Nuffnang ads

Saturday, 31 October 2015

Ujibakat Bintang RTM 2016

Hai semua!

Semalam saya terima satu mesej Whatsapp dari penerbit hiburan RTM. Viralkan mesej ini katanya. Wah, excited bila baca mesej tu. Rupanya, Bintang RTM kembali lagi setelah menyepi beberapa ketika.

So, kepada pengiat seni suara sama ada amatur ataupun profesional yang ingin mengembangkan sayap dalam industri seni suara, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Kalau nak tahu Bintang RTM ni merupakan salah satu platform nyanyian yang telah menghasilkan ramai bintang besar seperti Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Misha Omar, Azharina Azhar dan banyak lagi.


See you there!

Terima kasih kerana membaca

Saturday, 24 October 2015

Pembakar roti bertuah

Hai semua!

Minggu depan kami bercadang nak beli pembakar roti dan pengisar untuk melengkapkan peralatan di dapur. Kalau ada benda-benda ni barulah boleh dikatakan dapur yang sebenar. Ya tak? Lagipun, ianya akan memudahkan kami untuk membuat kerja di dapur nanti.

Nak dijadikan cerita, semalam Denny pergi annual dinner sekolahnya di Hotel Dorsett. Hotel paling grand di Labuan ni. Untunglah dapat makan yang sedap-sedap. Saya?  Hanya makan nasi berlaukkan kicap. Sedihnya kehidupan ni. Okey, ini tipu.

Sekitar jam 11 malam barulah dia balik. Saya tengok dari jauh bukan main senyumannya. Bersinar-sinar bak mentari subuh. Hairan. Takkan dia baru saja menang loteri RM2.6 bilion? Namun, saya hanya biarkan persoalan itu terperam dalam minda saya. Kemudian, dia mendekati saya dan berkata;

Denny: Guess what?                                                                                 
Me      : What?
Denny: Saya menang cabutan bertuah. Hadiahnya ialah benda yang kita bercadang nak beli minggu depan
Me      : Really?
Denny: Tekalah apa yang saya menang

Berlakulah adegan teka meneka di situ. Banyak saya teka namun semua salah. Lastly, saya teka….

Me     : Adakah ia adalah pembakar roti?

Ting…ting…ting… *kedengaran bunyi loceng WWE*

Denny: Ya, tepat sekali!
Me     : Really??? *hampir pengsan terlalu excited*

Wahhhh, syukur kepada Tuhan. Thank you Lord. Terima kasih Tuhan sebab sentiasa ada bersama dengan kami susah dan senang. Dapatlah save duit untuk emergency. Gembira bukan kepalang. Lepas ni nak beli bread banyak-banyak, jem kacang banyak-banyak supaya dapat makan banyak-banyak. Yihiii!

Inilah dia pembakar roti tu. Jenama Philips yo! Trusted brand


Terima kasih kerana membaca

Sayur-sayuran kampung yang sukar dijumpai

Hai semua!

Actually, jumaat yang lepas saya telah balik kampung sebab ada hal yang nak diuruskan disamping rindu dengan keluarga. Lama benar tak balik. Super excited. Terpaksa ambil emergency leave. Means gaji kena potong. Tak mengapalah. Duit boleh dicari yang penting empunya diri ini bahagia. Ecececeh.

Sebenarnya jumaat tu saya nak buat clearance di UiTM. Kalau tak buat clearance tak boleh konvo. UiTM ni pun satu hal. Tak bolehkah buat clearance online saja. Kata semuanya dihujung jari. Menyusahkan *mendengus*. Oleh kerana ada halangan yang tak dapat dielakkan. So, saya terus beli tiket bas menuju direct ke Keningau. My hometown baby.

Dan di Keningau juga saya ada ikut pertandingan inovasi idea perniagaan @ Pitch Borneo yang berlangsung pada hari sabtu dan ahad. Nantilah saya ceritakan dalam entri yang akan datang ya. Sangat best!

