Sedapnya ais krim Magnum Gold

Sudah lama saya dengar tentang ais krim Magnum Gold. Tidak kiralah sama ada melalui kaca television, radio, majalah dan sebagainya. Teringin betul saya nak makan ais krim itu. Tapi, belum ada kesempatan.

Kelmarin berjaya juga saya menunaikan hasrat jiwa dan raga ini untuk merasai Magnum Gold yang diuar-uarkan itu. Harganya mahal daripada ais krim lain iaitu RM 4.50 di Pick n Pay, Likas Plaza, Kota Kinabalu. Boleh top up RM 5 sudah. Tidak mengapalah. Mahu rasa punya pasal, itu semua belakang kira.

Pada pendapat saya, ais krim ini sangat sangat sangat sedap. Sesuai dengan tunas rasa saya sebagai penggemar ais krim no.1 di dunia. Lazat sungguh coating warna gold ais krim ini. Magnum Gold ada 2 lapisan. Lapisan luar pertama ialah warna gold dan yang kedua ialah coklat. Perisa yang paling dalam sekali ialah vanilla. Sedap betul. I swear. *sambil angkat kedua-dua belah tangan*

Magnum Gold Ice Cream. Slurpppp...

Nampak lapisan-lapisan tu?

Sekelip mata sahaja terus jadi begini. Sedap!


Tapi...ada tapinya, kawan saya komen ais krim ini terlalu manis. Katanya, hanya sesuai untuk budak-budak sahaja. But for me, this Magnum Gold is just nice and perfecto!

Cuba lihat di sini. Kamu pasti akan terpikat dengan keanggunan ais krim ini.

Terima kasih kerana membaca

0 comments