Keburukan bangun lewat

Hai semua!

Pernah tak kamu berazam untuk bangun awal, tapi keesokan harinya, kamu masih juga berdengkur di sebalik selimut yang sungguh comfy atas tilam yang empuk sehinggalah jam 12 tengahari? Ataupun, kamu tidur awal dengan harapan nak bangun awal esok, tapi tetap juga terlajak tidur? Apakah, bagaimanakah dan mengapakah perkara ini terjadi (kepada saya) ??? ….argkhhh….huhu…

Sejak balik dari universiti (dah tamat pengajian pun…yeahhhh), tabiat yang paling sukar untuk diubah ialah bangun lewat. Berkali-kali saya berazam nak bangun awal tak juga kesampaian. Bila set jam hingga tiga set, tetap juga bangun lewat. Ya, snooze itu bahaya. Boleh melajakkan tidur. Sedih. Mungkin jam biologi saya sedikit terganggu disebabkan waktu tidur tak teratur ketika study week. Time study week saya tidur jam 3 pagi (gigih mengulangkaji pelajaran lah tu) dan bangun pada jam 1 petang. Begitulah rutin sepanjang study week. Mungkin sedikit sebanyak memberi impak kepada jam biologi saya.

Dan sekarang, saya nak memperbaiki waktu tidur dan bangun saya kepada normal. Saya tak nak bangun terlalu lewat sebab nampak sangat pemalas walaupun itu bukanlah sikap sebenar diriku ini…huhu…Lagipun saya rasa janggal bila bangun lewat. Rasa macam memberi persepsi tak baik kepada kedua orang tua saya. Yalah, budak universiti tapi suka bangun lewat. Sepatutnya attitude tu sudah berubah kepada lebih efisien dan efektif. Faham tak Vander?

NO!

Bangun lewat ni ada beberapa keburukannya. Memang bagus bangun lewat sebenarnya, tapi tak molek diamalkan selalu. Okeylah, ini adalah antara beberapa keburukan bangun lewat.

1. Masa itu emas
Bangun lewat menyebabkan kita terlepas masa yang berharga, Masa akan dibazirkan begitu saja. Memang rugi sebab kita semua tahu yang masa tidak boleh diundur kembali. Lagipun kita tahu yang setiap manusia masing-masing mempunyai 24 jam setiap hari. Jadi, dalam kes saya ni, saya telah memperuntukkan masa sebanyak 12 jam secara purata untuk tidur saja. Manakala baki 12 jam itu saya gunakan untuk menjalani kehidupan seharian. Mak aihh, banyak rupanya masa yang saya gunakan untuk tidur. Facepalm.

2. Kerja tak siap
Ya, inilah kesan buruk hasil dari bangun lewat. Banyak kerja tak dapat disiapkan dalam masa satu hari kerana masa tak cukup. Yalah, sebahagian masa untuk menyiapkan kerja telah digunakan untuk tidur. Contohnya, macam saya ni. Saya nak kemas bilik tapi tak kesampaian hari tu kerana bangun lewat. Bilik tak kemas hati tak senang. Tidur pun tak lena. Jadi, nak tak nak dari petang sehingga ke malam saya kemaskan bilik saya yang ‘bersih’ itu. Kalau saya bangun awal, mungkin saya boleh kemaskan bilik saya dari pagi sehingga tengahari. Nampak tak kesan bangun lewat tu? Menangguhkan kerja. Diri sendiri yang rugi.

3. Sakit badan
Memang diakui, sejak bangun lewat ni, badan saya rasa lesu, sakit-sakit sendi dan rasa tak bermaya. Saya sihat. Tapi, macam rasa ada yang tak kena saja dengan tubuh badan ni. Ini kerana tubuh telah ‘terlebih’ rehat dan kurang aktif apabila kita bangun. Kira macam tubuh lambat ‘panas’ sebab asyik rehat saja. Seperti kereta, kalau lama tak digunakan , kereta akan rosak. Betul tak?

4. Orang tersayang marah
Ermm, rasanya ini pun juga merupakan kesan buruk akibat bangun lambat. Bila kita bangun lewat, sudah tentu mesej di Whatsapp, Wechat etc. dari orang yang tersayang tidak akan dibaca. Lebih-lebih lagi jika kita silent-kan telefon. Confirm angin satu badan orang sebelah sana call tapi tak berangkat. Terpaksalah bila bangun nanti, kena susun skrip baik-baik untuk pujuk si dia.

5. Terlepas moment indah
Memang rugi kalau kita terlepas perkara-perkara penting dan indah apabila bangun lewat ni. Sangat sangat rugi. Sebab as I said early, time can’t be reversed. Contohnya, seperti saya yang terlepas nak bermain-main dengan anak buah saya yang comel. Hari tu abang saya ada datang rumah dengan isteri dan anak kecil dia. Tapi, saya tak kerap sangat bermain dengan anak buah sebab saya selalu bangun lewat. Bila saya bangun (waktu tengahari), anak buah saya pula tidur. Bila dia bangun, saya pula tidur. Jadi, agak limited moment indah di situ ya.

Kesimpulannya, sesiapa yang selalu bangun lewat tu, silalah berubah. Begitu juga dengan saya. Mulai saat ini, saya berazam nak bangun awal (tidaklah awal sangat…hehe) sebab saya nak menormalkan kembali jam biologi saya. Lagipun, banyak keburukan berbanding kebaikan yang kita dapat. Jadi, agak rugi untuk diri sendiri.

Can I? No!

Wish me luck!

Terima kasih kerana membaca

0 comments