Nuffnang ads

Sunday, 31 January 2016

11 perkara tentang diri saya

Hai semua!

Saya tak tahu kenapa tiba-tiba saya mendapat idea untuk buat entri ini. Saya bukannya public figure pun kan….haha… Tapi, tak mengapa. Ini cuma sekadar pengenalan tentang siapa dan bagaimana diri saya ini. Kalau tak silap, blogger lain pun ada buat entri macam ni. It’s fun to read actually because we can know someone roughly based on the entry. Kenapa saya pilih nombor 11? Sebab nombor 1 dan 11 ialah nombor kegemaran saya. Well, tanpa membuang masa, jom baca 11 perkara tentang diri saya.


1. Anak tahun baru

Saya lahir pada 1 Januari. Bila saya kata yang saya lahir pada tarikh ini, hampir kebanyakan orang memberi reaksi yang sama iaitu perasaan tidak percaya…haha… Bangga jugalah bila lahir awal tahun. Tapi, yang tak bestnya, hari jadi saya jarang kena celebrate sebab mereka lebih fokus kepada sambutan tahun baru. Kena bagi hadiah? Jauh sekali. Then, memang tak pernahlah hari jadi saya disambut di sekolah sebab sesi persekolahan belum buka pada 1 Januari. Sampailah saya bekerja sekarang. So, saya sudah terbiasa hari jadi tanpa celebration dan hadiah. Ucapan saja sudah memadai bagi saya.

2.  Sabahan

Saya lahir di daerah Keningau, Sabah. Sebuah daerah yang agak besar. Sekarang maju sudah dari segi pembangunan dan infrastruktur. Di Sabah banyak tempat yang menarik terutamanya pulau-pulau, hutan , gunung dan sebagainya. Saya sendiri walaupun orang Sabah tapi masih belum pernah naik Gunung Kinabalu. So, itu merupakan antara wishlist saya pada tahun ini iaitu nak menakluki puncak Gunung Kinabalu. By the way, I am so proud to be Sabahan!

3. Menyanyi

I love singing very much. I really do. Saya boleh menyanyi tapi tidaklah perfect seperti penyanyi profesional. At least I know about pitching, key and breathing…hew…hew… Saya pernah mengikuti beberapa pertandingan nyanyian di negeri ni. Kamu boleh klik disini untuk baca. Saya sangat suka nyanyi lagu-lagu lama terutamanya lagu dari Broery Marantika, Tom Jones, Frank Sinatra dan Elvis Presley.

4. Cheese Lovers

Saya sangat sukakan cheese. Apa saja makanan yang ada unsur cheese di dalamnya saya pasti akan makan. Saya tak akan berhenti sehinggalah makanan tu habis. Terutamanya Durian Cheese Cake yang kena jual di Secret Recipe. Tak boleh kawal…hihi…. Eh, lupa nak mention. Saya juga sangat suka makan ais krim.

5. Lipas

Oh gosh! Saya paling geli dengan makhluk yang satu ni. Sangat geli! Saya okey kalau lipas tu berjalan di lantai. Tapi, bila dia sudah terbang, itu bukan lipas. Itu syaitannn….huhuhu… Satu lagi saya sangat takut dengan tebuan/penyengat dan sewaktu dengannya. Takut kena sengat.

6. Germaphobe

Sebelum tu, saya nak berikan definisi germaphobe. Germaphobe is a person with an extreme fear of germs and an obsession with cleanliness. Ya, saya ialah seorang germaphobe. Saya takut dengan benda-benda kotor. Walaupun pegang kasut sendiri pun saya akan rasa geli. Saya selalu sanitizer tangan saya 5-10 kali sehari. Kadang-kadang, saya penat juga nak cuci tangan banyak kali. Kalau tak saya akan rasa gelisah dan tak keruan. Kalau orang yang rapat dengan saya pasti perasan kenapa saya cuci pinggan mangkuk sangat lama sampai berbunyi-bunyi. Mandi pun sampai dekat setengah jam. Makan di restoran pun saya tak berapa selesa sebenarnya when it comes to hygiene. Kalau orang lain pegang barang-barang saya pun saya tak selesa. Saya bukan sombong. Saya sudah cuba untuk jadi macam orang yang normal tapi tak berjaya. Saya tak nak kerana germaphobe ni orang akan fikir saya ni pengeli, sombong atau trep high class. No im not okey?

7. Want what I want

Saya kalau nak sesuatu saya pasti akan berusaha sampai dapat. Selagi tak dapat selagi itulah saya tak akan berhenti. Contohnya, saya bertekad nak dapat Anugerah Naib Canselor time di UiTM dulu dan saya berjaya. So, next target saya nak jadi kaya. Nak senangkan kehidupan parents saya, diri saya dan pasangan. Tiada yang mustahil di dunia ini kan?

8. Pendiam

Sebenarnya, saya ialah seorang yang pendiam…wuuuu… Tapi, saya akan switch personaliti saya menjadi ‘fun and funky’ mode bila bersama dengan kawan-kawan yang saya rapat. Orang yang baru kenal dengan saya mesti mereka akan rasakan yang saya ni tak banyak cakap, pemalu dan sopan santun.

9. Sukar membuat keputusan

Ini merupakan salah satu kelemahan saya. Bila terlalu banyak input dalam otak, saya akan banyak fikir. Bila banyak fikir, otak saya akan jammed. Bila otak jammed, saya akan sukar buat keputusan. Bila sukar buat keputusan, saya akan stress. Seringkali terjadi lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan perkara yang melibatkan tentang kehidupan.

10. Percaya dengan cinta sejati

Ya, saya merupakan orang jenis ini. Mencintai seseorang dengan sepenuh jiwa dan raga sepanjang hidup saya. Saya bukanlah jenis yang sweet atau romantik. Walaupun saya jarang tunjukkan secara fizikal, tapi percayalah dalam hati ni hanya ada dia seorang. One and only. Tiada dua tiada tiga. Lagipun, kenapa pula nak cari lain kalau betul-betul sayang kan?

11. Adventures

Saya sukakan sesuatu yang adventures. You know what? Salah satu perkara yang boleh buat saya lupakan yang saya ni seorang germaphobe ialah melalui aktiviti-aktiviti lasak. Contohnya, camping, hiking, memancing dan sebagainya. Saya akan lupa tentang germs serta merta.


Well, ini merupakan 11 perkara tentang diri saya. Saya sudah explain sebahagian tentang diri saya with honesty. Kalau kamu nak share tentang diri kamu, boleh drop link dalam ruangan komen di bawah ya.

Terima kasih kerana membaca

Saturday, 30 January 2016

Mari belajar bahasa Sabah #2

Hai semua!

Oleh kerana ramai yang telah search tentang belajar bahasa Sabah di search keywords dalam blog ni, so saya nak buat part 2 tentang bahasa Sabah. Part 1 kamu boleh baca di sini. Ramai rupanya yang minat nak belajar cakap Sabah ya. Terima kasih. Nanti next time kalau datang Sabah, kamu ada sudah asas nak speaking like Sabahan…heee…

Sebelum tu, ini ialah gambar Gunung Kinabalu yang saya tangkap di lokasi yang jarang orang pergi. On the way to Kundasang. Amazing!

Okey, lets start this

1. Sia

Sia bermaksud saya dalam bahasa Malaysia baku. Tapi, orang Sabah suka short form kan perkataan. So, kami lebih senang ungkapkan sia berbanding saya. Selain sia, ada juga yang gunakan perkataan lebih pendek iaitu sa.

Contoh ayat:

Sia suka makan nasi campur ikan
Saya suka makan nasi dan ikan

atau

Sa rasakan, dia tidak suka sama sa
Saya dapat rasa yang dia tidak suka bersama dengan saya


2. Budu

Perkataan ni ada kasar sedikit. Budu ni bukan sejenis makanan ya. Budu kalau di sini bermaksud bodoh dan sewaktu dengannya. Opsss… Selalu juga perkataan ni keluar dalam perbualan seharian orang Sabah. Bukan niat untuk menyumpah dan memaki. Tetapi lebih kepada bergurau sesama sendiri.

Contoh ayat:

Jangan kau pigi mengurat si Nita. Ada mama dia tu sana. Budu bah kau ni...haha!
Jangan awak mengurat si Nita. Emak dia ada di sana. Tak ada otak la awak ni...haha!


3. Kedapatan

Maksud kedapatan ni kalau di semenanjung ialah kantoi. Dalam bahasa baku ialah tertangkap. Jangan pula kamu salah beza kedapatan dengan pendapatan. Hampir sama bunyi tapi lain erti.

Contoh ayat:

Suaminya kedapatan curang dengan perempuan lain
Suaminya kantoi curang dengan perempuan lain


4.  Nda

Nda bermaksud tidak/tak. Seperti yang saya katakan tadi Sabahan memang suka ayat yang ringkas…hihi…

Contoh ayat:

Sa nda dapat pigi rumah kau malam ni
Saya tidak dapat pergi ke rumah awak malam ni.

atau

A: Ko suka sa ka?
B: Nda

A: Awak suka saya tak?
B: Tidak


5. Bos

Kalau di Sabah semua orang boleh jadi bos. Tidak kiralah orang biasa atau yang memang bos betul. Panggilan bos digunakan bila kita tak kenal dengan seseorang ataupun kita baru berjumpa dengan orang lain. Kira panggilan bos ni kalau di tempat lain sama maksudnya dengan bro, brader, geng etc.

