Nuffnang ads

Saturday, 21 October 2017

Pengalaman mendaki Gunung Kinabalu (Part 1)

Hai semua!

Kali ni saya mau berkongsi pengalaman tentang pendakian saya di Gunung Kinabalu dari mendaki hinggalah turun ke kaki gunung. I must say that it was a very amazing & wonderful experience in my entire life. Sesuatu yang tidak akan saya lupakan seumur hidup.

Bah. Jom kita mula.

Hari pertama (23 September 2017)

Seawal jam 6.00 pagi kami suda sampai di Kinabalu Park. Paling bersemangat bah ni. Saya tengok itu registration kaunter pun macam belum buka. Jadi, sementara tunggu itu kaunter buka dan juga menanti ketibaan geng-geng mendaki yang lain, saya siapkan diri dulu. Pakai kasut, jaket dan double cek keperluan/peralatan mendaki. Manatau ada lupa.

Lepas saja buka tu kaunter, kami pun register. Itu orang kaunter cakap kalau tidak dapat name tag, ertinya ada masalah dan kemungkinan tidak dapat mendaki. Nasib baik proses pendaftaran untuk group kami semuanya smooth. Clean and clear. Jadi, pastikan orang yang urus pendakian kamu berpengalaman dan cekap mengurus dari A to Z. Then, kami breakfast dulu sekejap untuk tambah tenaga. By the way, breakfast disediakan oleh pihak sana.

Selepas itu, dari pondok pendaftaran Kinabalu Park, kami semua pergi ke Timpohon Gate. Ada dua cara, sama ada mau guna bas yang disediakan ataupun kereta sendiri. Kalau guna bas kena bayar RM9.00/person.

Inilah dia Timpohon Gate. Excited plus nervous ni mau naik gunung

Bergambar bersama geng-geng mendaki yang ceria

Sebelum mula mendaki, kami semua berdoa supaya cuaca baik sepanjang pendakian nanti dan juga diberikan kesihatan terbaik setiap dari kami. Amin! Kira-kira jam 9.00 pagi macam tu, kami pun start mendaki.

Beberapa meter berjalan dari Timpohon Gate, saya nampak ini air terjun yang diberi nama Carson Fall. Info: Kalau deras aliran airnya, ertinya di atas gunung sedang hujan. Memang cantiklah air terjun ni. I loikeee.


Oh ya, untuk pengetahuan kamurang semua, pendakian di Gunung Kinabalu ni dibahagikan kepada 2 fasa iaitu: Fasa 1 bermula dari Timpohon Gate ke Laban Rata. Manakala, fasa 2 bermula dari Laban Rata ke Low’s Point (puncak gunung). Pendakian ini akan ambil masa selama 2 hari 1 malam.

Banyak tangga kena buat di sini untuk memudahkan pendaki sebab kalau hujan licin kan tu tanah. Tapi, tangga itulah yang bikin penat…haha…2 KM pertama saya masih okey lagi. Tapi lepas tu mau bernafas pun macam kuda suda. Namun, saya gagahi juga segala kudrat yang ada. Guna segala stamina. Set itu minda kasi semangat positif.

Yihaaa! Jom sama-sama bersemangat

Kalau tidak silap saya, setiap 500 meter akan ada pondok rehat ataupun checkpoint. Jadi, asal nampak saja pondok saya akan pigi duduk sekejap dalam 10 minit begitu. Kasi rehat dulu tu kaki. Tapi, tidak boleh lama sebab kalau lambat sampai di Laban Rata, makanan buffet akan habis dalam jam 4.00 petang macam tu. Jadi, itu saja motivasi saya untuk cepat ke Laban Rata – MAKANAN…hahaha…

FYI, setiap pondok rehat akan ada tempat isi air. Fresh dari gunung durang bilang. Tapi, saya tidak yakin mau minum oh…huhu… Lepas tu kan, banyak tupai yang sangat kiut miut di sini. Tidak payah kena panggil. Itu tupai-tupai akan datang sendiri. Cuma perlu ada makanan ringan untuk bagi sama durang.

Rehat dulu sekejap. Setakat ni masih okey lagi...hihi...

Sepanjang pendakian, kami dihidangkan dengan pemandangan yang sangat indah di kiri dan kanan. Kalau di kaki gunung, pokok-pokok di sana tinggi dan besar. Tapi, bila semakin berada di atas, kebanyakan pokok yang tumbuh ialah jenis yang renek dan unik bentuknya. Seolah-olah macam bukan di Malaysia sebab jarang kan berada dalam suasana begitu (memang tidak pernah pun…muahaha…)

Salah satu laluan mendaki

Kami ada juga jumpa periuk kera dan pelbagai jenis bunga-bungaan. So, kamurang, walaupun penat, kamu tengok juga kiri dan kanan manalah tau jumpa tumbuhan yang jarang dijumpai. Kalau saya kan, mendaki gunung ni is not about sampai ke puncak semata-mata. Tetapi juga bagaimana kita enjoy dengan alam sekeliling.

