Nuffnang ads

Sunday, 12 June 2016

Pulau Sapi di Sabah yang menakjubkan



Hai semua!

Hari tu kami telah pergi bercuti ke salah satu pulau indah yang terdapat di negeri Sabah ini iaitu Pulau Sapi. By the way, saya suka pergi ke pulau sebab feeling berada dalam suasana pulau memberikan satu kepuasan kepada diri ini. Deruan angin laut, hempasan ombak dan kehangatan pasir pantai sangat menenangkan jiwa.

TRIVIA PULAU SAPI

Sebelum tu, saya nak bagi sedikit trivia tentang Pulau Sapi. Just for info. Pulau Sapi merupakan pulau kedua terbesar selepas Pulau Manukan di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Jarak pulau ini hanyalah kira-kira 7 KM sahaja dari Jesselton Point. Dekat bukan? Kalau nak tahu, di Pulau Sapi terdapat banyak aktiviti sukan laut yang boleh pengunjung cuba. Antaranya, Coral Flyer iaitu zipline dari pulau ke pulau yang terpanjang di dunia. Hebat bukan?

Baiklah. Awal pagi lagi kami sudah bertolak ke Jesselton Point dari hotel tempat kami menginap. Setibanya di sana, kami melihat ramai sudah kawan-kawan lain menunggu. Selepas semuanya sudah tiba, kami pun beli tiket bot untuk ke Pulau Sapi. Excited!

Ini merupakan details bayaran yang perlu disediakan untuk pergi ke pulau.

1 Pulau – RM23.00 (Dewasa), RM18.00 (Kanak-kanak)
2 Pulau – RM33.00 (Dewasa), RM23.00 (Kanak-kanak)
3 Pulau – RM48.00 (Dewasa), RM28.00 (Kanak-kanak)

Terminal Fee – RM7.63 (Dewasa), RM3.82 (Kanak-kanak)

Conservation Fee (Bayar semasa berada di pulau):

Local – RM3.00 (Dewasa), RM1.00 (Kanak-kanak)
International – RM10.00 (Dewasa), RM6.00 (Kanak-kanak)

So, tolak tambah bahagi darab, kami bayar RM30 ++ setiap seorang untuk tambang sahaja. Saya juga menyewa alat snorkeling sebab saya dengar ikan di Pulau Sapi lebih banyak berbanding pulau-pulau lain yang ada di sana. Besides that, I am a snorkeling lover!

Menunggu bot datang

Bergambar bersama rakan-rakan

In the boat. Lets go!

Hampir 10 minit perjalanan, kami pun sampai di Pulau Sapi. Wow, ramainya umat manusia di pulau ni. Serius ramai. Takut pula jeti tu roboh. Segala jenis bangsa manusia saya boleh nampak di sini. Tapi, tak hairanlah sebab Pulau Sapi ni lebih famous sebenarnya berbanding Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. That’s why there are so many people here.

Nampak tak betapa ramainya orang?



Love this picture...hihi...

Selepas saja dapat meja piknik *susah nak dapat meja di sini tau*, kami pun cepat-cepat tukar pakaian especially me sebab tak sabar nak snorkeling. By the way, saya nak cuba Coral Flyer tapi penjaga di kaunter tu kata sudah penuh. Kena tunggu jam 1 petang untuk tempah balik. Sedih hati ini. Mungkin bukan rezeki hari tu untuk mencuba zipline merentasi laut. Sabarlah nak.

Inilah dia hasil dapatan time snorkeling. Ikannn!

Banyaknya ikan. Kena gigit segala bulu kaki

Selepas snorkeling, saya dan Denny berjalan mengelilingi pulau untuk mengambil gambar atau orang putih kata photo hunting. Since bergelar blogger ni, semua benda saya nak ambil gambar. Tak tahu kenapa. Maybe sebab nak letak dalam blog. Tapi, satu perkara yang saya belajar apabila menjadi blogger ini ialah setiap gambar ada maksudnya dan maksud itulah yang akan saya translate menjadi satu cerita…hew…hew…

Please enjoy gambar-gambar pemandangan sekitar Pulau Sapi ini.

Di pantai pun ramai orang. Gulp!

Rakan-rakan sedang bermain pasir. Yihaaa!

Ada tandas di sini. Dont worry

Crystal clear water

Nak ambil lesen scuba diving pun boleh di sini



Nampak tak ikan-ikan kecil?

Di mana London ni?

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi, kami pun start berkemas dan menuju ke jeti kerana bot akan datang pada jam 12.00 tengahari untuk mengambil kami pulang ke Kota Kinabalu kembali.

Tak sempat nak pakai seluar sebab rushing

Bye Pulau Sapi!

Bagi kamu yang suka snorkeling macam saya, Pulau Sapi is the best place sebab banyak ikan. Di sini juga banyak sukan air yang boleh kamu cuba seperti Coral Flyer, Parasailing, Flying Fish dan sebagainya. Tapi, jika kamu ialah jenis yang suka menikmati keindahan panorama pulau, saya cadangkan Pulau Manukan.

Selamat bercuti!

Terima kasih kerana membaca