Nuffnang ads

Tuesday, 9 December 2014

Bilik sewa

Hai. Sekarang ini saya berada di bilik sewa sementara menunggu rayuan untuk permohonan hostel dikeluarkan. Sebenarnya, dari hari kelmarin lagi saya sampai di sini. Tetapi, disebabkan letih mengemas barang-barang, tak dapatlah update blog.

So far, memang rasa selesa dalam bilik ini. Ruang dalam bilik sewa ni luas. Boleh muat meja, almari besar dan television. Tapi, saya bawa meja dan kerusi  saja. Mustahil nak bawa almari ke sini kan. Katil dan tilam disediakan. Kipas silingnya memang terbaik. Laju sangat berputar. Nyaman. Tandas pula berkongsi dengan penghuni lain. Agak bersih dan memuaskan keadaan tandasnya. Yang paling penting tidak tersumbat.

Nak dijadikan cerita, sampai saja dalam bilik ni, saya pergi beli barang keperluan untuk bekalan sementara tinggal di sini. Contohnya, makanan ringan, air mineral, Maggie cup dan sebagainya. Memang menjadi kebiasaan seorang pelajar untuk membeli mi segera. Usah dipertikaikan lagi. Soal kesihatan memang harus dititik beratkan. Namun, sebagai seorang pelajar, bajet itu penting. Kalau banyak duit, mungkin mi segera langsung tak dipandang. Tapi, yalah, pelajar seperti kami ini manalah ada duit banyak sangat kan. Kalau boleh, teringin juga nak makan sedap-sedap, mewah-mewah setiap hari.

Selepas beli barang-barang keperluan, saya pun kemas bilik ni bersih-bersih. Sapu lantai. Tak dapat mop sebab tak ada batang mop. Langsir asal tukar dengan langsir yang saya siap bawa dari rumah. Bersemangat kan sampai langsir pun nak bawa sendiri. Sebab langsir saya ni special. Pemberian orang yang sangat bermakna. Warna gold lagi tu. Sarang labah-labah di siling pun saya bersihkan. Siap saja membersihkan bilik, saya pun mula mengemaskan barang-barang yang telah saya bawa dari rumah ke sini. Banyak betul barang yang saya bawa termasuk meja dan kerusi. Bayangkan meja begitu berat saya angkut seorang diri. Macam pindah rumah. Mampu juga saya bawa semua ni seorang diri dengan hanya menaiki bas dan teksi.

Saya tidak mengeluh tetapi saya bangga sebab saya dapat merasai erti kesusahan yang banyak mengajar saya untuk menghargai erti kesenangan. Semua ini memberikan saya motivasi dan semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi orang yang berjaya dan berguna kepada keluarga. Saya nak sangat memberikan kesenangan kepada mereka terutamanya kedua ibu bapa saya suatu hari nanti sebagai tanda berterima kasih kerana membesarkan saya dengan baik.

*emosi*

Satu perkara yang saya suka tentang bilik sewa ini ialah view dari tingkapnya. Bila saja kita buka tingkap, kita akan nampak pemandangan indah gunung Kinabalu dari jauh. Sangat jelas lebih-lebih lagi ketika cuaca baik. Saya memang suka tengok gunung Kinabalu sejak dari kecil lagi. Saya nak sangat tawan puncaknya. Harap tahun depan tercapailah impian saya ni.

Saya berharap agar semuanya berjalan lancar. Sebelum menutup tirai bicara, apa kata kita makan Maggie hot cup dulu. Slurppp…

Maggie yummy!

Terima kasih kerana membaca