Nuffnang ads

Thursday, 18 December 2014

Secret Recipe sedap

Hai semua!

Sekarang barulah ada masa terluang kerana cuti penggal pertama sudah bermula untuk semester ini. So, jom update blog 10 entri sehari.


Baklah, siapa di sini pernah makan di Secret Recipe? Sila angkat tangan. Okey, satu…dua…tiga…err, angkat tangan tinggi sikit yang dekat sana tu ya…okey empat…lima…bla, bla, bla…merepek pula...haha…

Makanan di Secret Recipe semuanya sedap-sedap belaka. Dulunya saya sangkakan di Secret Recipe cuma ada kek sahaja. Yalah, sebab asal pergi sana, mesti kami makan kek. Enak-enak pula keknya tu. Kek Durian merupakan antara kek kegemaran saya. Memang sangat sedap sehinggakan nak lagi order 5 keping kek yang sama.

Pada minggu yang lepas, baru saya tahu yang di Secret Recipe ni ada menu lain yang enak setanding dengan kek-kek yang terdapat di sana. Ingatkan biasa-biasa saja rasanya. Rupanya, sangat sedap. Tapi, harganya pun sedap juga.

Saya makan dengan Denny. Yalah, nak celebrate something special. So, tempat pun kena yang agak selesa sedikit kan. Sebab selalu sangat makan di kedai makan biasa *which is I very like*. Sekali-sekala kena juga makan di tempat yang jauh dari kebiasaan. Supaya tak jemu. Bukan begitu?

Kami makan di Secret Recipe, Suria Sabah. Tempatnya agak strategik. Dekorasi dalamnya agak cantik. Selesa dan nyaman. Masuk saja kami di dalam, kami disapa oleh para pekerjanya. ‘Selamat datang’ kata mereka.

Bagusnya. Kami sebagai pelanggan rasa dihargai dan dihormati. Lepas tu, kami duduk dan take order. Pantas service di sini. Saya memesan Vietnamese Beef Noodles Soup manakala Denny memesan Noodle in Tom Yum Kung. Bagi minuman pula, saya order Cappuccino sementara Denny order Oreo Shake. Beberapa minit kemudian, makanan kami pun sampai.

Saya sambil tersenyum kelaparan

Denny

Cappuccino

Oreo Shake

Vietnamese Beef Noodles Soup ni sedap rasanya. Tapi, bagi saya, ia langsung tak pedas. Cilinya pun kurang pedas. Hidangan ni rasanya sesuai untuk mereka yang tak makan pedas. Yang bestnya, banyak daging dan bebola diletakkkan. Sedap pula tu. Rasanya fresh.Tengok dari description katanya daging beef tu didatangkan khas dari Vietnam. Patut pun sedap semacam.

Vietnamese Beef Noodles Soup

Tapi, kalau mereka yang nak memedaskan lidah dan nak mencipta lava di perut, bolehlah cuba Noodle in Tom Yum Kung. Memang pedas kaw kaw. Tapi, I tell you ar, Tom Yam di sini antara yang paling sedap pernah saya rasa. Memang mengecurkan lidah. Pedas tapi penuh bererti. Puas hati Denny makan. Jealous I. Nak saja saya tukar hidangan dengan dia time tu juga…hahaha...

Noodle in Tom Yum Kung

Siap saja makan, kami order pencuci mulut iaitu tidak lain tidak bukan Durian Cheese Cake. My favourite all time. Tapi, kek ni seasonal tau. Time ada stok durian saja baru kek ni ada. Nasib kami baik. Rasa kek ni susah saya nak gambarkan. SEDAP okey. SEDAP. Durian Cheese Cake ini boleh saya describe ibarat ais krim penuh dengan rasa keju serta durian yang memukau perasaan ditambah lagi dengan kerangupan biskut dibawahnya membuatkan hati ini berdebar menelan setiap inci kek yang masuk dalam mulut.

Durian Cheese Cake


Perfect!

Kepada anda-anda yang plan nak makan dekat luar dengan family, kawan-kawan atau orang tersayang, bolehlah datang ke Secret Recipe. Memang enak-enak belaka. Servis pun puas hati. Tapi, harga makanan tu yang agak mahal sedikit. Jadi, sediakan duit banyak-banyak untuk mengelakkan jadi pencuci pinggan di dapur restoran Secret Recipe tu.

Terima kasih kerana membaca

Thursday, 11 December 2014

Mari belajar bahasa Sabah #1

Hai. Apa khabar? Sekarang ni hujan renyai-renyai membasahi alam. Saya melihat keluar jendela. Angin sepoi-sepoi bahasa menerpa ke muka ku yang halus ini. Kemudian, saya meneruskan kembali menaip entri yang entah bila akan siap.

Gunung Kinabalu lambang kemegahan negeri Sabah

Okeylah, hari ni saya nak berkongsi dengan kamu tentang penggunaan bahasa Sabah. Apa perkataan yang terlintas dalam minda kamu jika terfikirkan tentang Sabah? Sudah tentu perkataan ‘Bah’ right? Banyak lagi sebenarnya perkataan lain yang unik berbeza dari Bahasa Malaysia yang sebenar. Cuma kadang-kadang orang luar selalu salah tafsir tentang bahasa Sabah ini. Mereka sangkakan slang Sabahan ni sama dengan slang Indonesian. Salah sama sekali! Beberapa orang kawan saya yang belajar di semenanjung selalu mengatakan yang orang-orang di sana tersilap sangka bahasa Sabah. Ya, memang agak menjelikkan juga jika ada orang nak cakap bahasa Sabah tapi slang Indon. *sigh*

Baiklah, tanpa membuang masa teman-teman, jom kita belajar beberapa perkataan dalam bahasa Sabah sedikit demi sedikit.

