Gigit kasut sendiri
Hai semua. Hari ni saya ingin berkongsi
tentang petua orang tua-tua dahulu kala yang berkaitan dengan kasut.
Pernahkah kamu mendengar petua jika kamu membeli kasut baru, kamu harus
mengigitnya terlebih dahulu. Kiranya gigi dahulu yang rasmi sebelum tapak kaki.
Tidak kisahlah gigit di mana-mana asalkan di kasut baru tu. Pastikan yang baru.
Bukannya kasut yang sudah dijeruk dan berbau seperti kasut gim. Ini kerana
mereka percaya dengan berbuat demikian, tapak kaki kita tidak akan melecet.
Kedengaran sedikit aneh bukan?
Menurut pengalaman saya, petua itu
terbukti berkesan. Ianya adalah benar dan bukan kisah dongeng Stacy. Ketika
saya berumur 13 tahun, saya telah membeli sepasang kasut baru melalui hasil
titik peluh saya sendiri dengan membantu bapa berniaga. Bapa saya ni tidak suka
mengupah orang lain. Katanya, lebih baik upah anak sendiri daripada orang lain.
Ya, betul tu pak, saya sangat setuju. Sehari saya memperolehi RM 20 untuk kerja
tiga jam. Kerjanya senang saja, angkat-angkat barang dari lori ke tapak jualan.
That’s all.
Berbalik kepada petua tadi, setibanya di
rumah, saya dengan excitednya mencuba kasut baru yang berharga RM 50 itu dan
berjalan-jalan di kawasan sekitar rumah. Baru sejam berjalan, saya terasa kaki
saya melecet. Dengan pantasnya saya balik ke rumah. Wah, sakit benar lecetan
itu. Kebetulan, emak turut berada di tempat kejadian. Emak pun berkongsilah
petua mengigit kasut tersebut kepada saya. Saya pun gigitlah kasut itu walaupun
sudah digunakan. Keesokan harinya, saya cuba pakai kasut itu berjalan-jalan di
bandar. Cuba teka? Ya, saya langsung tidak mengalami masalah melecet malah
berasa selesa menggunakan kasut baru itu. Thanks mom!
Sama ada petua itu benar ataupun cuma
kesan placebo, itu terpulang kepada individu masing-masing. Jika petua ini
berkesan, berterima kasihlah kepada orang tua-tua kita.
Oleh itu, selamat mengigit kasut baru
anda!
Terima kasih kerana membaca
0 comments