Nuffnang ads

Thursday, 28 August 2014

Pengalaman menjadi finalis Pertandingan Bintang P. Ramlee dan pasangan Zon Sabah 2014

Hai semua. Apa khabar? Semoga sihat hendaknya. Hari ini saya ingin bercerita tentang pengalaman saya menyertai pertandingan nyanyian lagu-lagu daripada Seniman Agung kita, Tan Sri P. Ramlee. Hari tu saya telah mengikuti ujibakat di Kompleks RTM Kota Kinabalu, Sabah. Itupun sekadar suka-suka saja. Tup, tup…dapat pula menjadi 10 orang finalis bagi seluruh Sabah. 5 orang lelaki dan 5 orang wanita dipilih daripada beratus penyertaan. Boleh bayangkan perasaan excited saya ni. Wink wink. Tidak sangka pula saya antara yang terbaik daripada beratus penyertaan tu. Hew…hew… Jom baca pengalaman saya ni…

Hari pertama (19 Ogos 2014)
Semua finalis disuruh berkumpul di Kompleks RTM Sabah untuk sesi taklimat. Sebelum tiba di sana, perasaan saya bercampur baur. Gemuruh, gelisah, gementar dan macam-macam perasaan lagi berpusing-pusing di minda saya. Fikir lagi bagaimana untuk sesuaikan diri dengan para peserta nanti. Setibanya di sana, semua perasaan tu hilang. Peserta-pesertanya semuanya ramah dan mesra. Walaupun mereka lebih tua daripada saya, tetapi perangai mereka masih muda. Macam saya. Kuat main! Hahaha…

Kemudian, kami diberi taklimat dan penerangan tentang keseluruhan perjalanan pertandingan. Ketika itu jugalah sesi suai kenal diadakan. Sekejap sahaja kami mesra. Macam sudah lama kenal. Selepas segala taklimat, kami dibawa ke hotel Tang Dynasty Wawasan Plaza, Kota Kinabalu untuk check-in. Kami ditaja tidur di hotel sepanjang pertandingan ini. Saya sebilik dengan dua orang peserta iaitu abang Musrah dan Shazmi. Memang cool mereka dua ni. Ada saja yang lucu.

Selepas rehat beberapa jam, kami bersedia di lobi hotel kira-kira jam 7 malam kerana jam 8 nanti ada latihan bersama Kombo RTM di Dewan Bahasa dan Pustaka yang juga merupakan venue pertandingan. Sampai saja bas, kami pun menuju ke dewan. Para pemuzik masih lagi set-up peralatan muzik. Segala wayar masih bertaburan di lantai. Yalah, sudah namanya Kombo, mestilah set-up peralatan tu lama sikit. Kan, kan… Kemudian, kami check key suara masing-masing dan berlatih sekejap. Selepas itu, jam 11 malam, kami pun pulang ke hotel.

Hari Kedua (20 Ogos 2014)
Jam 7 pagi kami sudah siap di lobi. Sebelum tu, kami bersarapan pagi dulu di restoran hotel. Owh, did I mention it’s free?...hehe… Kami diberi kupon breakfast for free sepanjang pertandingan ni. Syukurlah juga. Save bajet untuk pelajar macam saya ni. Sedap-sedap belaka makanannya. Yang paling saya suka ialah kentang lecek dicampur dengan cheese. Pergkhh!! Nyaman. Sampai sahaja bas, kami pun menuju ke Kompleks RTM Sabah untuk sidang media. First time ya saya ada sidang media. Time sidang media tu, kami memperkenalkan diri kepada para wartawan. Kemudian, setiap finalis akan membuat persembahan secara singkat. Just untuk bagi aura. Memang terujalah masa tu. Berlagak jadi artis sebentar. Kihkih…

Selesai sahaja sidang media, kami merehatkan diri sebentar dan berkumpul kembali di lobi kerana jam 2 petang, kami ada latihan bersama pemuzik di dewan. Latihan itu tamat pada jam 5 petang. Fuhh, memang penat. Yang penatnya lagi, jam 7 malam nanti latihan akan bersambung. Balik saja hotel, saya baring sekejap untuk setengah jam (pun jadilah), bangun, mandi dan bersedia di lobi hotel. Bas sampai pada jam 7 malam dan bergerak ke dewan. Latihan pada malam tu berakhir pada jam 11 malam. Memang semua peserta sangat berbakat dan berpengalaman. Menambahkan gementar lagi pada diriku ini. Selesai saja latihan, kami balik ke hotel. Sampai saja di hotel, kami tidak terus ke bilik tetapi singgah di restoran mamak makan roti canai...hihihi… Ramai-ramai lepak di kedai mamak memang best.