1. Bah
Penggunaan perkataan ‘Bah’ sangat kerap digunakan dalam perbualan harian masyarakat di Sabah. Perkataan ‘Bah’ ni berfungsi sebagai;

i) Penguat kata.
‘Cantik bah sungai di kampung saya’
Cantik sangat sungai di kampung saya

ii) Permulaan ayat
‘Bah, saya makan dulu’
Saya makan dulu

iii) Kata bersetuju
A: Saya balik dulu.
B: Bah.
A: Saya balik dulu
B: Baiklah

…dan sebagainya.

Orang selalu salah guna perkataan ‘Bah’ dalam sesuatu ayat seperti – ‘Apa khabar bah?’, ‘Sudah minum bah?’ dan sebagainya. Bukan semua ayat kena letakkan perkataan bah. Nanti pelik jadinya. Kena tengok kesesuaian juga ya.

2. Anu
Perkataan anu ni digunakan apabila tiada idea untuk explain sesuatu benda. Selalu digunakan apabila kita tahu benda tu, tapi tiba-tiba lupa namanya. Tiada kaitan dengan sebarang organ manusia, perkataan 18SX ataupun term dalam subjek matematik okey?

Contoh;

A: Anu bah. Siapa nama kawan kau yang duduk di sebelah tadi tu?Siapa nama dia tu ar?
B: Anu, si…saya pun nda tahu namanya
A: @#$%&!

A: Emm, siapa nama kawan awak yang duduk di sebelah tadi tu? Siapa nama dia ya?
B: Emm, Si…saya pun tidak tahu namanya.
A: @#$%!

3. Miring
Apa itu miring? Perkataan miring ni bermaksud senget atau condong. Macam menara Pisa di Itali tu. Miring kan?

Contoh;
‘Kenapa tu tiang elektrik miring?’

4. Bubut
Haha..ayat ni comel. Bubut ni bukan sejenis burung. Tapi, ianya sejenis kuih yang dimasak menggunakan lemang dan direbus selama seminggu. Kidding. Janganlah berkerut dahi…hehehe… Perkataan bubut bermaksud kejar. Seperti membubut cinta - mengejar cinta. Gitu.

Contoh;

‘Kawan-kawan, masa rehat nanti jom kita main bubut-bubut’

atau

‘Jangan kacau tu anjing. Nanti kena bubut kau’

5. Palis-palis

What is palis-palis? Teka. Polis? Bukan. Pari-pari?. Bukan. KFC? Bukan. Okey, cukup.

Perkataan palis-palis ni bermaksud ‘minta dijauhkan’. Bila kita tak nak sesuatu benda yang buruk berlaku ke atas diri kita, maka kita akan cakap palis-palis. Kalau kami di Sabah, kebanyakan orang cakap palis-palis sambil mengetuk benda yang keras menggunakan tangan seperti meja atau dinding. Lebih mujarab katanya.

Contoh;
‘Saya nda mau dia suka dengan saya. Palis-palis’ *sambil ketuk meja*


6. Atukoi
Ayat ni femes di sebelah pantai barat dan pendalaman Sabah. Macam di area Kota Kinabalu, Tambunan, Ranau dan Keningau. Perkataan atukoi digunakan untuk menzahirkan rasa kagum atau sebaliknya. Kira macam ‘wow’ atau ‘ish’.

Contoh;

‘Atukoi, punya tinggi tu menara Yayasan Sabah’
‘Wah, tingginya menara Yayasan Sabah tu’

atau

‘Atukoi, perasan hensem bah kau ini’
‘Ish, perasan hensem bah kau ini’

Banyak lagi sebenarnya perkataan dalam bahasa Sabah yang saya nak kongsikan. Tapi, setakat ni cuma 5 perkataan terlebih dahulu. Next time, kita tambah kepada 10 perkataan okey?. Itupun jika ada request. Semua perkataan ni hanya terdapat di Sabah. Only ini Sabah!’.

Proud to be Sabahan.

Terima kasih kerana membaca

Update blog biar ikhlas

Hai semua!


Okey, saya nak bercakap tentang blog pula. Semalam saya tak update blog sebab entri masih belum siap ditaip. Masih disimpan dalam draf. Tapi, saya blogwalking. Bukan drop komen tapi baca blog kamu kamu kamu semua. Rajin saya semalam mengeledah semua blog yang ada di Malaysia ni. Okey, bukan semua. Itu tipu. Saya cuma klik dan baca blog yang terpapar di depan mata saja.

Setelah membaca blog-blog semalam, saya dapat mengklasifikasikan blog kepada dua jenis. Satu blog jenis yang taip entri panjang macam karangan sejarah STPM dan satu lagi blog yang entrinya sangat ringkas.

Saya jenis yang suka baca blog yang entrinya panjang berjela-jela. Lebih mendatangkan kepuasan. Tapi, perlu pastikan entri yang ditaip tu perlu menarik dan mempunyai isi yang padat. Saya ada jumpa sebuah blog ini semalam yang sangat menarik. Serius. Cara penulisannya santai. Bahasa yang digunakan memang sangat mantap. Kelakar ada. Buat orang geram pun ada. Owner blog ni ialah lelaki. Tak percaya pula yang lelaki boleh tulis macam ni. Ingatkan cuma Fatin Liyana dan Hanis Zalikha saja yang mampu tulis macam ni. I mean jenis penulisan yang santai tapi mampu membuatkan kita belayar dalam entri tu. Faham tak maksud saya?

Blog ini memang kreatif sebab owner blog ni pandai melukis kartun guna komputer. Saya tak tahu apa software yang beliau gunakan. Lagipun, beliau ni pandai edit gambar guna photoshop. Memang buat orang ketawa apabila baca entri dalam blog beliau. Tapi, sayangnya, blog ni dah hampir setahun tak berupdate. Saya tengok komen pengikut beliau pun masing-masing meluahkan rasa rindu yang membara. Fuhh, membara kata engko.

Satu yang saya belajar dari mereka mereka yang update entri panjang panjang ni ialah;

i) Mereka ingin memastikan entri yang mereka tulis tu benar-benar berkualiti. Mereka nak beri kepuasan yang padu kepada para pembaca. Sebab itulah dua tiga hari baru ada entri terbaru dari mereka.

ii) Mereka ikhlas dalam berblog. Mereka benar-benar tulis dari jiwa mereka. Ini kerana mereka jadikan blog sebagai tempat untuk mencoretkan kisah hidup mereka. Bukan atas tujuan lain.

iii) Mereka tak berblog semata-mata untuk buat duit. Maksud saya, mereka memang jana duit. Tapi, mereka tak menyimpang dari tujuan asal sebagai blogger iaitu berblog untuk mengekspresikan diri mereka. Soal duit mereka letak di tangga kedua. Mereka dapat income banyak pun sebab mereka ikhlas berblog.

iv) Ayat yang mereka gunakan sangat jujur. Kadang-kadang, saya nak sangat ikut bahasa dan style penulisan yang mereka gunakan. Tapi, bila fikir balik. Saya pun ada my own way to write. Kenapa perlu ikut orang lain kan. Tapi, apapun, saya sangat admire dengan cara mereka menulis ni.

v) Mereka ada aura. Betul. Macam blog yang saya baca semalam yang owner-nya lelaki tu. Saya tengok satu bulan pertama beliau start blogging, memanglah tak nampak hasilnya kan. Tapi, tengok bulan kedua, blog beliau sudah ada ramai followers. Pendapatan Nuffnang pun mencecah ratusan ringgit. Memang hebat. Tak hairanlah sebab semuanya entrinya best-best belaka.

Seterusnya, blog jenis yang taip pendek dan ringkas ni pula. Saya tengok ramai yang ada blog. Tapi, apabila saya baca memang rasa hampa sebab entri mereka sangat ringkas. Huraian pun macam ada tak ada saja. Rasanya, kalau macam tu. Tak perlulah buat blog. Mungkin boleh update di Facebook saja jadikan status. Yalah, kan pembaca blog ni expect sesuatu cerita yang panjang. Sudah namanya blog. Come on.

Lepas tu, kebanyakan yang taip ringkas-ringkas ni ialah blog yang top. Rasanya, blog tu femes sebab selalu buat giveaway dan contest ataupun rajin blogwalking atau bla, bla, bla... Bukan nak kata, tapi kebanyakan entri dalam blog-blog jenis tu langsung tak berisi. Wonder jugalah how they are became very famous…hehe.. Sepatutnya, kalau blog dah terkenal, kenalah buat sesuatu yang amazing right?

Mungkin itu dah rezeki mereka.

Saya juga melihat banyak blog yang tumbuh bagai cendawan di tengahari *ada tak cendawan tumbuh waktu panas?* hanya fokus kepada buat income. Well, bukan cakap salah. Tapi.dalam masa yang sama kena juga pastikan isi dalam blog tu mantap. Lagi-lagi blog yang jenis kopi pasta. Fuhhh, dah lah kopi pasta. Ringkas pula tu. Yang lucunya, semua blog yang kopi pasta ni sama saja entrinya antara satu sama lain. Titik noktah dan koma pun tidak berubah dari penulis asal. Kalau ya pun nak kopi pasta campur mentega, olah entri tu ikut cara sendiri. Baru ada variasi. Ini tak. Bulat-bulat di-pasta-kan dalam blog masing-masing.

Okey, tak nak ulas panjang-panjang. Pointnya di sini ialah bila update blog ni, perlu ada keikhlasan. Biar tak berupdate hari-hari, yang penting entri yang dihasilkan tu berkualiti. Kalau berkualiti, orang tetap akan baca dua tiga kali sementara menunggu entri baru dari blog kita. Bukan gitu?

By the way, entri ini hanyalah pendapat individu.

Terima kasih kerana membaca

Tuesday, 9 December 2014

Aduhai, bulu kaki

Hai semua!

Saya baru balik dari kelas. Sebab tadi ada kelas dari jam 4 petang hingga 7 malam. Kelas 3 jam. Subjek tadi macam menarik. So, tidaklah terasa sangat betapa lambatnya masa berdetik duduk di kelas selama 3 jam tu. Lagipun, lecturer yang mengajar tadi ialah lecturer yang sama pada semester-semester yang lalu.

Baiklah, berbalik kepada tajuk yang tertera di atas. Bulu kaki….hmmm… *sambil melihat bulu kaki sendiri*.

