VANDER GOOD
  • Home
  • Social
  • Contact Us
Hai semua!

Apa khabar? Semoga sihat. Kalau tidak sihat tu, cepat-cepatlah pergi klinik jumpa doktor. Ingat, kesihatan tu penting!

Entri kali ni saya mahu share satu tempat makan yang best. Kalau orang dusun bilang, poingkaaa *sambil letak emoji thumbs up*. Speciality tempat ini kalau bagi saya lah kan ialah makanan India. Seriously, first time saya makan di sini terus saya jatuh cinta dengan keenakan makanan India yang terdapat di sini especially nasi biryani dan karinya. Tempat yang saya maksudkan ini ialah THE LIVING ROOM yang terletak di Grand Dorsett Labuan.

Saya sebenarnya bukanlah peminat makanan India. Mungkin sebab jarang makan kali ar ataupun lidah ni memang susah untuk mentafsir keenakan Indian Cuisine. Ataupun mungkin sebab talampau makan tuhau sama bosou…haha… Namun, tempat ini telah merubah segalanya. Dari tidak suka pigi teramat suka. Cewah!

Baru-baru ini, kami ada buat farewell lunch untuk salah seorang kawan kami di tempat ini. Sob sob *menangis kesedihan*. Dalam kesedihan, adalah juga kegembiraan sebab dapat lunch makanan India yang digemari. Saya order; Mutton Masala, Vegetables Biryani dan minuman pula ialah Banana Lassi macam yang di bawah ni;



Di sebelah kiri ialah Mutton Masala iaitu marinated daging kambing lepas tu kena slow cook bersama dengan selected Indian spices. Saya pujilah siapa yang masak ni sebab tiada langsung bau kambing. Sadap lagi tu. Sangat ulalaaaa. Bravo chef! Manakala, di sebelah kanan pula ialah Vegetables Biryani. Ini memang sah sah biryani masak campur sayur

Then, ini pula ialah Banana Lassi sebagai penyegar tekak yang mendambakan kelazatan cecair manis. Lassi tu kira macam blend yogurt. Selalunya kena campur sama buah-buahan. Macam yang ini kena combine sama pishanggg

Dalam pada masa yang sama, saya mahu kasi tunjuk juga makanan yang kawan-kawan saya order supaya kamu kecur air liur lepas tu menitis di laptop atau skrin handphone kamu. Oh ya, di sini ada hidangan Western, Chinese dan Nusantara juga hokey?


Pan Fried Salmon Steak. Next time saya mahu order ini. Sudahlah besar, sadap lagi. Eh, macam lain pula bunyi dia ni. Aummm

Kepak Ayam Goreng Kunyit. Ini mesti rasa dia macam ayam kan?

Batter Fried Prawn. Sadap udang dia. Fresh!

Okey cukup dengan makanan, jom kita tengok pula ambience or environment what ever you called it di bawah ni;






Hausss *sambil urut leher*


Suasana di sini sangat cosy dan ada class lah I should say. Macam kalau kau makan di sini kan, terus kau rasa macam orang kaya…haha… Di sini ngam untuk romantic dinner, business lunch, lepak-lepak kasi habis duit, minum-minum fefeling orang kaya *gitchewww* etc. Oh, lepas tu di sini ada bilik karaoke ya tuan-tuan dan puan puan. Boleh juga order makanan then makan dalam bilik karaoke tu. Nah, makan sambil nyanyi. Ada kah yang lagi heaven dari tu?

Kesimpulannya, ini tempat sangat siok untuk makan. Bukan saja presentation dia bersih, tapi suasana dia sangat nyaman. Staff di sini pun friendly dan kemas. Harap di dapur pun bersih juga *finger cross*.

Satu saja saya mahu pesan, harga makanan di sini agak kaw-kaw. Kalau makan sebulan sekali okeylah. Kalau hari-hari biasa bisa membunuh bank akaun mu. By the way, ini bukan review berbayar tapi kalau ada yang mahu bayar, saya on saja ni.

Kalau sesiapa yang first time datang Labuan, The Living Room terletak di bawah ini. Kalau sesat jangan salahkan saya. Salahkan pak cik Google;


Terima kasih kerana membaca!
Hai semua!

Apa khabar? Harap sihat disamping insan tersayang.

It’s been almost 5 years I live in this tiny island called Labuan. Pejam celik pejam celik, lama sudah pula saya tinggal di sini. Cari rezeki punya pasal, terpaksalah tahankan hati berjauhan dengan keluarga nun jauh di sana Sabah.
Sob sob sob *nangis*.

