Kuantan Road Market: Tempat terbaik untuk sarapan pagi di Pulau Pinang
Hai semua!
Kalau nak baca entri sebelum ni, sila klik disini
Hari ke-4 di Pulau Pinang yang juga merupakan hari terakhir
percutian kami di sini, kami decide untuk breakfast di Kuantan Road Market.
Tempat ini hanya terletak bersebelahan dengan kondo tempat kami menginap.
Kira-kira selang dua bangunan macam tu. Jalan kaki pun boleh. Ingatkan nama
Kuantan hanya terdapat di Pahang saja. Rupanya di Pulau Pinang pun ada.
Suasana pagi yang sibuk. Tempat ni kecil saja tapi penuh
dengan gerai-gerai di kiri dan kanan jalan. Banyak yang kena jual di sini.
Makanan ada, sayur ada, daging segar ada. Semuanya ada
Jarang nampak pemandangan macam ni di Sabah. Seekor terus
digantungnya. Dahsyat. Dengan segera kamera diangkat dan terus snap snap snap
Kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang.
Eh, terikut nyanyi ke?...kihkih…
Auntie ni jual bermacam jenis bubur cha cha. Nampak tu periuk
belanga yang banyak tersusun? Hah, dalamnya masih panas dan harum lagi
Selesai round-round, membeli dan terbeli makanan yang enak,
kami singgah di restoran ini untuk breakfast
Saya order Char Kway Teow. Wajib order benda ni
sebab sangat lazat
Lupa suda apa nama ni makanan. Ini pun sedap juga
Mereka yang lain order Penang Mee Curry. Nampak menggoda kan?
Selesai saja breakfast, kami pun balik ke kondo. Tu dia menara
KOMTAR yang tinggi menjulang langit
Tadaaa! Inilah dia makanan-makanan yang kami beli di Kuantan
Road Market. Oleh kerana perut masih lapar, so kami sambung lagi makan. Food is
life…aaahhhhhh...
Suka gambar macam ni sebab cantik kalau nak post di Instagram…hiks...
Tempat ni sangat best untuk breakfast sebab banyak makanan dari ringan ke berat yang dijual di sini. Memang puas hati lah! Sedap pula tu. Next time kalau ada rezeki ke Pulau Pinang lagi, saya pasti akan ke sini.
Terima kasih kerana membaca
0 comments