Perempuan suka jika kaki mereka putih melepak, halus dan mulus. Bebas dari sebarang bulu kaki. Memang lumrah kan. Lagipun, kalau kaki mereka ditumbuhi bulu halus, pasti mereka akan mula risau yang penampilan mereka akan terjejas disebabkan bulu kaki. Ada sesetengah gadis yang rajin mencukur bulu kaki mereka. Setiap minggu mungkin dua atau tiga kali rutin menghilangkan bulu kaki itu dilakukan. Lagipun, berlambak produk di pasaran boleh digunakan untuk menghilangkan bulu kaki ni.


Manakala, untuk golongan lelaki pula, ramai antara mereka yang suka jika kaki mereka mempunyai bulu kaki kerana itu lebih nampak jantan dan macho. Betul tak? Tapi, kalau bulu kaki terlalu lebat, macam ada yang tak kena saja kan untuk dipandang. Lebih-lebih lagi jika berseluar pendek. Macam tak kemas. Macam berserabut. Macam penuh dengan semak belukar hutan rimba. Bulu kaki yang menarik untuk dipandang ialah jenis yang tumbuh halus dan jarang. Orang pandang pun senang hati. Tapi, ada sesetengah lelaki yang langsung tidak mempunyai bulu kaki. Seperti kaki perempuan. Nampak halus dan licin. Memang bertuah lelaki yang tiada bulu kaki ni. *sebab saya pun nak macam tu…wuuu…wuuu…*.

Which one is better?

Lagipun, zaman sekarang ni sudah menjadi trend yang lelaki tidak mempunyai bulu kaki. Ada dari antara mereka yang sanggup mencukur bulu kaki untuk nampak lebih smart apabila memakai seluar pendek. Lebih-lebih lagi lelaki yang jenis metroseksual ni. Penampilan lebih diutamakan. Kalau nak tahu, lelaki yang main gym ni pun ada yang cukur bulu kaki sebab nampak lebih cantik otot kaki mereka jika tiada bulu. Sama juga dengan bulu ketiak. Cuba tengok ahli bina badan, jarang yang berbulu ketiak kan.

Kesimpulannya, perempuan memang pantang kaki berbulu. Yalah, bayangkan saja jika perempuan mempunyai bulu kaki lebat, mesti kelihatan pelik. Tapi, untuk kaum lelaki pula, mereka mempunyai pilihan sama ada untuk berbulu kaki atau tidak. Zaman sekarang ni, kalau tidak berbulu kaki orang tidak akan mengata berbanding dulu. Atau masih adakah lagi orang yang suka mengejek jika ternampak kawan mereka tidak mempunyai bulu kaki? Kalau ada, cakap dengan dia - ‘Please be open minded’.

Terima kasih kerana membaca

Bilik sewa

Hai. Sekarang ini saya berada di bilik sewa sementara menunggu rayuan untuk permohonan hostel dikeluarkan. Sebenarnya, dari hari kelmarin lagi saya sampai di sini. Tetapi, disebabkan letih mengemas barang-barang, tak dapatlah update blog.

So far, memang rasa selesa dalam bilik ini. Ruang dalam bilik sewa ni luas. Boleh muat meja, almari besar dan television. Tapi, saya bawa meja dan kerusi  saja. Mustahil nak bawa almari ke sini kan. Katil dan tilam disediakan. Kipas silingnya memang terbaik. Laju sangat berputar. Nyaman. Tandas pula berkongsi dengan penghuni lain. Agak bersih dan memuaskan keadaan tandasnya. Yang paling penting tidak tersumbat.

Nak dijadikan cerita, sampai saja dalam bilik ni, saya pergi beli barang keperluan untuk bekalan sementara tinggal di sini. Contohnya, makanan ringan, air mineral, Maggie cup dan sebagainya. Memang menjadi kebiasaan seorang pelajar untuk membeli mi segera. Usah dipertikaikan lagi. Soal kesihatan memang harus dititik beratkan. Namun, sebagai seorang pelajar, bajet itu penting. Kalau banyak duit, mungkin mi segera langsung tak dipandang. Tapi, yalah, pelajar seperti kami ini manalah ada duit banyak sangat kan. Kalau boleh, teringin juga nak makan sedap-sedap, mewah-mewah setiap hari.

Selepas beli barang-barang keperluan, saya pun kemas bilik ni bersih-bersih. Sapu lantai. Tak dapat mop sebab tak ada batang mop. Langsir asal tukar dengan langsir yang saya siap bawa dari rumah. Bersemangat kan sampai langsir pun nak bawa sendiri. Sebab langsir saya ni special. Pemberian orang yang sangat bermakna. Warna gold lagi tu. Sarang labah-labah di siling pun saya bersihkan. Siap saja membersihkan bilik, saya pun mula mengemaskan barang-barang yang telah saya bawa dari rumah ke sini. Banyak betul barang yang saya bawa termasuk meja dan kerusi. Bayangkan meja begitu berat saya angkut seorang diri. Macam pindah rumah. Mampu juga saya bawa semua ni seorang diri dengan hanya menaiki bas dan teksi.

Saya tidak mengeluh tetapi saya bangga sebab saya dapat merasai erti kesusahan yang banyak mengajar saya untuk menghargai erti kesenangan. Semua ini memberikan saya motivasi dan semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi orang yang berjaya dan berguna kepada keluarga. Saya nak sangat memberikan kesenangan kepada mereka terutamanya kedua ibu bapa saya suatu hari nanti sebagai tanda berterima kasih kerana membesarkan saya dengan baik.

*emosi*

Satu perkara yang saya suka tentang bilik sewa ini ialah view dari tingkapnya. Bila saja kita buka tingkap, kita akan nampak pemandangan indah gunung Kinabalu dari jauh. Sangat jelas lebih-lebih lagi ketika cuaca baik. Saya memang suka tengok gunung Kinabalu sejak dari kecil lagi. Saya nak sangat tawan puncaknya. Harap tahun depan tercapailah impian saya ni.

Saya berharap agar semuanya berjalan lancar. Sebelum menutup tirai bicara, apa kata kita makan Maggie hot cup dulu. Slurppp…

Maggie yummy!

Terima kasih kerana membaca

Wednesday, 3 December 2014

Tuhan sentiasa membantu

Hai. Saya baru saja balik dari Kota Kinabalu sebab saya mencari bilik sewa di sana. Pihak hostel tak bagi kemudahan sebab kononnya pelajar lelaki semester lalu buat hal. Jadi, kesannya kami yang tanggung. Huh! Bayangkan perkara macam tu pun ada. Tapi, tak tahu pula kesahihan berita ni. Kalau ya, geramlah juga. Terpaksalah menyewa bilik sewa untuk dijadikan tempat berteduh kasih. Harap-harap rayuan untuk tinggal hostel berjaya. Dapat juga jimat duit untuk survive semester ni. Tak nak ikat perut lagi. Tak nak. Tak nak.

‘Tuhan sentiasa membantu. Ya, memang benar. Tuhan sentiasa ada di sisi kita bila-bila masa dan di mana saja kita berada tanpa kita sedari. Walau kita jahat dan berdosa sekalipun, Tuhan tetap ada untuk kita. Tidak pernah sesaat meninggalkan umatnya.’ – Vander, 2014

Kenapa saya berbicara tentang perkara ini? Dan apa kaitannya dengan hal mencari bilik sewa menyewa ni?

Begini ceritanya…

Hari ini saya bangun awal sebab saya nak ke Kota Kinabalu untuk mencari bilik sewa. Sebenarnya, kuliah sudah pun bermula minggu ni tapi saya tak datang kelas sebab hal inilah. The reason why I tak pergi cari bilik sewa awal-awal sebab tak ada duit. Kelmarin baru ada bajet. Saya ke sana ikut bas ekspres milik syarikat pengangkutan Tung Ma. Promosi kejap.

Tiket bas

Saya berharap sangat yang pencarian bilik sewa pada hari ini berjalan dengan lancar. Sebabnya;

Pertama, bulan ni musim hujan. Sejak semenjak dua menjak ini, hujan turun saja setiap hari membasahi bumi.

Kedua, saya seorang diri di Kota Kinabalu time pencarian  bilik sewa ni. Tak ada orang nak jadi driver hantar saya ke sana sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Terpaksalah saya bergantung dengan pengangkutan awam. So, kalau hujan, memang kelam-kabut jadinya.

Ketiga, jika tiada bilik sewa di tempat yang saya sudah target nak cari, habislah. Perkara ni yang paling saya takuti dari terjadi sebab kalau tiada bilik sewa, tiadalah tempat tinggal. Kalau tiada tempat tinggal, tak dapatlah datang kuliah. Tak datang kuliah, habislah saya kena marah oleh lecturer. Fuhhh, minta dijauhkan semua andaian ini.

Oleh itu, sebelum saya memulakan perjalanan, saya minta dan berdoa kepada Tuhan supaya lancarkanlah perjalanan saya ini. Lancarkan pencarian bilik sewa dan lindungilah saya sepanjang hari ini.

Dan Tuhan mendengar doa saya.

Pertama, tiada hujan dan cuaca hari ni panas terik. Hujan cuma turun apabila saya sampai di Keningau pulang ke rumah. Itupun hujan gerimis.

Kedua, tiada hujan bermakna senang untuk saya bergerak ke sana ke mari dengan berjalan kaki. Tak perlu kereta pun. Naik bas awam pun cukup okey sudah.

Ketiga, sampai saja di lokasi, saya terus jumpa bilik sewa dan bilik itu teramatlah selesa.

Syukur.

Terima kasih Tuhan.

Penghilang dahaga sewaktu dalam bas.

Twister pun nak interframe juga.

Terima kasih kerana membaca

Monday, 1 December 2014

Coklat kontroversi

Helo semua. Apa khabar? Semoga baik-baik saja. Hari ini sudah masuk bulan Disember bersamaan dengan 01.12.2014. Cepat sangat masa berlalu kan. Lepas ni nak masuk tahun 2015. Tak sabar. Kuliah pun bakal bermula tidak lama lagi. Itu bermakna cuti semester sudah sampai ke penghujungnya.

Hari ni saya nak cerita tentang coklat yang menjadi bualan hangat dan perdebatan dalam kalangan masyarakat di negara ini sejak timbulnya isu kononya coklat ini mengandungi DNA Babi. Apa lagi kalau bukan coklat Cadbury. Saya lihat di laman sosial bermacam macam yang diperkatakan oleh orang ramai. Sampaikan ada yang nak saman syarikat Cadbury tu berjuta-juta ringgit. Ada juga sampai nak cuci darah. Cuci darah? Macam mana tu?


Dengar kata coklat Cadbury ni sudah disahkan bebas dari sebarang DNA Babi. Baguslah. Tentu perkara ini memberikan tamparan hebat kepada syarikat Cadbury. Entah berapa kerugian yang mereka tanggung kan. Rasanya, memang begitulah adat perniagaan. One day you in and the next day you out. Cewah, macam kata-kata Heidi Klum dalam rancangan Project Runway pula. Yalah, dalam dunia bisnes ni macam-macam perkara boleh jadi yang tidak terduga langsung. Jadi, kepada yang nak menjadi usahawan tu, kenalah bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena kuatkan semangat. Jangan mudah berputus asa.

