Ciri-ciri orang ‘hot’
Hai guys!
Apa khabar kamu semua?
Harap sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga dan orang tersayang.
Hari ni saya nak bercakap
tentang orang hot. Hot yang saya maksudkan di sini ialah
orang yang good looking, ramai
peminat *dapat LIKE beribu bila post gambar di laman sosial walaupun gambar
kaki berbulu* dan punya aura untuk tarik orang minat dekat dia.
Selalunya kita boleh
nampak orang-orang hot ni di laman
sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Instagram lah selalunya tempat
bagi orang hot ini menunjukkan ke-hot-an mereka. Tangkap gambar, pose elok-elok dan post. Done. Sejuk juga
mata memandang ciptaan Tuhan yang indah ni. Tapi, kadang-kadang mereka ni post something yang over the limit. You know
what I mean right?
Orang-orang hot ni
senang nak dapat LIKE untuk gambar atau status yang mereka post. Kadang-kadang,
post yang tak mendatangkan faedah pun boleh dapat beribu LIKE. Contohnya, going to toilet. And I was like, what the
heck?
Tetapi, keseluruhannya,
gambar yang mereka selalu post memang serius smart. Entah bagaimana mereka cari
angle yang sesuai. Saya ni penggemar selfie tapi masih lagi belum pass tentang bab-bab cari angle selfie dan lighting terbaik. Salute lah.
Orang-orang hot ni
selalunya mempunyai ‘aset’ yang boleh menarik perhatian followers mereka. Bagi
lelaki, sudah tentu badan yang kekar dan sado. Siapa yang tak suka tengok
lelaki badan tegap? Girl, you have to admit that. Selalunya, gambar-gambar
seperti ini meraih LIKE yang sangat banyak especially from girls. And it is
totally normal. Don’t worry. Bila tengok badan mereka, ia boleh buat lelaki
lain rasa tercabar dan nak juga ke gym untuk dapat badan sado. Lagipun,
memiliki badan yang tegap merupakan trend zaman sekarang.
Tapi, ada juga lelaki yang suka post gambar makanan, kasut, fesyen pakaian yang mereka pakai hari ini dan sebagainya.
Post about their shoes |
Instagramers should already know who is this guy :) |
Bagi perempuan yang hot
pula, sudah tentu mereka suka menunjukkan badan yang ramping, langsing dan fit
seperti badan Agnes Monica atau Beyonce. Smart giloss! Lagipun badan-badan
seperti ini menjadi inspirasi setiap wanita untuk turut bersenam bagi
mendapatkan bentuk badan yang ideal. Lagi satu, hot girls suka sangat post
tentang fashion, make-up, potd, ootd etc. Very fun to watch.
Make up |
Look at Agnes's body |
Tetapi, ada juga
segelintir orang yang trip nak jadi hot. Saya banyak mempunyai teman-teman di
laman sosial yang mempunyai kecenderungan seperti ini. Ada yang ketara sangat
nak nampak hot. Nak kata hot pun tak sebab nampak biasa-biasa saja.
Kadang-kadang rasa meluat juga. Contohnya, ada yang update status ‘Hari ni nak
main laptop saja lah’ – sambil upload gambar desktop laptop dia yang mana
wallpaper ialah gambar dia sendiri. Lepas, tu dalam satu jam ada 3 gambar dia
upload dan seterusnya dengan caption berbunyi, ‘wall aku, suka hatilah aku nak post
apa!’ Come on lah. Memang itu wall kamu, tapi yang melihat itu kami!. Janganlah
terlalu taksub nak tunjukkan diri di laman sosial. Kalau ya pun, buatlah secara
sederhana.
Facepalm |
Eh, lari topik pula.
Jadi, kesimpulannya,
entri ini berkaitan dengan orang hot dan tak berapa nak hot. Maafkan beta jika
entri ini terasa gantung sebab beta tak ada idea nak elaborate panjang-panjang untuk topik ini…hihihi…
Terima kasih kerana
membaca
0 comments