Nuffnang ads

Wednesday, 29 April 2015

Cara untuk mengelak dari digigit nyamuk

Hai semua!

Selamat petang. Cuaca sekarang panas banget sih. Pakai selipar yang terjemur depan pintu tadi pun ibarat sedang memijak bara. Sungguh mengigit panas matahari sejak akhir-akhir ini. Nak kena minum air banyak-banyak ni.

Sebenarnya, saya nak cerita tentang nyamuk. Siapa pernah digigit nyamuk? Sila angkat tangan? *Soalan bonus*. Memang menyakitkan hati apabila diri ini digigit nyamuk selalu. Bila saja bangun, ada sudah bintik-bintik merah polka dot dari nyamuk durjana ini. Bukan satu, bukan dua dan bukan tiga, malah sangat banyak terutamanya di tangan dan kaki. Paling saya tak suka bila kena gigit dimuka. Memang tak tertahan.


Namun, saya sudah menjumpai jalan penyelesaian untuk mengatasi permasalahan ini. Di sini saya nak kongsikan cara untuk mengelak dari digigit nyamuk yang tak pernah kenal erti serik itu.

1. Spray nyamuk
Semalam saya telah menjalankan satu operasi khas besar-besaran untuk membanteras kumpulan nyamuk yang sudah lama bermastautin dalam bilik saya ini. Saya mengunakan penyembur racun nyamuk Shieldtox untuk disembur dalam bilik saya. Sebenarnya, memang lama saya nak buat benda ni. Tapi, disebabkan tak berapa nak suka hidu bau Shieldtox ni, maka hasrat itu tertangguh beberapa hari. Namun, dek kerana tidak tahan dengan gigitan nyamuk yang bertalu-talu, maka saya nekad. Saya nekad menggunakan penyembur racun untuk menghapuskan nyamuk-nyamuk dalam bilik saya ini.

Shieldtox Mosquito Spray

Pastikan apabila guna penyembur racun nyamuk ni, kena sembur menghala ke atas. Ikut kuantiti yang diperlukan. Sebelum tu, tingkap perlu ditutup terlebih dahulu. Selepas saja sembur-menyembur, tutup lampu dan pintu bilik. Biarkan selama 10 minit (berdasarkan arahan di belakang penyembur racun Shieldtox tu). Tapi, saya biarkan selama sejam. Biar kaw-kaw. Memang berkesan cara ini. Tidur pun lena. Tak diganggu nyamuk langsung. *tak tahulah time tidur nyamuk mengigit tanpa disedari*

2. Guna losyen
Siapa yang sudah lama tahu cara ini? Sangat berkesan you know. Selain dapat menghalang gigitan nyamuk, kita juga dapat menghaluskan kulit supaya lebih gebu, putih dan berseri. Qu puteh, qu puteh, barulah putih. Losyen ni bertindak sebagai perisai kepada kulit kita sebab nyamuk tak suka gigit apabila ada benda yang dia rasa asing. Kan rasa losyen ni pahit *Eh, macam pernah rasa saja*. Jadi, kulit pun selamat dari perilaku nyamuk itu.

Saya guna losyen ini.

3. Kemas bilik
Ramai yang tak tahu sebenarnya nyamuk ni suka bersarang di tempat yang semak. Contohnya, celah-celah kain, sarang labah-labah yang lama dan sebagainya. Bila bilik kamu rasa seperti banyak nyamuk, sila kemas apa yang patut dalam bilik. Terutamanya LELAKI. Saya pernah lalu SESETENGAH bilik pelajar lelaki time di hostel dulu. Memang mengejutkan melihat ke-semak-an dalam bilik tu. Baju bersepah di lantai, pembungkus makanan dan sebagainya. Mesti banyak nyamuk dalam bilik tu. So, kemas bilik anda. Bilik bersih, nyamuk pun kurang. Kalau cara ni tak berkesan, sila guna cara di atas ya…hehe…

Kesimpulannya cik adik dan cik abang, nyamuk ni berbahaya kepada kita sebenarnya. Terutamanya nyamuk yang membawa kepada penyakit berbahaya seperti malaria dan denggi. Jadi, apa tunggu lagi? Jangan tunggu lama-lama, sila bangkit berdiri dari tempat duduk anda dan buat langkah pencegahan sekarang sebelum terlambat. *Ada bakat rupanya saya ni untuk jadi pegawai kesihatan*

Terima kasih kerana membaca

Tuesday, 28 April 2015

Tips penjagaan wajah untuk lelaki

Hai semua!