Sesampai saja saya di Keningau, my parents ambil saya di terminal bas langsung menuju ke rumah. Wuuu, lama tak menjejakkan kaki di rumah. Beginilah anak perantau. Jarang balik kampung. Hanya mampu memendamkan rindu menjadi buku dalam hati. Tapi, bukan makan hati ya. Hait!

Benar kata orang, rumah tempat kita membesar lagi terbaik berbanding tempat lain. Tilam, almari pakaian, bilik mandi dan sebagainya semuanya sudah sebati dalam diri. Part yang paling best bila dapat makan masakan parents. Enak hingga menjilat dua belah ibu jari. Anjing kami si Sunday pun sihat sudah. Kali terakhir saya tengok si Sunday hampir semua bulunya telah gugur. Kesian pula. Tapi, sekarang lebat bulunya. Mukanya macam Hachiko yang dalam filem tu. Sori, tak sempat nak gambar…hew…hew…

Isninnya tu terpaksa balik ke Labuan sebab kerja. Itupun ambil emergency leave lagi sebab tak sempat nak balik hari ahad. Sebelum bertolak, my parents ada bekalkan saya banyak sayur-sayuran yang sebahagiannya saya jarang lihat atau makan. Ini yang best ni. Lepas tu, my mum bekalkan saya dengan beras wangi. Happy sangat-sangat. Dapatlah jimatkan duit time di Labuan nanti. Tak perlu lagi pening nak fikir tentang makanan. Saya ada juga bawa sedikit buah pisang dari Keningau. Mahal  pisang di Labuan. Kalau fikir logik tak berbaloi beli pisang di sini. So, dengan gembiranya saya masukkan beberapa sikat pisang ke dalam bakul plastik.

Sampai saja di Labuan, saya tunjukkan semua bahan makanan yang saya bawa dari Keningau. Excited bukan kepalang Denny. Keesokan malamnya barulah kami masak sayur-sayuran kampung mengikut resepi kami sendiri. Sayuran kampung memang sedap, bersih dan tak ada bahan kimia. Terbaik segar dari ladang. Memang umpphhh dimakan bersama beras wangi. Kombinasi yang sangat matching.

Inilah dia sayur-sayuran tu. Bila masak memang terangkat. Fuhhh.

Lada putih dan rebung muda siap dihiris. Siapa suka makan lada putih di sini sila angkat tangan

Ini sayur saya tak pernah jumpa. Emak saya kata sayur ni selalunya tumbuh di sawah padi. Ohhh, ingatkan paku pakis

Kacang panjang dan batang ubi errr ubi apa ya?...Rasanya, ubi keledak kalau tak silap saya

Lada banyak-banyak ni terus dijeruk dengan cuka dan bawang supaya tahan lama. Rasanya pun akan jadi sedap

Ini ialah cendawan. Tapi, saya selalu panggil telinga tikus. Tak tahu pula apa nama sebenarnya. Anyone?

Dan beginilah rupanya selepas telinga tikus tu dimasak. Campur dengan lada putih dan asam jawa untuk kesedapan yang berganda

Tadaaa! Inilah dia hidangan makan malam kami. Sangat menyelerakan! Siapa kata orang lelaki tak boleh masak?...hoho...

Thank you mum and dad!

Terima kasih kerana membaca

Friday, 23 October 2015

Alat pengurut badan yang pelik

Hai!

Hari tu ada pameran barangan dari Jepun, Korea dan Taiwan di dewan sekolah. Lupa nama sekolah tu. Saya pun excited sebab sudah terbayang produk-produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan muka. Yalah, bila dengar nama-nama negara di atas mesti terbayang produk kecantikan. Betul tak? Lagipun saya ni jenis yang menitikberatkan penjagaan diri terutamanya bahagian wajah. Jangan rasa pelik pula. Zaman sekarang ni normal kalau lelaki pentingkan kebersihan wajah. Barulah sedap dipandang.