Anyway, kali ni saya mau share satu tempat makan yang best di Labuan. To be exact, entri kali ni ditujukan untuk para penggemar Pan Mee. Siapa suka makan Pan Mee di sini angkat tangan tinggi-tinggi! Yihiii

Nama tempat tu ialah Restaurant Chen Ong Enterprise yang terletak di Sungai Keling, Labuan. Konsep tempat ni ialah open space yang mana banyak gerai makanan duduk dalam satu bumbung. Ada pelbagai jenis gerai yang jual macam-macam makanan contohnya Nasi Campur, Nasi Lemak, Konlo Mee dan of course Pan Mee!. Tapi, saya mau bagitau sedia yang most of gerai di sini is non-halal ya termasuk gerai yang jual Pan Mee tu. Jangan kata abang tak payung!

Inilah suasananya tempat ni. Luas mata memandang

Ramai orang datang ke sini especially time breakfast

Nah, ini dia Gerai Pan Mee yang saya mau share tu. Ramai orang datang sini just mau makan Pan Mee saja. Sadap!

Kami order dua jenis hidangan iaitu: Konlo Mee dan juga Pan Mee dari gerai ini. Nasib kami baik hari ni sebab auntie tu cakap masih ada lagi. Selalunya cepat habis. Fuhhh *sambil urut dada kelegaan*

 
Tadaaa! Inilah dia Pan Mee yang popular itu. This is my friend order actually.

Setting dia simple saja. Semangkuk Pan Mee dengan campurannya, hirisan lada dan sebiji limau kasturi. Tapi, sekali combine semua, walaweh, sadap kopio!

Macam yang kamu nampak, banyak campuran kena letak dalam mangkuk ni. Memang puas hati

Dan ini pula ialah my order. Konlo Mee. Boleh juga order Konlo Pan Mee tapi saya lebih suka makan mi yang biasa.

Fact about me: I don’t like eating bigger noodles like Pan Mee and tiny noodles like the soto’s noodles. I love noodles yang orang panggil di sini ‘mi kuning’.

Saya rasa only in Sabah dan Labuan saja yang served mi dan sup berasingan kan?

Tengok tu campurannya. Waduh! Meleleh air liur ku di atas keyboard laptop

Gerai ni cuma buka dari awal pagi sampai tengahari saja. So, kalau kamu mau cuba try test makan di sini, sila datang awal. Harga makanan pun murah saja.
Dalam range RM5.50 - RM6.50 untuk satu hidangan. Super affordable!

Di bawah ni ialah peta untuk ke tempat tu supaya tidak sesat…hiks



Terima kasih kerana membaca
Hai semua!

Kali ni saya mau berkongsi pengalaman tentang pendakian saya di Gunung Kinabalu dari mendaki hinggalah turun ke kaki gunung. I must say that it was a very amazing & wonderful experience in my entire life. Sesuatu yang tidak akan saya lupakan seumur hidup.

Bah. Jom kita mula.

Hari pertama (23 September 2017)

Seawal jam 6.00 pagi kami suda sampai di Kinabalu Park. Paling bersemangat bah ni. Saya tengok itu registration kaunter pun macam belum buka. Jadi, sementara tunggu itu kaunter buka dan juga menanti ketibaan geng-geng mendaki yang lain, saya siapkan diri dulu. Pakai kasut, jaket dan double cek keperluan/peralatan mendaki. Manatau ada lupa.

Lepas saja buka tu kaunter, kami pun register. Itu orang kaunter cakap kalau tidak dapat name tag, ertinya ada masalah dan kemungkinan tidak dapat mendaki. Nasib baik proses pendaftaran untuk group kami semuanya smooth. Clean and clear. Jadi, pastikan orang yang urus pendakian kamu berpengalaman dan cekap mengurus dari A to Z. Then, kami breakfast dulu sekejap untuk tambah tenaga. By the way, breakfast disediakan oleh pihak sana.

Selepas itu, dari pondok pendaftaran Kinabalu Park, kami semua pergi ke Timpohon Gate. Ada dua cara, sama ada mau guna bas yang disediakan ataupun kereta sendiri. Kalau guna bas kena bayar RM9.00/person.

Inilah dia Timpohon Gate. Excited plus nervous ni mau naik gunung

Bergambar bersama geng-geng mendaki yang ceria

Sebelum mula mendaki, kami semua berdoa supaya cuaca baik sepanjang pendakian nanti dan juga diberikan kesihatan terbaik setiap dari kami. Amin! Kira-kira jam 9.00 pagi macam tu, kami pun start mendaki.

Beberapa meter berjalan dari Timpohon Gate, saya nampak ini air terjun yang diberi nama Carson Fall. Info: Kalau deras aliran airnya, ertinya di atas gunung sedang hujan. Memang cantiklah air terjun ni. I loikeee.


