Nuffnang ads

Saturday, 21 February 2015

Mesin basuh di hostel

Hai semua!

Semalam saya dapat mengunakan mesin basuh untuk mencuci kain dengan selesa dan tenang tanpa perlu berebut-rebut dengan penghuni hostel yang lain. Ramai penghuni hostel pulang ke kampung halaman masing-masing sebab cuti Tahun Baru Cina. Saya? Saya tak pulang sebab tambang bas mahal. Nantilah habis semester baru saya pulang ke kampung. Tapi…sobs…sobs…sobs… saya memang rindu dengan rumah, rindu dengan tilam, rindu dengan masakan emak dan semuanya tentang rumah *sambil lap air mata dengan tisu*.

Berbalik kepada tajuk di atas. Mesin basuh di hostel. Pertama kali menjejakkan kaki di hostel ni (time tu masih lagi bergelar freshie), saya tak pernah menggunakan mesin basuh sebab saya tak tahu bagaimana untuk menggunakannya. Kenapa? Sebab di rumah kami tak ada mesin basuh. Cuci guna tangan saja. Jadi, rutin tu berterusan di hostel - mencuci kain dengan mengunakan tangan. Lagipun, kalau guna mesin basuh di hostel kena bayar RM 2.50 untuk 70 minit satu sesi. So, saya boleh berjimat.

Mesin basuh hostel

Tempat untuk masukkan duit

Semester 2 barulah saya mula berjinak-jinak menggunakan mesin basuh sebab masa tak cukup untuk cuci kain guna tangan. Assignment dan kelas yang kadang-kadang berlarutan sehingga malam menyebabkan saya penat untuk mencuci kain. Jadi, nak tak nak, terpaksalah menggunakan mesin basuh. Dari situlah saya terus setia menggunakan mesin basuh hostel ini.

Apa yang saya suka tentang mesin basuh di hostel ialah ianya automatik. Tak perlu lagi nak tunggu untuk spin dan sebagainya. Ada tak hostel yang masih menggunakan mesin basuh manual? Anyone?

Automatic washing machine

Lagi satu, saya suka dengan bunyi alarm yang kuat dari mesin basuh hostel apabila kain siap dicuci. Sangat kuat sampai satu atau dua aras boleh dengar. It make you alert.

Perkara yang saya tidak suka apabila menggunakan mesin basuh hostel ni?

Pertama, saya sentiasa curios dengan hygiene mesin basuh hostel. Sebab ramai penghuni hostel menggunakan mesin basuh yang sama. Kita tak tahu tahap kebersihan mereka. Lagipun, saya ni jenis orang yang sangat menjaga kebersihan. Jadi, it’s normal bila perasaan was-was tu bermain di minda. Betul tak?

Kedua, saya tak suka bila ada orang menunggu di belakang, I mean di sebelah bila time kita nak punggah kain yang sudah siap dicuci dari mesin basuh. I was like, hello… tak boleh sabar? Buat saya rasa uncomfortable.

Ketiga, kain orang yang sudah siap tidak diambil dari mesin. Satu jam boleh terima. Kalau berjam-jam kain masih lagi terperap dalam mesin? Silap haribulan boleh buat naga terbangun dari tidur . Dia ingat mesin basuh tu bapa dia punya? Selalunya kalau hal macam ni berlaku, kain tu dikeluarkan oleh pengguna yang seterusnya dan diletakkan di atas sinki. Tindakan yang bijak. Nasib baik saya belum pernah mengalami situasi ini.

Jadi, kepada penghuni hostel, mesti banyak perkara yang kamu suka atau tidak tentang menggunakan mesin basuh di hostel masing-masing kan. Kalau nak kongsikan cerita, boleh komen di bawah. Saya pasti akan membacanya.

Terima kasih kerana membaca

Friday, 20 February 2015

Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online

Hai semua!

Sejak akhir-akhir ni, saya busy dengan dua perkara. Satu busy dengan study dan satu lagi busy dengan bisnes online. Saya start bisnes online ni dari tahun lalu lagi. Saya menjual pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan dengan harga yang sangat berpatutan. Kualiti dijamin 100% original. Sambutan yang diberikan sangat memberansangkan. Syukur kepada Tuhan.

Saya menggunakan pelbagai jenis medium di laman sosial untuk mempromosikan produk-produk saya ini. Contohnya, Facebook, Instagram, Wechat, blog dan Whatsapp.  Jika kita rajin menggunakan kesemua medium laman sosial ini, nescaya ramai pelanggan akan berpusu-pusu untuk membeli produk kita.

Instagram

Salah satu medium yang efektif dan efisien untuk bisnes online ialah Instagram. Saya nak berkongsi tentang cara untuk menambahkan jumlah pengikut atau followers di akaun Instagram anda. Yalah, ilmu kenalah share antara sesama. Barulah dunia aman dan damai. Eh, tak ada kaitan pun.

