Makanan tamat tarikh luput masih boleh dimakan
Hai semua!
Apa khabar? Hari tu saya telah diberi sekeping coklat Cadbury Hazel Nut dan sebungkus biskut Jacobs oleh Denny sebab banyak coklat dia bawa dari Labuan. So, dia bagilah sedikit dengan saya. Apa lagi tangan tak cukup, nyiru ditadahkan. By the way, buang jauh-jauh pemikiran yang Cadbury tu masih ada DNA tutttt okey?
Apa khabar? Hari tu saya telah diberi sekeping coklat Cadbury Hazel Nut dan sebungkus biskut Jacobs oleh Denny sebab banyak coklat dia bawa dari Labuan. So, dia bagilah sedikit dengan saya. Apa lagi tangan tak cukup, nyiru ditadahkan. By the way, buang jauh-jauh pemikiran yang Cadbury tu masih ada DNA tutttt okey?
Biskut Jacob |
Coklat kegemaran |
Gembira dapat coklat enak idaman kalbu.
Bagi lebih merasai keenakan rasa coklat yang sebenar, saya lebih suka kunyah
terus coklat tu berbanding menghisap secara perlahan-lahan. Selepas diberi coklat
dan biskut, saya tidak terus makan. Saya simpan dahulu. Coklat tu saya
selitkan antara tindihan lipatan baju. I am very sure budak-budak asrama
pengemar coklat pun tahu tips ni kan.
Okey, hendak dijadikan cerita. Simpan
punya simpan. Then, terdetik hati untuk saya makan coklat tu. Buka almari,
tengok di celah-celah tindihan baju, hahh…itupun dia coklat saya *dengan efek
sinaran emas di sekeliling coklat*. Tidak sabar mahu makan. Tapi, aiyooo…coklat
tu sudah tamat tarikh luput. Baru dua hari. Uwahhhh….eh, kejap. Kalau buang
coklat sebesar ni sayang juga. Membazir nanti. Kan membazir tu amalan Syhaiton
*cuba menyedapkan hati sendiri*.
Saya pun bertanya kepada Denny. Denny
kata tidak apa kerana coklat tu masih boleh dimakan asalkan tidak melebihi 3
bulan selepas tamat tempoh luputnya itu. Pekedai pun kata macam tu. Okey,
tenang hati saya sedikit.
Lepas tu, saya search di Google sama ada makanan yang sudah expired ni masih boleh dimakan atau tidak. Ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak. Saya ada terbaca info yang makanan seperti keju masih boleh dimakan walaupun sudah tamat tempoh. Hanya perlu kikis permukaannya dan siap sedia untuk dimakan. Keju dan coklat? Serupa juga tu kan?...hehehe… *Hati semakin tenang*.
Last confirmation, saya bertanya pula dengan abang saya yang bekerja sebagai Inspektor Kesihatan. Katanya menurut piawaian kesihatan, asal sahaja makanan tu sudah tamat tempoh, maka perlu dibuang. Okey, down sedikit. Namun, katanya lagi dari kita saja bah tu. Kalau perut ni besi, kenapalah nak makan sehingga berpuluh-puluh coklat basi. Ya, I am agree with that. *dengan mata berkaca-kaca*.
Dan…
*Coklat itu pun dimakan tanpa segan silu oleh si pelahap ini*
Kesimpulannya, makanan yang sudah expired
kalau masih boleh dimakan. Makan saja. Kecuali makanan yang cepat berkulat
seperti roti, nasi, sos, kicap dan apa-apa lah. Saya berani makan coklat
Cadbury yang sudah tamat tempoh tu *tapi sedap* kerana saya yakin ia masih
boleh dimakan. Apa-apapun, dari diri kita saja bah tu. Setuju? Tapi, jangan
pula salahkan saya jika kamu sakit perut. Lain orang lain perut. Sekian.
Terima kasih kerana membaca
0 comments