… Saya ni seperti yang kamu sedia maklum ialah seorang blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ini. Baru 3 bulan lebih usia blog saya ni. Masih baby lagi. Ertinya, blog saya ni cutelah kan? Perasan... Viewers pun tersangatlah sedikit namun saya tetap bersyukur. Thank you sangat-sangat kepada kamu semua yang sudi singgah di sini.

http://vandergood.blogspot.com/

Saya masih teringat lagi ketika pertama kali membuat entri. Sangat berapi-api perasaan saya time tu. Sehinggalah sekarang semangat tu terus membara. Saya ingin benar menjadi seperti blogger Fatin Liyana ataupun Hanis Zalikha. Melihat kejayaan mereka dalam dunia blogging ni memberikan saya inpirasi untuk menjadi blogger berjaya.

Satu sahaja persoalan saya. Ada tak orang baca blog saya ni? Hah, itu sebenarnya yang selalu bermain di minda. Ini kerana sehari kadang-kadang cuma 5 orang viewers. Paling sedikit saya pernah dapat ialah 1 viewer. Waduhh, syukurlah nak *sambil senyum paksa*. Maybe entri-entri yang saya buat ni kurang menarik ataupun tidak menepati cita rasa pembaca ataupun tidak mesra enjin carian…atau…atau…atau…argkhh… Tapi, apabila saya review balik entri-entri saya tu, best pula. Kadang-kadang saya gelak seorang diri....hehe... Puji blog sendiri nampak.

Harapnya blog saya ni akan sukses dengan followers yang banyak, pembaca yang banyak dan….income yang banyak. Okey, bahagian income itu perlu dikaburkan. Nanti orang ingat saya berblog  cuma untuk duit. Tapi, memang betul pun. Salah satu tujuan kita berblog ialah untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Siapa yang kata tidak suka duit tu mari saya jentik dulu kening tu.

Terima kasih kerana membaca

Funny Monday #7

Saturday, 19 July 2014

Makanan tamat tarikh luput masih boleh dimakan

Hai semua!

Apa khabar? Hari tu saya telah diberi sekeping coklat Cadbury Hazel Nut dan sebungkus biskut Jacobs oleh Denny sebab banyak coklat dia bawa dari Labuan. So, dia bagilah sedikit dengan saya. Apa lagi tangan tak cukup, nyiru ditadahkan. By the way, buang jauh-jauh pemikiran yang Cadbury tu masih ada DNA tutttt okey?

Biskut Jacob

Coklat kegemaran

Gembira dapat coklat enak idaman kalbu. Bagi lebih merasai keenakan rasa coklat yang sebenar, saya lebih suka kunyah terus coklat tu berbanding menghisap secara perlahan-lahan. Selepas diberi coklat dan biskut, saya tidak terus makan. Saya simpan dahulu. Coklat tu saya selitkan antara tindihan lipatan baju. I am very sure budak-budak asrama pengemar coklat pun tahu tips ni kan.

Okey, hendak dijadikan cerita. Simpan punya simpan. Then, terdetik hati untuk saya makan coklat tu. Buka almari, tengok di celah-celah tindihan baju, hahh…itupun dia coklat saya *dengan efek sinaran emas di sekeliling coklat*. Tidak sabar mahu makan. Tapi, aiyooo…coklat tu sudah tamat tarikh luput. Baru dua hari. Uwahhhh….eh, kejap. Kalau buang coklat sebesar ni sayang juga. Membazir nanti. Kan membazir tu amalan Syhaiton *cuba menyedapkan hati sendiri*.

Saya pun bertanya kepada Denny. Denny kata tidak apa kerana coklat tu masih boleh dimakan asalkan tidak melebihi 3 bulan selepas tamat tempoh luputnya itu. Pekedai pun kata macam tu. Okey, tenang hati saya sedikit.

Lepas tu, saya search di Google sama ada makanan yang sudah expired ni masih boleh dimakan atau tidak. Ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak. Saya ada terbaca info yang makanan seperti keju masih boleh dimakan walaupun sudah tamat tempoh. Hanya perlu kikis permukaannya dan siap sedia untuk dimakan. Keju dan coklat? Serupa juga tu kan?...hehehe… *Hati semakin tenang*.

Last confirmation, saya bertanya pula dengan abang saya yang bekerja sebagai Inspektor Kesihatan. Katanya menurut piawaian kesihatan, asal sahaja makanan tu sudah tamat tempoh, maka perlu dibuang. Okey, down sedikit. Namun, katanya lagi dari kita saja bah tu. Kalau perut ni besi, kenapalah nak makan sehingga berpuluh-puluh coklat basi. Ya, I am agree with that. *dengan mata berkaca-kaca*.

