Pada 31.05.2014, saya
dan Denny pergi ke Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA),
di Penampang untuk melihat sambutan Pesta Kaamatan. Bagi yang tidak tahu, KDCA
merupakan tempat wajib di mana sambutan Pesta Kaamatan diadakan setiap tahun. Jika
sesiapa yang ingin merasai suasana sebenar Kaamatan, silalah datang ke Sabah
pada 31 haribulan Mei setiap tahun. Anda pasti akan rasa seronok.
Kami tiba di KDCA pada
jam 11 pagi. Memang sesak di dalam mahupun luar perkarangan KDCA. Cari parking pun
susah. Untunglah kereta besar dapat park di tepi jalan walaupun benteng jalan
tinggi. Ditambah lagi dengan cuaca panas mengigit kulit, fuhhhh… Tetapi, oleh
kerana teruja, semua itu tidak dihiraukan. Setelah mendapat parking kira-kira
800 meter dari pintu masuk, kami pun masuk ke dalam.
|
Pintu Gerbang KDCA |
Selepas
bergambar di gerbang sambil diperhatikan oleh orang yang lalu-lalang
*malunya*, kami pun menuju ke bahagian rumah-rumah tradisional suku kaum
Kadazan Dusun yang terdapat di Sabah. Setiap daerah ada keunikannya yang
tersendiri dari segi bahasa, pakaian, makanan dan juga alat muzik. Kaum Kadazan
Dusun ni banyak pecahannya. Contoh, Dusun Ranau, Kadazan Penampang, Dusun Kota
Belud, Dusun Keningau, Dusun Tambunan dan banyak lagi. Kamu harus datang ke
sini untuk melihat sendiri warna-warni kepelbagaian yang ada di setiap rumah.
|
Lihat betapa ramainya orang |
|
Rumah kaum Bisaya |
|
Pakaian kaum Bisaya |
|
Alat muzik kaum Bisaya |
|
Rumah Kadazan Dusun Penampang |
|
Oh, di sini rupanya Tan Sri Bernard menari |
|
Pakaian Dusun Kota Belud. Cantik kan? |
|
Pakaian Dusun Ranau. Sporting betul mereka |
|
Persembahan alat muzik yang diperbuat daripada bambu |
|
Pakaian Kadazan Dusun Papar |
Di sini, ada juga
demonstrasi masakan sejenis pencuci mulut iaitu Pinompoh. Cara memasaknya serta
bahan-bahannya mudah sahaja. Goreng isi kelapa yang di parut sehingga kering
tanpa menggunakan minyak, Kemudian, tambahkan sagu serta gula. Dan…..siap.
Rasanya tidak berapa manis dan sedap. Cubalah nanti ya.
|
Demonstrasi masakan |
|
Kelapa parut digoreng sehingga kering |
|
Sedia untuk perut-perut yang lapar |
|
Denny sedang mencuba |
Selesai menjelajah
setiap rumah, kami pun pergi ke bahagian yang menjual pelbagai jenis hasil
kraftangan. Sangat berwarna-warni. Di sini ada dijual gelang, rantai, pasu, beg
dan sebagainya. Banyak benda yang jarang kita lihat ada dijual di sini.
|
Bakul warna-warni buatan sendiri |
|
Hasil kraftangan |
|
Bergambar dengan skaf berwarna-warni |
|
Aksesori mutiara |
|
Pasu unik yang diperbuat daripada daun terup |
|
Saya pun mau bergambar jugalah |
|
Semoga laris jualan pasu auntie |
|
Ramai pengunjung |
|
Buah tangan yang sesuai untuk dibeli |
Kemudian, kami ke dewan
besar KDCA namun pertandingan Unduk Ngadau atau Ratu Cantik belum bermula. Jam
2 petang baru start. Lamanya. Untuk pengetahuan, pertandingan Unduk Ngadau ini
merupakan acara kemuncak yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang. Setiap
daerah akan menghantar seorang wakil untuk bertanding, Ini kira seperti
pertandingan Miss World dalam versi Sabah. Semua orang Sabah suka tengok
pertandingan Unduk Ngadau. Siapa yang kata tidak, itu bukan Sabahan.
|
Pemenang Unduk Ngadau 2014 dimenangi oleh peserta dari Kota Kinabalu |
|
Ini dia dua orang peserta Unduk Ngadau dari Keningau. My hometown |
Di perkarangan dewan
ada pameran padi. Dari fasa benih sehingga yang boleh dituai. Sangat menarik.
Once again, bergambarlah kami. Pedulilah dengan mata-mata yang melihat.
|
Ini padi real ya tuan-tuan dan puan-puan |
|
Padi yang sudah masak |
|
Padi yang sudah siap dituai |
|
Alat untuk menuai padi |
|
Posing jangan tak posing |
Penat bergambar dengan
cuaca gurun Gobi, kami pun menuju ke gerai-gerai yang menjual beraneka jenis
makanan. Semuanya ada di sini. Sebelum itu, jom minum yogurt Bliss. Murah saja.
Sebotol RM6.00, 3 botol RM 12. Kami pun belilah 3 botol dan dapat 1 free bag.
|
Kenal ini apa? |
|
Sesak di sini |
|
Ayam golek |
|
Ada Durian Cake |
|
Serta beraneka jenis kek |
Demikianlah apa yang
berlaku di KDCA pada hari itu. Apa yang saya boleh katakan ialah menarik,
menarik dan sangat menarik. Sekali lagi, silalah datang ke sini
pada tahun depan. Bawalah auntie, uncle, anak, bapa, emak, abang, kakak,
isteri, suami, boyfriend dan girlfriend ke sini. Pasti tidak akan rugi!
“Kotobian Tadau Tagazo
Do Kaamatan”
Terima kasih kerana
membaca
0 comments