Nuffnang ads

Sunday, 30 October 2016

Keseronokan berada di Taman Burung Labuan, Malaysia



Kalau nak baca entri sebelum ini, sila klik disini

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Menara Chimney iaitu di Jalan Tanjung Kubong. Jarak masa yang diambil ialah kira-kira 15 minit dengan menaiki kereta atau dengan menggunakan bas nombor 6 jika kita dari bandar.

BAYARAN MASUK

Malaysian: Dewasa (RM 3.00) // Kanak-kanak (RM 1.00)
Non-Malaysian: Dewasa (RM 5.00) // Kanak-kanak (RM 5.00)
Student: RM 2.00

MASA OPERASI

Isnin: 2.00 PM – 4.30 PM
Selasa hingga Ahad: 9.00 AM – 4.30 PM

*Isnin buka pada jam 9.00 AM waktu cuti umum

Gerbang masuk ke Taman Burung

Bangunan berbumbung merah itu ialah tempat informasi. Tapi, kami tak pergi masuk sebab tujuan utama ke sini cuma nak tengok burung-burung comel

Nampak tak kubah besar tu? Di sini terdapat 3 buah kubah besar untuk menempatkan burung-burung supaya lebih bebas mereka terbang daripada asyik terkurung dalam sangkar kecil

Ini ialah swan hitam. Rare. Selalunya, saya nampak swan putih saja di TV. Tak sangka ada juga swan jenis ini di sini


Atmosfera di dalam kubah. Saya boleh nampak burung-burung berterbangan di dalam kubah ini. Hati-hati kena 'poop' dari atas...hihi...

Jom tengok jenis-jenis burung yang terdapat di sini:




Burung ni bila saya ambil gambar, dia akan posing macam ni. Macam tau-tau saja nak kena photoshoot. Comel kan?

Saya suka burung jenis ini. Kombinasi warna putih, kuning, merah dan oren. Cantik!

Burung kakak tua putih. Burung ni boleh berkata-kata tapi time tu kami kata ‘Hello’, dia tak balas…huhu...

Hah, ini dia salah satu burung yang menjadi tarikan utama di sini. First time saya nampak. Lupa nak tengok info pasal burung ni yang disediakan di sana sebab terlalu excited nak ambil gambar

Lihatlah crown dan renungan matanya. Such a queen!

Burung merak. Tapi, time ni mereka tak ada mood nak kembangkan ekor

Nama burung ini ialah Nicobar Pigeon. Burung ni pun saya suka tengok sebab ada banyak bulu di bahagian dada mereka. Cute!


Can you spot where are all the birds?

Burung unta pun ada. Nampak macam masih lagi muda

Burung helang. Nampak gagah di situ

Di sini terdapat tiga jenis burung enggang. Tapi, burung enggang ni yang famous sebab jarang kena jumpa dan unik. Ada tanduk di kepala

Jenis ini pun smart juga sebab colourful

PENDAPAT  SAYA TENTANG TEMPAT INI

Persekitaran tempat ini bersih dan selesa. Ada disediakan pelbagai kemudahan seperti tandas, taman permainan dan tempat duduk untuk keselesaan pengunjung.

Cuma, bilangan spesis burung perlu ditambah lagi terutamanya yang jarang/susah dijumpai supaya dapat menjadi daya penarik bagi pengunjung terutamanya mereka yang berada luar dari Labuan untuk datang ke sini. Overall, saya suka dengan tempat ini.

Terima kasih kerana membaca

Friday, 28 October 2016

Menara Chimney di Labuan, Malaysia: Misteri arkeologi yang masih belum terungkai



Hai semua!

Kalau nak baca entri tentang War Memorial, sila klik disini.

Dari Labuan War Memorial, kami menuju ke salah satu tempat yang bersejarah di pulau ini iaitu di Menara Chimney. Tempat ini terletak di Jalan Tanjung Kubong. Jarak masa yang diambil ialah kira-kira 15 minit dengan menaiki kereta atau dengan menggunakan bas nombor 6 jika kita dari bandar.

TRIVIA MENARA CHIMNEY

Menara yang dibina dengan menggunakan 23, 000 buah bata merah ini mempunyai ketinggian 106 kaki atau pun kira-kira 32 meter. Mengapa saya mengatakan yang Menara Chimney ialah satu misteri?

Ini kerana terdapat banyak hipotesis yang telah dibuat tentang fungsi sebenar menara ini. Antaranya:

  • Ianya ialah sebuah rumah besar yang tidak siap
  • Sebagai rumah api bagi kapal-kapal yang berlalu
  • Sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal
  • Sebagai terowong pengudaraan bawah tanah
  • Sebagai serombong asap

Namun, sehingga hari ini, misteri kewujudan menara ini masih belum lagi diketahui.

Bayaran masuk: Free!
Masa melawat: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap hari)
Kemudahan: Tandas, parking & tempat duduk

Suasana di sini sangat terjaga. Sama seperti di Labuan War Memorial. Keep it up Perbadanan Labuan! Bersih dan kemas. Sejuk mata memandang sedingin embun diwaktu subuh. Eh eh.


Tengok tu. Sangat selesa. Bunga-bungaan pun mekar berwarna-warni. Mungkin dijaga dengan rapi sebab tempat ni merupakan salah satu tarikan utama pelancong di Labuan

 Kalau nak baca serba sedikit cerita tentang Menara Chimney, boleh baca di metal plate ini. Spend your time a bit to gain knowledge ;)

Kalau nak tahu, Menara Chimney ini telah mendapat anugerah “The International Green Apple Awards for Environmental Best Practic” dan "Sustainable Development 2013” untuk kategori seni bina bangunan bersejarah. Mesti orang Labuan bangga kan

Inilah dia Menara Chimney yang terkenal itu. Menara ini merupakan salah satu mercu tanda di pulau ini. Sangat eksotik!


Lihat bagaimana tingginya menara ini

Seni bina stail British yang menarik. Macam pintu istana

Ini merupakan pandangan menghala ke atas dari bawah menara. Nampak tak hujung menara tu?


Cuba lihat perbezaan warna bata dalam gambar ini. Bata yang berwarna gelap tu ialah bata yang asal/original. Manakala, bata yang berwarna terang tu ialah bata hasil dari kerja baik pulih menara

Dari kawasan menara, kami boleh nampak pemandangan Laut China Selatan yang indah

Candid ke bang?

Welcome to The Chimney!

By the way, berdekatan menara ini ada bangunan Muzium Chimney. Banyak informasi boleh didapati di sini tentang Menara Chimney, aktiviti perlombongan arang batu pada masa dahulu dan sebagainya

Sebelum masuk kena tulis nama


Antara info yang boleh didapati disini. Barulah saya tahu yang Labuan dahulu mempunyai keretapi untuk mengangkut arang keluar dari terowong bawah tanah. Interesting!

Gambaran bagaimana suasana terowong arang batu pada masa dahulu di pulau ini. Kalau nak tengok sebahagian tinggalan terowong yang sebenar di Labuan ini, sila baca disini

Scary!

Well, banyak yang saya pelajari tentang sejarah Menara Chimney. You guys should come here

PENDAPAT SAYA TENTANG TEMPAT INI

Suasana sekitar sangat selesa dan terjaga dengan rapi termasuk menara itu sendiri. Muzium Chimney pun banyak informasi boleh didapati. Good job! Cuma perlu perbanyakkan lagi info yang jarang diketahui umum.

Mungkin ada segelintir orang akan cakap yang tempat ini tiada apa-apa atau lebih tepat lagi membosankan. Mungkin ya bagi mereka yang tak minat sejarah. Tapi, bagi mereka yang tahu akan nilai sesebuah sejarah tu, Menara Chimney merupakan ‘playground’ bagi mereka.

Bagi yang suka bergambar pun, boleh juga datang ke mari ;)

Terima kasih kerana membaca

Thursday, 27 October 2016

Labuan War Memorial yang penuh bersejarah di Labuan, Malaysia



Hai semua!

Pejam celik, pejam dan celik, sudah lebih kurang 2 tahun rupanya saya tinggal di Wilayah Persekutuan Labuan. Wow, tak sedar masa berlalu. Saya masih ingat lagi ketika first time saya menjejakkan kaki di pulau ni, saya amat teruja dengan keadaan persekitaran lebih-lebih lagi tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti War Memorial, Menara Chimney, Pulau Papan, Taman Burung dan banyak lagi.

So, kali ni saya decide nak buat beberapa entri tentang tempat-tempat menarik di Labuan, Malaysia supaya kamu pun turut sama merasai keterujaan saya itu. Well, ramai orang kata Labuan tidak punya apa-apa yang menarik. Hmmm, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Oleh itu, saya berharap agar entri-entri yang saya tulis tentang pulau ini dapat memberi info kepada mereka di luar sana bahawa Labuan juga turut menawarkan sesuatu yang indah.

Baiklah, tempat pertama yang kami pergi ialah di Labuan War Memorial. Tempat ini terletak di Jalan Tanjong Batu, kurang 1 kilometer dari lapangan terbang dan 3 kilometer dari bandar. Kalau takut sesat, sila guna Waze ataupun Google Maps.

Trivia tentang Labuan War Memorial

Labuan War Memorial  ialah Commonwealth World War II Graveyard  yang terletak di Labuan, Malaysia. Tapi, jangan risau jangan takut. Tempat ni cuma sekadar tanda/tugu/memorial. Tiada sebarang manusia yang dikubur di sini ya. Tempat ini dibina untuk mengingati askar-askar yang kebanyakannya dari Australia dan India, yang mati dibunuh oleh tentera Jepun ketika perang dunia kedua.

Bayaran masuk: Free!
Masa melawat: Anytime
Kemudahan: Tandas dan kedai makan

Tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang:

i) suka dengan sejarah
dan
ii) suka bergambar

Kedua-duanya pun saya suka!

Pintu masuk ke dalam. Seperti yang saya katakan tadi, masuk tak perlu bayar. So, kami hanya datang, buka pintu pagar dan masuk. Self service

Tempat ini ada dua tugu peringatan. Dalam gambar ini ialah menara kecil yang tertulis beberapa nama prajurit dari India yang telah gugur


Ini ialah sebahagian daripada batu peringatan untuk memperingati askar-askar yang telah tiada

Ini merupakan salah satu binaan unik yang terdapat di sini. Sangat cantik. Rasanya, reka bentuk monumen ini merupakan hasil campuran dari gaya British dan India

Sebahagian gambar-gambar di sekitar binaan berwarna merah ini:





Ini pula ialah tugu peringatan yang kedua. Lebih tinggi dari tugu yang mula-mula tadi


I really love this view. Seriously!

Lihatlah betapa indahnya hamparan rumput hijau di sini. Sangat menenangkan



Macam saya kata tadi, tempat ini sesuai untuk mereka yang suka bergambar. Here I am. Memanipulasikan background semaksimum yang boleh untuk mendapatkan shot yang menarik

Kedai makan

PENDAPAT SAYA TENTANG TEMPAT INI

Oleh kerana saya suka sejarah (di sekolah saya selalu dapat 90 markah keatas. Jangan main-main), I am really have a good time here in Labuan War Memorial. Ini tips dari saya. Semasa berada di tempat ini, sila bermain dengan imaginasi. Bayangkan penderitaan dan perasaan askar-askar pada masa dulu tentang bagaimana mereka menahan keperitan, terseksa, menangis, teriakan penuh kesakitan dan sebagainya. Pasti kamu akan lebih menghayati tempat ini.

Selain itu, Labuan War Memorial  ini juga SANGAT-SANGAT TERJAGA. Saya bagi 5 bintang untuk itu.

Nantikan entri yang seterusnya!

Terima kasih kerana membaca