Tat telur yang paling sempurna



Hari ini saya ingin membuat review tentang tat telur yang paling sedap pernah saya makan. Kelmarin, saya telah membeli beberapa biji tat telur di sebelah Bataras Supermarket, Labuan. Sesampai sahaja di rumah, saya pun rasa tat telur itu. Fuhhhhhh!!!!! Sedaapppppp…. Bayangkan gigitan pertama lagi saya sudah teruja *dengan background tat telur dan lampu kelip-kelip*. Inti telurnya lembut seperti jeli. Rasanya sangat perfect. Tat nya pula bukan seperti yang biasa saya makan yang mudah pecah. Ianya sangat lembut. Tidak perlu pun menggunakan gigi untuk mengunyah. Rasanya susah untuk saya gambarkan. Rasa nestum pun ada, rasa biskut pun ada. Waduhhhhh…enak sekali.

Inilah dia tat telur

Nampak inti telurnya yang berkilat?



Lihatlah kelembutan inti telurnya

Penyegar tekak

Tidak cukup dengan tat telur, makan lagi mini cupcake

Saya tidak mahu bercakap panjang lebar. Saya ingin kamu merasai sendiri kelazatan tat telur ini jika kamu berkunjung ke Labuan. Kamu akan berterima kasih kepada saya kerana kamu akan merasai tat telur paling sedap dalam hidup!

Terima kasih kerana membaca

0 comments