Nuffnang ads

Friday, 4 July 2014

5 keseronokan berblog

Selamat malam. Apa khabar kawan-kawan? Apakah yang sedang kamu lakukan sekarang? Di dalam bilik ini, roomate saya ada yang sedang menonton filem di laptop, ada yang sedang bermain Dota dan ada juga yang sedang mendengar lagu. Saya pula sedang menaip menyiapkan sebuah lagi entri khas untuk kamu semua. Inilah rutin saya setiap malam.

vandergood.blogspot.com

Kali ini saya ingin berkongsi 5 keseronokan berblog. Saya sebenarnya masih baru lagi dalam dunia blogging ini. Tidak sampai 3 bulan pun. Semangat masih membara-bara lagi untuk menyiapkan entri sekali sehari. Kadang-kadang, 4 entri sehari. Saya berharap agar semangat itu kekal sehingga bila-bila. Baiklah, tanpa membuang masa, jom terjah 5 keseronokan berblog ini.

1. Dengan berblog, kita boleh menceritakan benda yang kita suka sehari-hari. Seperti blog saya ini yang bergenre personal life. Saya boleh menceritakan apa yang berlaku setiap hari dalam hidup saya. Dalam blog ni juga kurang sedikit keyboard warrior a.k.a haters berbanding Facebook dan Twitter. Jadi, senang sedikitlah nak berkongsi kisah hidup tanpa perlu dicemuh-cemah segala.

2. Kita juga boleh berkongsi tips yang mungkin orang lain tidak tahu ataupun jarang didengar. Tidaklah ditelan dek zaman terkubur macam tu saja. Hati kita mesti rasa seronok jika tips yang kita kongsikan itu dibaca oleh pembaca. Disamping dapat membantu orang lain secara tidak langsung, kita juga boleh meningkatkan trafik blog kita kerana benda-benda sebeginilah yang menjadi tarikan pembaca.

3. Berblog juga boleh menjana pendapatan. Perkara ini memang sudah diketahui oleh para blogger. Memang seronok jika berblog santai-santai, duit masuk macam tu saja. Namun, bagi saya, janganlah hilang identiti sebagai seorang blogger yang cuma mahu duit sahaja namun isi di dalam blognya tu tiada nilai langsung. Ada sesetengah blog yang saya baca tu sangat terkenal, namun saya amati setiap entri yang blogger tu post sangat biasa. Mungkin rezeki dia. Apapun, setakat ni blogger yang terbaik bagi saya ialah blog Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. They are my inspiration. Terbaik!

4. Selain itu, berblog juga boleh mengembangkan bakat kita dalam bidang penulisan. Cuba bandingkan entri pertama kamu dulu dan sekarang. Banyak bezanya bukan? Dari penulisan yang entah apa-apa *terasa diriku ini*, menjadi penulisan yang sangat power dan boleh menarik minat pembaca untuk mengikuti setiap entri kita. Seronok bukan?

5. Dan yang terakhir ialah dengan berblog, kita dapat berkenalan dengan ramai blogger lain dari segenap pelusuk dunia. Setakat ini saya cuma dapat berkenalan dengan blogger dalam negara sahaja. Sporting sangat mereka ni. Mereka banyak memberi tunjuk ajar yang berguna ketika saya mula-mula menjadi blogger terutamanya Mamarey dan Hasrul Hassan. Terima kasih banyak! Namun, ada juga blogger yang sangat femes susah betul hendak membalas komen atau mesej yang kita hantar. Tidak mengapalah. Mungkin mereka itu sangat sibuk *bersangka baik*.

Kesimpulannya, berblog memberi banyak keseronokan. Jadi, kepada anda yang berminat untuk berblog, ayuh sertai kami. Tetapi, pastikan anda mempunyai komitmen yang tinggi supaya blog anda sentiasa berterusan berupdate. Selamat berblog kawan-kawan!

Terima kasih kerana membaca