Lepas balik dari kerja, kami singgah sebentar di rumah untuk menukar pakaian dan barulah menuju ke dewan sekolah tersebut. Sesampai saja di sana, kami lihat ramai kereta berparking di bahu jalan berdekatan dengan sekolah. ‘Wah, ramai rupanya orang malam ni’, getus hati kecilku. Amboi, getus ya.

Masuk saja ke dalam dewan, muka kami pun berubah terutamanya saya. Ceh, saya sangka produk kesihatan. Rupanya, produk yang biasa-biasa saja. Sangkaan ku meleset sama sekali. Waduhhh… Kebanyakkannya produk elektronik seperti oven, treadmill, powerbank dan sebagainya. Tak apalah. Alang-alang sudah sampai, apa salahnya tengok-tengok sekejap.

Kami pun pusing-pusing sambil belek-belek produk yang dipamerkan di setiap booth dan….

Tiba-tiba, ada seorang mak cik cina ni pergi dekat kami dan terus membebel tentang produk dia.  Kami yang ternganga tak tahu hujung pangkal pun terpaksa dengar. Lepas tu, dia jadikan Denny sebagai tempat untuk dia tunjukkan produknya tu. Produk dia ialah alat pengurut yang langsung saya tak pernah jumpa selama 23 tahun hidup di dunia yang indah ini. Kesian Denny…haha!

Bebel punya bebel, entah bagaimana Denny boleh terbeli benda tu. Hebat juga ya mak cik cina ni promote barang. Padahal, kami langsung tak berniat nak beli apa-apa pun dalam ekspo ni. Haishhh…

Balik saja rumah, baru rasa menyesal kenapalah boleh terbeli benda tu. Hmmm, tak apalah. Harap lepas ni kena berani cakap ‘ Saya tak berminat nak beli barang awak’. Wah, dengar macam kejam saja.

Inilah alat pengurut tu. Nampak kecil tapi mak cik tu kata functionnya hebat.

Alat pengurut ni ada empat mode. Tapi, saya cuma ingat mode urut, bekam dan tumbuk. Yang mode satu lagi tu saya lupa. Tengok instruction pun semuanya dalam bahasa Taiwan. Bingung kita. Cara nak gunakan ialah kita  cuma perlu lekat di area badan mana yang kita nak urut. Lepas tu, tekan mode yang kita nak serta kelajuan yang sesuai. Hari tu saya tekan kelajuan yang paling high. Rasa nak tercabut otot di badan ni.

Yang melekit-lekit tu ialah silikon. Kalau melekat di badan lepas tu tarik sadis woo...

Lekat di badan macam ni lepas tu tunggu sampai siap. Kalau sampai 10 minit, alat ni automatik akan berhenti.

Alat ni walaupun pelik semacam, tapi kira okey jugalah. Walaupun menyesal beli tapi we have to turn negative situation into positive *sambil tekan keyboard laptop kuat-kuat*. Kelemahannya ialah cepat habis bateri. Itu saja.

Terima kasih kerana membaca

Saturday, 10 October 2015

Suasana pasar ikan yang meriah

Helo semua!

Hari ni saya bangun awal. Sangat awal. Jam 5.30 lagi. Masih sangat mengantuk sebab semalam tidur jam 2.00 pagi layan Youtube. Tahan sajalah sebab pagi ni kami bercadang nak pergi ke pasar ikan Labuan. Pasar ni hanya buka pada awal pagi saja lepas jam 8.00 pagi macam tu akan tutup. 

Sesampai saja di pasar ikan, saya lihat semua orang membawa bakul plastik masing-masing. Saya yang hairan ni terus bertanya kepada Denny kenapa dan mengapa. Kata Denny, penjual ikan di sini tak sediakan bakul plastik. Pelanggan sendiri yang kena bawa dari rumah. Aik, pelik juga. Mungkin para penjual nak save budget atau pun mereka menyokong kempen ‘Tak Nak!’ kepada plastik. Mungkin.

