Nuffnang ads

Saturday, 19 March 2016

Keindahan ‘Pantai Tersembunyi’ di Labuan



Hai semua

Ini merupakan sambungan dari entri tentang pengalaman kami memasuki terowong bekas lombong arang batu. Kalau nak baca sila klik disini.

Selepas saja habis memasuki terowong dan hiking di bukit atas terowong tu, kami menuju ke satu lagi tempat menarik yang berdekatan iaitu sebuah pantai yang saya gelar ‘Pantai Tersembunyi’ sebab saya tak tahu nama pantai tu…haha… Lagipun, lokasi pantai tu agak jauh dari jalan utama. Kalau nak ke sana perlu berjalan kaki kira-kira 1 kilometer. So, kira kami double hiking lah pada hari tu. Mendaki bukit dan berjalan kaki ke pantai. Hidup biar sihat. Yihaaa!

LOKASI PANTAI

Pantai ni terletak di utara Pulau Labuan berdekatan dengan Muzium Chimney. Kalau dari Taman Burung mengambil masa lebih kurang 5 minit dengan menggunakan kereta. Lebih senang rujuk saja peta di bawah.

Titik kuning sebelah kiri tu ialah start point, garisan putus-putus warna merah tu ialah laluan ke pantai manakala titik kuning sebelah kanan tu ialah lokasi pantai. Araso?

Sebelum memulakan perjalanan, seperti biasa harus bergambar. Sebenarnya, bergambar setiap saat tu penting sebab kita sedang merakamkan detik-detik indah hidup kita. Betul tak? So, bergambarlah selagi boleh…hew…hew…

Me and my friends

Selepas itu, kami pun memulakan perjalanan. Suasana pemandangan sepanjang perjalanan kelihatan indah walaupun hanya rimbunan pokok, rumput dan jalan berpasir. Warna-warna rumput di sana cantik. Macam musim luruh pula. Kawasan sebelum pantai ni agak berumput. Tapi, perlu alert juga dengan keselamatan diri. Manalah tahu ada binatang berbisa lalu. Siapa tahu kan?


Walaupun hanya lalang tapi tetap nampak cantik. Kan kan?


Selepas hampir 15 minit perjalanan, kami pun sampai. Lokasi pantai tu terletak di bawah tebing. Bila sebut tentang nature, saya pasti akan excited. So, rasa teruja saya time tu membuak-buak apabila terdengar bunyi ombak dan terhidu bau air laut. Sangat menenangkan.

Tak pasti apa fungsi binaan ni. Tapi saya gambar saja sebab nampak unik

Sayup-sayup kelihatan pantai dari atas tebing

Love this candid shot. Photo credit to Cik Papun

I am so mesmerized with the beauty of this beach. Sangat cantik sebab pantai ni ada tebing tinggi. Nampak unik. Jarang saya nampak pantai yang ada tebing tinggi macam tu. Time tu air pasang jadi tak dapat pergi ke tengah laut untuk cari hidupan laut. Manalah tahu tiba-tiba terjumpa tiram yang ada pearl harga berjuta-juta. Eh, melebih pula imaginasi ni.

Inilah pemandangan sekitar ‘Pantai Tersembunyi’. Enjoy the view.






I also really love this shot. Expression of happiness. Again i give credit to Cik Papun for this amazing photo

Selepas sejam menikmati pemandangan sunset di sana, kami pun berkemas dan kemudian pulang ke rumah masing-masing.

Terima kasih kerana membaca

Saturday, 12 March 2016

Pengalaman memasuki Terowong Bekas Lombong Arang Batu di Labuan

Hai semua!

Minggu lalu, saya dan rakan-rakan telah memasuki salah satu terowong bekas lombong arang batu di sini Labuan. Kalau kamu nak tahu, di Pulau Labuan ni banyak rangkaian terowong bawah tanah. Namun, masih banyak yang belum diterokai. Mungkin atas faktor keselamatan. Yalah, kalau difikirkan logik, terowong arang batu rapuh sebenarnya berbanding terowong batu. Apatah lagi yang sudah terbiar lama. Kebanyakan terowong ditutup ekoran satu kemalangan di lombong itu yang telah membawa kepada penutupannya pada tahun 1911.


