Nuffnang ads

Monday, 14 September 2015

Beriadah di pantai bersama rakan sekerja

Hari tu, ada seorang rakan sekerja ni telah membuat cadangan dekat ofis untuk buat BBQ parti di pantai. Apa lagi, riuh sekampung kami semua bersetuju sambil menyuarakan cadangan masing-masing apa benda nak dibawa dan sebagainya. Kata sepakat telah diputuskan. Maka, kami telah tetapkan hari kejadian itu pada hari sabtu bertempat di Pantai Damai. Saya tak tahu kenapa mereka pilih pantai tu. Bagi saya, banyak lagi pantai lain yang lebih luas, cantik, berpasir dan sebagainya. Tapi, oleh kerana saya bukannya orang dari sini, so nak tak nak terpaksa bersetuju. Ikut suara majoriti lah kata kan.

Setiap pagi, kami akan bermesyuarat untuk berbincang tentang piknik kami tu supaya semuanya berjalan dengan lancar nanti. Ini bukan sebarang mesyuarat. Bukan mesyuarat tingkap mahupun mesyuarat tangga. Masing-masing nak sponsor makanan. Ada yang nak sponsor ikan, ada yang kaya sikit nak sponsor udang *yang ini tak kesampaian atas sebab yang tak dapat dielakkan*, pinggan mangkuk kertas, ayam, sosej dan sebagainya. Saya pula nak sponsor puding jagung buatan sendiri. Sangat special…hew...hew…

Malam sebelum hari kejadian, saya telah menyiapkan puding jagung dengan bantuan Masterchef, Denny. Senang rupanya buat puding ni. Semudah satu, dua, tiga. Harap rakan sekerja suka dengan puding yang saya buat ni.

Puding Jagung dibuat dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu pun menjelma. Seperti biasa, kalau nak BBQ kena buat part yang paling susah iaitu hidupkan api untuk memanggang. Tak susah sebenarnya. Tapi, kalau hidupkan api dibawah cahaya matahari terik, kira agak mencabar jugalah. Setengah jam yang mencabar itu akhirnya dapat juga kami tempuhi. Penuh dengan arang tangan saya. Harap tak kuranglah mas kahwin saya…hahaha…

Bergotong-royong menghidupkan api

Selesai saja kami memanggang semua bahan makanan yang hendak dipanggang, masing-masing pun mula melantak. Oleh kerana perut sudah berkriuk-kriuk kelaparan, maka dengan tak tahu malu saya penuhkan pinggan kertas saya dengan makanan. Hampir nak terkoyak. Abaikan sajalah. Asalkan perut kenyang…wee…

Antara makanan yang dipanggang. Yang lain tak sempat snap sebab sedang makan dengan gelojoh.

Buah-buahan pun ada.

Sempat posing dalam kesibukan

Selepas saja makan, sebahagian dari kami pergi bermain Banana Boat yang terdapat di sana. Saya tak ikut sebab saya takut jatuh dalam air. Saya tak pandai berenang *nangis*. Saya ni mudah panik jika kaki saya tak pijak dasar. Nantilah. Mungkin bukan rezeki saya untuk main bot itu.


Hanya mampu melihat

Dari jauh, saya melihat mereka bermain Banana Boat. Nampak best. Ada yang menjerit terlolong. Ada yang tewas jatuh ke dalam air. Next timelah baru saya cuba *sambil seka air mata*.

Akhir sekali, selepas mengemaskan tempat itu, kami bergambar beramai-ramai sebelum pulang ke rumah masing-masing.


Apapun, saya sangat enjoy dan gembira berpiknik dengan mereka. Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama, kami juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Okeylah, lepas ni nak pergi jemur kain. Bertimbun kain baru siap dibasuh.

Terima kasih kerana membaca

Tempat kerja baru

Oh em geee!….lama sudah saya tidak update blog ini. Atas alasan yang sama – B.U.S.Y  membuatkan masa untuk berblog sangat-sangat sedikit. Hari tu ramai peminat telah email bertanya kepada saya bila entri terbaru nak publish. Saya kata sabar wahai peminat. Okey, tipu….hahaha…

Rasanya blog saya ni tak ada peminat agaknya. Traffic pun sehari cuma 20 lebih orang. Jika bernasib baik dapatlah 50 plus plus readers….wuuuu…sedih. Okey, ketepikan semua resah dan gundah dalam hati ini. Entri kali ni saya nak ceritakan tentang tempat kerja baru saya.

Seperti yang kamu sudah sedia maklum, hari tu saya dah tamat kontrak sebagai guru ganti selama tiga bulan dalam entri ini dan ini. Selepas saja tamat kontrak, saya pergilah search kerja kosong dekat Google, papan maklumat dan hantar resume ke semua company yang memerlukan pekerja. Oleh kerana saya sangat teringin untuk menjadi seorang akauntan, maka saya hanya apply kerja yang berkaitan dengan akauntan sahaja.

Seminggu tanam anggur, tiba-tiba saya dapat panggilan untuk pergi interview dekat satu company ni. Lain macam cara interview di sini. Guna Skype. Sangat moden. Rupanya, company tu berdaftar di Australia. So, General Manager tentunya berada di Australia time tu. Jadi, Skype menjadi perantara time interview.

Selepas interview sempat posing.

Lepas tu, seminggu selepas interview, saya dapat panggilan diterima bekerja di sana. Apa lagi, dalam hati kedengaran dentuman bunga api, burung merpati dilepaskan dan bunyi penutup botol champagne terbuka. Excited! Akhirnya, target nak kerja di bahagian akaun tercapai jua…yihiii!

Masa bekerja di company ni ikut waktu bekerja Australia. Ertinya, jika waktu bekerja bermula di sana ialah 8.30 pagi, maka kami kena masuk kerja seawal jam 6.30 pagi. Kalau nak tahu, waktu di Australia ialah dua jam awal dari Malaysia. Mula-mula, bangun awal pagi ni kira satu cabaran yang getir terhadap diri saya sebab saya tak biasa bangun awal pagi. Tapi, oleh kerana saya sudah set dalam minda yang memang adat cari rezeki kita akan penat, maka itu menjadi satu motivasi untuk saya terus kuat. Aisehh.

Sekarang, sudah hampir dua bulan saya bekerja di company ni. Rasa sangat bersyukur kerana saya dapat satu pekerjaan yang saya kira awal dari yang dijangka. Environment pun bagus. Rakan sekerja semuanya baik *setakat ini*. Gaji pertama hari tu saya kirim sedikit untuk ibubapa saya di kampung. Walaupun mereka tak pernah minta, tapi saya tetap ingat tanggungjawab sebagai seorang anak untuk membalas jasa mereka. Saya harap mereka happy dan bangga dengan saya.

View dari ofis. Pemandangan laut yang penuh dengan kapal. Kalau penat buat kerja, saya akan duduk dekat tingkap sambil menikmati pemandangan. Reducing stress effectively

Hari tu ada kapal besar berlabuh. Sangat besar. Rasanya setinggi bangunan 5 tingkat kalau tak silap saya. Amazing!

Pantri ofis. Errr, apa kaitan gambar ni dengan entri ya? Entah lah labu

Thank you God for your bless!

Terima kasih kerana membaca