Belajar memandu
Hai, semua. Apa khabar? Semoga sihat selalu dan
sentiasa ceria di samping keluarga dan orang yang tersayang. Sekarang ini cuti
semester. Banyak masa terluang. Masa terluang untuk RTM. Rehat – Tidur – Makan…hehehe…
Tapi, 6 minggu saja cuti…hmmm…rasa macam pantas sangat masa berlalu. Tidak
terkejar oleh kita dan tidak mampu diundur kembali. Baru hari ni saya
berkesempatan membuat entri tentang diri
saya yang tidak terkenal ini…sob…sob..sob…
Okeylah. Cuti semester ni saya sudah mula belajar
memandu. Umur dekat-dekat dewasa ni baru pegang stereng. Kawan-kawan
lain umur belasan tahun sudah pandai buat aksi Tokyo Drift. Tidak apa…tidak apa…tahun depan mari kita berlumba
main kereta sorong. Okey, tak lawak.
Baiklah, mari kita mulakan cerita yang menarik ini. LOL.
Saya beruntung kerana ada orang yang
sudi mengajar saya memandu. Memang sangat bersyukur. Yalah, bukan senang untuk
meluangkan masa mengajar orang lain kerana dia sendiri pun punya komitmen lain yang
banyak. Jadi, di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih. Arigatou gozaimasu. Mula-mula, saya diajar benda-benda yang sangat asas tentang memandu kereta manual. Contohnya, clutch, brek dan minyak/accelerator, gear, tali pinggang
keselamatan dan sebagainya. Kami bermula di tempat parking yang luas ataupun
dipanggil dataran. Jarang kereta parking di sana sebab time event-event besar
sahaja baru kawasan ni digunakan.
Pertama sekali, saya belajar start kereta dan cara bagaimana untuk menggerakkan kereta.
Tekan clutch dan masuk gear satu... sangkut…
dan sangkut dan terus sangkut…huhuhu… Beberapa kali percubaan baru bergerak.
Peluh time tu sangat rancak memercikkan dirinya di dahi dan seluruh tubuh.
Gementar bukan main. Lepas tu, pusing-pusing dataran, belajar bagaimana untuk tukar
gear, signal, reverse dan parking. Rutin ini berterusan selama dua minggu.
Lepas dua minggu tu, baru keyakinan diri ada. Rasa macam dataran tu saya yang
punya. Banggalah tu.
Kemudian, selepas dua minggu tu, kawan saya menaikkan
level kesukaran dengan menyuruh saya memandu di kawasan sekitar kampung dan
perumahan. Pastinya dia berada di sisi sebagai guide. Nah, ketika itulah rasa
nervous hampir mencapai tahap maksimum. Bergegar kaki pijak clutch...pheww… Kami naik bukit, turun
bukit, pusing-pusing kawasan dan banyak lagi. Asal saya nampak kereta lalu di
depan, tepi ataupun ikut di belakang saya rasa panik. Maksud saya, panik yang
sangat luar biasa. Sampai apa yang saya pelajari di dataran menjadi ingat-ingat
lupa…uwaahhh….Normal kah tu? Please jawab. *sambil menekap muka kesedihan*.
Proses itu cuma berlangsung selama beberapa hari
saja kerana saya akan dibawa memandu ke jalan besar dan juga bandar. Sekali
lagi saya katakan, kawan saya tu berada di sisi saya sebagai guide. Tidak berani saya memandu seorang diri. Okey, kali
ni tahap kegementaran saya sudah mencapai tahap paling maksimum. Saya
betul-betul panik tapi tetap dapat mengawal kepanikan itu walaupun kaki dan
tangan bergegar. Pijak clutch pun sampai tidak sampai saja.
Memang banyak kesilapan yang saya buat sepanjang
fasa ini seperti menukar gear terutamanya ketika masuk simpang, membelok,
u-turn dan sebagainya. Tapi, saya yakin akan menguasai cara untuk menukar gear
tu. Yalah, orang perempuan boleh buat, kenapa saya tidak? Betul tak? Mata pun
kena sentiasa alert dengan cermin sisi dan belakang. Memang kaw kaw juga saya
kena marah oleh dia ni. Garang betul. Tapi, saya tahu marahnya tu bertempat
dan untuk kebaikan saya juga. Okeylah, saya terima apa saja bentuk
kemarahan awak walaupun ada sekali saya menjawab. Maksud saya TERjawab. Mungkin
kerana ketika itu saya tertekan dengan suasana jalan raya ditambah lagi dengan
cuaca panas terik sang suria. Minta maaf ya…hehehe…
Dan ketika entri ini dibuat, saya sebenarnya baru
lepas pulang dari memandu. Rasa berdebar tu masih belum hilang sampai sekarang
sebab tadi time masuk satu simpang tu, entah macam mana kereta yang saya pandu berhenti
mengejut. Mungkin kerana lambat tukar gear. Kereta pun banyak berderet di
belakang ketika itu. Nasib baik tidak kena hon. Bayangkan perasaan saya masa
tu. Fuhhhh…
Semoga apa yang saya pelajari ni dapat dipraktikkan
ketika mengambil lesen nanti. Amin.
Terfikir juga mahu beli kereta auto kalau ada duit
sendiri nanti. Tidak payah susah-susah tukar gear. Tapi, bila tengok gambar di
bawah ini. Okey, stick with manual.
Hehehe... |
Terima kasih kerana membaca
0 comments