Pengalaman menjadi finalis Pertandingan Bintang P. Ramlee dan pasangan Zon Sabah 2014
Hai semua. Apa khabar? Semoga sihat hendaknya. Hari
ini saya ingin bercerita tentang pengalaman saya menyertai pertandingan
nyanyian lagu-lagu daripada Seniman Agung kita, Tan Sri P. Ramlee. Hari tu saya
telah mengikuti ujibakat di Kompleks RTM Kota Kinabalu, Sabah. Itupun sekadar
suka-suka saja. Tup, tup…dapat pula menjadi 10 orang finalis bagi seluruh
Sabah. 5 orang lelaki dan 5 orang wanita dipilih daripada beratus penyertaan.
Boleh bayangkan perasaan excited saya ni. Wink wink. Tidak sangka pula saya
antara yang terbaik daripada beratus penyertaan tu. Hew…hew… Jom baca pengalaman
saya ni…
Hari pertama (19 Ogos 2014)
Semua finalis disuruh berkumpul di Kompleks RTM
Sabah untuk sesi taklimat. Sebelum tiba di sana, perasaan saya bercampur baur.
Gemuruh, gelisah, gementar dan macam-macam perasaan lagi berpusing-pusing di
minda saya. Fikir lagi bagaimana untuk sesuaikan diri dengan para peserta nanti.
Setibanya di sana, semua perasaan tu hilang. Peserta-pesertanya semuanya ramah
dan mesra. Walaupun mereka lebih tua daripada saya, tetapi perangai mereka
masih muda. Macam saya. Kuat main! Hahaha…
Kemudian, kami diberi taklimat dan penerangan
tentang keseluruhan perjalanan pertandingan. Ketika itu jugalah sesi suai kenal
diadakan. Sekejap sahaja kami mesra. Macam sudah lama kenal. Selepas segala
taklimat, kami dibawa ke hotel Tang Dynasty Wawasan Plaza, Kota Kinabalu untuk check-in. Kami ditaja tidur di hotel sepanjang
pertandingan ini. Saya sebilik dengan dua orang peserta iaitu abang
Musrah dan Shazmi. Memang cool mereka dua ni. Ada saja yang lucu.
Selepas rehat beberapa jam, kami bersedia di lobi
hotel kira-kira jam 7 malam kerana jam 8 nanti ada latihan bersama Kombo RTM di
Dewan Bahasa dan Pustaka yang juga merupakan venue pertandingan. Sampai saja
bas, kami pun menuju ke dewan. Para pemuzik masih lagi set-up peralatan muzik.
Segala wayar masih bertaburan di lantai. Yalah, sudah namanya Kombo, mestilah
set-up peralatan tu lama sikit. Kan, kan… Kemudian, kami check key suara masing-masing dan berlatih sekejap. Selepas itu,
jam 11 malam, kami pun pulang ke hotel.
Hari Kedua (20 Ogos 2014)
Jam 7 pagi kami sudah siap di lobi. Sebelum tu, kami
bersarapan pagi dulu di restoran hotel. Owh, did I mention it’s free?...hehe… Kami
diberi kupon breakfast for free sepanjang pertandingan ni. Syukurlah juga. Save
bajet untuk pelajar macam saya ni. Sedap-sedap belaka makanannya. Yang paling
saya suka ialah kentang lecek dicampur dengan cheese. Pergkhh!! Nyaman.
Sampai sahaja bas, kami pun menuju ke Kompleks RTM Sabah untuk sidang media.
First time ya saya ada sidang media. Time sidang media tu, kami
memperkenalkan diri kepada para wartawan. Kemudian, setiap finalis akan membuat
persembahan secara singkat. Just untuk bagi aura. Memang terujalah masa tu.
Berlagak jadi artis sebentar. Kihkih…
Selesai sahaja sidang media, kami merehatkan diri
sebentar dan berkumpul kembali di lobi kerana jam 2 petang, kami ada latihan
bersama pemuzik di dewan. Latihan itu tamat pada jam 5 petang. Fuhh, memang
penat. Yang penatnya lagi, jam 7 malam nanti latihan akan bersambung. Balik
saja hotel, saya baring sekejap untuk setengah jam (pun jadilah), bangun, mandi
dan bersedia di lobi hotel. Bas sampai pada jam 7 malam dan bergerak ke dewan.
Latihan pada malam tu berakhir pada jam 11 malam. Memang semua peserta sangat
berbakat dan berpengalaman. Menambahkan gementar lagi pada diriku ini. Selesai saja latihan, kami balik ke hotel. Sampai saja di hotel, kami tidak
terus ke bilik tetapi singgah di restoran mamak makan roti canai...hihihi… Ramai-ramai
lepak di kedai mamak memang best.
Antara gambar-gambar hari kedua
Peserta lelaki |
Bersama abang yang banyak beri tunjuk ajar |
Kami peserta paling muda |
Sidang media |
Abang guitaris |
Penerbit Encik Sonny |
Kaki selfie...hahaha |
Testing...testing... |
Inilah roomate saya |
Hari ketiga (21 Ogos 2014)
Hari ini saya bangun awal sikit kerana saya mahu
luangkan lebih banyak masa di restoran sebab kelmarin baru dua suap
nasi lemak, bas telah pun sampai. So, today is a revenge day. Banyak makanan
saya hentam. Nasi goreng, mee goreng, telur setengah masak, kentang lenyek, choco crunch dan susu...hahaha… Tak perlu
risau, makan banyak pun badan tidak akan naik *sigh*. Selepas
bersarapan, kami menaiki bas menuju ke dewan. Hari ini kami ada Siaran Langsung
Expresi Kombo melalui Sabah FM. Kami perlu menyanyi secara live di radio
bersama Kombo RTM. Ini merupakan pertama kali suara saya berkumandang secara
live di radio. Takut! Ada dua lagu perlu kami nyanyi iaitu secara solo dan
duet. Pasangan duet saya ialah kak Misbariah. Kakak yang sporting gitu ya. Kaki
selfie...hahaha... Memang merdu suara kak Mis. Lagu solo saya ialah ‘Engkau Laksana
Bulan’ manakala lagu duet ialah ‘Aci Aci Buka Pintu’. Syukurlah semuanya
berjalan dengan lancar walaupun tidaklah lancar sangat.
Selepas siaran langsung, kami rehat untuk makan
tengahari di dewan. Sambil rehat sambil selfie. Ya, itulah kami. *sambil tutup
mata dan tunduk ala-ala princess*. Kak Sarinah dan Kak Yanti adalah punca
selfie. Tidak lupa juga Kak Mis. Jam 1 petang kemudiannya, latihan diteruskan sehingga jam 5
petang. Siap saja latihan, kami balik ke hotel untuk rehat sepuas hati kerana
jam 8 malam nanti akan ada raptai pertama.
Setelah rehat selama berapa jam, eh, silap…beberapa
minit. *sebab waktu untuk tidur tu digunakan untuk jalan-jalan cari makan…huhu*,
kami pun bersiap dan menunggu di lobi hotel kerana bas akan sampai pada jam 7
malam. Sampai saja bas, kami pun menuju ke dewan. Time raptai tu, kami
masing-masing berbincang dengan pengurus pentas tentang props yang akan kami
bawa semasa pertandingan nanti. Apa yang saya minta ialah lampu spotlight
ala-ala bulan dan juga sebuah lampu untuk spot saya seorang. Saya juga minta
pentas digelapkan. So, time pertandingan nanti, cuma ada saya dan bulan. Sebab
lagu saya ialah ‘Engkau Laksana Bulan’...hehehe…kreatif tak? Selepas bincang
punya bincang dan sedikit raptai, kami pun bersurai balik menuju ke hotel.
Perlu rehat banyak malam ni kerana esoknya ialah hari yang paling sibuk saya
jangkakan.
Antara gambar-gambar hari ketiga
Say cheese! |
Tunjuk apa tu kak? |
Peserta kembar |
Kreatif |
Bersambung…
Terima kasih kerana membaca
0 comments