Hari ini saya nak jadi ala-ala pakar konsultan kecantikan kejap. Khas untuk kaum lelaki sahaja. Kenapa tak nak share untuk kaum wanita? Sebab rutin penjagaan wajah untuk kaum wanita ni rumit sedikit. Too complicated than men. Isn’t it?

Which side is better?

Lelaki biasanya digambarkan sebagai seorang yang sentiasa ingin cepat dalam apa jua perkara yang dilakukan, ringkas dan KURANG MENITIKBERATKAN TENTANG PENJAGAAN WAJAH. Setuju?

Sebabnya?

Mereka adalah LELAKI.

Namun, zaman telah berubah. Trend pun juga telah berubah. Dahulu, memang tak kisahlah apabila lelaki tak jaga wajah kerana bukan kena tengok pun berbanding zaman sekarang. Tetapi, abad ini, millenium ini, lelaki nak tak nak kena jaga wajah masing-masing.

Sebabnya?

1. Peluang pekerjaan.
Sekarang nak cari kerja wajib kena tengok penampilan diri. First impression is important lebih-lebih lagi yang kerja front service atau have high communication with customer. Contohnya, kaunter check-in hotel 5 bintang. Bayangkan kalau pekerja lelaki di kaunter tu tak jaga wajahnya. Pasir dan batu kelikir bertaburan mengundang rasa malu untuk menatap wajahnya *Just sayin. No hard feeling. Tiada kena mengena dengan sesiapa*. Sudah tentu first impression agak tak baik kan? Even lelaki tu hensem.

2. Kepuasan pasangan
Siapa tak nak pasangan dia kacak dan good looking kan? Ya, memang diakui hati budi menjadi faktor pertama apabila memilih pasangan. Tetapi, ladies, jauh di sudut hati, kamu pasti mengimpikan pasangan kamu menitikberatkan penampilan dan penjagaan diri terutamanya wajah kan? Kadang-kadang, sesetengah girlfriend atau isteri tak berani nak tegur pasangan mereka tentang penjagaan wajah sebab takut kena marah.

3. Kepuasan diri sendiri.
Bila wajah bersih, hati rasa tenang dan puas. Keyakinan diri meningkat membuak-buak. Kamu tak rasa segan atau malu nak berhadapan dengan orang ramai.

So, kita orang lelaki kena jaga wajah masing-masing. Tapi, sesetengah lelaki tak suka jaga wajah sebab rumit katanya. Well. Itu memang betul. Ini adalah beberapa tips mudah yang saya nak kongsikan tentang penjagaan wajah. Very simple.

1. Cuci muka
Pastikan anda pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah kamu. Jika kulit wajah jenis kering, maka pilihlah pencuci muka yang boleh melembabkan. Kalau tak tahu bagaimana nak pilih, sila bertanya kepada pekerja di kedai itu. Okey, lepas sudah ada pencuci muka yang sesuai, cuci muka dua kali sehari iaitu pagi dan malam. Mudah bukan? Ketika cuci muka, jangan gosok kuat sangat. Buat secara lembut. Lepas tu, biarkan selama seminit baru bilas muka dengan air.

Pencuci muka saya - L'Oreal Paris White Perfect

2. Minum air
Ini memang petua yang sangat baik. Minum air masak bukan saja mencantikkan kulit muka malah melembabkan. Tak percaya? Cubalah. Murah dan sangat berkesan.

3. Tidur awal
Tidur awal akan merehatkan kulit wajah. Ini bermaksud sel-sel kulit wajah yang dah mati akan berganti kepada yang baru semasa proses tidur tu. Kulit wajah pun seperti anggota badan kita yang lain yang perlukan rehat seperti kaki, tangan, mata dan sebagainya. Bila rehat awal, kulit wajah akan lebih sihat dan menawan.

4. Sunblock
Saya tak berapa suka pakai sunblock sebab rasa agak leceh nak pakai. Tapi, percayalah. Banyak kebaikan yang akan kita dapat dari pemakaian krim sunblock. Antaranya, menghalang sinar UV yang berbahaya dan mengelakkan wajah dari menjadi gelap. Saya sekarang pakai sunblock tapi lebih kepada tangan dan leher kerana pencuci muka saya sudah sedia dilengkapi dengan penghalang UV.