Dan…

                        *Coklat itu pun dimakan tanpa segan silu oleh si pelahap ini*

Kesimpulannya, makanan yang sudah expired kalau masih boleh dimakan. Makan saja. Kecuali makanan yang cepat berkulat seperti roti, nasi, sos, kicap dan apa-apa lah. Saya berani makan coklat Cadbury yang sudah tamat tempoh tu *tapi sedap* kerana saya yakin ia masih boleh dimakan. Apa-apapun, dari diri kita saja bah tu. Setuju? Tapi, jangan pula salahkan saya jika kamu sakit perut. Lain orang lain perut. Sekian.

Terima kasih kerana membaca

Friday, 4 July 2014

5 keseronokan berblog

Selamat malam. Apa khabar kawan-kawan? Apakah yang sedang kamu lakukan sekarang? Di dalam bilik ini, roomate saya ada yang sedang menonton filem di laptop, ada yang sedang bermain Dota dan ada juga yang sedang mendengar lagu. Saya pula sedang menaip menyiapkan sebuah lagi entri khas untuk kamu semua. Inilah rutin saya setiap malam.

vandergood.blogspot.com

Kali ini saya ingin berkongsi 5 keseronokan berblog. Saya sebenarnya masih baru lagi dalam dunia blogging ini. Tidak sampai 3 bulan pun. Semangat masih membara-bara lagi untuk menyiapkan entri sekali sehari. Kadang-kadang, 4 entri sehari. Saya berharap agar semangat itu kekal sehingga bila-bila. Baiklah, tanpa membuang masa, jom terjah 5 keseronokan berblog ini.

1. Dengan berblog, kita boleh menceritakan benda yang kita suka sehari-hari. Seperti blog saya ini yang bergenre personal life. Saya boleh menceritakan apa yang berlaku setiap hari dalam hidup saya. Dalam blog ni juga kurang sedikit keyboard warrior a.k.a haters berbanding Facebook dan Twitter. Jadi, senang sedikitlah nak berkongsi kisah hidup tanpa perlu dicemuh-cemah segala.

2. Kita juga boleh berkongsi tips yang mungkin orang lain tidak tahu ataupun jarang didengar. Tidaklah ditelan dek zaman terkubur macam tu saja. Hati kita mesti rasa seronok jika tips yang kita kongsikan itu dibaca oleh pembaca. Disamping dapat membantu orang lain secara tidak langsung, kita juga boleh meningkatkan trafik blog kita kerana benda-benda sebeginilah yang menjadi tarikan pembaca.

3. Berblog juga boleh menjana pendapatan. Perkara ini memang sudah diketahui oleh para blogger. Memang seronok jika berblog santai-santai, duit masuk macam tu saja. Namun, bagi saya, janganlah hilang identiti sebagai seorang blogger yang cuma mahu duit sahaja namun isi di dalam blognya tu tiada nilai langsung. Ada sesetengah blog yang saya baca tu sangat terkenal, namun saya amati setiap entri yang blogger tu post sangat biasa. Mungkin rezeki dia. Apapun, setakat ni blogger yang terbaik bagi saya ialah blog Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. They are my inspiration. Terbaik!

4. Selain itu, berblog juga boleh mengembangkan bakat kita dalam bidang penulisan. Cuba bandingkan entri pertama kamu dulu dan sekarang. Banyak bezanya bukan? Dari penulisan yang entah apa-apa *terasa diriku ini*, menjadi penulisan yang sangat power dan boleh menarik minat pembaca untuk mengikuti setiap entri kita. Seronok bukan?

5. Dan yang terakhir ialah dengan berblog, kita dapat berkenalan dengan ramai blogger lain dari segenap pelusuk dunia. Setakat ini saya cuma dapat berkenalan dengan blogger dalam negara sahaja. Sporting sangat mereka ni. Mereka banyak memberi tunjuk ajar yang berguna ketika saya mula-mula menjadi blogger terutamanya Mamarey dan Hasrul Hassan. Terima kasih banyak! Namun, ada juga blogger yang sangat femes susah betul hendak membalas komen atau mesej yang kita hantar. Tidak mengapalah. Mungkin mereka itu sangat sibuk *bersangka baik*.

Kesimpulannya, berblog memberi banyak keseronokan. Jadi, kepada anda yang berminat untuk berblog, ayuh sertai kami. Tetapi, pastikan anda mempunyai komitmen yang tinggi supaya blog anda sentiasa berterusan berupdate. Selamat berblog kawan-kawan!

Terima kasih kerana membaca

Wednesday, 2 July 2014

Cinta membuatkan hati suka dan benci

Selamat malam semua kawan-kawan. Malam ini mood saya sedikit suram. Namun, saya gagahkan juga diri untuk membuat entri ini.