1. Guna Hashtag yang betul
Hashtag yang digunakan mestilah sesuai dengan produk yang kita jual. Jika kita jual produk kecantikan, hashtag mungkin kita letak #produkkecantikan atau #beautyproduct. Kebanyakan peniaga online di Malaysia ni saya tengok ramai yang menggunakan hashtag seperti #sayajual, #bazaarpaknil dan sebagainya. Saya pun turut mengunakan hashtag yang sama sebab hashtag tu sangat popular. Jadi, kebarangkalian untuk pelanggan jumpa produk kita tu sangat tinggi dan mungkin mereka akan follow akaun Instagram kita. Jadi, gunalah hashtag yang tepat, padat dan mutakhir. Cewahh.

2. ‘Rampas’ followers pesaing kita
Ayat rampas tu macam keji sangat kan…haha… Maksudnya di sini ialah rampas secara baik dan senyap. Caranya begini. Pergi ke akaun Instagram pesaing kita tu dan tengok jumlah followers mereka. Follow semua followers competitor kamu tu. Gerenti ada yang follow back. Kalau tak percaya, cubalah. Kenapa kita perlu follow pengikut competitor kita tu? Ini kerana followers tu mungkin berminat dengan produk yang kita jual sebagaimana mereka minat dengan produk competitor kita tu. Faham tak?

3. Sponsor post dan produk review
Cara ni perlukan modal sedikit sebab kita perlu bayar khidmat mereka yang nak promote Instagram kita. Selalunya, Instagram yang popular dan laris bak pisang panas mengenakan khidmat ni. Jadi, kepada mereka yang baru bertatih nak tambah followers masing-masing tapi tak tahu bagaimana caranya, bolehlah guna kaedah ni.

Senangkan?

Akhir kata, pastikan semangat dan usaha untuk berbisnes sentiasa utuh dan jitu. Sebab seperti yang kita sedia maklum, dalam dunia bisnes ni banyak halangan dan dugaan yang tidak pernah terfikir dek akal.

Selamat maju jaya!

Good luck!

Terima kasih kerana membaca

Thursday, 19 February 2015

Menghias kereta pengantin

Pada 13.02.2015 yang lalu, saya telah mengikuti Denny pergi ke Tambunan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. Denny ditugaskan untuk menjadi pemandu pasangan pengantin dengan menggunakan keretanya. Saya pula saja temankan Denny sebab kesian tengok dia drive ke Tambunan dari Kota Kinabalu dalam perjalanan yang memakan masa selama 2 jam dengan jalan yang bergaung dan bengkang bengkok.

Terkejut juga bila tengok keadaan sepanjang jalan raya yang kami lalui tu. Banyak kerja pembaikan dilakukan ekoran beberapa siri kejadian tanah runtuh yang berlaku tahun lepas. Memang menakutkan. Sehinggakan bulu roma di tengkuk pun berdiri. Bayangkan ada jalan yang hanya muat sebuah kereta saja untuk dilalui sebab jalan di sebelahnya telah runtuh. Boleh lihat dengan jelas lagi sayup-sayup keadaan curam di bawah. Kabus pun agak tebal di sesetengah tempat. Ngeri.

Sesampai saja di rumah pengantin, kami disambut oleh kakak Denny. Sempat lagi kami tersesat…haha... Ramai juga orang berkumpul di rumah pengantin. Yalah, esok sudah nak kahwin. Mesti banyak persediaan yang perlu dilakukan oleh saudara-mara kan. Saya tak berapa segan sebab hampir separuh daripada orang dalam rumah tu saya sudah kenal. Mana yang belum kenal tu saya cuba untuk berkenalan.

Tiba-tiba, kakak Denny ataupun saya panggil sis Suzie mengatakan yang orang Bridal Boutique  tak sempat nak hias kereta Denny sebab kami lewat sampai. Dekat jam 12 tengah malam baru kami tiba. Namun, mereka ada tinggalkan barang perhiasan untuk menghias kereta. Oleh itu, sis Suzie meminta pertolongan kami untuk sama-sama menghias kereta. Kami? Saya dan Denny saling berpandangan. Kalau hias kek bolehlah, tapi hias kereta? Langsung tiada pengalaman. Namun, kami tetap bersetuju untuk membantu dengan hati yang terbuka.

Wedding Car

Percubaan pertama kami untuk menghias kereta tidak menjadi. Sebab bingung mana nak sangkut kain supaya tak terbang dibawa angin, mana nak ikat patung dan sebagainya. Masing-masing mengerah idea. Ada yang cadangkan letak double tape di badan kereta untuk lekat kain. And I like, seriously? Kalau nak badan kereta tu berbekas bila buka double tape nanti, dipersilakan… dan idea itu ditolak mentah-mentah.