Kemudian, Denny tiba-tiba teringat yang dia terlupa bawa bakul plastik. Kami saling berpandangan antara satu sama lain. Suasana menjadi sunyi seketika. Macam mana nak beli ikan kalau tak ada bakul plastik. Kami segera periksa setiap inci kereta dengan harapan akan jumpa bakul plastik. Fuhhh, nasib baik ada. Itu pun sehelai dan kecil. Syukurlah daripada tiada.

Kapal-kapal menangkap ikan berlabuh

Lihat betapa meriahnya!

Semua ikan di sini sangat fresh dan nampak berkilat-kilat. Segar bugar sebab ikan-ikan ni mendarat direct dari laut. Kira macam ikan ni first hand in the first person. Sorry for broken english! Bersemangat saya tengok pelbagai jenis ikan. Tapi semuanya sudah saya pernah tengok. Alaaa, kan saya ni anak pemborong ikan. Mestilah saya familiar dengan jenis-jenis ikan *bangga*.



Nampak betapa besarnya Lobster tu?

Udang-udang yang fresh

Rasanya ini King Prawn kalau tak silap saya



Kata Denny ikan-ikan di sini semuanya murah-murah belaka. Tapi, dari pengamatan saya, harga lebih kurang saja dengan yang dijual di kedai. Entahlah. Bezanya, ikan dekat sini segar. Kami ada juga beli sedikit ikan iaitu ikan putih dan ikan kerisi. Ikan kerisi is my favourite *info tambahan*.

Setelah puas round pasar yang sangat meriah dan penuh dengan manusia itu, kami pun pulang ke rumah. Oh ya, kami sempat juga beli sedikit kuih untuk breakfast nanti.

Apapun, next time kami pasti akan pergi lagi ke sini kalau ada kesempatan.

Terima kasih kerana membaca

Monday, 5 October 2015

Air vs Elektrik

Hai semua!

Rumah sewa tempat saya tinggal sekarang ni mengalami krisis air. Sengsara! Ceritanya macam ni. Hari tu bil hujung bulan datang. Bila tengok, terbeliak biji mata masing-masing melihat jumlah yang tertera. RM300 ++! Terkejut beruk. Masing-masing hairan. Kenapa bil air boleh melambung sebegitu tinggi? Sedangkan, kami jarang guna air kecuali malam sebab siang semua keluar bekerja.

Rupanya, pam air tangki kami rosak. Air selama ni mengalir tanpa kami sedari. Oh, patutlah. Nampaknya, sementara tunggu pam air kami tu dibaiki, terpaksalah kami membuat catuan air. Pagi sebelum bekerja dan malam, kami akan pasang paip utama. Selain dari masa-masa itu, kami akan tutup paip utama dengan tujuan untuk menjimatkan penggunaan air. Sehari dua okey. Tapi, sekarang dekat nak sampai seminggu memang tak tahan. Rasa macam dekat kampung pula. Sedangkan kawasan tempat tinggal kami ni ialah kawasan perumahan. Bagus lagi di kampung. Banyak air…huhu…

Saya lebih rela tak ada elektrik berbanding air. Ya, kedua-duanya ialah keperluan asas. Tapi, bagi saya, air lebih penting. Tak ada air bermakna tak dapat mandi, masak, minum, cuci kain, siram bunga bla, bla, bla… Sangat rimas kalau tak ada air! SANGAT! Lepas tu, kalau time darurat (melabur emas), memang paling sengsara feeling tu. Urgkhhh!