5. Lepas bersukan jangan terus landing
Siapa pernah buat benda ni? Lepas saja siap bersukan, balik rumah, berkipas sekejap dan lepas tu tidur. Petang nak hampir malam barulah bangun. No, no, no. Jangan sesekali buat seperti itu kerana ia tak baik untuk kulit wajah dan juga badan. Selain mengalakkan pertumbuhan jerawat, ianya juga boleh menyebabkan panau. So, guys, please take note.

Okeylah, demikian beberapa perkara simple yang dapat saya kongsikan setakat ini. Sekarang dah waktu tengahari, rasa seperti mood nak menaip agak kurang sebab mata rasa agak berat, Mengantuk…hehe… Jadi, kepada para lelaki, bolehlah ikut tips penjagaan wajah dari saya ini. Mudah untuk dilakukan. Tak perlu pergi buat facial mahal-mahal, pakai mask, krim what so ever. Tak perlu.

Have a nice day!
Selamat mencuba.

Terima kasih kerana membaca

Friday, 24 April 2015

Keburukan bangun lewat

Hai semua!

Pernah tak kamu berazam untuk bangun awal, tapi keesokan harinya, kamu masih juga berdengkur di sebalik selimut yang sungguh comfy atas tilam yang empuk sehinggalah jam 12 tengahari? Ataupun, kamu tidur awal dengan harapan nak bangun awal esok, tapi tetap juga terlajak tidur? Apakah, bagaimanakah dan mengapakah perkara ini terjadi (kepada saya) ??? ….argkhhh….huhu…

Sejak balik dari universiti (dah tamat pengajian pun…yeahhhh), tabiat yang paling sukar untuk diubah ialah bangun lewat. Berkali-kali saya berazam nak bangun awal tak juga kesampaian. Bila set jam hingga tiga set, tetap juga bangun lewat. Ya, snooze itu bahaya. Boleh melajakkan tidur. Sedih. Mungkin jam biologi saya sedikit terganggu disebabkan waktu tidur tak teratur ketika study week. Time study week saya tidur jam 3 pagi (gigih mengulangkaji pelajaran lah tu) dan bangun pada jam 1 petang. Begitulah rutin sepanjang study week. Mungkin sedikit sebanyak memberi impak kepada jam biologi saya.

Dan sekarang, saya nak memperbaiki waktu tidur dan bangun saya kepada normal. Saya tak nak bangun terlalu lewat sebab nampak sangat pemalas walaupun itu bukanlah sikap sebenar diriku ini…huhu…Lagipun saya rasa janggal bila bangun lewat. Rasa macam memberi persepsi tak baik kepada kedua orang tua saya. Yalah, budak universiti tapi suka bangun lewat. Sepatutnya attitude tu sudah berubah kepada lebih efisien dan efektif. Faham tak Vander?

NO!

Bangun lewat ni ada beberapa keburukannya. Memang bagus bangun lewat sebenarnya, tapi tak molek diamalkan selalu. Okeylah, ini adalah antara beberapa keburukan bangun lewat.

1. Masa itu emas
Bangun lewat menyebabkan kita terlepas masa yang berharga, Masa akan dibazirkan begitu saja. Memang rugi sebab kita semua tahu yang masa tidak boleh diundur kembali. Lagipun kita tahu yang setiap manusia masing-masing mempunyai 24 jam setiap hari. Jadi, dalam kes saya ni, saya telah memperuntukkan masa sebanyak 12 jam secara purata untuk tidur saja. Manakala baki 12 jam itu saya gunakan untuk menjalani kehidupan seharian. Mak aihh, banyak rupanya masa yang saya gunakan untuk tidur. Facepalm.

2. Kerja tak siap
Ya, inilah kesan buruk hasil dari bangun lewat. Banyak kerja tak dapat disiapkan dalam masa satu hari kerana masa tak cukup. Yalah, sebahagian masa untuk menyiapkan kerja telah digunakan untuk tidur. Contohnya, macam saya ni. Saya nak kemas bilik tapi tak kesampaian hari tu kerana bangun lewat. Bilik tak kemas hati tak senang. Tidur pun tak lena. Jadi, nak tak nak dari petang sehingga ke malam saya kemaskan bilik saya yang ‘bersih’ itu. Kalau saya bangun awal, mungkin saya boleh kemaskan bilik saya dari pagi sehingga tengahari. Nampak tak kesan bangun lewat tu? Menangguhkan kerja. Diri sendiri yang rugi.