Contoh ayat:

Di kedai makan, pelayan dirujuk sebagai bos walaupun dia bukan bos.

Bos, teh tarik satu!

atau

Bila kita nak pinjam sesuatu dari kawan atau orang lain.

Bos, pinjam dulu laptop kau


Faham tak penggunaan perkataan bos ni?...haha…

*****

Okeylah, setakat ni 5 perkataan saja yang saya kongsikan. Kalau ada sambutan yang memberansangkan, saya akan update lagi dalam entri yang akan datang…hew…hew…

Terima kasih kerana membaca

Tuesday, 26 January 2016

Pengalaman pertama membeli barang di Lazada

Hai semua!

Saya excited ni nak cerita tentang pengalaman pertama beli barang di portal beli belah terbesar iaitu Lazada. Sebenarnya, saya tak suka beli secara online sebab takut barang yang kita beli tu tak serupa dengan apa yang kita lihat online. Lebih-lebih lagi pakaian. Takut tak muat. Susah payah lagi nak return barang. Tapi, entah kenapa hari tu saya boleh pula tergoda bila masuk laman web Lazada ni. Mungkin kerana macam-macam benda yang dijual dalam tu.
                                                                                                        
Lazada ni memang hebat dari segi grafik gambar. Boleh buat orang terpukau nak beli. Macam saya ni yang memang tak pernah beli barang online pun boleh terjebak sama. Lagipun, kebanyakan harga barang-barang di sana agak berpatutan. Lebih-lebih lagi bila ada diskaun sampai 80%! Fuhhh…jerat percintaan betul Lazada ni.

Okey, barang yang saya beli pertama kali secara online di Lazada ialah Universal 3 In 1 Clip On Fish Eye Mobile Camera Lens - Full Silver Set. Sebenarnya, saya tak ada niat pun nak beli benda ni. Saja nak tengok-tengok. Tapi, bila lihat harga lens ni. Saya jadi teruja. Kenapa? Sebab ada diskaun sebanyak 82%. Harga asal ialah RM 99.00. Lepas diskaun jadilah RM18.00. Itu yang buat saya rambang mata tu. Lagipun tengok cara Lazada promote barang mereka memang terbaiklah. Keep up the good work!

So, lepas membuat pembayaran, saya diberitahu yang barang akan sampai 5 hari kemudian. Hmmm, lamanya nak sampai *getus hati kecilku*. Tunggu punya tunggu. Eh? Dua hari kemudian lens yang saya order tu sudah sampai. Wow, cepatnya delivery. Walaupun barang kecil saja, tapi mereka tetap berusaha nak hantar secepat yang mungkin. I as a customer felt a full blast of satisfaction. Thank you Lazada!

Universal 3 In 1 Clip On Fish Eye Mobile Camera Lens - Full Silver Set


Tak apa kalau packaging koyak. Asal barang dalam keadaan yang baik

Inilah lens yang saya order tu. Kualiti barang? Agak okey . Saya bagi rate 3 dari 5 bintang. Tapi, saya sedar yang kita tidak boleh expect sesuatu yang tinggi ke atas barang yang murah. Betul tak? Overall, saya sangat berpuas hati membeli barang di Lazada. Lepas ni, kalau ada rezeki nak lagi order…hihi…

Eh, Lazada. Kalau nampak entri ni sila bagi feedback ya?...hew…hew…

Terima kasih kerana membaca

Wednesday, 20 January 2016

Tahun 2015 yang penuh bermakna

Hai semua


Hari ni merupakan hari pertama saya update blog pada tahun ni. Sebenarnya, awal lagi saya nak buat entri. Tapi, tertangguh selama beberapa minggu sebab saya telah ‘renovate’ blog ini. Biasalah tahun baru, azam baru maka blog pun ikut baru. Saya telah baca kembali semua entri dalam blog ini dari first until now. Entri yang saya kira tidak bermanfaat sudah saya delete. Memang sayang juga nak delete. Tapi, oleh kerana nak jaga kualiti blog maka itu harus terpaksa…wuuu… Mana-mana bahasa yang tak sesuai saya sudah ubah. Bagi ayat yang cantik sikit. Blog saya ni hampir menginjak usia dua tahun. Masih agak baru lagi. Macam biasa tahun pertama berblog memang geli baca hasil tulisan sendiri. Seram sejuk. Serius! Berdiri bulu tengkuk. Tapi, bila baca entri tahun seterusnya barulah nampak kematangan dalam penulisan. Barulah saya tahu style penulisan saya yang sebenar-benarnya. Tiada lagi ‘effort untuk menjadi lawak’ ataupun bahasa yang kurang matang. Kira entri-entri yang saya tulis selepas tahun pertama tu sesuai untuk dibaca oleh segenap lapisan umur dan segenap dimensi. Cewah!

