Cara membasuh rambut untuk lelaki

Hai, semua!

Minggu ini ligat benar saya update blog. Boleh dikatakan setiap hari paling kurang dua entri. Yalah, cuti semester hampir tamat. So, inilah masanya untuk berhabis-habisan berjuang menjadi blogger berjaya. Takut nanti time kuliah, secubit masa terluang sahaja yang tinggal.

Baiklah para penonton Apa Kata Lelaki sekalian (feeling menjadi pengacara sekejap). Hari ini saya hendak berkongsi tips tentang bagaimana untuk membasuh rambut buat abang-abang sekalian. Sebelum itu, biar saya teka.

Lelaki kalau cuci rambut kasar benar apabila mengosok kepala, betul?
Penonton : Betul!

Lelaki jarang bersyampu ketika mandi sebab malas, betul?
Penonton : Betul!

Dan lelaki beranggapan tidak cuci rambut seminggu pun tidak mengapa, betul? 
Penonton : Betul!

Terima kasih kerana menjawab

Sebenarnya, bukan wanita sahaja yang perlu menitikberatkan penjagaan rambut, malah lelaki pun sama. Buang jauh-jauh fikiran yang lelaki tidak perlu menjaga rambut kerana rambut lelaki ini pendeklah, mencalar kejantananlah dan sewaktu dengannya.

Okey, cara mencuci rambut yang betul ialah pertama sekali kita perlu menggunakan syampu yang betul dan khas untuk  lelaki. Saya selesa menggunakan syampu Clear Men-Cooling Itch Control.  Ini kerana rambut lelaki dengan wanita sangat berbeda.

Best guna syampu Clear Men ini

1. Tuangkan syampu di tapak tangan dalam kuantiti yang sesuai dengan kepanjangan rambut kita. Kemudian, urut perlahan-lahan di seluruh rambut sehingga berbuih. Jika syampu terasa pekat, tambahkan sedikit air.

2. Gunakan hujung jari. Tekankan dengan perlahan-lahan sambil mengurut kulit kepala. Ini adalah untuk memastikan akar rambut bersih dari segala kekotoran. Selepas itu, ramas rambut sehingga ke hujungnya dengan perlahan menggunakan celah jari.

3. Seterusnya, biarkan selama seminit untuk syampu meresap di dalam rambut. Kemudian, basuh rambut dengan menggunakan air bersuhu suam.

4. Langkah yang terakhir ialah keringkan rambut menggunakan tuala. Sebaiknya, gunakan tuala yang diperbuat daripada kapas. Ini supaya rambut senang untuk dikeringkan. Satu lagi peringatan ialah jangan mengeringkan rambut dengan menggosoknya terlalu kuat. Saya pasti kebanyakan lelaki buat macam begitu.Kasihanilah mahkota kita.

Nampak sihat rambut orang ini kan?

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Ingat, zaman sekarang rambut merupakan salah satu elemen yang penting dalam penampilan seorang lelaki. Semoga bermanfaat.

Terima kasih kerana membaca

0 comments