3. Sakit badan
Memang diakui, sejak bangun lewat ni, badan saya rasa lesu, sakit-sakit sendi dan rasa tak bermaya. Saya sihat. Tapi, macam rasa ada yang tak kena saja dengan tubuh badan ni. Ini kerana tubuh telah ‘terlebih’ rehat dan kurang aktif apabila kita bangun. Kira macam tubuh lambat ‘panas’ sebab asyik rehat saja. Seperti kereta, kalau lama tak digunakan , kereta akan rosak. Betul tak?

4. Orang tersayang marah
Ermm, rasanya ini pun juga merupakan kesan buruk akibat bangun lambat. Bila kita bangun lewat, sudah tentu mesej di Whatsapp, Wechat etc. dari orang yang tersayang tidak akan dibaca. Lebih-lebih lagi jika kita silent-kan telefon. Confirm angin satu badan orang sebelah sana call tapi tak berangkat. Terpaksalah bila bangun nanti, kena susun skrip baik-baik untuk pujuk si dia.

5. Terlepas moment indah
Memang rugi kalau kita terlepas perkara-perkara penting dan indah apabila bangun lewat ni. Sangat sangat rugi. Sebab as I said early, time can’t be reversed. Contohnya, seperti saya yang terlepas nak bermain-main dengan anak buah saya yang comel. Hari tu abang saya ada datang rumah dengan isteri dan anak kecil dia. Tapi, saya tak kerap sangat bermain dengan anak buah sebab saya selalu bangun lewat. Bila saya bangun (waktu tengahari), anak buah saya pula tidur. Bila dia bangun, saya pula tidur. Jadi, agak limited moment indah di situ ya.

Kesimpulannya, sesiapa yang selalu bangun lewat tu, silalah berubah. Begitu juga dengan saya. Mulai saat ini, saya berazam nak bangun awal (tidaklah awal sangat…hehe) sebab saya nak menormalkan kembali jam biologi saya. Lagipun, banyak keburukan berbanding kebaikan yang kita dapat. Jadi, agak rugi untuk diri sendiri.

Can I? No!

Wish me luck!

Terima kasih kerana membaca

Tuesday, 21 April 2015

Cerita seorang lepasan universiti

Hai semua!

Apa khabar anda semua?

Hari ni barulah saya dapat berblog seperti biasa kerana saya sudah menamatkan pengajian pada jumaat yang lalu. Secara rasminya, saya bergelar sebagai seorang lepasan. Puji Tuhan. Jadi, sekarang banyak masa terluang.

Sebelum nak elaborate panjang-panjang, saya nak memperkenalkan dahulu rakan-rakan sekelas saya yang gorgeous-gorgeous belaka.

Gambar diambil selepas last paper

Sungguh banyak kenangan suka dan duka yang saya perolehi sebanyak tempoh pengajian. Ada yang buat hati gembira dan ada juga yang membuatkan hati ini ingin menangis. Namun, semuanya ditempuhi dengan penuh kesabaran. Apa yang menjadi pegangan untuk saya berjaya ialah selalu ingat kepada keluarga dan juga Tuhan.

Saya selalu berusaha sedaya upaya, mengerah keringat, fizikal dan mental untuk mendapat keputusan yang terbaik pada setiap kali peperiksaan. Kadangkala, soal kesihatan diletakkan ke tepi. Tetapi syukurlah kerana walaupun saya mengamalkan konsep study hard (unhealthy actually, tapi kalau mampu, boleh diamalkan), saya sentiasa dianugerahkan kesihatan yang baik berkat segala doa kepada Nya. Ini kerana saya nak yang terbaik untuk diri saya dan keluarga saya. Saya selalu ingat tujuan sebenar saya berada di universiti. Bukan untuk bermain dan bercanda ria tetapi untuk masa depan yang terbaik.

Saya ingat lagi ketika pertama kali saya melangkah masuk ke universiti, rasa rindu terhadap keluarga sangat membuak-buak. Setiap malam sebelum tidur rasa macam nak menangis. Tetapi, saya ketepikan semua itu dan tanamkan tekad untuk membuat yang terbaik sehingga akhir pengajian. Dan syukur kepada Tuhan, saya berjaya mengekalkan matlamat saya itu sehinggalah sekarang dengan mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap semester.