Oh ya, untuk pengetahuan kamurang semua, pendakian di Gunung Kinabalu ni dibahagikan kepada 2 fasa iaitu: Fasa 1 bermula dari Timpohon Gate ke Laban Rata. Manakala, fasa 2 bermula dari Laban Rata ke Low’s Point (puncak gunung). Pendakian ini akan ambil masa selama 2 hari 1 malam.

Banyak tangga kena buat di sini untuk memudahkan pendaki sebab kalau hujan licin kan tu tanah. Tapi, tangga itulah yang bikin penat…haha…2 KM pertama saya masih okey lagi. Tapi lepas tu mau bernafas pun macam kuda suda. Namun, saya gagahi juga segala kudrat yang ada. Guna segala stamina. Set itu minda kasi semangat positif.

Yihaaa! Jom sama-sama bersemangat

Kalau tidak silap saya, setiap 500 meter akan ada pondok rehat ataupun checkpoint. Jadi, asal nampak saja pondok saya akan pigi duduk sekejap dalam 10 minit begitu. Kasi rehat dulu tu kaki. Tapi, tidak boleh lama sebab kalau lambat sampai di Laban Rata, makanan buffet akan habis dalam jam 4.00 petang macam tu. Jadi, itu saja motivasi saya untuk cepat ke Laban Rata – MAKANAN…hahaha…

FYI, setiap pondok rehat akan ada tempat isi air. Fresh dari gunung durang bilang. Tapi, saya tidak yakin mau minum oh…huhu… Lepas tu kan, banyak tupai yang sangat kiut miut di sini. Tidak payah kena panggil. Itu tupai-tupai akan datang sendiri. Cuma perlu ada makanan ringan untuk bagi sama durang.

Rehat dulu sekejap. Setakat ni masih okey lagi...hihi...

Sepanjang pendakian, kami dihidangkan dengan pemandangan yang sangat indah di kiri dan kanan. Kalau di kaki gunung, pokok-pokok di sana tinggi dan besar. Tapi, bila semakin berada di atas, kebanyakan pokok yang tumbuh ialah jenis yang renek dan unik bentuknya. Seolah-olah macam bukan di Malaysia sebab jarang kan berada dalam suasana begitu (memang tidak pernah pun…muahaha…)

Salah satu laluan mendaki

Kami ada juga jumpa periuk kera dan pelbagai jenis bunga-bungaan. So, kamurang, walaupun penat, kamu tengok juga kiri dan kanan manalah tau jumpa tumbuhan yang jarang dijumpai. Kalau saya kan, mendaki gunung ni is not about sampai ke puncak semata-mata. Tetapi juga bagaimana kita enjoy dengan alam sekeliling.

Si kawan and the unique pitcher plant

Di sini juga saya nampak ramai porter turun naik gunung. Kebanyakannya bawa beban melebihi dua kali ganda dari berat badan durang. Contohnya, paip besar, papan kayu (di Laban Rata sekarang ada kena buat hostel baru), tong gas dan sebagainya. Bukan lelaki saja, perempuan pun saya ada nampak. Memang fit tough berabis lah durang. Salute! Tidak heranlah durang kena panggil badang Kinabalu.

Kalau kamu nampak jalan yang berbatu jenis macam ni, ertinya sekejap lagi akan sampai ke Laban Rata. Kira-kira 1 KM atau 1.5 KM macam tu. I am not sure

Di sini, 100 meter pun saya rasa macam 10 KM jauhnya. Sempat lagi menyumpah seranah dalam hati. Ingatkan sudah jauh mendaki, rupanya baru 10 meter…hahaha… Tapi jangan risau sebab setiap 500 meter akan dipasang papan tanda untuk bagitau jarak. Kalau saya tanya dengan guide.’Berapa kilometer lagi sampai Laban Rata?’. Rata-rata guide akan bagi jawapan yang sama iaitu, ‘Dekat sudah ni. Mau sampai sudah kita’. Padahal, masih jauh lagi. Harapan palsu betul…haha… Actually, itu cara durang untuk kasi semangat kita. So, yeay, thank you guide.

Syukur cuaca sangat-sangat baik time tu. Thanks God! Sempatlah juga bergambar dengan si Aki Nabalu. Saya terpegun seketika melihat betapa cantik dan agungnya puncak Gunung Kinabalu kalau dari jarak dekat. Selalunya, tengok dari jauh saja selama ni. Rasa terharu pun ada.

Isn't it beautiful?