Dari jam 12 tengah malam sehinggalah jam 1 pagi mengerah idea, barulah kami terfikir untuk tengok cara-cara menghias kereta pengantin di Youtube. Rupanya banyak tutorial yang diupload dalam Youtube tentang cara menghias kereta ni. Kenapalah kami tak terfikir idea tu. Thanks Denny for the solution...hoho…

Barulah kami tahu cara nak sangkut kain, nak letak patung depan kereta supaya tak terbang, ikat reben depan dan belakang kereta dan sebagainya. Rupanya senang. As simple like we eat jelly *berbaur kebanggaan di situ*. Kemudian, masing-masing menjalankan tugas. Saya ikat reben di pintu kereta dan buat reben dari kain untuk hiasan depan dan belakang kereta. Manakala, Denny dan sis Suzie pula urus kain merah dan putih untuk hiasan badan kereta. Seronok kami tiga orang buat kerja subuh-subuh. Semua yang lain sudah lena dibuai mimpi.

Masing-masing tekun menghias

Busy nampak

Akhir sekali, kami bersama-sama meletakkan patung di depan cermin kereta. Ala-ala acara perasmian kononnya. Wah, it was really beautiful! Lebih cantik dari yang dibuat oleh Bridal Boutique. Serius cantik. Bangganya. Masing-masing mempamerkan wajah kegembiraan walaupun mengantuk yang amat sangat sebab time tu jam menunjukkan dekat pukul 5 pagi.

Patung sudah diletakkan

Pada paginya jam 10.00, Denny memandu keretanya yang telah dihias tu ke gereja membawa pengantin untuk acara perkahwinan. Denny kata dia berbangga memandu keretanya yang sudah di touch up. Rasa sangat awesome. Memang suatu pengalaman yang berharga.

Cantik tak?

Bergaya

Elegant wedding car

Patung comel

By the way, happy wedding day to Savanna Jacob & husband.

and Happy Valentine Day too!

Terima kasih kerana membaca

Blog terbaik

Hai semua!

Saya baru saja selesai customize blog ini. Kelihatan sangat segar, cantik dan sedap dipandang. Terasa bersemangat pula nak berblogging selepas ni. Asalnya, memang dari awal tahun lagi saya nak custom blog. Tapi, tak kesampaian kerana banyak perkara yang perlu dibuat sehinggakan masa untuk menjenguk blog pun terhad. Lihat sajalah berapa kerat post saja yang telah saya update dari awal tahun sehinggalah sekarang. Terkejut jugalah tadi bila tengok ranking Alexa yang jatuh mendadak. Tidak mengapa *sambil mengurut dagu*. Lepas ni saya akan pastikan ranking Alexa akan naik. Set strategi sekarang juga. Semangat tu penting. Betul tak?

Best blog

Tahun ni saya target nak naikkan rangking Alexa ke Top 100,000. Kalau sudah sampai target, saya akan usaha sehabis baik untuk ke Top 10,000 dan seterusnya. Nampak macam mustahil kan. Mesti ada yang tersengih bila baca sasaran saya ni. Tapi, ingat ya kalian semua. Tiada yang mustahil di dunia ini. Sedangkan dahulu memang mustahil untuk manusia menjejakkan kaki ke bulan. Lihatlah sekarang, sampai ada stesen angkasa lepas lagi. Lagipun, setiap kejayaan yang besar bermula dari sebuah angan-angan.

Sebenarnya, saya masih lagi confused bagaimana cara nak menarik pembaca yang ramai untuk datang ke blog saya ni. Mungkinkah gaya penulisan saya yang kurang menarik ataupun isi kandungan entri yang kurang padat ataupun tajuk yang tawar ataupun jarang update blog. I don’t know. But, so far bila saya menilai sendiri setiap entri yang telah saya buat, semuanya menarik untuk dibaca. *agak bias ya di situ…haha…*

Saya juga ada blogwalking membaca blog-blog yang berkongsi tentang cara untuk berjaya dalam dunia blogging ni. Memang mudah untuk baca tetapi susah untuk diaplikasikan. Ada yang kata buat tajuk yang mengancam walaupun isi tak berapa nak umphhh. Ada juga yang kata sila ikut bengkel/kelas itu ini. Ada juga yang kata – tulis dari hati. Okey, yang ini saya setuju. Jika kita tulis dari hati memang entri yang dikarang seronok untuk dibaca. Tapi, ada tapinya. Susah kita nak dapat feel ikhlas time menulis lebih-lebih lagi waktu subuh macam sekarang ni. *I feel asleep right now…uwaaa*

Saya berharap  sangat agar blog yang hampir mencapai umur setahun ini berjaya sebaris dengan Top Blog Malaysia. Nak target untuk menjadi blog terbaik seantero Malaysia. Cewahhh. Apapun, saya tetap akan stick with my niche iaitu writing and sharing about my personal life walaupun kita bukan retis.

Baiklah. Saya nak tidur.

Selamat subuh semua.

Terima kasih kerana membaca