Situasi yang membuatkan saya ingin menangis
Hai semua kawan-kawan.
Adakah hari anda berjalan dengan baik? Kepada yang muslim, bagaimanakah hari
pertama anda berpuasa? Apakah jenis juadah sahur dan berbuka pada kali ini?
Jika membeli juadah berbuka puasa di bazaar Ramadhan tu, berjimat cermatlah ya.
Jangan membazir. Yalah, makanan yang dijual di sana tu semuanya sangat memikat selera.
Hari ini bagi saya berjalan agak kurang baik. Bukanlah hari yang teruk. Cuma
beberapa perkara yang membuatkan saya ingin menjerit kerana tekanan yang
membuak-buak di dalam dada ini.
Berbalik kepada tajuk
di atas. Ya, ada beberapa situasi yang boleh membuatkan saya ingin menggugurkan
air mata. Banyak sebenarnya tapi buat entri ini saya akan pendekkan
kepada tiga situasi. Baca sajalah ya. Mungkin sedikit sebanyak kita ada
persamaan. Mungkin.
Situasi 1
Ketika ibubapa saya
mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada saya, saya tidak dapat memenuhi apa
yang mereka harapkan itu. Situasi ini yang benar-benar membuatkan saya ingin
menangis kerana saya merasakan diri ini sebagai anak yang tidak berguna. Anak
yang telah menghampakan harapan ibubapa. Anak yang tidak berusaha sebaiknya
untuk mereka. Ada satu peristiwa yang membuatkan saya rasa sangat bersalah
kepada mereka terutamanya emak saya. Tahun lalu, saya telah mendapat jawatan
dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai Jurupulih Perubatan Anggota.
Kursus selama 3 tahun yang ditawarkan itu bertempat di Johor. Emak berharap
untuk saya pergi. Beliau sangat gembira dan bersyukur kerana saya bakal
mendapat jawatan yang dikira bagus dan mempunyai masa depan yang cerah. Namun,
saya telah menolak jawatan tersebut. Saya memberitahu emak bahawa saya tidak
berminat dengan jawatan tersebut dan seribu satu alasan lain. Sebenarnya, saya
membuat keputusan tersebut atas sebab yang lain. Saya minta maaf emak. Saya
tahu emak marah dan kecewa.
Situasi 2
Semasa menghadapi
masalah dalam perhubungan dengan pasangan. Kami kadang-kadang bergaduh dan
berlarutan sehingga keesokan harinya. Kadang-kadang, pergaduhan itu menjadi
semakin teruk. Sehingga bertegur sapa sesama sendiri pun susah. Ayat-ayat yang
dikeluarkan dan tingkah laku agresif semasa pergaduhan itu benar-benar
membuatkan saya ingin menangis dan terluka. Tetapi, bagi saya pergaduhan antara
pasangan itu adalah lumrah dan kita kena menerimanya. Paling penting, perlu ada
kesabaran, kesetiaan, kasih sayang dan rasa cinta supaya perhubungan akan kekal
selamanya.
Situasi 3
Situasi terakhir yang
boleh membuatkan saya ingin menangis ialah ketika banyak dugaan, halangan dan
pancaroba datang bertalu-talu menimpa diri ini. Kadang-kadang, semua itu
membuatkan saya lemah dan rasa tidak tertanggung beban itu. Walaupun saya
mencuba sedaya-upaya untuk kuat, ada satu ketika saya rasa betul-betul tidak
mampu sudah untuk menghadapi semuanya. Ketika ini saya telah diberi satu ujian
dari-Nya, namun saya berusaha untuk kekal kuat dan menghadapinya dengan tenang.
Satu sahaja cara untuk menongkah arus dugaan ini ialah berdoa.
Berdoa, berdoa dan terus berdoa. Jika ingin melepaskan apa yang terbuku di
hati, saya akan menangis pada waktu tengah malam. Itulah cara untuk membuatkan
saya lega.
Ingat, orang yang menangis ialah orang yang kuat kerana menangis bukan bererti lemah.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments