Nuffnang ads

Monday, 5 October 2015

Air vs Elektrik

Hai semua!

Rumah sewa tempat saya tinggal sekarang ni mengalami krisis air. Sengsara! Ceritanya macam ni. Hari tu bil hujung bulan datang. Bila tengok, terbeliak biji mata masing-masing melihat jumlah yang tertera. RM300 ++! Terkejut beruk. Masing-masing hairan. Kenapa bil air boleh melambung sebegitu tinggi? Sedangkan, kami jarang guna air kecuali malam sebab siang semua keluar bekerja.

Rupanya, pam air tangki kami rosak. Air selama ni mengalir tanpa kami sedari. Oh, patutlah. Nampaknya, sementara tunggu pam air kami tu dibaiki, terpaksalah kami membuat catuan air. Pagi sebelum bekerja dan malam, kami akan pasang paip utama. Selain dari masa-masa itu, kami akan tutup paip utama dengan tujuan untuk menjimatkan penggunaan air. Sehari dua okey. Tapi, sekarang dekat nak sampai seminggu memang tak tahan. Rasa macam dekat kampung pula. Sedangkan kawasan tempat tinggal kami ni ialah kawasan perumahan. Bagus lagi di kampung. Banyak air…huhu…

Saya lebih rela tak ada elektrik berbanding air. Ya, kedua-duanya ialah keperluan asas. Tapi, bagi saya, air lebih penting. Tak ada air bermakna tak dapat mandi, masak, minum, cuci kain, siram bunga bla, bla, bla… Sangat rimas kalau tak ada air! SANGAT! Lepas tu, kalau time darurat (melabur emas), memang paling sengsara feeling tu. Urgkhhh!

Kalau elektrik tiada tapi ada air, tak menjadi masalah buat saya. Saya masih boleh menjalani kehidupan seharian tanpa elektrik. Dulu time kecil, saya pernah hidup 3 tahun tanpa elektrik. 3 TAHUN. Malam-malam kalau nak study, terpaksa guna lampu minyak tanah atau lilin. Dapat juga saya survive time exam. Selalu dapat top 10 dalam kelas. Lepas tu alat hiburan kami cuma radio yang menggunakan bateri. Biasalah orang susah. Bila terkenang balik, sedih pula. Tapi, saya beruntung dapat merasai keadaan macam tu sebab ianya membuatkan saya untuk lebih bersemangat mengejar kejayaan dalam hidup. Tak nak lagi hidup susah.

Apapun, kalau boleh saya nak semua keperluan asas di rumah ni lengkap. Kalau tak lengkap, how can i call my house as home? Lepas ni saya nak periksa pam air tu. 

Nampak air mencurah-curah kegirangan tu?...hmmm... Harap pam ni dapat dibaiki dalam masa terdekat

Terima kasih kerana membaca