Adab menumpang di rumah orang

Hari tu saya terpaksa ke Kota Kinabalu (KK) atas urusan yang tertentu. Saya tinggal di Keningau. So, perlukan 2 jam perjalanan untuk sampai ke KK. Urusan saya tu mengambil masa selama sehari. Jadi, mau tidak mau, saya terpaksa juga stay di KK yang bermaksud perlukan bajet bagi penginapan di hotel untuk satu malam. Satu pembaziran bakal berlaku...hurmmm
                                                  
Tiba-tiba...

Kring...Kring...Kring (Telefon berbunyi)

Saya   : Helo?

Denny : Helo, saya di KK sekarang.

Saya   : Oh, iya?...kebetulan esok saya hendak ke sana juga. Bolehkah saya menumpang di rumah kamu?

Denny : Boleh. Kenapa tidak?

Saya   : Okey, terima kasih. Jumpa esok. Bye.

Denny : Okey, see you too.

Esoknya, selesainya urusan saya itu, saya pun datang ke rumahnya. Sebenarnya, saya segan untuk tidur di rumah orang walaupun saya sudah kenal dan biasa. I think its normal right? atau saya sahaja yang berperasaan begitu. Banyak yang bermain di fikiran saya ketika itu. Contohnya, what is Do's and dont's ketika berada di rumah orang. Ini adalah antara Do's & Dont's dari logik saya sendiri yang saya ingin kongsikan kepada anda semua ketika berada di rumah orang.

1. Jangan meminta-minta dengan orang dalam rumah. Contohnya, sedang kita lapar yang teramat sangat, tiba-tiba kita meminta mereka masak Sup Tomyam kepala ikan dengan segera. Bukankah tidak sopan tu?

2. Jaga tingkah laku. Jangan ketawa menghilai-hilai, menjerit-jerit ataupun meninggikan pitching suara ibarat Mariah Carey walaupun situasi pada ketika itu tersangatlah lucu. (Ini saya selalu TERbuat. TER ya...)

3. Jangan pandai-pandai membuka peti sejuk dan mengambil serta memakan makanan atau minuman tanpa rasa berdosa.

4. Mandi jangan terlalu lambat. Walaupun di rumah kita sendiri sudah terbiasa mandi buih selama sejam sehingga mengerutu kulit. Tetapi, di rumah orang please dont. Paling ideal pun mungkin 15 minit.

5. Hormat dengan semua orang di dalam rumah yang kita tumpangi itu. Contohnya, saya menghormati semua adik-beradik Denny dan juga anak-anak buahnya yang tersangat cute itu.

6. Jangan sepahkan barang-barang kita di dalam rumah mereka jika tidak ingin dijeling oleh tuan rumah.

7. Tunjukkan sikap yang baik dan yang paling penting, tinggalkan impak yang positif supaya di lain hari boleh menumpang tidur lagi.

8. Be friendly.

9. Membantu. Jika ada yang boleh dibantu, bantulah selagi mampu. Contohnya, di dapur. Bantulah mereka memotong bawang sementara mereka mengaul Sup Tomyam kepala ikan itu tadi. Eh?

10. Last but not least, ucapkan terima kasih atas budi baik mereka. Bak kata pepatah, ada ubi ada batas, ada hari bolehlah balas jasa baik mereka itu.

Ini semua ialah rules yang selalu saya aplikasikan apabila menumpang tidur di rumah orang. Jika ada yang boleh ditambah, silalah tambah.

Baiklah, hari sudah petang. Saya mahu pergi berjalan-jalan dahulu.

Terima kasih kerana membaca

0 comments