Antara gambar-gambar hari kedua

Peserta lelaki

Bersama abang yang banyak beri tunjuk ajar

Kami peserta paling muda

Sidang media





Abang guitaris

Penerbit Encik Sonny

Kaki selfie...hahaha

Testing...testing...




Inilah roomate saya

Hari ketiga (21 Ogos 2014)
Hari ini saya bangun awal sikit kerana saya mahu luangkan lebih banyak masa di restoran sebab kelmarin baru dua suap nasi lemak, bas telah pun sampai. So, today is a revenge day. Banyak makanan saya hentam. Nasi goreng, mee goreng, telur setengah masak, kentang lenyek, choco crunch dan susu...hahaha… Tak perlu risau, makan banyak pun badan tidak akan naik *sigh*. Selepas bersarapan, kami menaiki bas menuju ke dewan. Hari ini kami ada Siaran Langsung Expresi Kombo melalui Sabah FM. Kami perlu menyanyi secara live di radio bersama Kombo RTM. Ini merupakan pertama kali suara saya berkumandang secara live di radio. Takut! Ada dua lagu perlu kami nyanyi iaitu secara solo dan duet. Pasangan duet saya ialah kak Misbariah. Kakak yang sporting gitu ya. Kaki selfie...hahaha... Memang merdu suara kak Mis. Lagu solo saya ialah ‘Engkau Laksana Bulan’ manakala lagu duet ialah ‘Aci Aci Buka Pintu’. Syukurlah semuanya berjalan dengan lancar walaupun tidaklah lancar sangat.

Selepas siaran langsung, kami rehat untuk makan tengahari di dewan. Sambil rehat sambil selfie. Ya, itulah kami. *sambil tutup mata dan tunduk ala-ala princess*. Kak Sarinah dan Kak Yanti adalah punca selfie. Tidak lupa juga Kak Mis. Jam 1 petang  kemudiannya, latihan diteruskan sehingga jam 5 petang. Siap saja latihan, kami balik ke hotel untuk rehat sepuas hati kerana jam 8 malam nanti akan ada raptai pertama.

Setelah rehat selama berapa jam, eh, silap…beberapa minit. *sebab waktu untuk tidur tu digunakan untuk jalan-jalan cari makan…huhu*, kami pun bersiap dan menunggu di lobi hotel kerana bas akan sampai pada jam 7 malam. Sampai saja bas, kami pun menuju ke dewan. Time raptai tu, kami masing-masing berbincang dengan pengurus pentas tentang props yang akan kami bawa semasa pertandingan nanti. Apa yang saya minta ialah lampu spotlight ala-ala bulan dan juga sebuah lampu untuk spot saya seorang. Saya juga minta pentas digelapkan. So, time pertandingan nanti, cuma ada saya dan bulan. Sebab lagu saya ialah ‘Engkau Laksana Bulan’...hehehe…kreatif tak? Selepas bincang punya bincang dan sedikit raptai, kami pun bersurai balik menuju ke hotel. Perlu rehat banyak malam ni kerana esoknya ialah hari yang paling sibuk saya jangkakan.

Antara gambar-gambar hari ketiga


Say cheese!

Tunjuk apa tu kak?

Peserta kembar

Kreatif


Bersambung…

Terima kasih kerana membaca

Monday, 11 August 2014

Produk ciptaan terbaru

Hai semua!

