Resepi Sambal Tomato Pedas
Hai semua!
Hidup di perantauan ni
sememangnya membuatkan kita merindui keluarga, rumah, bantal busuk berbau
hanyir, anjing peliharaan dan sebagainya. Saya di sini hidup jauh dari keluarga
sangat rindu nak makan masakan emak saya. Apa saja yang dimasak oleh beliau
sangat ngam dengan bud taste saya ni. Sedap dan sangat power. Memang terbaik.
Bagi saya masakan emaklah yang paling sedap di dunia *jauh meninggalkan masakan
saya…hew…hew…*.
Sejak akhir-akhir ini,
saya nak sangat makan Sambal Tomato Pedas yang dimasak oleh emak. Kecur air
liur terbayang rasa pedas dan manis sambal tu. Mustahil nak minta pos sambal tu
ke sini. Takut basi. Yalah, kena naik bas 3 jam, kemudian 2 jam feri barulah
sampai ke Labuan ni.
Hari demi hari, oleh
kerana nafsu makan ini tidak tertahan, maka saya membuat sendiri Sambal Tomato
Pedas ni. Harap menjadi. Malam tadi saya sempat sms emak nak minta resepi *emak
saya tak pakai Whatsapp*. Tapi, macam banyak sangat bahan-bahan yang perlu
disediakan. Jadi, dengan ke-kreatif-an saya yang ciput ini, saya modified resepi
emak menjadi something simple namun tetap sedap. Resepi ringkas sesuai
untuk orang bujang macam saya ni.
Dah bersedia nak jadi
chef sekarang?... Jom mula memasak!
Resepi Sambal Tomato
Pedas
Bahan-bahannya ialah:
i. Beberapa biji buah tomato yang dipotong
kecil (jumlah terpulang kepada individu)
Tomato yang dipotong kecil |
ii. 3 biji bawang merah kecil
iii. 1 biji bawang merah besar
iv. 4 biji bawang putih
v. 1 mangkuk kecil asam jawa
vi. Lada padi (Jumlah terpulang kepada
individu. Kalau nak guna cili besar yang sudah dikisar pun boleh juga)
vii. Beberapa keping bunga lawang
Cara-cara
membuat:
i. Pertama sekali, goreng semua bawang yang
dicincang halus bersama dengan bunga lawang sehingga naik bau.
ii. Kemudian, masukkan buah tomato dan lada
padi lalu gaul seketika.
iii. Seterusnya, masukkan air asam jawa.
iv. Gaulkan campuran ini perlahan-lahan dengan
api yang kecil sehingga tomato menjadi hancur dan pekat. Tambahkan garam dan
gula.
v.
Akhir sekali, hidangkan untuk juadah makan bersama keluarga. Sedap dimakan
bersama dengan nasi panas dan ikan masin. Pergkhhh!
Tadaaa! Inilah hasilnya |
Demikianlah
resepi Sambal Tomato Pedas yang diolah oleh saya. Ringkas dan sedap!
Terima
kasih kerana membaca
0 comments