Cinta. Apa itu cinta bagi kamu? Bagi saya cinta ialah hubungan kasih sayang antara dua insan yang diwarnai dengan kepercayaan, kesetiaan dan persefahaman antara satu sama lain. Jika satu daripada elemen ini hilang, nescaya tugu cinta yang dibina tidak akan bertahan dalam jangka masa yang lama. Cinta juga ialah sejenis perasaan yang membuatkan jiwa kita terikat bersama orang yang kita kasihi. Perasaan itulah yang membuatkan kita ingin sehidup dan semati bersama pasangan sehingga akhir hayat.

Cinta membuatkan hari-hari kita sentiasa cerah dan diwarnai dengan perasaan-perasaan yang indah. Kita akan sentiasa rasa suka dan bahagia di samping orang yang kita cintai itu dalam apa jua perkara yang kita lakukan bersama. Contohnya, makan bersama, menonton wayang bersama, membeli-belah bersama dan sebagainya.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Cinta juga boleh membuatkan kita berasa benci kepada pasangan kita. Cinta memberikan perasaan pahit bak hempedu yang tidak mampu kita telan. Kadang-kadang, kita mempersoalkan adakah pilihan kita untuk mencintainya satu keputusan yang tepat? Adakah hubungan ini cuma sebuah hubungan yang sementara? Adakah hubungan ini cuma berlandaskan nafsu bukannya cinta sejati? Benda-benda sebeginilah yang selalu bermain-main di kepala terutamanya semasa bergaduh dengan pasangan yang kita cintai itu.

Antara suka dan benci, tiada yang lebih baik. Suka dan benci inilah yang akan bergabung menjadi satu perasaan cinta tanpa penghujung. Jika cinta diwarnai dengan perasaan suka sahaja, tentu hubungan akan menjadi hambar dan begitu juga sebaliknya. Ini kerana cinta ibarat sehelai kain putih yang memerlukan pelbagai warna untuk dicoretkan menjadi potret cinta abadi.


Walaubagaimanapun, kita hanya mampu merancang kerana yang menentukan sama ada kita akan hidup selama-lamanya dengan pasangan yang sangat kita cinta itu ialah Tuhan.


Berikan 99% cinta kepada pasangan, 1% yang selebihnya simpanlah untuk diri sendiri bagi persediaan apabila hubungan itu tidak menjadi. Sekurang-kurangnya, 1% itu dapat menggembirakan hati kita semasa sedih.

Terima kasih kerana membaca

Tuesday, 1 July 2014

Berpindah ke hostel



Helo kawan-kawan. Apa khabar kamu semua? Harap-harap sihatlah hendaknya di samping orang yang tersayang. Hari ini hari pertama saya membuat entri di… hostelllll. Ya, saya telah pun berpindah ke hostel dari rumah sewa yang saya banyak rungutkan itu...hahaha… Tetapi, tiba-tiba rindulah pula hendak stay balik di luar.

Saya berpindah ke hostel pada 30 Jun 2014 bersamaan dengan hari isnin. Hari isnin tu ada kuliah dan itu bermakna saya terpaksa skip kelas Cik Diana atas sebab inilah. Saya mendapat bilik yang sangat strategik. Berdekatan dengan tandas, mesin basuh dan tangga. Tetapi, yang tidak bestnya tu, bilik ini terletak di tingkat 4. Tinggi benar. Penat betul mahu mendaki. Namun, saya tetap bersyukur.

Saya meminta bantuan kawan baik saya, Noel untuk membantu  saya mengangkut barang-barang dari rumah sewa ke hostel. Sangat-sangat bersyukur. Thanks Noel! Budi baik anda tidak akan pernah saya lupakan. Kemudian, sesampai sahaja di hostel, Noel terpaksa jalan kerana dia perlu pergi ke kuliah. Hah, terpaksalah saya seorang diri mengangkat barang ke tingkat 4. Bayangkan saya tetap mampu mengangkat barang-barang tu. Bertambah kuruslah saya nanti. Teman sebilik saya semuanya budak baik, sopan-santun dan memahami. Setakat inilah. Tidak seperti apa yang saya fikirkan sebelum ini.

Selepas itu, saya pun mengemaskan barang-barang bla,bla,bla sehinggalah kemas, cantik dan berseri. Lets see the transformation before and after.


Sebelum. Abaikan warna tilam itu


Meja belajar


Lokar


Pandangan keseluruhan


Selepas. Am I like the colour? Yes, I did

Selesa sangat tinggal di hostel ini kerana kemudahan semuanya lengkap, tidak membazir duit untuk membayar sewa segala, makanan yang dijual di kafe murah dan sedap-sedap belaka, persekitaran belajar yang bagus dan sebagainya.

Oleh itu, semester ini saya harus berusaha lebih untuk mencapai target kerana semuanya sudah tersedia dengan lengkap. I have to take an advantages for these opportunities.


Terima kasih kerana membaca