Satu lagi coklat yang turut terpalit dalam isu yang sama ialah coklat Pepero. Tak tahu pula apakah statusnya sekarang. Ada yang kata ya dan ada yang kata tidak. Tetapi, kepada mereka yang non-muslim, perkara ini tidak memberi kesan kepada mereka. Sedap coklat Pepero yang terkenal dari Korea ni. Saya pun baru saja mencubanya beberapa  minggu lalu. Terdetik juga nak cuba sebab ramai yang kata coklat ni sedap. Memang betul pun. Biscuit stick yang dicelup dengan coklat pelbagai rasa seperti Almond Chocolate, White Chocolate dan sebagainya. Terus menjadi favourite saya serta merta.


Saya ke Labuan hari tu untuk beli beberapa coklat yang saya inginkan. Saya ni merupakan pengemar coklat. Coklat di Labuan murah-murah belaka sebab Labuan ialah pulau bebas cukai. Sama seperti Pulau Langkawi. Memang rambang mata tengok coklat bertimbun di setiap kedai. Tetapi, saya cuma membeli beberapa jenis coklat. Saya tak borong sebab bajet tak cukup…sob…sob…sob…






Tunggu kalau saya sudah kaya. Tunggu.

Lepas tu, kenyangkan perut dengan Big Apple sebelum berangkat pulang ke rumah.


Terima kasih kerana membaca.

Sunday, 23 November 2014

Hanis Zalikha di Cosmo!

Hai semua. Apa khabar? Have a blessed Sunday. Saya nak cerita ni. Hari tu emak saya ada beli majalah Cosmopolitan Edisi November 2014. Saya pun tumpang baca sekaki. Nak tahu siapa yang menjadi cover girl? Tidak lain tidak bukan ialah Hanis Zalikha. Wah, nampaknya blogger terkenal suatu ketika dulu yang menjadi kesayangan ramai telah menjadi penghias muka depan majalah Cosmo yang terkenal. Cantiknya Hanis.


Bercerita tentang Hanis ni, beliau ialah idola saya dalam dunia blogging. Minat untuk berblog ni timbul apabila saya terbaca satu entri beliau. Saya ingat lagi ketika itu saya search di Google tentang produk terbaik untuk menaikkan berat badan. Yalah, badan saya ni selim sangat. Rasanya kalau ada angin kuat boleh terhuyung hayang macam lalang agaknya. Tup tup, tersinggah di blog Hanis. Time tu saya tidak tahu langsung yang ada benda benda pasal blog. Kesian kan saya. Ketinggalan zaman.

Saya pun bacalah entri Hanis tentang produk menaikkan badan tu. Seronok pula. Lepas tu, saya selongkar entri-entri beliau yang lain. Baca dari yang latest sampailah ke entri Hanis yang pertama sekali. Memang best. Hanyut saya ketika menelusuri perjalanan kehidupannya dari modeling, study di UiTM, berlakon, mengacara dan sebagainya. Cerita Hanis tentang adik beradik dan ibu bapanya pun sangat best. Lucu melihat gelagat mereka. Ada juga cerita yang sedih. Tapi, sedikit.

Memang tidak dinafikan yang Hanis ni punya gaya penulisan yang sangat menarik. Bersahaja tapi mempunyai mesej yang tersendiri. Apabila kita baca blog Hanis, kita dapat rasakan kejujuran beliau. Kita dapat rasakan apa yang Hanis nak sampaikan dan kita dapat bayangkan bagaimana situasi itu berlaku. Ciri-ciri penulis yang hebat. Saya tengok jarang dah blogger yang ada gaya penulisan macam tu. Ada tapi tak ramai. Contohnya, Fatin Liyana dan Cik Epal.

Dari situlah timbul minat saya untuk menjadi seorang blogger. Saya nak berjaya seperti Hanis Zalikha sebab tengok pendapatan beliau sebagai blogger pun boleh tahan. Saya nak jadi macam Hanis yang kongsikan perkara yang berlaku sehari hari dalam hidup saya. Walaupun saya tak femes. Saya nak jadi macam Hanis yang jujur dalam menyampaikan cerita. Saya tak nak jadi blogger yang suka kopi pasta. No, no, no. A big NO. Saya juga nak jadi macam Hanis yang berjaya jadi selebriti terkenal. Boleh?...hohoho…

Berbalik kepada Hanis Zalikha yang menjadi cover girl majalah Cosmo Edisi November, beliau memakai baju putih dan juga seluar jeans. Nampak rugged dan cantik dalam masa yang sama. Perasan tak yang rupa paras Hanis ni ada sedikit iras wajah Amy Mastura? Ok, bye.


Antara petikan temubual Hanis dengan Cosmo yang saya suka sangat baca.

‘Saya sangat sukakan kanak-kanak dan mendidik. Mungkin sebab saya kakak di rumah. Dan saya yang mengajar adik lelaki saya membaca sehingga pandai, kerana keluarga miskin pada waktu itu, hinggakan dia tidak dapat  masuk tadika. Mendidik dan berkongsi dah jadi my second nature; hence my passion is blogging. Tapi, sebab saya tidak dapat jadi cikgu, mungkin saya akan jadi cikgu kepada anak-anak saya kelak’ – Hanis Zalikha, Cosmo 2014.