Minggu lalu saya sangat busy sampai masa untuk online pun tiada. Banyak sangat benda yang perlu diselesaikan seperti assignment, test situ sana sini dan sebagainya. Kali ni saya ingin buat satu entri untuk melepaskan geram setelah seminggu tidak berblog…hahaha…
                          
Okey, okey. Antara assignment yang perlu saya lakukan ialah membuat produk sendiri  dengan menggunakan bahan-bahan yang terbuang. Contohnya, surat khabar lama, botol, plastik dan sebagainya. Puas saya fikir apakah benda yang saya mahu cipta ni? Akhirnya, saya mendapat satu idea hebat. Saya akan mencipta bekas untuk menyimpan benda-benda yang kecil seperti cincin, pensel, pen, kunci dan sebagainya. Namun, bekas bukan sebarang bekas ya. Ini bekas yang lain daripada yang lain.

Baiklah, berikut merupakan cara-cara untuk membuat produk ciptaan saya ini.

Langkah pertama
Okey, kita mesti ada bahan-bahan ni. Semua bahan ni free sebab saya gunakan balik dari semester yang lalu. So, no cost at all. Bahan terbuang yang saya gunakan ialah kertas lama. Sebenarnya, kertas ni saya mahu buang tetapi terima kasih kepada subjek ni sebab saya boleh recycle balik. So, tidaklah membazir.


Kertas lama

Pisau kecil atau gunting

Warna air, berus dan tempat bancuhan

Gam dan glitter wink wink

Langkah kedua
Gulungkan semua kertas tu menjadi seperti ini. Jika kita inginkan bekas kita tu besar, roll kertas banyak-banyak. *lenguh tangan saya mengulung kertas ni…ergkhh…*

Gulung jangan tak gulung

Langkah ketiga
Potong kertas yang sudah digulungkan tu mengunakan pisau. Boleh juga mengunakan gunting tapi hasilnya tidak cantik. Sebab kalau kita gunakan gunting, hujung kertas tu akan penyek.

Hati-hati guna pisau tu

Langkah keempat
Cantumkan gulungan kertas yang sudah dipotongkan menggunakan gam mengikut kreativiti masing-masing ya. Macam saya ni sukakan bentuk yang aneh dan pelik. So, saya cantumkan menjadi seperti ini.

Nice!

Langkah kelima
Masa untuk mewarna! La...la...la...la…


Dan hasilnya…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaaa!!!



Letaklah benda-benda kecil

Boleh gantung kunci

Letak cincin pun boleh


Cantik tak? Saya ada upload produk ni di Instagram dan Facebook. Ramai yang memuji. Ada seorang rakan saya ni kata; ‘Cantik benar produk awak ni. Tolong buatkan saya satu. Nanti saya bayar.’ Gulpp, ada juga pula yang menyukai produk saya ni. Thank you. Thank you. *Kembang lubang hidung*.

Terima kasih kerana membaca

Funny Monday #10

CPUV pertamaku

Helo semua. Hari ini I got a really good news! Setelah sekian lama tidak membuka blog disebabkan terlalu sibuk dengan segala kuliah dan test. Rasanya boleh menyamai kesibukan perdana menteri. Fuhhh…

Apa berita baik tu? Hah, ini yang saya tidak sabar untuk bagi tau ni. Baru tadi saya membuka akaun Nuffnang untuk melihat berapa jumlah pendapatan. Yalah, kan setiap hari isnin Nuffnang akan update berapa income yang masuk. Tup, tup.. CPUV saya sudah ada isi. Wahhhhhh…my first CPUV setelah 5 bulan berblog. I am very very very happy!!! Selama ni, saya cuma dapat income daripada CPC saja. Syukur kepada Tuhan. Akhirnya, dapat juga saya merasa CPUV macam abang-abang dan kakak-kakak senior dalam dunia blogging ni.


So, saya dedikasikan entri ini kepada Air Asia Go sebagai penghargaan kerana sudi memilih blog saya untuk memaparkan iklan mereka. Thank u..thank u.. *sambil tunduk kepala*.

Saya sebenarnya selalu memilih Air Asia untuk penerbangan saya ke mana-mana disebabkan tiketnya yang mampu beli, keadaan dalam kapal yang selesa, pramugara dan pramugarinya yang peramah termasuk kapten kapalnya sekali. Oh, did I mention Air Asia ni selalu memenangi anugerah di peringkat antarabangsa? Bagi Air Asia Go, mereka telah mengadakan banyak promosi sekarang ni. Untuk info lebih lanjut, jom klik di sini.

