Coklat kontroversi

Helo semua. Apa khabar? Semoga baik-baik saja. Hari ini sudah masuk bulan Disember bersamaan dengan 01.12.2014. Cepat sangat masa berlalu kan. Lepas ni nak masuk tahun 2015. Tak sabar. Kuliah pun bakal bermula tidak lama lagi. Itu bermakna cuti semester sudah sampai ke penghujungnya.

Hari ni saya nak cerita tentang coklat yang menjadi bualan hangat dan perdebatan dalam kalangan masyarakat di negara ini sejak timbulnya isu kononya coklat ini mengandungi DNA Babi. Apa lagi kalau bukan coklat Cadbury. Saya lihat di laman sosial bermacam macam yang diperkatakan oleh orang ramai. Sampaikan ada yang nak saman syarikat Cadbury tu berjuta-juta ringgit. Ada juga sampai nak cuci darah. Cuci darah? Macam mana tu?


Dengar kata coklat Cadbury ni sudah disahkan bebas dari sebarang DNA Babi. Baguslah. Tentu perkara ini memberikan tamparan hebat kepada syarikat Cadbury. Entah berapa kerugian yang mereka tanggung kan. Rasanya, memang begitulah adat perniagaan. One day you in and the next day you out. Cewah, macam kata-kata Heidi Klum dalam rancangan Project Runway pula. Yalah, dalam dunia bisnes ni macam-macam perkara boleh jadi yang tidak terduga langsung. Jadi, kepada yang nak menjadi usahawan tu, kenalah bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena kuatkan semangat. Jangan mudah berputus asa.

Satu lagi coklat yang turut terpalit dalam isu yang sama ialah coklat Pepero. Tak tahu pula apakah statusnya sekarang. Ada yang kata ya dan ada yang kata tidak. Tetapi, kepada mereka yang non-muslim, perkara ini tidak memberi kesan kepada mereka. Sedap coklat Pepero yang terkenal dari Korea ni. Saya pun baru saja mencubanya beberapa  minggu lalu. Terdetik juga nak cuba sebab ramai yang kata coklat ni sedap. Memang betul pun. Biscuit stick yang dicelup dengan coklat pelbagai rasa seperti Almond Chocolate, White Chocolate dan sebagainya. Terus menjadi favourite saya serta merta.


Saya ke Labuan hari tu untuk beli beberapa coklat yang saya inginkan. Saya ni merupakan pengemar coklat. Coklat di Labuan murah-murah belaka sebab Labuan ialah pulau bebas cukai. Sama seperti Pulau Langkawi. Memang rambang mata tengok coklat bertimbun di setiap kedai. Tetapi, saya cuma membeli beberapa jenis coklat. Saya tak borong sebab bajet tak cukup…sob…sob…sob…






Tunggu kalau saya sudah kaya. Tunggu.

Lepas tu, kenyangkan perut dengan Big Apple sebelum berangkat pulang ke rumah.


Terima kasih kerana membaca.

0 comments