Nuffnang ads

Sunday, 23 November 2014

Hanis Zalikha di Cosmo!

Hai semua. Apa khabar? Have a blessed Sunday. Saya nak cerita ni. Hari tu emak saya ada beli majalah Cosmopolitan Edisi November 2014. Saya pun tumpang baca sekaki. Nak tahu siapa yang menjadi cover girl? Tidak lain tidak bukan ialah Hanis Zalikha. Wah, nampaknya blogger terkenal suatu ketika dulu yang menjadi kesayangan ramai telah menjadi penghias muka depan majalah Cosmo yang terkenal. Cantiknya Hanis.


Bercerita tentang Hanis ni, beliau ialah idola saya dalam dunia blogging. Minat untuk berblog ni timbul apabila saya terbaca satu entri beliau. Saya ingat lagi ketika itu saya search di Google tentang produk terbaik untuk menaikkan berat badan. Yalah, badan saya ni selim sangat. Rasanya kalau ada angin kuat boleh terhuyung hayang macam lalang agaknya. Tup tup, tersinggah di blog Hanis. Time tu saya tidak tahu langsung yang ada benda benda pasal blog. Kesian kan saya. Ketinggalan zaman.

Saya pun bacalah entri Hanis tentang produk menaikkan badan tu. Seronok pula. Lepas tu, saya selongkar entri-entri beliau yang lain. Baca dari yang latest sampailah ke entri Hanis yang pertama sekali. Memang best. Hanyut saya ketika menelusuri perjalanan kehidupannya dari modeling, study di UiTM, berlakon, mengacara dan sebagainya. Cerita Hanis tentang adik beradik dan ibu bapanya pun sangat best. Lucu melihat gelagat mereka. Ada juga cerita yang sedih. Tapi, sedikit.

Memang tidak dinafikan yang Hanis ni punya gaya penulisan yang sangat menarik. Bersahaja tapi mempunyai mesej yang tersendiri. Apabila kita baca blog Hanis, kita dapat rasakan kejujuran beliau. Kita dapat rasakan apa yang Hanis nak sampaikan dan kita dapat bayangkan bagaimana situasi itu berlaku. Ciri-ciri penulis yang hebat. Saya tengok jarang dah blogger yang ada gaya penulisan macam tu. Ada tapi tak ramai. Contohnya, Fatin Liyana dan Cik Epal.

Dari situlah timbul minat saya untuk menjadi seorang blogger. Saya nak berjaya seperti Hanis Zalikha sebab tengok pendapatan beliau sebagai blogger pun boleh tahan. Saya nak jadi macam Hanis yang kongsikan perkara yang berlaku sehari hari dalam hidup saya. Walaupun saya tak femes. Saya nak jadi macam Hanis yang jujur dalam menyampaikan cerita. Saya tak nak jadi blogger yang suka kopi pasta. No, no, no. A big NO. Saya juga nak jadi macam Hanis yang berjaya jadi selebriti terkenal. Boleh?...hohoho…

Berbalik kepada Hanis Zalikha yang menjadi cover girl majalah Cosmo Edisi November, beliau memakai baju putih dan juga seluar jeans. Nampak rugged dan cantik dalam masa yang sama. Perasan tak yang rupa paras Hanis ni ada sedikit iras wajah Amy Mastura? Ok, bye.


Antara petikan temubual Hanis dengan Cosmo yang saya suka sangat baca.

‘Saya sangat sukakan kanak-kanak dan mendidik. Mungkin sebab saya kakak di rumah. Dan saya yang mengajar adik lelaki saya membaca sehingga pandai, kerana keluarga miskin pada waktu itu, hinggakan dia tidak dapat  masuk tadika. Mendidik dan berkongsi dah jadi my second nature; hence my passion is blogging. Tapi, sebab saya tidak dapat jadi cikgu, mungkin saya akan jadi cikgu kepada anak-anak saya kelak’ – Hanis Zalikha, Cosmo 2014.

Terkesan tak?

Apapun, saya berharap Hanis berjaya mencapai kejayaan dalam hidupnya. Walaupun Hanis jarang sudah update blognya, tapi kita semua dapat ikut perjalanan hidup beliau melalui microblogging seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Terima kasih kerana membaca.