500 meter terakhir sebelum sampai ke Laban Rata merupakan satu penyeksaan. Saya rasa track tu sangat jauh. Penat punya pasal mungkin. Lebih-lebih lagi time tu kaki buat hal di saat-saat genting. Kaki saya cramp terutamanya di paha. Waduh, first time saya rasa betapa sakitnya cramp kaki ni. That’s why kamurang perlu bawa itu Yoko-Yoko atau spray kejang kaki. Untuk sampai cepat, saya buat strategi iaitu 5 minit berjalan dan seminit duduk rehat dan seterusnya. Lepas tu saya bayangkan makanan yang menanti di Laban Rata. Jadi, tambah lagi laju mendaki…kihkih… 

 Time ni masih relaks lagi. Masih mampu tertawa riang

 30 minit kemudian. Start merangkak suda...haha

Setelah berhempas pulas, akhirnya kira-kira jam 1.30 petang macam tu, saya sampai di Laban Rata. Yahooo! 4 jam lebih pendakian ke Laban Rata dari Timpohon Gate is quite fast actually terutamanya beginner macam saya ni…haha… Terima kasih makanan buffet sebab jadi motivasi terunggul.


Ini port wajib untuk ambil gambar kalau di Laban Rata. Berlatar belakangkan itu bangunan putih. Di sanalah kami akan stay

Perasaan bila nampak awan berlalu pergi di bawah tu sukar diungkapkan dengan madah kata. Eh, tersastera pula


Macam dalam lukisan kan

Selepas mengambil gambar-gambar indah, kami check in bilik. Wow, selesa juga ya accommodation di sini. Selimut tebal. Tilam pun nyaman. Tandas pun bersih.
Thumbs up!

This is my bed. Mau panjat tu katil pun macam tidak larat suda

Selepas kemas apa yang patut, kami pun turun ke ruang makan dan menjamu selera sepuas-puasnya. Saya round sampai 3 pinggan. Sekian. Selesai saja makan, saya naik ke bilik dan tidur seawal jam 7 malam sebab kena bangun subuh keesokan harinya. Mau sleeping beauty dulu. Guide tu bagitau yang pendakian ke puncak dijangka bermula pada pukul 2 pagi. Awal kan. Oleh itu,saya kena tidur awal untuk kumpul tenaga. By the way, line Digi di Laban Rata sangat kuat. Bolehlah update socmed.

Nantikan sambungan part 2 okey!

Terima kasih kerana membaca


Hai semua!

Hari ni saya nak kongsi satu resipi kegemaran saya iaitu Salad Makaroni. Rasanya, kebanyakan orang sudah tahu bagaimana nak buat hidangan ni kan. So, entri ini ditujukan khas kepada mereka yang BARU BELAJAR nak buat salad makaroni sebagai senjata untuk menambat hati si isteri/suami. Eh?

Baiklah, di bawah ini merupakan senarai bahan untuk menyediakan salad makaroni yang slurp slurp sedap.

Bahan-bahan:

1 paket makaroni

1 tin susu pekat manis dan 1 tin susu cair. Kalau tak ada susu cair pun tak apa sebab itu optional

1 tin buah-buahan cocktail. Ambil buahnya saja

1 botol mayonis

1 kotak kecil kismis

Cara-cara penyediaan:

Mula-mula, didihkan air terlebih dahulu. Letakkan dua sudu kecil garam semasa air tu mendidih. Kenapa? Supaya rasa masin garam tu meresap dalam segenap dimensi makaroni.

Letakkan dua sudu kecil garam

Selepas tu, rebus makaroni sehingga lembut. Tetapi, ingat ya jangan pula terlalu lembut nanti hancur bila digaul.

Tuang makaroni ke dalam periuk

Apabila makaroni yang direbus tu sudah lembut, letakkan ke dalam bekas dan rendam dengan air sejuk. Again kenapa? Supaya makaroni yang lembut itu tadi menjadi firm dan pejal. Bentuk pun cantik. Lagipun, senang nak gaul nanti. Saya rendam sebanyak dua kali. Terpulang kepada anda…heee…

Rendam makaroni dalam air sejuk selama 5-10 minit

Kemudian, toskan makaroni itu tadi dan tiba masa for the fun part iaitu mencampurkan semua bahan-bahan bersama!

Masukkan buah-buahan ikut suka hati

Then, masukkan beberapa sudu mayonis ikut suka tekak

Kemudian, letakkan susu manis. Part ni kena hati-hati ya sebab takut terlebih manis. So, kena pandai agak-agak

Akhir sekali, masukkan kismis. Yummy!

Selepas saja siap mencampurkan semua bahan, gaulkan sehingga sebati dan masukkan ke dalam peti sejuk selama paling kurang 8 jam atau semalaman. Makin lama dalam peti sejuk, makin sedap salad makaroni itu.

Walaaa! Inilah dia salad makaroni yang sangat sedap, cheezy, rich dan mudah untuk disediakan. Siap sedia untuk dimakan!


Tadaaa. Super easy and delicious macaroni salad

Terima kasih kerana membaca
Older Posts Home

TOTAL PAGEVIEWS

Powered by Blogger.

About Me


Malaysian blogger that love writing stories about food, travel and fashion. Do reach him at vandergood11@gmail.com

Followers

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates