Nuffnang ads

Monday, 22 February 2016

Percutian menarik di Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, Sabah



Hai semua!

Hari tu saya telah bercuti ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik yang terletak di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Percutian kali ni saya rasa sangat excited sebab ini kali pertama saya pergi ke pulau-pulau kecil. Sebenarnya, dari zaman kanak-kanak lagi saya impikan nak bercuti ke pulau. Nampaknya semua impian itu sudah tertunai tahun ini. Syukur.

Jesselton Point

Ini merupakan sedikit info tentang Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Taman laut ini terdiri daripada beberapa gugusan pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Tapi, hari tu kami hanya pergi ke dua pulau iaitu Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Sebenarnya, kami nak pergi ke tiga buah pulau – tambah Pulau Sapi. Tapi dek kerana terlalu ramai orang dan masa perjalanan pun terhad, maka kami batalkan niat. So, kami just ambil dua pulau.

Memang panjang barisan orang di setiap kaunter. Bayangkan sepuluh kaunter semuanya full house! Nasib baik ada satu kaunter yang jarang orang sebab kedudukannya yang sedikit tersembunyi. So, kami pergilah ke sana. Rupanya orang satu kampung juga.  Senang nak berurusan. Siap dapat diskaun lagi…hew…hew…

Ini merupakan details bayaran yang perlu disediakan untuk pergi ke pulau.

1 Pulau – RM23.00 (Dewasa), RM18.00 (Kanak-kanak)
2 Pulau – RM33.00 (Dewasa), RM23.00 (Kanak-kanak)
3 Pulau – RM48.00 (Dewasa), RM28.00 (Kanak-kanak)

Terminal Fee – RM7.63 (Dewasa), RM3.82 (Kanak-kanak)

Conservation Fee (Bayar semasa berada di pulau):

Local – RM3.00 (Dewasa), RM1.00 (Kanak-kanak)
International – RM10.00 (Dewasa), RM6.00 (Kanak-kanak)

Banyak aktiviti yang ditawarkan seperti Parasailing, Fly Fish, Banana Boat, Zipline dan Sea Walking. Tapi, kami cuma nak snorkeling saja. So, kami hanya sewa Mask Snorkeling dan Life Jacket. Setiap satu berharga RM10.00. Tapi, seperti yang saya katakan tadi, kami dapat diskaun. So, kalau nak pergi ke pulau datanglah ke kaunter Aparu Holiday Tours Sdn Bhd. Mungkin boleh dapat diskaun juga…hehe…


Maka, perjalanan kami pun bermula!




Sayup-sayup kelihatan Pulau Manukan dari jauh

Ikan-ikan kecil di tepi jeti

Wajib bergambar di sini

Ini dia Pulau Manukan. Besar pulau ni. Cantik dan bersih. Air laut pun jernih. Pemandangan di sini sangat cantik. Dengan langit yang membiru, air laut seperti kristal ditambah lagi dengan ikan-ikan yang jinak. Percutian yang sangat sempurna! Oleh sebab saya ni nature lovers, secara automatik jiwa saya rasa sangat tenang. Fikiran pun bebas dari stres. Saya suka keadaan macam ni.






Peninggalan peluru zaman perang

Perkara pertama yang kami lakukan ialah bergambar *ini wajib*. Kemudian, kami snorkeling. Saya tak pandai berenang. Dan ini pertama kali saya snorkeling. Nasib baik ada life jacket. Senang nak terapung. Pertama kali rasa panik dan cuak tu datang silih berganti bila kaki tak pijak dasar laut. Tapi, bila beberapa kali percubaan, akhirnya saya berjaya! Dapat juga tengok ikan-ikan berenang walaupun just snorkeling di tepi pantai. Tak berani snorkeling di tempat yang dalam…huuu…


Selepas snorkeling, kami berehat di bawah pokok sambil makan makanan yang kami beli di Kota Kinabalu. Ada juga restoran di Pulau Manukan ni tapi harganya agak mahal. Better beli makanan awal-awal sebelum pergi ke sini.

Selepas tu, kami berkemas dan pergi ke jeti untuk menunggu bot yang akan ambil kami ke Pulau Mamutik. Kira-kira 10 minit macam tu, bot datang. Masa perjalanan dari Pulau Manukan ke Pulau Mamutik tak lama. 3 minit macam tu sampai.

Orang ramai di atas jeti

Ramai sangat orang di Pulau Mamutik. Terutamanya pelancong dari luar negara. Pulau ini merupakan pulau paling kecil di antara pulau yang lain. So, nampak padat bila ramai sangat manusia. Banyak ikan di sini tapi air laut tak sejernih di Pulau Manukan. Tak mengapalah. Just enjoy the moment walaupun cuaca panas terik mengigit kulit. Snorkeling dan terus snorkeling.


Di sini ada khemah disediakan

dan juga tempat duduk




Jam hampir menunjukkan pukul 3.00 petang, kami terpaksa membersihkan diri dan berkemas kerana kami perlu tunggu bot di jeti sebelum jam 3.30 petang. Sampai saja bot, kami pun pulang ke Kota Kinabalu.

Percutian kali ni sangat best dan bermakna buat saya kerana saya dapat menjejakkan kaki di pulau yang lama saya nak pergi dan juga dapat snorkeling for the first time in my life!

Saya cadangkan kamu untuk pergi ke sini jika ada kesempatan kerana tempat ini SANGAT-SANGAT MENARIK.

Thank you life jacket sebab bantu saya terapung!...hew...hew...

Terima kasih kasih kerana membaca