Nuffnang ads

Friday, 5 June 2015

Gempa bumi mengegarkan seluruh Sabah

Hai semua!

Hari ni bangun pagi nak gosok gigi cuci muka mandi pagi tapi semuanya tergendala sebab tengok notification group Whatsapp hampir mencecah ribu. Rasa sedikit hairan. Apabila buka dan baca rupanya heboh bahawa gempa bumi sekuat 6.0 skala richter baru saja mengegar Sabah. Bayangkan betapa kuatkan gegaran gempa bumi itu sehingga boleh dirasai di seluruh Sabah. Ramai rakan-rakan mengatakan mereka merasa sendiri gegaran kuat terutamanya mereka yang berada di Ranau, Kota Kinabalu, Kota Belud, Keningau, Tambunan, Tenom dan yang paling jauh Sandakan. Bayangkan sendiri kekuatan gempa bumi ini yang boleh dirasai di pantai barat, pendalaman dan pantai timur Sabah.

Rasanya, ini adalah pertama kali berlaku gempa bumi sekuat ini di Sabah. Kawasan yang paling teruk terjejas ialah di kawasan Kinabalu Park, Ranau dan kawasan sekitar.

Dilaporkan seramai lebih 190 pendaki dan 32 mountain guide telah terperangkap di atas puncak Gunung Kinabalu di Kilometer 7.5 ketinggian 3800 meter kerana laluan telah tertimbus batu dan tali penyelamat putus. Kini, mereka menunggu helikopter penyelamat untuk membawa mereka turun. Semoga kerja menyelamat berjalan dengan lancar kerana sesiapa yang pernah mendaki sehingga ke puncak Gunung Kinabalu pasti tahu bagaimana keadaan di atas sana. Sejuk, berkabus, udara nipis dan curam.

Setakat ini terdapat seorang pendaki wanita warganegara asing patah kaki bersama 11 orang mountain guide di Laban Rata. Manakala, terdapat lebih kurang 89 pendaki tidak dapat dikesan. Kemungkinan terdapat pendaki yang tercedera atau tertimbus. Beberapa orang dilaporkan maut namun angka masih belum dapat dikenal pasti. Sekarang ini kerja menyelamat sedang dijalankan oleh para anggota penyelamat.

Para pendaki yang terperangkap di puncak


Selain itu, Donkey Ear yang terkenal di atas puncak Gunung Kinabalu telah pun runtuh akibat gegaran kuat gempa bumi itu tadi. Sedih kerana itulah salah satu ikon di puncak Gunung Kinabalu yang dikenali di seluruh dunia.

Before

After


Ada yang mengatakan bahawa punca Gunung Kinabalu bergegar ialah penjaga gunung marah dengan tindakan beberapa orang pelancong asing yang berbogel dan melakukan perbuatan tidak senonoh di atas puncak beberapa hari yang lepas. Kini, para pelancong yang terlibat itu sedang dikesan. Kalau kamu semua nak tahu, naik gunung banyak pantang larangnya. Bukan saja gunung malah pergi hutan, sungai, tasik dan sebagainya pun ada pantang larangnya yang tersendiri.



Apapun, mari kita semua berdoa supaya mereka yang berada di puncak dan kaki Gunung Kinabalu selamat dari sebarang perkara yang tidak baik. Amin.

Gambar-gambar kejadian:







Air Poring menjadi hitam