Kalau elektrik tiada tapi ada air, tak menjadi masalah buat saya. Saya masih boleh menjalani kehidupan seharian tanpa elektrik. Dulu time kecil, saya pernah hidup 3 tahun tanpa elektrik. 3 TAHUN. Malam-malam kalau nak study, terpaksa guna lampu minyak tanah atau lilin. Dapat juga saya survive time exam. Selalu dapat top 10 dalam kelas. Lepas tu alat hiburan kami cuma radio yang menggunakan bateri. Biasalah orang susah. Bila terkenang balik, sedih pula. Tapi, saya beruntung dapat merasai keadaan macam tu sebab ianya membuatkan saya untuk lebih bersemangat mengejar kejayaan dalam hidup. Tak nak lagi hidup susah.

Apapun, kalau boleh saya nak semua keperluan asas di rumah ni lengkap. Kalau tak lengkap, how can i call my house as home? Lepas ni saya nak periksa pam air tu. 

Nampak air mencurah-curah kegirangan tu?...hmmm... Harap pam ni dapat dibaiki dalam masa terdekat

Terima kasih kerana membaca

Saturday, 3 October 2015

Cabaran orang bertubuh kurus

Hai semua!

Hari ni saya timbang berat badan. Harapnya ada lah sekilo dua naik. Tup…tup…saya naik 2 kg. Syukur. Selama ni berat badan saya selalu juga naik turun. Cuma taklah sampai 2 kilo. Mungkin naik dalam 0.5 kilo ataupun  turun 1 kg…wuuu~

Tadi bila tengok naik 2 kg, terbeliak mata saya sambil disusuli oleh senyuman girang. Sempat juga saya tepuk-tepuk timbangan tu tadi mana tau rosak atau mungkin ada spring terlepas…haha… Berhasil rupanya makan banyak ni. Kalau nak tahu, saya sekarang tak amalkan sebarang diet. Saya cuma akan makan dalam kuantiti yang banyak setiap kali sesi makan. Kalau boleh, saya nak berat badan saya bertambah in natural ways. Tak nak makan ubat-ubatan yang berlambak di pasaran tu. Takut nanti ada efek sampingan. Seram! *Tapi, kalau terpaksa, nak juga cuba…huhu…*

Banyak cabaran menjadi orang yang bertubuh kurus ni terutamanya kaum lelaki. Kalau perempuan kurus memang tak hairan. Tapi, bila lelaki berbadan kurus, tak smart dipandang pula. Saya adalah salah satu manusia dalam kelompok itu. Tak tahulah saya perlu rasa bersyukur atau tidak. Tapi kalau boleh, saya nak berat badan saya ideal. Berat badan saya sekarang tak ideal. Saya sudah kira BMI hari tu. Tak normal. Underweight. *Nangis*. Rasanya, dengan pertambahan 2 kg ni, mungkin BMI saya sudah kembali normal. Harapnya.

Antara cabaran bertubuh kurus ialah bila berjumpa dengan kawan-kawan atau saudara-mara, mesti mereka akan kata;

‘Kurusnya awak. Bagus awak pergi bersenam di gim. Bagi mantap sikit’

‘Kalau awak ditiup angin, mesti terbang punya’

‘Lagi smart kalau awak pakai baju lengan panjang. Cover sikit lengan awak yang kurus tu’

Wei, penat tau dengar ayat-ayat di atas ni.

Saya tak lah kurus sangat*Menyedapkan hati*. Tapi, mungkin dalam penilaian mereka tu, saya nampak kurus. Sedih. Kadang-kadang, saya terasa juga bila mereka tegur tentang bentuk tubuh badan saya. Cabaran mental sangat! Saya sebenarnya selalu memasang impian nak tubuh yang ala-ala model gitu. Tak terlalu tegap dan tak terlalu kurus. Medium. Yang penting nampak fit. Supaya bila orang pandang, mereka akan pandang saya lebih dari sekali….haha… Lepas tu,senang nak beli baju. Tak perlu lagi spend 2-3 jam untuk cari baju yang ngam di badan.

Nak badan macam David Beckham ni

Semoga saya berhasil mendapatkan tubuh badan impian.

Terima kasih kerana membaca

Thursday, 1 October 2015

Perasaan orang yang sudah bekerja

Hai semua. Apa khabar?

