Cara tambah followers Instagram untuk bisnes online
Hai semua!
Sejak akhir-akhir ni, saya busy dengan dua perkara. Satu busy dengan study dan satu lagi busy dengan bisnes online. Saya start bisnes online ni dari tahun lalu lagi. Saya menjual pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan dengan harga yang sangat berpatutan. Kualiti dijamin 100% original. Sambutan yang diberikan sangat memberansangkan. Syukur kepada Tuhan.
Sejak akhir-akhir ni, saya busy dengan dua perkara. Satu busy dengan study dan satu lagi busy dengan bisnes online. Saya start bisnes online ni dari tahun lalu lagi. Saya menjual pelbagai jenis produk kesihatan dan kecantikan dengan harga yang sangat berpatutan. Kualiti dijamin 100% original. Sambutan yang diberikan sangat memberansangkan. Syukur kepada Tuhan.
Saya menggunakan
pelbagai jenis medium di laman sosial untuk mempromosikan produk-produk saya
ini. Contohnya, Facebook, Instagram, Wechat, blog dan Whatsapp. Jika kita rajin menggunakan kesemua medium laman sosial
ini, nescaya ramai pelanggan akan berpusu-pusu untuk membeli produk kita.
Salah satu medium yang
efektif dan efisien untuk bisnes online ialah Instagram. Saya nak berkongsi
tentang cara untuk menambahkan jumlah pengikut atau followers di akaun Instagram anda. Yalah, ilmu kenalah share antara sesama. Barulah dunia
aman dan damai. Eh, tak ada kaitan pun.
1. Guna Hashtag yang betul
Hashtag yang digunakan
mestilah sesuai dengan produk yang kita jual. Jika kita jual produk kecantikan,
hashtag mungkin kita letak #produkkecantikan atau #beautyproduct. Kebanyakan
peniaga online di Malaysia ni saya tengok ramai yang menggunakan hashtag seperti #sayajual, #bazaarpaknil dan sebagainya. Saya pun turut mengunakan
hashtag yang sama sebab hashtag tu sangat popular. Jadi, kebarangkalian untuk
pelanggan jumpa produk kita tu sangat tinggi dan mungkin mereka akan follow akaun Instagram kita. Jadi, gunalah hashtag yang tepat,
padat dan mutakhir. Cewahh.
2. ‘Rampas’ followers pesaing kita
Ayat rampas tu macam
keji sangat kan…haha… Maksudnya di sini ialah rampas secara baik dan senyap.
Caranya begini. Pergi ke akaun Instagram pesaing kita tu dan tengok jumlah followers mereka. Follow semua followers competitor kamu tu. Gerenti ada yang follow back. Kalau tak percaya, cubalah. Kenapa kita perlu follow pengikut competitor kita tu? Ini kerana followers
tu mungkin berminat dengan produk yang kita jual sebagaimana mereka minat
dengan produk competitor kita tu.
Faham tak?
3. Sponsor post dan produk review
Cara ni perlukan modal
sedikit sebab kita perlu bayar khidmat mereka yang nak promote Instagram kita. Selalunya, Instagram yang popular dan laris
bak pisang panas mengenakan khidmat ni. Jadi, kepada mereka yang baru bertatih
nak tambah followers masing-masing
tapi tak tahu bagaimana caranya, bolehlah guna kaedah ni.
Senangkan?
Akhir kata, pastikan
semangat dan usaha untuk berbisnes sentiasa utuh dan jitu. Sebab seperti yang
kita sedia maklum, dalam dunia bisnes ni banyak halangan dan dugaan yang tidak
pernah terfikir dek akal.
Selamat maju jaya!
Good luck! |
Terima kasih kerana
membaca
0 comments