Tempat penginapan murah di Kundasang, Ranau, Sabah: Rosewood Home Cottage
Hai semua!
Sepanjang minggu ni saya nak update blog pasal percutian kami
ke Kundasang yang terletak di daerah Ranau, Sabah. Mesti ada yang kata kenapa
asyik-asyik Kundasang? Well, pertama sekali saya sangat suka suasana persekitaran Kundasang
yang tenang dan sejuk. Kedua, banyak tempat menarik di Kundasang yang tak ada
di tempat lain di Sabah seperti ladang lembu, Gunung Kinabalu dan sebagainya.
Lebih-lebih lagi time kami pergi di sana ialah musim buah durian yang berlambak.
Peluang yang tak harus dilepaskan untuk penggemar durian macam saya ni.
Kami menginap di Rosewood Home Cottage yang terletak
betul-betul di tengah pekan Kundasang. Hanya bersebelahan dengan War Memorial
dan Klinik Kundasang. Tempat penginapan ni sangat-sangat murah.
Asalnya, kami pilih dua bilik. Satu bilik untuk lelaki dan
satu bilik lagi untuk perempuan. Setiap bilik yang kami booking tu boleh muat 4
orang. Maksudnya, setiap bilik ada 1 Queen Bed + 2 Single Bed + Toilet. Semasa booking kami kena bayar harga separuh bilik, selebihnya bayar time check in. By the way,
kami sudah booking dua bilik tu 3 bulan lebih awal dari tarikh kejadian.
Tup tup time kami check in, boleh-boleh owner tu kata yang kami
cuma booking satu bilik saja. Tersirap darah seketika. Dunia menjadi sunyi.
Kedengaran hanya bunyi lebah terbang melintas. ‘Aik, kenapa pula? Bukan kami
booking 2 bilik ka???’ Itu respon pertama yang automatik terkeluar dari bibir.
Rupanya, owner tu yang tersilap take down booking kami. Geram
juga sebenarnya. Tapi, oleh kerana kami semua ialah orang yang beradab, so
kesabaran saja yang menjadi tembok penghalang antara tenang dan amarah. Sabar!
Setelah berbincang, akhirnya kami dapat juga 2 bilik. Namun,
bilik yang satu tu hanya muat untuk dua orang. Means, 2 Single Bed + Toilet. Oleh
kerana kami yang lelaki ni gentlemen, bilik yang boleh muat 4 orang tu kami berikan kepada
kawan-kawan perempuan. Ladies choice eh ladies first katanya.
Homestay ni okey sebenarnya. Tapi, kurang maintenance. Contohnya,
water heater tak berfungsi. Gila mandi di Kundasang tak ada water heater. Lepas tu, laluan ke bilik kami iaitu bilik K sangat
merisaukan untuk dilalui pada waktu malam sebab gelap. Takut ada haiwan atau
serangga berbisa. Tapi, bila difikirkan balik, semua tu boleh dimaafkan
memandangkan harga bilik homestay yang kami sewa tu murah. Don’t expect
something extravaganza for a cheap price. Ngam ka tu? But, at least tolonglah baiki water heater tu.
Satu saja yang saya suka di homestay ni iaitu kami boleh
nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat jelas dan indah terutamanya pada
waktu pagi. My favourite scenery. Hamparan kebun sayur menghijau
berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang berdiri megah. View yang sangat
perfect!
Lebarkan sayapmu. Terbang tinggi mengapai impian. Eh? |
Look how majestic it is |
Pondok biru itu ialah tempat untuk BBQ |
Nampak saja pemandangan ni, segala masalah dilupakan seketika.
Tenang dan damai. Suka saya tengok kepulan awan putih berarak menutup puncak
Gunung Kinabalu secara perlahan-lahan. Macam juga kita manusia yang
perlahan-lahan bertatih, berjalan dan kemudian berlari untuk menuju ke puncak
kejayaan dalam hidup. Phewww, boleh tahan juga rupanya saya ni bermadah kata.
Di bawah ni ialah gambar-gambar pemandangan di sekitar
homestay
Kaunter check in terletak di sini |
Antara bilik yang terdapat di sini. Nampak tak Gunung Kinabalu di belakang tu? |
Another room |
And more rooms |
Ini dia katil di bilik K. Nasib baik muat juga untuk kami bertiga. Katil di bilik perempuan tak sempat nak gambar |
Ini ialah kadar dua bilik yang kami stay.
Rate bilik K: RM60/night
Rate bilik C: RM100/night
Siapa yang nak save budget, bolehlah datang beramai-ramai di
sini. Lebih murah. But, for those yang jenis urban atau city people tu yang bercadang nak
menginap di sini, just be strong and ready in term of comforts :)
Terima kasih kerana membaca
0 comments