Si kawan and the unique pitcher plant

Di sini juga saya nampak ramai porter turun naik gunung. Kebanyakannya bawa beban melebihi dua kali ganda dari berat badan durang. Contohnya, paip besar, papan kayu (di Laban Rata sekarang ada kena buat hostel baru), tong gas dan sebagainya. Bukan lelaki saja, perempuan pun saya ada nampak. Memang fit tough berabis lah durang. Salute! Tidak heranlah durang kena panggil badang Kinabalu.

Kalau kamu nampak jalan yang berbatu jenis macam ni, ertinya sekejap lagi akan sampai ke Laban Rata. Kira-kira 1 KM atau 1.5 KM macam tu. I am not sure

Di sini, 100 meter pun saya rasa macam 10 KM jauhnya. Sempat lagi menyumpah seranah dalam hati. Ingatkan sudah jauh mendaki, rupanya baru 10 meter…hahaha… Tapi jangan risau sebab setiap 500 meter akan dipasang papan tanda untuk bagitau jarak. Kalau saya tanya dengan guide.’Berapa kilometer lagi sampai Laban Rata?’. Rata-rata guide akan bagi jawapan yang sama iaitu, ‘Dekat sudah ni. Mau sampai sudah kita’. Padahal, masih jauh lagi. Harapan palsu betul…haha… Actually, itu cara durang untuk kasi semangat kita. So, yeay, thank you guide.

Syukur cuaca sangat-sangat baik time tu. Thanks God! Sempatlah juga bergambar dengan si Aki Nabalu. Saya terpegun seketika melihat betapa cantik dan agungnya puncak Gunung Kinabalu kalau dari jarak dekat. Selalunya, tengok dari jauh saja selama ni. Rasa terharu pun ada.

Isn't it beautiful?

500 meter terakhir sebelum sampai ke Laban Rata merupakan satu penyeksaan. Saya rasa track tu sangat jauh. Penat punya pasal mungkin. Lebih-lebih lagi time tu kaki buat hal di saat-saat genting. Kaki saya cramp terutamanya di paha. Waduh, first time saya rasa betapa sakitnya cramp kaki ni. That’s why kamurang perlu bawa itu Yoko-Yoko atau spray kejang kaki. Untuk sampai cepat, saya buat strategi iaitu 5 minit berjalan dan seminit duduk rehat dan seterusnya. Lepas tu saya bayangkan makanan yang menanti di Laban Rata. Jadi, tambah lagi laju mendaki…kihkih… 

 Time ni masih relaks lagi. Masih mampu tertawa riang

 30 minit kemudian. Start merangkak suda...haha

Setelah berhempas pulas, akhirnya kira-kira jam 1.30 petang macam tu, saya sampai di Laban Rata. Yahooo! 4 jam lebih pendakian ke Laban Rata dari Timpohon Gate is quite fast actually terutamanya beginner macam saya ni…haha… Terima kasih makanan buffet sebab jadi motivasi terunggul.


Ini port wajib untuk ambil gambar kalau di Laban Rata. Berlatar belakangkan itu bangunan putih. Di sanalah kami akan stay

Perasaan bila nampak awan berlalu pergi di bawah tu sukar diungkapkan dengan madah kata. Eh, tersastera pula

Macam dalam lukisan kan

Selepas mengambil gambar-gambar indah, kami check in bilik. Wow, selesa juga ya accommodation di sini. Selimut tebal. Tilam pun nyaman. Tandas pun bersih.
Thumbs up!

This is my bed. Mau panjat tu katil pun macam tidak larat suda

Selepas kemas apa yang patut, kami pun turun ke ruang makan dan menjamu selera sepuas-puasnya. Saya round sampai 3 pinggan. Sekian. Selesai saja makan, saya naik ke bilik dan tidur seawal jam 7 malam sebab kena bangun subuh keesokan harinya. Mau sleeping beauty dulu. Guide tu bagitau yang pendakian ke puncak dijangka bermula pada pukul 2 pagi. Awal kan. Oleh itu,saya kena tidur awal untuk kumpul tenaga. By the way, line Digi di Laban Rata sangat kuat. Bolehlah update socmed.

Nantikan sambungan part 2 okey!

Terima kasih kerana membaca