Kempen Menutup Mulut ketika Batuk
Tajuk entri pada kali ini ala-ala calon
pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar berkempen untuk meraih undi. Tetapi, ini
bukan kempen seperti itu ya. Ini kempen yang saya tulis khas untuk memberi
sedikit kesedaran kepada orang ramai supaya menutup mulut ketika batuk walau di
mana sahaja mereka berada.
Batuk?. Apa itu batuk?. Batuk ialah
ketika kita merasakan seperti ada beribu-ribu semut berjalan-jalan,
mengigit-gigit dan memijak-mijak kerongkong kita sehingga ketidakselesaan itu
timbul lalu kita pun batuk. Sebenarnya, saya tidak selesa dengan orang
yang batuk tetapi tidak menutup mulut mereka. Mereka mempunyai keyakinan yang
sangat tinggi untuk batuk depan-depan sehingga kita merasakan angin kencang
selaju 180/h bercampur dengan sedikit air liur yang melekit menerpa ke muka
kita. Ditambah lagi dengan bau hingus yang boleh membuatkan seseorang pengsan
jika terlebih dos. Bukankah jijik itu?
Sabtu lalu, saya berjalan-jalan di pusat
membeli belah di Suria Sabah, Kota Kinabalu untuk window shopping. Setelah
penat berpusing-pusing di tingkat atas, saya pun turun ke bawah untuk makan.
Kemudian, dari arah bertentangan, saya melihat seorang gadis yang ayu bertudung
litup. Dari gaya dia berpakaian, saya mendapati dia gadis yang sopan. Sebelum
sempat kami berselisih, gadis itu batuk tanpa menutup mulut. Gosh! Saya paling
benci situasi macam tu. Kenapalah segelintir manusia sekarang time berselisih
baru nak batuk? WHY???
Wahai cik adik, apa salahnya tutup mulut
ketika batuk. Tidak susah untuk berbuat demikian. Pandangan pertama saya
terhadap dia sudah elok tetapi tiba-tiba berubah setelah dia buat macam
tu. Ingat ya kawan-kawan, kalau nak batuk di tempat awam sila tutup mulut.
Kita boleh gunakan tapak tangan, tisu ataupun sapu tangan. Selain dapat
mengelakkan penyebaran penyakit, kita juga boleh mendapat good impression
daripada orang lain.
Jumpa lagi entri yang seterusnya. Terima
kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog saya yang tidak seberapa
ini.
Terima kasih kerana membaca
0 comments