Beriadah di pantai bersama rakan sekerja
Hari tu, ada seorang
rakan sekerja ni telah membuat cadangan dekat ofis untuk buat BBQ parti di
pantai. Apa lagi, riuh sekampung kami semua bersetuju sambil menyuarakan cadangan
masing-masing apa benda nak dibawa dan sebagainya. Kata sepakat telah
diputuskan. Maka, kami telah tetapkan hari kejadian itu pada hari sabtu
bertempat di Pantai Damai. Saya tak tahu kenapa mereka pilih pantai tu. Bagi
saya, banyak lagi pantai lain yang lebih luas, cantik, berpasir dan sebagainya.
Tapi, oleh kerana saya bukannya orang dari sini, so nak tak nak terpaksa
bersetuju. Ikut suara majoriti lah kata kan.
Setiap pagi, kami akan
bermesyuarat untuk berbincang tentang piknik kami tu supaya semuanya berjalan
dengan lancar nanti. Ini bukan sebarang mesyuarat. Bukan mesyuarat tingkap
mahupun mesyuarat tangga. Masing-masing nak sponsor makanan. Ada yang nak
sponsor ikan, ada yang kaya sikit nak sponsor udang *yang ini tak kesampaian
atas sebab yang tak dapat dielakkan*, pinggan mangkuk kertas, ayam, sosej dan
sebagainya. Saya pula nak sponsor puding jagung buatan sendiri. Sangat special…hew...hew…
Malam sebelum hari
kejadian, saya telah menyiapkan puding jagung dengan bantuan Masterchef, Denny.
Senang rupanya buat puding ni. Semudah satu, dua, tiga. Harap rakan sekerja
suka dengan puding yang saya buat ni.
Puding Jagung dibuat dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang |
Akhirnya, hari yang
ditunggu-tunggu pun menjelma. Seperti biasa, kalau nak BBQ kena buat part yang
paling susah iaitu hidupkan api untuk memanggang. Tak susah sebenarnya. Tapi,
kalau hidupkan api dibawah cahaya matahari terik, kira agak mencabar jugalah.
Setengah jam yang mencabar itu akhirnya dapat juga kami tempuhi. Penuh
dengan arang tangan saya. Harap tak kuranglah mas kahwin saya…hahaha…
Bergotong-royong menghidupkan api |
Selesai saja kami
memanggang semua bahan makanan yang hendak dipanggang, masing-masing pun mula
melantak. Oleh kerana perut sudah berkriuk-kriuk kelaparan, maka dengan tak
tahu malu saya penuhkan pinggan kertas saya dengan makanan. Hampir nak
terkoyak. Abaikan sajalah. Asalkan perut kenyang…wee…
Antara makanan yang dipanggang. Yang lain tak sempat snap sebab sedang makan dengan gelojoh. |
Buah-buahan pun ada. |
Sempat posing dalam kesibukan |
Selepas saja makan,
sebahagian dari kami pergi bermain Banana Boat yang terdapat di sana. Saya tak
ikut sebab saya takut jatuh dalam air. Saya tak pandai berenang *nangis*. Saya
ni mudah panik jika kaki saya tak pijak dasar. Nantilah. Mungkin bukan rezeki
saya untuk main bot itu.
Hanya mampu melihat |
Dari jauh, saya melihat
mereka bermain Banana Boat. Nampak best. Ada yang menjerit terlolong. Ada yang
tewas jatuh ke dalam air. Next timelah baru saya cuba *sambil seka air mata*.
Akhir sekali, selepas mengemaskan tempat itu,
kami bergambar beramai-ramai sebelum pulang ke rumah masing-masing.
Apapun, saya sangat
enjoy dan gembira berpiknik dengan mereka. Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara sesama, kami juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih
dekat.
Okeylah, lepas ni nak
pergi jemur kain. Bertimbun kain baru siap dibasuh.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments