Resepi mudah Biskut Pisang Oat
Hai semua!
Saya dengan senang hati
nak kongsikan resepi yang paling mudah iaitu resepi biskut pisang oat.
Biskut ni sangatlah senang di dunia. Anda mesti cuba sebab biskut ni
menyihatkan dan sesuai untuk mereka yang nak diet.
Baiklah, jom kita
mulakan.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
i. 2 biji pisang
ii. Semangkuk oat
iii. Milo (untuk hiasan)
Pisang dan oat |
Langkah-langkah untuk
membuat coklat milo:
i. Letakkan beberapa
sudu milo (mengikut kesesuaian) ke dalam mangkuk. Kemudian, campurkan dengan
dua sudu air panas. Biarkan pekat. Kemudian gaul.
ii. Seterusnya,
letakkan milo pekat itu tadi ke dalam peti sejuk dan biarkan selama setengah
jam.
Biarkan milo pekat |
Langkah-langkah untuk
membuat biskut pisang oat:
i. Pertama sekali,
campurkan pisang dengan oat dalam satu mangkuk yang besar.
ii. Kemudian, lenyekkan
pisang dan oat dengan menggunakan sudu. Kalau nak gunakan tangan lagi best. But, for hygiene purpose, saya gunakan
sudu besar. Oh, ya, kalau nak manis letakkan sedikit gula atau madu.
Siap dilenyek |
iii. Selepas sudah lenyek
dan sebati, letakkan di loyang pembakar. Jangan lupa untuk sapu sedikit mentega/minyak di atas loyang untuk mengelakkan biskut daripada melekat.
iv. Bakar pada suhu 180
degree celsius selama 15 minit hingga 20 minit.
v. Akhir sekali,
setelah siap dibakar, hias dengan coklat milo yang dibuat tadi dan hidangkan.
Tadaaa! |
Sedap! |
Senang bukan? Malah
sangat ringkas dan cepat untuk dibuat. Rasanya pun sedap lebih-lebih lagi jika
dimakan panas-panas segar dari ketuhar. Yummy
and delicious!
Terima kasih kerana membaca
0 comments