Pencuci muka terbaik
Lepas saja mandi, saya
menghadap cermin. Siasat muka sebelah kanan, siasat muka sebelah kiri. Okey,
clean. So far, kulit masih sihat muda belia. Halus dan suci...haha… Kaum lelaki pun perlu menitikberatkan
penjagaan muka ya dan menjadikan ia sebagai rutin harian. Lebih-lebih lagi zaman
sekarang yang mana penampilan itu sangat penting terutamanya bahagian wajah.
Jika wajah berseri, keyakinan pasti bertambah. Jika keyakinan bertambah, hidup
pasti gembira.
Okey, tadi saya telah
mencuci muka dengan menggunakan L’oreal Revitalift yang baru dibeli. Saja
untuk mencuba benda baru. Rasa selesa apabila menggunakan produk ini. Hanya
sedikit kuantiti sahaja yang diperlukan untuk menghasilkan buih yang banyak. Selepas
mengeringkan wajah, saya dapat merasakan kulit saya sangat halus, tegang dan
harum. Bentuk botol produk ini pun menarik dan bercitarasa tinggi malah
pemilihan warna juga menarik. Bagi saya, produk ini bagus untuk digunakan.
L’oreal Revitalift |
Walaupun L’oreal RevitaLift ini sangat bagus namun saya tetap setia dengan pencuci muka lama saya iaitu Syahirah. Panjang ceritanya mengapa saya suka dengan produk Syahirah. Pertama kali saya menggunakan produk Syahirah ialah ketika saya berumur 15 tahun. Before that, muka time tu memang remaja habislah. Minyak sana sini, jerawat batu dan pasir bertaburan di merata tempat serta masalah blackhead yang membimbangkan. Banyak produk yang saya telah cuba. Namun semuanya hampa. Akhirnya, saya terjumpa produk Syahirah ini. Itu pun tanpa dirancang. Saya just beli macam begitu saja tanpa sebarang harapan yang muka saya akan menjadi seperti Nichkhun 2PM. Setelah sebulan memakainya, wah...sangat berkesan. Segala musuh ketat yang bersarang di wajah ini telah dimusnahkan. Kulit muka pun menjadi halus dan lembut sehinggalah sekarang. Ibarat mimpi jadi kenyataan. So, sampai sekaranglah saya setia dengan produk Syahirah. Harga pun murah bagi seorang pelajar seperti saya ini. Jimat.
Pencuci muka Syahirah |
Baiklah, time to sleep.
Selamat malam semua.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments