Nuffnang ads

Sunday, 23 November 2014

Hanis Zalikha di Cosmo!

Hai semua. Apa khabar? Have a blessed Sunday. Saya nak cerita ni. Hari tu emak saya ada beli majalah Cosmopolitan Edisi November 2014. Saya pun tumpang baca sekaki. Nak tahu siapa yang menjadi cover girl? Tidak lain tidak bukan ialah Hanis Zalikha. Wah, nampaknya blogger terkenal suatu ketika dulu yang menjadi kesayangan ramai telah menjadi penghias muka depan majalah Cosmo yang terkenal. Cantiknya Hanis.


Bercerita tentang Hanis ni, beliau ialah idola saya dalam dunia blogging. Minat untuk berblog ni timbul apabila saya terbaca satu entri beliau. Saya ingat lagi ketika itu saya search di Google tentang produk terbaik untuk menaikkan berat badan. Yalah, badan saya ni selim sangat. Rasanya kalau ada angin kuat boleh terhuyung hayang macam lalang agaknya. Tup tup, tersinggah di blog Hanis. Time tu saya tidak tahu langsung yang ada benda benda pasal blog. Kesian kan saya. Ketinggalan zaman.

Saya pun bacalah entri Hanis tentang produk menaikkan badan tu. Seronok pula. Lepas tu, saya selongkar entri-entri beliau yang lain. Baca dari yang latest sampailah ke entri Hanis yang pertama sekali. Memang best. Hanyut saya ketika menelusuri perjalanan kehidupannya dari modeling, study di UiTM, berlakon, mengacara dan sebagainya. Cerita Hanis tentang adik beradik dan ibu bapanya pun sangat best. Lucu melihat gelagat mereka. Ada juga cerita yang sedih. Tapi, sedikit.

Memang tidak dinafikan yang Hanis ni punya gaya penulisan yang sangat menarik. Bersahaja tapi mempunyai mesej yang tersendiri. Apabila kita baca blog Hanis, kita dapat rasakan kejujuran beliau. Kita dapat rasakan apa yang Hanis nak sampaikan dan kita dapat bayangkan bagaimana situasi itu berlaku. Ciri-ciri penulis yang hebat. Saya tengok jarang dah blogger yang ada gaya penulisan macam tu. Ada tapi tak ramai. Contohnya, Fatin Liyana dan Cik Epal.

Dari situlah timbul minat saya untuk menjadi seorang blogger. Saya nak berjaya seperti Hanis Zalikha sebab tengok pendapatan beliau sebagai blogger pun boleh tahan. Saya nak jadi macam Hanis yang kongsikan perkara yang berlaku sehari hari dalam hidup saya. Walaupun saya tak femes. Saya nak jadi macam Hanis yang jujur dalam menyampaikan cerita. Saya tak nak jadi blogger yang suka kopi pasta. No, no, no. A big NO. Saya juga nak jadi macam Hanis yang berjaya jadi selebriti terkenal. Boleh?...hohoho…

Berbalik kepada Hanis Zalikha yang menjadi cover girl majalah Cosmo Edisi November, beliau memakai baju putih dan juga seluar jeans. Nampak rugged dan cantik dalam masa yang sama. Perasan tak yang rupa paras Hanis ni ada sedikit iras wajah Amy Mastura? Ok, bye.


Antara petikan temubual Hanis dengan Cosmo yang saya suka sangat baca.

‘Saya sangat sukakan kanak-kanak dan mendidik. Mungkin sebab saya kakak di rumah. Dan saya yang mengajar adik lelaki saya membaca sehingga pandai, kerana keluarga miskin pada waktu itu, hinggakan dia tidak dapat  masuk tadika. Mendidik dan berkongsi dah jadi my second nature; hence my passion is blogging. Tapi, sebab saya tidak dapat jadi cikgu, mungkin saya akan jadi cikgu kepada anak-anak saya kelak’ – Hanis Zalikha, Cosmo 2014.

Terkesan tak?

Apapun, saya berharap Hanis berjaya mencapai kejayaan dalam hidupnya. Walaupun Hanis jarang sudah update blognya, tapi kita semua dapat ikut perjalanan hidup beliau melalui microblogging seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Terima kasih kerana membaca.

Friday, 14 November 2014

Belajar memandu

Hai, semua. Apa khabar? Semoga sihat selalu dan sentiasa ceria di samping keluarga dan orang yang tersayang. Sekarang ini cuti semester. Banyak masa terluang. Masa terluang untuk RTM. Rehat – Tidur – Makan…hehehe… Tapi, 6 minggu saja cuti…hmmm…rasa macam pantas sangat masa berlalu. Tidak terkejar oleh kita dan tidak mampu diundur kembali. Baru hari ni saya berkesempatan  membuat entri tentang diri saya yang tidak terkenal ini…sob…sob..sob…

Okeylah. Cuti semester ni saya sudah mula belajar memandu. Umur dekat-dekat dewasa ni baru pegang stereng. Kawan-kawan lain umur belasan tahun sudah pandai buat aksi Tokyo Drift. Tidak apa…tidak apa…tahun depan mari kita berlumba main kereta sorong. Okey, tak lawak.