Harap sihat dan gembira di samping keluarga dan orang tersayang.

Saya baru pulang dari kerja. Penat. But, it’s okey. Memang adat bekerja. Mana ada kerja yang tak penat kan. Petang ni rasa nyaman saja. Itulah ada mood nak update blog ni. Kalau tidak, terbiar saja labah-labah buat sarang dalam blog saya ni.

Sejak bekerja ni, saya dapat rasa bagaimana sebenarnya perasaan orang-orang yang sudah bekerjaya ni. Antaranya, rasa happy bila time gaji, sedih bila bulan tua, bayar sewa rumah dan segala macam bil dan sebagainya.

Bila dapat gaji, saya rasa puas sangat sebab itulah hasil penat lelah saya selama sebulan. Apatah lagi bila dapat gaji pertama. Memang melompat kegirangan. Timbul perasaan bangga bila nampak duit di tangan sendiri. Selama ni selalu saja minta duit dari ibu bapa. Rasa diri ini menyusahkan pula. Sekarang, giliran saya pula kirim mereka duit setiap bulan. Sejujurnya, duit gaji saya tak cukup untuk sebulan. Lebih-lebih lagi gaji time probation ni. Suffer jugalah. Mana nak bayar itu, mana nak bayar ini. Tapi, oleh kerana rasa tanggungjawab sebagai seorang anak, maka semua itu saya ketepikan. Sebabnya, mereka juga pernah bersusah payah semasa membesarkan saya. So, inilah masanya untuk saya membalas jasa mereka.

Bila sudah bekerja, banyak rupanya tanggungjawab yang menanti. Ingatkan bila ada duit sendiri, boleh buat apa saja yang saya suka. Lebih-lebih lagi tinggal jauh dari keluarga. Alamatnya, kena berdikarilah jawabnya. Contohnya, soal tempat tinggal, bayar bil, makan *nasib baik saya sudah pandai masak*, minyak kereta dan sebagainya. Perit juga bila duit tinggal sedikit padahal baru tengah bulan….huhu… Saya tak pandai masak sebenarnya. Tapi, oleh kerana saya sudah masuk dalam fasa hidup berdikari, nak tak nak terpaksa, harus dan wajib belajar masak. It is not about gift or talent in cooking. It is about how to fulfill my stomach. Eh, sejak bila saya pandai buat quote ni. Sekarang, saya sudah pandai masak nasi *haha*, sambal terung, sambal tomato masak pedas, sayur, ayam masak kicap, mi goreng dan banyak lagi. Masakan saya tidaklah secanggih mana, tapi at least boleh buat sesiapa yang makan nak lagi tambah nasi…hehe...

Tapi, ada satu saja yang tak best bila bekerja jauh dari keluarga ni. Saya rindu dengan family saya di kampung. Saya cuba kuatkan semangat tapi sometimes hati dan jiwa saya ni dicengkam rasa sayu dan rindu yang teramat. Kadang-kadang, sebak sehingga berlinangan air mata…wuuu~

Sejak akhir-akhir ini, saya jarang keep in touch dengan family saya. Mungkin kerana sibuk bekerja. Atau mungkin sebab kredit tak cukup *Eh*. Saya rasa sangat bersalah juga sebenarnya. Hari tu my mom said, ‘Call kami bila-bila masa kalau ada kesempatan ya’. Rasa bersalah pula saya bila dengar beliau cakap macam tu. Mungkin inilah realiti bila berjauhan dengan keluarga kan. Rasanya, bukan saya saja yang menghadapi situasi macam ni. Tapi, harap lepas ni saya nak lebih kerap berhubung dengan family saya. Walauapapun, family must be in my first priority.

Okeylah, lepas ni saya nak bersiap sebab malam ni nak pergi shopping barang dapur. Baru dapat gajilah katakan…hew…hew...

Sedap kopi ni. Saya sudah cuba...nyummm...

Terima kasih kerana membaca