Anak anjing yang comel

9 Mei 2014. Jam 5.00 pm.

Berlaku suatu peristiwa yang tidak bisa ku lupakan. Peristiwa itu adalah…


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ewah! macam pendahuluan novel misteri lah pula. Okey, saya tiada bakat penulisan dalam genre seperti itu. Sekian...haha...

Baiklah, sebenarnya pada 09.05.2014, kami telah diberi dua ekor anak anjing yang sangat comel. Serius comel. Saya ulangi, SANGAT COMEL. Saya kurang pasti apakah baka anak-anak anjing ini. Seekor warna bulunya coklat dan hitam, gebu dan berbulu lebat manakala seekor lagi berwarna perang keputih-putihan, gebu dan juga berbulu lebat.

Pertama kali saya melihat anak-anak anjing ini, saya terus jatuh cinta. Mereka pun mudah mesra, tidak banyak ragam dan yang paling penting mereka sangat comel…aww…hehe… By the way, anak-anak anjing ini semuanya jantan. Kemudian, kami terus membawa mereka ke halaman belakang rumah. Oleh kerana hari sudah lewat petang, kami terpaksa meletakkan puppy-puppy ini di dalam kotak kerana belum ada sangkar yang sesuai untuk mereka. Terpaksalah mereka mengharungi satu malam didalam kotak. Sorry puppies.

Kami harus menamakan anak-anak anjing ini dengan nama yang sesuai dengan kecomelan mereka. Wah, pening juga ya memilih nama. Fikir punya fikir, saya dan Denny membuat keputusan untuk menamakan anak anjing yang berwarna coklat itu sebagai Rio dan Rico untuk anak anjing yang berwana perang. So sweet nama-nama itu… wink wink… 

Selepas itu, kami memberi mereka makan makanan yang dibekalkan oleh bekas tuannya iaitu nasi yang dicampurkan dengan makanan khas untuk anjing. Setelah mereka makan dan minum, kami membawa mereka bermain-main di halaman belakang rumah. Sangat comel melihat mereka berlari berkejaran, seindah bunga di taman. Jiran yang selama ini tidak pernah bertegur sapa pun menyapa kami dek kecomelan Rio dan Rico. Nampak peranan haiwan peliharaan di situ? Mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga ya kawan-kawan. Selesai sahaja bermain, saya pun memasukkan mereka ke dalam kotak yang besar dan menutup kotak tersebut dengan kain supaya mereka tidak kesejukan pada waktu malam.

Keesokkan harinya, kami berjaya mendapatkan sangkar yang sangat sesuai untuk mereka. Demikianlah, hari pertama saya dengan anak-anak anjing yang comel dan ini adalah first time kami memelihara anak anjing. So, selepas ini, saya akan update tentang perkembangan Rio & Rico dalam entri yang seterusnya.

Inilah mereka hero-hero ku...







Rico yang comel!








dan Rio yang cute!

By the way, hari itu juga result exam keluar…
                              

dan…


Saya berjaya mendapat Anugerah Dekan. Syukur kepada Tuhan.

Terima kasih kerana membaca

0 comments