Baiklah, tahun 2015 baru saja meninggalkan kita. Banyak suka dan duka berlaku pada tahun itu. Bagi saya, tahun 2015 merupakan tahun yang agak mencabar. Segala rintangan dan dugaan yang datang telah saya harungi dengan jayanya. Namun, dalam duka tu ada sukanya. Biasalah, hidup dalam dunia pasti ada dua elemen ini. Manis dan pahit. Bila kita bersedih pasti akan ada kegembiraan yang datang. Percayalah.

Okeylah, ini merupakan antara beberapa perkara yang berlaku dalam hidup saya sepanjang tahun 2015.

Pertama, saya telah beli powerbank jenama Pineng saya yang pertama dengan menggunakan hasil titik peluh saya dari bisnes online. Saya rasa sangat-sangat puas sebab dapat memiliki benda yang diidamkan dengan duit saya sendiri. Perasaan time powerbank tu sudah berada dalam genggaman sukar digambarkan. Walaupun itu cuma powerbank, tapi saya sangat bersyukur. Mungkin bukan iphone, bukan Go Pro, bukan kasut berjenama etc. Yang penting saya gembira sebab saya guna duit dari USAHA SAYA SENDIRI :)

Tahun lalu juga saya tamat pengajian dengan jayanya sebagai graduan Universiti Teknologi Mara Kampus Kota Kinabalu, Sabah. Paling manis lagi konvokesyen dibuat di tempat sendiri. Tahun-tahun sebelumnya, para graduan perlu terbang ke kampus utama Shah Alam untuk bergraduasi. Konvokesyen mana yang lebih manis dari tempat sendiri yang menyaksikan usaha jerih perih, air mata berguguran, jatuh bangun dan penat lelah semata-mata untuk mendapatkan keputusan terbaik. Syukur kepada Tuhan, semua itu berbaloi apabila saya berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor. Anugerah untuk pelajar paling cemerlang. Dapat selempang pink. Bayangkan betapa bangganya saya dapat mengharumkan nama diri sendiri, ibubapa, keluarga dan orang yang tersayang. The best moment I ever had in my life!


Selain itu, selepas saja tamat pengajian, saya terus mencari kerja. Sekali lagi, syukur kepada Tuhan, kerja pertama yang saya dapat ialah guru sandaran di SMK Pantai, Labuan. Entri tentang pengalaman menjadi guru sandaran boleh baca di sini. Selepas tamat kontrak selama 3 bulan, saya terus mencari kerja tetap. Setelah menghadiri beberapa sesi interview di pelbagai company, saya mendapat kerja di sebuah private company Australia based in Labuan. Setelah 3 bulan kerja di sana, saya resign sebab saya telah mendapat satu lagi tawaran kerja dari sebuah accounting firm yang saya kira berbaloi untuk saya ambil. Dan akhirnya, saya bekerja tetap di sana sehinggalah sekarang. Puji Tuhan!

Perkara yang tak berapa best time 2015 ni ialah seperti biasa cabaran-cabaran time saya masih lagi bergelar sebagai seorang pelajar. Part cari rumah sewa tu dan pengalaman tinggal di sana sementara menunggu penempatan di hostel universiti sangat memeritkan. Kalau nak cerita di sini mungkin sampai esok tak habis. Duit habis sebelum hujung semester, assignment yang bertimbun dan sebagainya sudah lali bagi saya. Ada juga kejadian tahun lepas yang mana anjing-anjing peliharaan kami buat masalah besar. Tapi, tak nak fikir balik sebab mereka cuma haiwan yang tidak tahu apa-apa. So, dimaafkan. Saya bersyukur juga mengalami pengalaman mencabar macam ni sebab itu lebih mengajar saya untuk menjadi lebih bersemangat mengharungi dugaan pada hari-hari yang mendatang.

Akhir sekali, tahun 2015 juga merupakan tahun di mana saya ambil keputusan untuk bekerja jauh dari keluarga sebab saya nak menimba pengalaman hidup di tempat baru. But, don’t worry. Apapun, family comes first. I always keep that on my mind. Mungkin inilah proses yang saya sedang menuju ke alam dewasa.

So, inilah antara beberapa perkara yang berlaku dalam hidup saya sepanjang tahun 2015 yang dapat saya kongsikan. Tahun 2015 anda pula bagaimana? Silalah letak link entri kamu di ruangan komen untuk saya baca. Sangat dialu-alukan.


Terima kasih kerana membaca