Nuffnang ads

Monday, 22 February 2016

Percutian menarik di Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, Sabah



Hai semua!

Hari tu saya telah bercuti ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik yang terletak di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Percutian kali ni saya rasa sangat excited sebab ini kali pertama saya pergi ke pulau-pulau kecil. Sebenarnya, dari zaman kanak-kanak lagi saya impikan nak bercuti ke pulau. Nampaknya semua impian itu sudah tertunai tahun ini. Syukur.

Jesselton Point

Ini merupakan sedikit info tentang Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Taman laut ini terdiri daripada beberapa gugusan pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Tapi, hari tu kami hanya pergi ke dua pulau iaitu Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Sebenarnya, kami nak pergi ke tiga buah pulau – tambah Pulau Sapi. Tapi dek kerana terlalu ramai orang dan masa perjalanan pun terhad, maka kami batalkan niat. So, kami just ambil dua pulau.

Memang panjang barisan orang di setiap kaunter. Bayangkan sepuluh kaunter semuanya full house! Nasib baik ada satu kaunter yang jarang orang sebab kedudukannya yang sedikit tersembunyi. So, kami pergilah ke sana. Rupanya orang satu kampung juga.  Senang nak berurusan. Siap dapat diskaun lagi…hew…hew…

Ini merupakan details bayaran yang perlu disediakan untuk pergi ke pulau.

1 Pulau – RM23.00 (Dewasa), RM18.00 (Kanak-kanak)
2 Pulau – RM33.00 (Dewasa), RM23.00 (Kanak-kanak)
3 Pulau – RM48.00 (Dewasa), RM28.00 (Kanak-kanak)

Terminal Fee – RM7.63 (Dewasa), RM3.82 (Kanak-kanak)

Conservation Fee (Bayar semasa berada di pulau):

Local – RM3.00 (Dewasa), RM1.00 (Kanak-kanak)
International – RM10.00 (Dewasa), RM6.00 (Kanak-kanak)

Banyak aktiviti yang ditawarkan seperti Parasailing, Fly Fish, Banana Boat, Zipline dan Sea Walking. Tapi, kami cuma nak snorkeling saja. So, kami hanya sewa Mask Snorkeling dan Life Jacket. Setiap satu berharga RM10.00. Tapi, seperti yang saya katakan tadi, kami dapat diskaun. So, kalau nak pergi ke pulau datanglah ke kaunter Aparu Holiday Tours Sdn Bhd. Mungkin boleh dapat diskaun juga…hehe…


Maka, perjalanan kami pun bermula!




Sayup-sayup kelihatan Pulau Manukan dari jauh

Ikan-ikan kecil di tepi jeti

Wajib bergambar di sini

Ini dia Pulau Manukan. Besar pulau ni. Cantik dan bersih. Air laut pun jernih. Pemandangan di sini sangat cantik. Dengan langit yang membiru, air laut seperti kristal ditambah lagi dengan ikan-ikan yang jinak. Percutian yang sangat sempurna! Oleh sebab saya ni nature lovers, secara automatik jiwa saya rasa sangat tenang. Fikiran pun bebas dari stres. Saya suka keadaan macam ni.






Peninggalan peluru zaman perang

Perkara pertama yang kami lakukan ialah bergambar *ini wajib*. Kemudian, kami snorkeling. Saya tak pandai berenang. Dan ini pertama kali saya snorkeling. Nasib baik ada life jacket. Senang nak terapung. Pertama kali rasa panik dan cuak tu datang silih berganti bila kaki tak pijak dasar laut. Tapi, bila beberapa kali percubaan, akhirnya saya berjaya! Dapat juga tengok ikan-ikan berenang walaupun just snorkeling di tepi pantai. Tak berani snorkeling di tempat yang dalam…huuu…


Selepas snorkeling, kami berehat di bawah pokok sambil makan makanan yang kami beli di Kota Kinabalu. Ada juga restoran di Pulau Manukan ni tapi harganya agak mahal. Better beli makanan awal-awal sebelum pergi ke sini.

Selepas tu, kami berkemas dan pergi ke jeti untuk menunggu bot yang akan ambil kami ke Pulau Mamutik. Kira-kira 10 minit macam tu, bot datang. Masa perjalanan dari Pulau Manukan ke Pulau Mamutik tak lama. 3 minit macam tu sampai.

Orang ramai di atas jeti

Ramai sangat orang di Pulau Mamutik. Terutamanya pelancong dari luar negara. Pulau ini merupakan pulau paling kecil di antara pulau yang lain. So, nampak padat bila ramai sangat manusia. Banyak ikan di sini tapi air laut tak sejernih di Pulau Manukan. Tak mengapalah. Just enjoy the moment walaupun cuaca panas terik mengigit kulit. Snorkeling dan terus snorkeling.


Di sini ada khemah disediakan

dan juga tempat duduk




Jam hampir menunjukkan pukul 3.00 petang, kami terpaksa membersihkan diri dan berkemas kerana kami perlu tunggu bot di jeti sebelum jam 3.30 petang. Sampai saja bot, kami pun pulang ke Kota Kinabalu.

Percutian kali ni sangat best dan bermakna buat saya kerana saya dapat menjejakkan kaki di pulau yang lama saya nak pergi dan juga dapat snorkeling for the first time in my life!

Saya cadangkan kamu untuk pergi ke sini jika ada kesempatan kerana tempat ini SANGAT-SANGAT MENARIK.

Thank you life jacket sebab bantu saya terapung!...hew...hew...

Terima kasih kasih kerana membaca

Sunday, 21 February 2016

Menikmati keindahan Sungai Sarawak dari atas kapal persiaran Sarawak River Cruise

Hai semua!
              
Entri ini merupakan sambungan dari entri yang lepas. Kalau nak baca sila klik disini.

Baiklah, selepas saja balik dari Jong’s Crocodile Farm & Zoo, kami ke tebingan Kuching untuk merasai satu lagi pengalaman yang luar biasa iaitu nak melihat keindahan Sungai Sarawak dengan menaiki Sarawak River Cruise. Kalau nak tahu Sarawak River Cruise merupakan perkhidmatan kapal persiaran pertama menelusuri Sungai Sarawak.


So, alang-alang sudah berada di Kuching, kami mengambil keputusan untuk tidak melepaskan peluang menaiki kapal persiaran ini. Kalau nak tahu, ini merupakan kali pertama saya menaiki kapal air. Tapi, sekarang saya sudah biasa sebab saya tinggal di pulau Labuan. Setiap bulan naik feri untuk ke tanah besar Sabah. Balik kampung. Okey enough with that.

Ini merupakan details tentang Sarawak River Cruise

Address:
Kuching Waterfront, Kuching

Contact No:
082-240366

Opening hour:
The Daily Signature Sunset Cruise at 5.30 P.M -7.00 PM

General admission fee:
RM 60.00 P/Pax

Yuran masuk ke kapal agak mahal bagi saya. So, untuk dua orang kami kena bayar RM120.00. Mahal tapi berbaloi. Lagipun bukan selalu datang ke sini…hehe… Kami memilih tempat duduk yang terletak di atas kapal. Senang nak melihat pemandangan. Ramai juga orang yang naik kapal ni. Rata-rata pelancong dari luar negara.



Saya ni jenis yang suka melihat pemandangan lebih-lebih lagi gabungan antara semulajadi dan buatan manusia. Ciri-ciri tu semua ada di sepanjang sungai Sarawak ni. Kami boleh melihat keindahan sungai dan juga bangunan pencakar langit pada masa yang sama. Antaranya, Masjid Bahagian Kuching, Astana, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), Perkampungan Melayu di sepanjang sungai, Tebingan Kuching serta banyak lagi tempat-tempat menarik. Kadang-kadang, ada juga ternampak kawanan burung berterbangan melintasi langit. So mesmerizing!


Bangunan Dewan Undangan Negeri yang unik

Eksotik!

Astana




Oh, ya, di atas kapal kami telah dihidangkan dengan makanan & minuman seperti kopi dan jus oren serta kek sarawak. Tak perlu bayar sebab semuanya sudah include dalam yuran masuk itu tadi. Kalau nak makan berat pun boleh tapi tak tahu berapa charge yang dikenakan. Sambil minum dan menikmati pemandangan, tiba-tiba muncul seorang penari dari suku kaum Sarawak membuat persembahan tarian. Semua pengunjung dalam kapal termasuk kami rasa terhibur. Yalah, tak pernah nampak tarian tu, jadi rasa excited tu datang.

Cheers!


Perkara yang paling saya tunggu-tunggu ialah nak melihat pemandangan matahari senja berlabuh. Jam 6.30 petang, matahari mula start nak terbenam. Memang cantik! I mean SANGAT CANTIK. Hebatnya ciptaan Tuhan. Then, hari mulai gelap, so kami boleh nampak keindahan bandaraya Kuching pada waktu malam bermandikan cahaya.

Pemandangan waktu senja di sungai Sarawak



Kuching Waterfront pada waktu malam


Bangunan DUN bermandikan cahaya

Selepas hampir sejam menelusuri sungai Sarawak, kapal pun berlabuh di tebingan Kuching. Apa yang saya boleh katakan, pengalaman menaiki kapal persiaran ini sangat berbaloi lebih-lebih lagi saya yang sukakan sesuatu yang baru. Kalau datang ke Kuching dan ada duit lebih sedikit, kamu bolehlah cuba naik Sarawak River Cruise ini.

Next time saya nak lagi datang ke Kuching, Sarawak!

Terima kasih kerana membaca

Friday, 5 February 2016

Pengalaman menarik berkunjung ke Jong’s Crocodile Farm & Zoo, Kuching, Sarawak

Hai semua!

Kali ni saya nak update blog tentang tempat-tempat menarik yang pernah saya pergi. Semuanya di Malaysia sebab saya belum pernah pergi ke luar negara. Tsk. Sebenarnya, negara kita pun banyak tempat yang unik dan menarik. Kalau tak kenapa banyak mat saleh dari luar negara berduyun-duyun datang ke sini kan…hehe… Macam di Sabah ni, banyak tempat yang memang bestlah orang kata. Contohnya, lumpur gunung berapi, kolam air panas, gunung, pulau dan sebagainya. Saya pun belum pernah menjelajah ke semua tempat menarik di Sabah walaupun saya orang sini *nangis*.

Baiklah, start hari ni saya nak update cerita time saya melancong di Kuching, Sarawak. Sangat best dan penuh bermakna. Itulah first time saya melancong luar dari negeri Sabah. Tapi, saya tahu yang one day saya pasti akan travel ke luar negara. Tiada yang mustahil.

Okey, cukup dengan pendahuluan.


Sebelum tu, saya nak bagi penerangan serba-sedikit tentang tempat ni. Jong’s Crocodile Farm & Zoo terletak 29 KM dari Kuching iaitu kira-kira 20 minit memandu. Tapi, kami tersesat selama dua jam walaupun guna Google Map sebab tak biasa dengan jalan di sini. Lagipun, teknologi sekarang bukan boleh percaya 100% kan...huhu… Setelah berhempas pulas, akhirnya sampai juga kami di Taman Buaya Jong ini.

Sebelum masuk kena beli tiket di kaunter. Harga tiket agak mahal. Tapi, tak mengapalah sebab kami sudah melalui pelbagai halangan untuk sampai ke sini. Tersesat ditambah lagi dengan cuaca yang panas. Fuhhh! Cobaan. Lagipun, bukan selalu…hew…hew… Tiket masuk akan dilekatkan di pergelangan tangan. Macam tiket konsert pula. Tapi, itu lebih mudah berbanding tiket yang nak pegang.

Entrance Fee

Admission Charges:
Adult: RM22.00
*Children: RM11.00

Sarawakian Charges:
Adult: RM12.00
*Children: RM6.00
*Children (3-12 years old)

Price above is inclusive of GST

Opening & Feeding Hours

Open Daily - Monday to Sunday
9.00 AM - 5.00 PM

Feeding Demonstration:
11AM & 3PM Daily

Perkara pertama yang kami nampak sejurus selepas masuk ialah galeri tentang buaya atau dipanggil Bujang Senang di Sarawak. Di sini banyak yang boleh dibaca seperti cerita-cerita mangsa bahaman buaya (termasuk gambar sekali ya. Ngeri), cara pembiakan dan sebagainya. Boleh juga nampak rangka buaya serta binatang lain yang telah diawet. Jam menunjukkan pukul 1.30 PM. Feeding time jam 3.00 PM. So, kami ada masa 2 jam setengah untuk meneroka kawasan ni. Kalau nak tahu, feeding untuk buaya merupakan tarikan utama di sini. Tak sabar.


Ini merupakan antara haiwan-haiwan di luar galeri.







Kemudian, kami ke bahagian unggas. Di sini ada burung merak. First time saya nampak burung merak depan mata. Semualah first time kan…haha… Burung ini sangat cantik dan menawan. Lebih-lebih lagi bila dia kembangkan ekor. Macam bidadari. Merak ni jinak. Bila kita halakan kamera dia akan pegun seketika dan posing. Bijak sungguh. Di sini juga ada ayam, itik dan beberapa burung yang tak pernah kami lihat.

Posing!


Beautiful creature


Next station, kami ke kolam yang mengandungi beratus-ratus ikan Patin yang berwarna seakan-akan pink dan oren muda. Best view dekat sini. Sangat menenangkan. Kami melepaskan lelah sebentar di sebuah pondok yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan ke station yang seterusnya.

Entrance ke kolam yang unik


Ikan-ikan Patin sebesar paha orang dewasa


Selepas berehat selama kira-kira 10 minit, kami pun pergi ke bahagian yang mengandungi banyak buaya. Setiap kolam mungkin didiami oleh ratusan buaya. Ada pelbagai jenis buaya. Ada yang kecil dan besar. Biasanya yang kecil dikumpulkan dalam satu kolam besar. Manakala, yang besar, I mean yang BESAR, diasingkan dalam kurungan lain. Menakutkan tengok buaya besar. Garang semacam. Kadang-kadang, buaya-buaya tu akan bergaduh sesama sendiri. Macam nak berbunuh pun ada. Pernah dengar tak bunyi suara buaya? Kalau nak dengar di sinilah tempatnya.




Selepas melihat perilaku buaya-buaya tu, kami menuju ke bahagian haiwan hutan liar. Nak sampai sana kena melalui hutan kecil dan paya. Redup dan selesa saja berada dalam hutan ni.



Banyak haiwan yang kami lihat di sini. Antaranya:






Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 PM. Kelihatan ramai kelibat manusia berduyun-duyun ke station nombor 4 iaitu tempat pertunjukkan Crocodile Jump/Feeding termasuklah kami. Tak nak lepaskan peluang tengok buaya kena bagi makan. Pekerja taman akan mengantungkan daging di tali betul-betul atas kolam.Tinggi sedikit dari permukaan air. Kemudian, buaya-buaya yang lapar akan cuba mendapatkan daging itu. Siapa yang lompat paling tinggi akan dapat makan besar. Seronok tengok pertunjukan ini.

Ready...

and...

...annddd

Eat!

Selepas berakhirnya pertunjukan itu, kami singgah sebentar di kafe yang terdapat di taman ini untuk makan aiskrim. Yalah, cuaca sangat panas. Jadi, ais krim adalah penawar terbaik…hew…hew… Memang berbaloilah berkunjung di sini. Sangat disyorkan. Kemudian, selepas bergambar sebentar kami pun menuju ke bandaraya Kuching untuk aktiviti yang seterusnya. Anda pasti tak ingin terlepas untuk membacanya.

Stay tuned!

Terima kasih kerana membaca