Terkesan tak?

Apapun, saya berharap Hanis berjaya mencapai kejayaan dalam hidupnya. Walaupun Hanis jarang sudah update blognya, tapi kita semua dapat ikut perjalanan hidup beliau melalui microblogging seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Terima kasih kerana membaca.

Friday, 14 November 2014

Belajar memandu

Hai, semua. Apa khabar? Semoga sihat selalu dan sentiasa ceria di samping keluarga dan orang yang tersayang. Sekarang ini cuti semester. Banyak masa terluang. Masa terluang untuk RTM. Rehat – Tidur – Makan…hehehe… Tapi, 6 minggu saja cuti…hmmm…rasa macam pantas sangat masa berlalu. Tidak terkejar oleh kita dan tidak mampu diundur kembali. Baru hari ni saya berkesempatan  membuat entri tentang diri saya yang tidak terkenal ini…sob…sob..sob…

Okeylah. Cuti semester ni saya sudah mula belajar memandu. Umur dekat-dekat dewasa ni baru pegang stereng. Kawan-kawan lain umur belasan tahun sudah pandai buat aksi Tokyo Drift. Tidak apa…tidak apa…tahun depan mari kita berlumba main kereta sorong. Okey, tak lawak.


Baiklah, mari kita mulakan cerita yang menarik ini. LOL.

Saya beruntung kerana ada orang yang sudi mengajar saya memandu. Memang sangat bersyukur. Yalah, bukan senang untuk meluangkan masa mengajar orang lain kerana dia sendiri pun punya komitmen lain yang banyak. Jadi, di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih. Arigatou gozaimasu. Mula-mula, saya diajar benda-benda yang sangat asas tentang memandu kereta manual. Contohnya, clutch, brek dan minyak/accelerator, gear, tali pinggang keselamatan dan sebagainya. Kami bermula di tempat parking yang luas ataupun dipanggil dataran. Jarang kereta parking di sana sebab time event-event besar sahaja baru kawasan ni digunakan.

Pertama sekali, saya belajar start kereta dan  cara bagaimana untuk menggerakkan kereta. Tekan clutch dan masuk gear satu... sangkut… dan sangkut dan terus sangkut…huhuhu… Beberapa kali percubaan baru bergerak. Peluh time tu sangat rancak memercikkan dirinya di dahi dan seluruh tubuh. Gementar bukan main. Lepas tu, pusing-pusing dataran, belajar bagaimana untuk tukar gear, signal, reverse dan parking. Rutin ini berterusan selama dua minggu. Lepas dua minggu tu, baru keyakinan diri ada. Rasa macam dataran tu saya yang punya. Banggalah tu.

Kemudian, selepas dua minggu tu, kawan saya menaikkan level kesukaran dengan menyuruh saya memandu di kawasan sekitar kampung dan perumahan. Pastinya dia berada di sisi sebagai guide. Nah, ketika itulah rasa nervous hampir mencapai tahap maksimum. Bergegar kaki pijak clutch...pheww… Kami naik bukit, turun bukit, pusing-pusing kawasan dan banyak lagi. Asal saya nampak kereta lalu di depan, tepi ataupun ikut di belakang saya rasa panik. Maksud saya, panik yang sangat luar biasa. Sampai apa yang saya pelajari di dataran menjadi ingat-ingat lupa…uwaahhh….Normal kah tu? Please jawab. *sambil menekap muka kesedihan*.

Proses itu cuma berlangsung selama beberapa hari saja kerana saya akan dibawa memandu ke jalan besar dan juga bandar. Sekali lagi saya katakan, kawan saya tu berada di sisi saya sebagai guide. Tidak berani saya memandu seorang diri. Okey, kali ni tahap kegementaran saya sudah mencapai tahap paling maksimum. Saya betul-betul panik tapi tetap dapat mengawal kepanikan itu walaupun kaki dan tangan bergegar. Pijak clutch pun sampai tidak sampai saja.

Memang banyak kesilapan yang saya buat sepanjang fasa ini seperti menukar gear terutamanya ketika masuk simpang, membelok, u-turn dan sebagainya. Tapi, saya yakin akan menguasai cara untuk menukar gear tu. Yalah, orang perempuan boleh buat, kenapa saya tidak? Betul tak? Mata pun kena sentiasa alert dengan cermin sisi dan belakang. Memang kaw kaw juga saya kena marah oleh dia ni. Garang betul. Tapi, saya tahu marahnya tu bertempat dan untuk kebaikan saya juga. Okeylah, saya terima apa saja bentuk kemarahan awak walaupun ada sekali saya menjawab. Maksud saya TERjawab. Mungkin kerana ketika itu saya tertekan dengan suasana jalan raya ditambah lagi dengan cuaca panas terik sang suria. Minta maaf ya…hehehe…

Dan ketika entri ini dibuat, saya sebenarnya baru lepas pulang dari memandu. Rasa berdebar tu masih belum hilang sampai sekarang sebab tadi time masuk satu simpang tu, entah macam mana kereta yang saya pandu berhenti mengejut. Mungkin kerana lambat tukar gear. Kereta pun banyak berderet di belakang ketika itu. Nasib baik tidak kena hon. Bayangkan perasaan saya masa tu. Fuhhhh…

Semoga apa yang saya pelajari ni dapat dipraktikkan ketika mengambil lesen nanti. Amin.

