Pisang goreng plastik
Hari tu saya pergi ke
pasar malam meninjau-ninjau apa yang perlu dibeli. Ke hulu dan ke hilir. Setelah berpusing-pusing melihat apa yang di jual,
saya pun pergi ke bahagian gerai-gerai yang menjual beraneka jenis makanan. Ada
sayap panggang, kuih-muih, nasi campur, minuman dan sebagainya. Membuak-buak
nafsu makan saya terus.
Saya pun berhenti di
gerai yang menjual pelbagai jenis kuih-muih. Sambil memilih apa yang berkenan
dihati, tiba-tiba saya terlihat pisang goreng. Sudah sejuk namun kelihatan
rangup. Nampak budak-budak makan pisang goreng itu kedengaran kerangupannya.
Serta merta pisang goreng cancel dalam list saya. Setelah membayar harga
kuih yang dipilih, saya pun pulang ke rumah.
Pisang goreng yang
sudah sejuk namun masih rangup. Hmmm…tentu anda hairan bukan? Sebenarnya,
itulah taktik yang telah lama digunakan oleh segelintir peniaga yang inginkan
keuntungan lebih sejak dari dulu lagi. Mengapa saya berkata begitu? Sebenarnya, mereka menggunakan plastik untuk menjadikan pisang goreng itu kekal
rangup walaupun sudah sejuk.
Apa yang mereka buat
ialah pertama sekali mereka memanaskan minyak di dalam kuali. Setelah panas,
mereka mengambil straw minuman dalam kuantiti yang banyak dan memasukkan ke
dalam minyak dengan tujuan untuk mencairkannya. Kemudian, mereka pun menggoreng
pisang seperti biasa dengan menggunakan minyak yang mengandungi straw minuman
yang sudah dicairkan itu.
Jadi berhati-hati
apabila membeli goreng pisang. By the way, bukan semua peniaga goreng pisang yang
begitu ya. Hanya SEGELINTIR sahaja.
Saya ialah
penggemar pisang goreng.
Terima kasih kerana
membaca
0 comments