Jangan lupa untuk matikan semua suis sebelum keluar rumah!
Hari ini saya telah melalui situasi yang
benar-benar merobek jantungku. Eh, bukan-bukan. Maksud saya situasi yang
benar-benar mencemaskan dan memberi satu peringatan keras. Begini ceritanya,
saya telah keluar ke bandar untuk pergi membeli barang-barang keperluan harian.
Dengan yakinnya saya membiarkan kipas terpasang kerana saya pergi ke bandar pun
bukannya lama. Lagipun, tujuan saya membiarkan kipas itu terpasang kerana cuaca
sekarang sangat panas dan membuatkan bilik saya bertukar menjadi oven dengan
sekelip mata. Jadi, kipas tersebut akan menyejukkan bilik sementara saya berada
di bandar.
Selesai sahaja urusan beli-beli di
bandar, saya pun pulang ke rumah. Saya kemudian naik ke bilik untuk menukar
pakaian. Buka sahaja pintu, bertebaran bau hangit dan hangus singgah di lubang
hidung. Serius busuk! Perkara pertama yang singgah di fikiran saya ialah BENDA
TERBAKAR! . Dengan cemasnya saya membuang meletakkan barang-barang yang baru
saya beli ke lantai dan mencari apakah puncanya. Siasat punya siasat rupanya
suis kipas saya terbakar. Sebenarnya, sebelum jalan ke bandar, saya ada letak
gelas yang masih berisi air di tepi suis kipas. Entah bagaimana, air itu
tertumpah dan terkena suis. Betapa cuainya saya.
Inilah rupa suis kipas yang terbakar itu |
Syukurlah saya sempat sebelum terjadi
benda yang lebih buruk. Minta dijauhkan. Situasi itu memberikan saya pengajaran
supaya sebelum keluar rumah, benda pertama yang perlu dibuat ialah MATIKAN
SEMUA SUIS DI RUMAH.
Terima kasih kerana membaca
0 comments