CARA UNTUK KE LOKASI TEROWONG

Tempat ini terletak di utara pulau Labuan iaitu di Tanjung Kubong. Lebih senang jika guna kereta sendiri. Tapi, kalau tak ada kereta jangan susah. Boleh juga guna bas nombor 6 untuk ke sana.

Okey?

Kami berkumpul di depan Taman Burung Labuan pada hari ahad jam 4.00 petang. Apabila semua sudah sampai, kami pun memulakan perjalanan. Saya terpaksa menggunakan selipar sebab tak ada kasut time tu. Starring betul. Jarak lokasi terowong dari taman burung tidaklah begitu jauh. Kira-kira 5 minit perjalanan menggunakan kereta, kami pun sampai.

Sebelum bergerak kena bergambar dulu. Ini wajib. Saya yang berbaju hijau memakai selipar. Nasib baik ada beberapa rakan yang pakai selipar juga...heee...

Suasana sekeliling tempat ni masih hutan. Tapi, bukan hutan tebal. Dari papan tanda, kami perlu berjalan sejauh 150 meter ke tempat terowong itu berada. Tak jauh. Sekejap saja sudah sampai.

Perlu melalui jambatan kecil

Saya tak pasti apakah benda ini. Tapi, pasti ada nilai sejarah sebab kena buat pagar macam tu


Hutan kecil yang jarang


Di sini ada disediakan pondok rehat

Nampak saja terowong tu, saya rasa sangat excited sebab itu pertama kali saya masuk ke dalam terowong. Teruja dan berdebar menjadi satu. Kami masuk satu persatu dalam barisan. Ada beberapa orang tak nak masuk sebenarnya tetapi selepas dipujuk berkali-kali barulah mereka akur…hoho...

Bergambar di depan terowong. Inilah dia terowong yang kami nak masuk

Ini juga merupakan salah satu terowong lain. Tapi, tak boleh masuk sebab sangat berbahaya dan berair

Berbaris sebelum masuk. Yang berbaju kuning tu ialah abang Madi. Our guide

Suasana dalam terowong agak sempit, gelap, rendah dan berhabuk sebab di sana ialah bekas lombong arang batu. So, sesiapa nak pergi ke sini kena bawa sapu tangan atau tuala kecil untuk menutup hidung. Tapi, oleh kerana saya ialah seorang yang adventures, so saya anggap semua itu sebagai cabaran. Ececeh.

Keadaan dalam terowong. Tak dapat ambil gambar banyak-banyak dalam tu sebab terpaksa guna kedua-dua belah tangan untuk berpaut pada dinding terowong

Terowong yang kami masuk ni tak panjang. Tapi, cukuplah untuk beginners macam kami ni…hew…hew… Sampai saja di hujung terowong, kami kena panjat dinding batu ke atas untuk keluar. Agak mencabar juga. Mereka kata ada kelawar dalam terowong tu tapi saya tak rasa pula.

Yihaaa! Wipeout Labuan



Siap saja keluar dari terowong, kami meneruskan perjalanan mendaki bukit kecil untuk melihat pemandangan the other side of Labuan dari atas bukit. By the way, terowong yang kami masuk tu terletak di bawah bukit. Alang-alang masuk terowong, apa salahnya naik bukit sekali kan. Perjalanan ke atas bukit tidaklah sesukar mana. Tapi, perasaan seronok tu membuak-buak sebab kami beramai-ramai. Hiking with friends. Bonding time.

Perjalanan mendaki bukit

Say cheeseeee


Pendekar Labuan

Inilah dia pemandangan sebahagian Labuan dari atas bukit. Enjoy the views



Selepas menikmati pemandangan, kami pun turun dari bukit




Perjalanan menuruni bukit

Selesai saja masuk terowong dan hiking di bukit, kami pun menuju ke satu lagi tempat iaitu pantai tersembunyi yang jarang orang pergi. Suasana di sana serius cantik. Menenangkan jiwa. Macam pantai di luar negara. Next entri saya akan ceritakan keanggunan pantai tu okey. Tunggu!

P/S: Okey, saya nak bagi tips sikit *sambil membetulkan posisi spek mata*. Kalau ke terowong, sila jangan buat perkara yang tak senonoh seperti meludah, buat bising, buang sampah dan sebagainya. Jaga tingkah laku ya kawan-kawan.

Terima kasih kerana membaca