Nuffnang ads

Thursday, 21 April 2016

Keindahan Pulau Papan di Labuan yang menakjubkan



Hai semua!

Hari tu saya dan rakan-rakan sekerja telah membuat satu trip ke salah satu pulau yang terdapat di sekitar Pulau Labuan. Pulau yang kami decide nak pergi tu ialah Pulau Papan. Sebenarnya, saya tak tahu pun ada pulau-pulau lain di sekitar Pulau Labuan ni. Tapi, semakin lama tinggal di sini, semakin banyak tempat-tempat indah yang saya tahu. So, bila mereka kata nak buat trip suka-suka ke Pulau Papan. Rasa teruja saya melonjak-lonjak keriangan. Well, I am a nature lovers FYI.

TRIVIA PULAU PAPAN

Pulau Papan merupakan salah satu dari enam pulau yang terdapat di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Dulu pulau ni digunakan sebagai tempat untuk rumah api memberikan isyarat kepada kapal-kapal yang lalu di sini. Tapi, sekarang telah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Pulau ni tak jauh dari Pulau Labuan. Just 5 minutes ride by boat.

Okey, jom sambung cerita.

Kami sepakat untuk berkumpul di Kampung Air Patau-Patau pada jam 7.00 pagi sebab nak bertolak awal ke Pulau Papan. Apabila semua orang sudah sampai, barulah kami bergerak ke jeti di kampung air ni untuk menunggu bot. By the way, kampung air ni agak moden dan bersih berbanding kampung air lain yang pernah saya pergi sebab kawasan ni ialah tempat pelancongan homestay.



Jeti tempat menunggu

Kira-kira 10 minit macam tu, bot pun sampai. Besar botnya. Tambang saya tak berapa ingat sebab cerita ni dari bulan lepas lagi…kehkehkeh… Sekarang ni saya agak sibuk dengan kerja so masa agak terbatas nak update blog. Tapi, seingat saya tambang pergi balik agak agak dalam lingkungan RM20. Ya, kira macam tu lah.

Our journey begins!


5 minit perjalanan akhirnya kami tiba di Pulau Papan. Dari jauh sayup-sayup kelihatan Pulau Papan melambai menyambut kedatangan kami. Ada jeti rupanya di pulau ni. Tapi, ada beberapa atap jeti yang sudah bocor. Mungkin lama tak kena maintenance.

Inilah pandangan pertama ketika kami menjejakkan kaki ke pulau ni.

Jeti Pulau Papan


Boleh baca sedikit info sejarah tentang Pulau Papan

Nampak chalet-chalet di belakang tu? Tak pasti pula berapa harga sewa untuk menginap


Pulau ni dekat dengan laluan kapal-kapal laut. So, dari sini boleh lihat pemandangan macam ni



Sebelum memulakan aktiviti hiking mengelilingi pulau, kami menghidupkan api terlebih dahulu untuk BBQ nanti. Well, kemudahan untuk piknik di sini agak lengkap sebenarnya. Sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.

Dalam proses menghidupkan api harapan

Jom start hiking menakluki pulau ini. Yihaaa!

Pulau ni kecil tapi ada sumber air tawar nun jauh di bawah tanah



Saya bergambar di tanjung berbatu yang unik


Rumah api. Tapi, tak dapat masuk sebab pagarnya berkunci...wuuu... Papan tanda pun jadilah ya...heee

Inilah dia bakal pemimpin negara. Eh?

Selesai saja menyihatkan diri dengan hiking, kami pun kembali ke tempat BBQ untuk memanggang ayam dan sosej. Sambil memanggang, perut mula berkeroncong. Sabar ya perut *berbisik sambil mengusap perut dalam diam*.


Tadaaa! Mohon jangan telan air liur

Lepas saja habis makan dan berehat sebentar, kami bermain satu game iaitu mencari gula-gula dalam tepung. Wow, ini yang saya suka ni. Fun time!



Ketika ini kita semua sudah serupa. Disaluti dengan tepung gandum berharga RM3.00

Kira-kira dalam jam 12.30 tengahari, kami pun pergi ke jeti untuk menunggu bot balik ke Labuan. Kami tak lama di pulau ni. Kalau nak awal habis dalam tengahari, sila datang pada jam 8.00 pagi macam tu. Pemandu bot kata waktu yang sesuai untuk balik dari Pulau Papan ke Pulau Labuan ialah pada jam 12.00 – 1.00 petang. Kalau lebih dari waktu tu, terpaksalah meredah lautan dengan angin kencang dan ombak yang bergelora. Nak?

Bergambar kenang-kenangan nak bagi tunjuk sama cucu time tua nanti sebagai bukti pernah menjejakkan kaki ke Pulau Papan

Bye Pulau Papan!

Pulau Papan ni cantik sebenarnya. Lebih kurang dengan Pulau Manukan. Cuma tempat ni agak sunyi. Saya tak yakin nak snorkeling atau berenang di sini sebab ombaknya agak kuat. Harap tempat ni akan lebih dipromosikan pada masa akan datang. Jangan bazirkan keindahan pulau ni. Kongsikan dengan mereka-mereka yang berada luar dari Labuan. Bak kata omputeh, sharing is caring. Yihiii!

Terima kasih kerana membaca