Baiklah, mari kita mulakan cerita yang menarik ini. LOL.

Saya beruntung kerana ada orang yang sudi mengajar saya memandu. Memang sangat bersyukur. Yalah, bukan senang untuk meluangkan masa mengajar orang lain kerana dia sendiri pun punya komitmen lain yang banyak. Jadi, di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih. Arigatou gozaimasu. Mula-mula, saya diajar benda-benda yang sangat asas tentang memandu kereta manual. Contohnya, clutch, brek dan minyak/accelerator, gear, tali pinggang keselamatan dan sebagainya. Kami bermula di tempat parking yang luas ataupun dipanggil dataran. Jarang kereta parking di sana sebab time event-event besar sahaja baru kawasan ni digunakan.

Pertama sekali, saya belajar start kereta dan  cara bagaimana untuk menggerakkan kereta. Tekan clutch dan masuk gear satu... sangkut… dan sangkut dan terus sangkut…huhuhu… Beberapa kali percubaan baru bergerak. Peluh time tu sangat rancak memercikkan dirinya di dahi dan seluruh tubuh. Gementar bukan main. Lepas tu, pusing-pusing dataran, belajar bagaimana untuk tukar gear, signal, reverse dan parking. Rutin ini berterusan selama dua minggu. Lepas dua minggu tu, baru keyakinan diri ada. Rasa macam dataran tu saya yang punya. Banggalah tu.

Kemudian, selepas dua minggu tu, kawan saya menaikkan level kesukaran dengan menyuruh saya memandu di kawasan sekitar kampung dan perumahan. Pastinya dia berada di sisi sebagai guide. Nah, ketika itulah rasa nervous hampir mencapai tahap maksimum. Bergegar kaki pijak clutch...pheww… Kami naik bukit, turun bukit, pusing-pusing kawasan dan banyak lagi. Asal saya nampak kereta lalu di depan, tepi ataupun ikut di belakang saya rasa panik. Maksud saya, panik yang sangat luar biasa. Sampai apa yang saya pelajari di dataran menjadi ingat-ingat lupa…uwaahhh….Normal kah tu? Please jawab. *sambil menekap muka kesedihan*.

Proses itu cuma berlangsung selama beberapa hari saja kerana saya akan dibawa memandu ke jalan besar dan juga bandar. Sekali lagi saya katakan, kawan saya tu berada di sisi saya sebagai guide. Tidak berani saya memandu seorang diri. Okey, kali ni tahap kegementaran saya sudah mencapai tahap paling maksimum. Saya betul-betul panik tapi tetap dapat mengawal kepanikan itu walaupun kaki dan tangan bergegar. Pijak clutch pun sampai tidak sampai saja.

Memang banyak kesilapan yang saya buat sepanjang fasa ini seperti menukar gear terutamanya ketika masuk simpang, membelok, u-turn dan sebagainya. Tapi, saya yakin akan menguasai cara untuk menukar gear tu. Yalah, orang perempuan boleh buat, kenapa saya tidak? Betul tak? Mata pun kena sentiasa alert dengan cermin sisi dan belakang. Memang kaw kaw juga saya kena marah oleh dia ni. Garang betul. Tapi, saya tahu marahnya tu bertempat dan untuk kebaikan saya juga. Okeylah, saya terima apa saja bentuk kemarahan awak walaupun ada sekali saya menjawab. Maksud saya TERjawab. Mungkin kerana ketika itu saya tertekan dengan suasana jalan raya ditambah lagi dengan cuaca panas terik sang suria. Minta maaf ya…hehehe…

Dan ketika entri ini dibuat, saya sebenarnya baru lepas pulang dari memandu. Rasa berdebar tu masih belum hilang sampai sekarang sebab tadi time masuk satu simpang tu, entah macam mana kereta yang saya pandu berhenti mengejut. Mungkin kerana lambat tukar gear. Kereta pun banyak berderet di belakang ketika itu. Nasib baik tidak kena hon. Bayangkan perasaan saya masa tu. Fuhhhh…

Semoga apa yang saya pelajari ni dapat dipraktikkan ketika mengambil lesen nanti. Amin.

Terfikir juga mahu beli kereta auto kalau ada duit sendiri nanti. Tidak payah susah-susah tukar gear. Tapi, bila tengok gambar di bawah ini. Okey, stick with manual.

Hehehe...

Terima kasih kerana membaca