Terfikir juga mahu beli kereta auto kalau ada duit sendiri nanti. Tidak payah susah-susah tukar gear. Tapi, bila tengok gambar di bawah ini. Okey, stick with manual.

Hehehe...

Terima kasih kerana membaca

Saturday, 6 September 2014

Produk daripada buah Tarap

Hai semua. Apa khabar? Sudah seminggu saya tidak update blog. Tapi, bukannya orang perasan pun kan? Sebab blog saya ni bukannya famous pun. *Ayat merajuk*. Hari tu saya buat entri ini panjang-panjang. Tapi, viewers cuma 10 orang saja...huhuhu... Tidak mengapalah. Bak kata pepatah, ‘Hutan bukan tumbuh dalam masa sehari’. So, saya kena usaha lebihlah lepas ni. Tunggu cuti semester. Biar dalam sehari 10 entri saya akan update.

Okey, cukup dengan luahan hati yang tidak perlu diluahkan itu. Kali ni saya ingin menceritakan tentang Hari Inovasi di universiti saya pada 30 Ogos 2014 yang lalu. Pada hari tu, kami dikehendaki untuk membuat satu produk yang diinovasikan mengikut kreativiti masing-masing. Projek ini ialah projek berkumpulan. Kumpulan kami yang bernama PEARL adalah seramai 4 orang iaitu saya, Bryan, Amaie dan Farah. Ini merupakan sebuah pertandingan. Setiap produk perlulah mengikut syarat iaitu berinovasi dan kreatif. Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori makanan, produk dan rekaan.

Kami berempat mengambil kata sepakat untuk masuk dalam kategori makanan. Ini kerana saya dan Bryan suka makan manakala Amaie dan Farah pandai memasak. Satu kombinasi yang bagus...hahaaha… Kami memilih buah Tarap sebagai tema utama untuk hidangan kami nanti. Kenapa buah Tarap? Ini kerana jarang produk makanan dibuat daripada buah Tarap. Lagipun, buah Tarap ini unik dan hanya boleh ditemui di Kepulauan Borneo sahaja. CORRECT ME IF I’M WRONG.

Kami telah mengolah buah Tarap ini kepada 4 jenis hidangan iaitu Puding Karamel Tarap Aneka Rasa, Jus Tarap Janji Manismu, Bubur Tarap Anggapanmu dan Jem Tarap Si Hitam Manis. Nama perlu dramatik supaya dapat menarik perhatian para juri nanti...haha... Kami menyusun hidangan hebat kami ni ala-ala hotel supaya kelihatan high class. *Ini mesti terpengaruh dengan Rancangan Masterchef*. Thank you kepada Puan Dayang kerana meminjamkan kami segala mangkuk, gelas kaca dan sudu termasuk barang-barang hiasan.

Hidangan kami ni dimasak oleh Amaie dan Farah iaitu bunga dalam kumpulan kami manakala saya dan Bryan, dua ekor kumbang ni bertanggungjawab dalam susun atur hiasan atas meja. Reben-reben pink yang diikat di gelas dan mangkuk tu kamilah yang buat. Sila berikan tepukan. Inilah hidangan kami yang lazat dan unik. Rasanya belum lagi ada orang yang buat produk makanan daripada buah Tarap. I think we are the the first persons to do these. Again, CORRECT ME IF I’M WRONG.

Puding Karamel Tarap Aneka Rasa

Jus Tarap Janji Manismu

Bubur Tarap Anggapanmu

Jem tarap Si Hitam Manis

Bagi yang tidak tahu, ini ialah buah Tarap

Susun atur hiasan meja

Ada gaya hotel tak?

Sebelum panel pengadil datang, kami bergambar dahulu bagi menghilangkan gemuruh di dada yang kian kencang.

Control macho kononnya

Farah dan Amaie

Candid picture with Bryan

Saya dengan rakan sekelas yang lain

Semasa uji rasa daripada para juri, semua muka mereka berkerut. Entahlah. Mungkin mereka tidak suka ataupun mereka terlalu suka. Confused. Selepas sesi uji rasa tu, kami rasa lemah dan tidak berdaya. Kami rasa tidak bersemangat sebab berdasarkan reaksi para juri, macam tiada harapan nak menang...huhuhu… Pasrah sajalah.

Waktu penyampaian hadiah, mula-mula sekali penerima saguhati diumumkan. Berpuluh-puluh kumpulan naik ke pentas silih berganti menerima saguhati. Ketika tu, kami dalam hati berharap agar nama kumpulan kami tidak dipanggil. Dan betul. Nama kami tidak disebut. Wahhh, ada harapan. Kemudian, tempat kelima sehingga tempat pertama diumumkan. Guess what? Kami mendapat tempat ke-5. Yahuuuuu!!! Walaupun sekadar tempat kelima, namun kami sangat berbangga kerana kami dapat mengalahkan berpuluh-puluh penyertaan. Nampaknya segala usaha kami membuahkan hasil. Syukur kepada Tuhan.

My team

Ini merupakan antara produk yang bertanding pada hari tu.

Jem Cempedak

Bekas pensel daripada botol air

Comel

Coklat daripada Buah Tarap

Rak buku daripada bahan terbuang

Kek Durian dan Kek Strawberi. Serius sedap!

Honey Lipbalm

Lilin Aromaterapi daripada kayu manis

Laptop holder daripada batang paip

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya atas segala usaha yang dicurahkan. Tidak lupa juga kepada Denny kerana komen anda telah menambah baik salah satu hidangan kami pada minit-minit terakhir. Thank you so much.

Terima kasih kerana membaca