Produk ciptaan terbaru
Hai semua!
Minggu lalu saya sangat busy sampai masa untuk online pun tiada. Banyak sangat benda yang perlu diselesaikan seperti assignment, test situ sana sini dan sebagainya. Kali ni saya ingin buat satu entri untuk melepaskan geram setelah seminggu tidak berblog…hahaha…
Minggu lalu saya sangat busy sampai masa untuk online pun tiada. Banyak sangat benda yang perlu diselesaikan seperti assignment, test situ sana sini dan sebagainya. Kali ni saya ingin buat satu entri untuk melepaskan geram setelah seminggu tidak berblog…hahaha…
Okey, okey. Antara assignment yang perlu saya lakukan ialah membuat produk sendiri
dengan menggunakan bahan-bahan yang terbuang. Contohnya, surat khabar
lama, botol, plastik dan sebagainya. Puas saya fikir apakah benda yang saya mahu
cipta ni? Akhirnya, saya mendapat satu idea hebat. Saya akan mencipta bekas untuk menyimpan benda-benda yang kecil seperti
cincin, pensel, pen, kunci dan sebagainya. Namun, bekas bukan sebarang bekas
ya. Ini bekas yang lain daripada yang lain.
Baiklah, berikut merupakan cara-cara untuk membuat produk ciptaan saya ini.
Baiklah, berikut merupakan cara-cara untuk membuat produk ciptaan saya ini.
Langkah pertama
Okey, kita mesti ada bahan-bahan ni. Semua bahan ni
free sebab saya gunakan balik dari semester yang lalu. So, no cost at all.
Bahan terbuang yang saya gunakan ialah kertas lama. Sebenarnya, kertas ni saya
mahu buang tetapi terima kasih kepada subjek ni sebab saya boleh recycle balik.
So, tidaklah membazir.
Kertas lama |
Pisau kecil atau gunting |
Warna air, berus dan tempat bancuhan |
Gam dan glitter wink wink |
Langkah kedua
Gulungkan semua kertas tu menjadi seperti ini. Jika
kita inginkan bekas kita tu besar, roll kertas banyak-banyak. *lenguh
tangan saya mengulung kertas ni…ergkhh…*
Gulung jangan tak gulung |
Langkah ketiga
Potong kertas yang sudah digulungkan tu mengunakan
pisau. Boleh juga mengunakan gunting tapi hasilnya tidak cantik. Sebab kalau
kita gunakan gunting, hujung kertas tu akan penyek.
Hati-hati guna pisau tu |
Langkah keempat
Cantumkan gulungan kertas yang sudah dipotongkan
menggunakan gam mengikut kreativiti masing-masing ya. Macam saya ni sukakan
bentuk yang aneh dan pelik. So, saya cantumkan menjadi seperti ini.
Nice! |
Langkah kelima
Masa untuk mewarna! La...la...la...la…
Dan hasilnya…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaa!!!
Letaklah benda-benda kecil |
Boleh gantung kunci |
Letak cincin pun boleh |
Cantik tak? Saya ada upload produk ni di Instagram
dan Facebook. Ramai yang memuji. Ada seorang rakan saya ni kata; ‘Cantik benar produk awak ni. Tolong buatkan
saya satu. Nanti saya bayar.’ Gulpp, ada juga pula yang menyukai produk
saya ni. Thank you. Thank you. *Kembang lubang hidung*.
Terima kasih kerana membaca
0 comments