Sebab baju berbau
Helo. How are you doing? Hari ni hari
pertama kuliah selepas cuti pertengahan semester. Tidak puas bercuti. Badan di
hostel tapi minda dan hati masih tertinggal di rumah. Tidak apa. Harus
kuatkan semangat. Tinggal dua bulan lagi untuk cuti semester. Bukannya lama
sangat. Sabar, sabar.
Hari ini saya ingin bercakap mengenai sebab mengapa baju berbau.Terutamanya T-Shirt. Pernahkah
kamu mempunyai sehelai baju yang baru bercuci. Masih berbau wangi bunga Sakura
dan lembut bak sutera. Then, kamu
merancang untuk memakai baju tu untuk jalan-jalan dengan kawan tengahari nanti.
Sebelum kamu memakai baju tu, kamu sudah siap sedia menyemburkan deodorant di celah
ketiak. Selepas menyarungkan baju, kamu menyemburkan sedas dua minyak wangi.
Saya cuci baju guna Dynamo. Memang terbaik! |
Kemudian, turun ke bandar tengahari tu dengan
perasaan happy sebab tidak sabar untuk bertemu dengan kawan-kawan lama.
Tiba-tiba, kamu terhidu bau busuk dari baju kamu a.k.a bau badan. Baunya
seperti bau baju yang tidak kering dan terus dipakai. Pernahkah kamu terhidu
bau seperti itu? Mengapakah ya perkara ni terjadi sedangkan kita sudah mencuci
baju tu wangi-wangi? Saya selalu musykil tentang perkara ni. Kadang-kadang,
perkara ni menurunkan kadar keyakinan saya untuk berhadapan dengan orang ramai.
Setelah melakukan penyiasatan, akhirnya saya
mendapat jawapan daripada permasalahan ini. Antara sebab-sebabnya ialah;
1. Bau yang busuk ehem ehem itu sebenarnya datang
daripada badan kita sendiri. Apabila
badan kita mengeluarkan peluh yang berlebihan, ia akan memberi efek kepada baju
itu sendiri.Peluh yang berlebihan itu akan menjadi daki dan mengeluarkan
aromanya tersendiri. So, jalan penyelesaiannya ialah kita perlu kerap mandi *I
mean sental badan time mandi guna span* supaya next time peluh yang keluar akan
kurang sedikit baunya.
Mandi guna Lifebuoy. Badan segar, harum dan lembut |
2. Masalah ini juga berpunca daripada baju itu
sendiri. Mungkin baju itu sudah digunakan bertahun-bertahun lamanya. Ini menyebabkan
tekstur kain baju itu semakin menipis dan longgar. Apabila hal ini terjadi, baju
tidak akan dapat menyerap peluh dengan baik. Dalam erti kata lain, jika peluh
tidak dapat diserap, pengudaraan dalam baju tu pun menjadi tidak betul. Ini
sekaligus akan menyebabkan bau badan yang sangat sangat sangat ermmm……busuk.
3. Selain itu, cuaca juga menyumbang dalam masalah
baju berbau ini. Selalunya cuaca panas terik sang suria menyinari alam
menyebabkan baju berbau. Ini kerana time panaslah peluh mencurah-curah keluar mengalir
membasahi tubuh.
Lipat baju selepas kain kering. Bagus anak emak |
Ataupun gantung. Barulah baju terjaga dan harum sentiasa |
Apa-apapun, yang penting di sini ialah gunakan baju
yang diperbuat daripada fabrik kapas 100% untuk serapan yang terbaik. Selain
itu, selalulah mandi seperti yang saya katakan tadi. Ini kerana mandi juga baik
untuk kesihatan. Disamping itu, jagalah pemakanan seharian. Ini kerana
berdasarkan kajian (sorry, no sources), bau peluh datang daripada apa
yang kita telah makan. So, jika makan bawang, baunya juga seperti bawang. Jika
belacan? Hmm, sendirilah explain…hahaha.. Sekian.
Terima kasih kerana membaca
0 comments