Apapun, ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berblog dan harapnya blog saya akan sukses seperti blog-blog terkenal yang lain. Amin.

Okey, saya mahu meraikan my first CPUV walaupun lambat tahu...hahaha..

Terima kasih kerana membaca

Monday, 4 August 2014

Sebab baju berbau

Helo. How are you doing? Hari ni hari pertama kuliah selepas cuti pertengahan semester. Tidak puas bercuti. Badan di hostel tapi minda dan hati masih tertinggal di rumah. Tidak apa. Harus kuatkan semangat. Tinggal dua bulan lagi untuk cuti semester. Bukannya lama sangat. Sabar, sabar.

Hari ini saya ingin bercakap mengenai sebab mengapa baju berbau.Terutamanya T-Shirt.  Pernahkah kamu mempunyai sehelai baju yang baru bercuci. Masih berbau wangi bunga Sakura dan lembut bak sutera. Then, kamu merancang untuk memakai baju tu untuk jalan-jalan dengan kawan tengahari nanti. Sebelum kamu memakai baju tu, kamu sudah siap sedia menyemburkan deodorant di celah ketiak. Selepas menyarungkan baju, kamu menyemburkan sedas dua minyak wangi.

Saya cuci baju guna Dynamo. Memang terbaik!

Kemudian, turun ke bandar tengahari tu dengan perasaan happy sebab tidak sabar untuk bertemu dengan kawan-kawan lama. Tiba-tiba, kamu terhidu bau busuk dari baju kamu a.k.a bau badan. Baunya seperti bau baju yang tidak kering dan terus dipakai. Pernahkah kamu terhidu bau seperti itu? Mengapakah ya perkara ni terjadi sedangkan kita sudah mencuci baju tu wangi-wangi? Saya selalu musykil tentang perkara ni. Kadang-kadang, perkara ni menurunkan kadar keyakinan saya untuk berhadapan dengan orang ramai.

Setelah melakukan penyiasatan, akhirnya saya mendapat jawapan daripada permasalahan ini. Antara sebab-sebabnya ialah;

1. Bau yang busuk ehem ehem itu sebenarnya datang daripada  badan kita sendiri. Apabila badan kita mengeluarkan peluh yang berlebihan, ia akan memberi efek kepada baju itu sendiri.Peluh yang berlebihan itu akan menjadi daki dan mengeluarkan aromanya tersendiri. So, jalan penyelesaiannya ialah kita perlu kerap mandi *I mean sental badan time mandi guna span* supaya next time peluh yang keluar akan kurang sedikit baunya.

Mandi guna Lifebuoy. Badan segar, harum dan lembut 

2. Masalah ini juga berpunca daripada baju itu sendiri. Mungkin baju itu sudah digunakan bertahun-bertahun lamanya. Ini menyebabkan tekstur kain baju itu semakin menipis dan longgar. Apabila hal ini terjadi, baju tidak akan dapat menyerap peluh dengan baik. Dalam erti kata lain, jika peluh tidak dapat diserap, pengudaraan dalam baju tu pun menjadi tidak betul. Ini sekaligus akan menyebabkan bau badan yang sangat sangat sangat ermmm……busuk.

3. Selain itu, cuaca juga menyumbang dalam masalah baju berbau ini. Selalunya cuaca panas terik sang suria menyinari alam menyebabkan baju berbau. Ini kerana time panaslah peluh mencurah-curah keluar mengalir membasahi tubuh.

Lipat baju selepas kain kering. Bagus anak emak

Ataupun gantung. Barulah baju terjaga dan harum sentiasa

Apa-apapun, yang penting di sini ialah gunakan baju yang diperbuat daripada fabrik kapas 100% untuk serapan yang terbaik. Selain itu, selalulah mandi seperti yang saya katakan tadi. Ini kerana mandi juga baik untuk kesihatan. Disamping itu, jagalah pemakanan seharian. Ini kerana berdasarkan kajian (sorry, no sources), bau peluh datang daripada apa yang kita telah makan. So, jika makan bawang, baunya juga seperti bawang. Jika belacan? Hmm, sendirilah explain…hahaha.. Sekian.

Terima kasih kerana membaca

Funny Monday #9