Sudah tentu ketika masuk ke universiti, hal yang perlu dibimbangkan ialah soal kawan. Persoalan sentiasa bermain dalam minda  saya, siapakah kawan saya sepanjang berada di sini? Saya berharap agar saya dapat diketemukan dengan kawan yang terbaik yang memahami. Bukan hanya kawan yang berjumpa di tepi jalan, kafe dan tandas, barulah berbual mesra. Tapi, saya nak kawan yang benar-benar memahami diri saya ini yang agak complicated. Kadang-kadang ada orang cakap yang saya ni is a perfectionist

Maksud perfectionist di sini ialah seperti kalau nak susun kasut mesti rapi dan teratur. Kalau tak hati rasa tak senang. Contoh lain, bila pilih barang untuk projek kelas, mesti pilih barang-barang yang nampak elok saja. Kalau packaging ada kusut, then cari packaging yang cantik (walaupun dalamnya semuanya sama) sampai dapat. Faham tak maksud perfectionist di sini? *agak berterabur explaination saya di sini ya*

Okey, tak ada kaitan. Move on.

Then, say hi to Bryan Gesan George because he is my good bestfriend sepanjang berada di universiti. Ask him how complicated I am…haha… Memang kawan yang sporting, full of sense of humor dan bijak. Semoga persahabatan kami berkekalan bukan saja dalam universiti, tetapi juga di luar. Okey, enough. Nanti saya emotional…haha…

With le Nauruan - yang pakai kaca mata itulah si Bryan

Kepada rakan-rakan sekelas saya, BM111A1, saya ingin membuat satu pengakuan. Mula-mula, ketika saya satu group dengan anda semua, saya rasa seronok. Namun, semester kedua, saya rasa agak tidak selesa sebab saya dapat detect rasa berpuak-puak dalam kelas kita. Sebab sebelah sana ada group sendiri, di penjuru sini ada group lain. Masing-masing seolah-olah membuat hal sendiri. Agak tidak bersatu. Kemudian, muncul beberapa isu yang hampir membawa kepada pergaduhan antara sesama. Itu membuatkan saya ingin pindah group. Nasib baiklah ada yang menghalang saya.

Namun, semua itu berubah sama sekali ketika di semester 4. Ketika itu, semuanya sudah bersatu sebagai one united group. Best sebab masing-masing sudah kenal antara satu sama lain. Masing-masing boleh bergurau tanpa ada rasa terguris di hati. Kalau ada, mungkin sedikit. Dan sampailah sekarang, saya rasa bertuah sebab dapat satu kelas dengan kamu semua group BM1116A1. The best group among the best! Good luck and do your best for your future guys! See you when I see u.

I miss you guys already!

Huhuhu... :'(

Kami time dinner di hotel

Tidak lupa juga kepada para pensyarah yang sentiasa buat yang terbaik mendidik kami. Saya nak mention nama-nama pensyarah di sini, tapi terlalu banyak. Takut ada yang terasa kalau lupa mention…hehe… Apapun, kalau jumpa di luar, saya belanja juga bah minum kopi (termasuk makan sekali) Kopi-kopi kita sambil makan pisang goreng panas…nyum-nyum… Aduh, laparlah pula.

Saya juga nak mention seseorang yang selalu membantu saya ketika dalam kesusahan iaitu Denny. Tanpa dia, susah saya nak bergerak melancarkan segala urusan. Lagi satu, dia sangat memahami saya serba serbi. Terima kasih Denny. You are my best.

Jutaan terima kasih juga kepada parents kesayangan saya kerana selalu memberikan sokongan tidak kira dari segi moral dan kewangan. Saya akan membalas jasa kedua ibubapa saya. Terima kasih juga atas segala doa-doa ketika saya menghadapi peperiksaan. Doa ibubapa adalah yang terbaik. Jadi, kepada kamu yang nak menghadapi peperiksaan, jangan lupa hubungi ibubapa masing-masing minta didoakan okey?

Saya sedih tapi pada masa yang sama tidak sabar untuk terus bergerak mengapai masa depan yang cerah. Semoga segala usaha yang saya curahkan ini berbaloi. Semoga Tuhan sentiasa menyertai diri ini, memberikan kebijaksanaan dan semangat untuk terus berjuang dan berusaha menjadi yang terbaik dari antara yang terbaik. Amin.

Layan emosi tengok gambar-gambar di bawah ni...sobs...sobs...








Rindu...

Terima kasih kerana membaca